Band baru dari Papar, Sabah

by 10:30 AM 0 comments

Sebenarnya saya agak kecewa bila diberitahu bahawa kumpulan yang saya kenali dengan lagu Mungkin Hilang & Meet-a-fora tidak akan membuat sebarang persembahan disebabkan beberapa maslaah dalaman.Wal hal,lagu lagu tersebut saya dah kenali dan dengari sejak 3-4 tahun lalu.Saya teringin benar nak lihat kumpulan Framingrass yang berasal dari kg kelatuan, Papar ini.Tapi,apa boleh buat.Dah nasib badan..

Tetapi, tanpa di duga, atau mungkin mereka juga telah mendapat kata sepakat untuk membuat comeback.Dimana menurut penyanyi kumpulan Framingrass iaitu Inday, mereka akan mula tampil membuat showcase yang bersesuaian dengan masa dan lokasi.Tetapi,bukan dnegan nama Framingrass.

Kini,mereka telah tampil dengan nama band baru iaitu Scarletplane.Wawww,itu satu berita baik,kerana bertambah lagi sebuah kumpulan indiependent dari daerah Papar.Sebelum ni,hanya beberapa kumpulan sahaja yang membawa nama papar di serata tempat khususnya di Kota Kinabalu.


Sebenarnya band ini memang dah lama ujud.Antara ahli kumpulannya yang saya kenali adalah penyanyi utamanya iaitu Inday serta suaminya Madi yg juga salah sorang ahli kumpulan ini.Boleh dikatakan pasangan suami isteri ini mempunyai hobi yang sama iaitu muzik.

Madi juga merupakan seorang komposer dan juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam proses rakaman lagu.tetapi,macam saya katakan sebelum ini.Muzik ni hanya hobi mereka di kala ada masa terluang sebab madi mempunyai kerja tetap sebagai seorang...opsss..terlebih sudah.

Baiklah, dengar khabar mereka akan tampil buat pertama kali dalam pertandingan battle of the band pada bulan april nanti dengan membawa nama ScarletPlane.Sayalah antara orang yang tak sabar sabar nak dengar lagu Mungkin hilang tu dibawa secara live.Itupun,kalau mereka bawa lagu tu.Actually,band ini dah banyak buat lagu sendiri.Cuma,peluang untuk mendengarkan kepada umum sahaja yang kurang.

Antara inisiatif kami adalah meujudkan Onlinefm kepada mereka mereka ini.Dengan adanya radio internet tersebut,mereka dapat meluahkan isi hati serta bakat mencipta lagu & melodi secara meluar diserata dunia.


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..