Tahukan anda ...iklan "Kain Mewah" adalah ciptaan pemuzik INDIE

by 11:24 AM 0 comments
Pic taken from ( http://www.flickr.com/photos/lanraga/with/5305526404/#photo_5305526404)

"kain mewah gedung pilihan anda,kain mewah gedung pilihan sekeluarga..."  Haaa,itulah lirik permulaan iklan yang hanya akan keluar radio sekali dalam setahun.Dimana ianya akan kedengaran 3-5 min sebelum tiba waktu berbuka puasa bagi seluruh Sabah.

Siapa sangka,iklan ini dihasilkan oleh seorang penyanyi kumpulan indie yang terkenal di Sabah.Orangnya kiut lagi tu,dah tu encom plak.Dan selalu dijemput menjadi juri dalam pertandingan nyanyian solo dan acara battle of the band.Nak tahu siapa dia...meh kita berkenalan dengannya...


Kai@worm,dialah yang mencipta iklan tersebut beberapa tahun yang lalu.Aku pun baru tahu woo.ni gara gara pendedahan secara terbuka seorang sahabat di laman FBnya iaitu Khai Puma Jamal.Saya share sedikit apa yang dia luahkan di FBnya aa...


Lagu jingle "KAIN MEWAH" amat sinonim dengan waktu sungkai kerana ia kompem dimainkan sebelum azan maghrib menandakan waktu sungkai.. Tapi adakah anda(penduduk sabah) tahu sejarah lagu ini???

Lagu ini dicipta pada 2006 untuk digunakan oleh Kain Mewah sebagai jingle Outlet mereka sahaja pada mulanya..Individu yang terlibat dalam mencipta jingle ini adalah Kaynizam Maskor dan dinyanyikan oleh seorang ahli dari kumpulan "Pangkiz" iaitu Azmi ..


Mereka bersusah payah untuk merekod jingle ini di "home studio" bawah kulung rumah seorang pengarah filem/drama d penampang, di mana diganggu oleh bunyi ayam dan anjing serta tapak kaki yg berjalan di rumah(home studio ja ba..paham2 la)

Untuk pengetahuan anda..nilai jingle ini adalah RM350 dan dimainkan di kedai Kain Mewah seterusnya dipasang dicorong radio semasa menunggu waktu sungkai.. Sebelum itu, iklan Ayam Segar Desa merupakan iklan yang paling ditunggu-tunggu.. Dan kini, setelah lebih kurang 5-6 tahun keudara, jingle Kain Mewah mendi igauan mimpi impian yang ditunggu setiap kali waktu sungkai..

Amacam? benar kan...apa pun tahniah lah kepada pencipta dan yang terlibat dalam iklan ini.Korang semua memang berbakat dan harus dapat penghargaan dari pihak pihak berwajib.Bukan apa lah,iklan ini rasanya dah hampir 10 tahun di mainkan.bukan senang woo nak mengekalkan lagu yang tahan lama macam ni.Kalau masuk carta raddio radio tempatan,perghh...kira cipta rekod dunia kali kan.Tapi,tu jak la,ni iklan bukan lagu..:)

p/s
Tq sama Puma atas pendedahan ini.Lepas ni si kai akan terkidum kidumlah ni kan.Mau minta belanja kain be ela ni tau...khahaka

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..