Kopikamilo ada lagu raya..
Minggu lepas, saya dah dapat tahu dari vokalis band ini iaitu Ei Jul yang band mereka iaitu KOPIKAMILO telah mengeluarkan sebuah lagu raya versi demo.Seperti biasa, saya mengarahkannya untuk hantarkan lagu tersebut ke dalam email onlinefm untuk diputarkan sebagai promosi di saat saat raya dah nak dekat.
Boleh boleh ei jul cakap, "Bro, aku ndak pandai send itu lagu bah.Tunggu juan jak lah aah"...Ni kali lah ko jul.Dia ndak tau macamana mau send lagu.Hahaha, small the matter.Saya menanti kemasukan lagu tersebut kedalam email onlinefm.
Nahh, baru semalam saya dapat tahu yang lagu raya mereka sudah berada didalam email onlinefm dan siap sedia untuk di keudarakan di radio.Seperti biasa, saya akan dengar beberapa kali lagu raya tersebut.Bukan apa, mau ambil feel dari segi penulisan liri dan susunan muziknya.Almaklumlah, tiada pengalaman dalam bidang ni.kenalah belajar sendiri kan.Mana ada orang nak ajar satu satu.
Seperti biasa, KOPIKAMILO tidak pernah melupakan sahabat baik mereka iaitu mie ataupun ART Of Arje.Dimana mereka berganding bahu untuk menghasilkan lagu raya ini.Walaupun dalam bentuk DEMO.yang penting, mereka dah ada koleksi lagu raya ciptaan sendiri :)
Alhamdulillah, saya dah dengar lagu tersebut dan saya boleh bagi rating 4 bintang pada lagu tu.Kenapa? mereka adalah antara band yang pertama menghasilkan lagu raya dalam tahun ini.Dan saya juga salute dengan usaha mereka yang sentiasa kerap mempromosikan lagu raya tersebut di laman FB setiap hari.Bukan sahaja lagu raya tu, lagu lagu mereka yang lain pun sama. Usaha gigih mereka harus di contohi oleh mana mana band yang rasa nak berjaya menakluki hati peminat di luar sana.
Apa pun, pada yang belum pernah dengar lagu raya dari kumpulan KOPIKAMILO ini, korang boleh klik kat sini Kisah Syawal
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..