Dari Tawau ke Kuching

by 2:58 PM 0 comments

Noisy Crush adalah satu nama band yang sudah tidak asing lagi sekitar Sabah khususnya daerah Tawau.Yang mana genre muzik band ini berteraskan kepada grunge.Mereka ini berasal dari daerah tawau yang mana satu tempat yang terdapat ramai band band hebat dan mantap.

Pada bulan November akan datang, mereka iaitu Noisy Crush akan membuat persembahan di Kuching Sarawak.Siapa sangka, kumpulan yang terdiri dari 3 orang belia Tawau ini mendapat peluang untuk membuat persembahan di sana.Satu tempat yang mempunyai supporting crowd grunge yang hebat.Ini menampakkan bahawa mereka sudah mula memberanikan diri untuk mempamerkan kekuatan muzik mereka luar dari daerah Tawau.


Ini salah satu contoh yang harus di jadikan cabaran untuk band band diluar sana yang mana mencuba untuk membuat persembahan di luar daerah sendiri.Tetapi, sebelum itu,pastikan muzik anda itu mantap dan keserasian setiap ahli kumpulan memang sudah tidak boleh dinafikan.Serta mencuba mewujudkan fans di setiap tempat agar anda mendapat crowd yang loyal :)

Semestinya, KOS ataupun BUDJET adalah alasan kuat yang menghalang mana mana band untuk mencuba nasib di tempat orang.Tetapi, bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Buktinya, sudah tercatat nama Noisy Crush di flyers diatas sebagai salah sebuah band yang bakal membingitkan Sarawak Grunge Fest. Mereka satu satunya band dari Sabah yang tersenarai dalam gigs tersebut.

Apa pun, good luck & teruskan usaha anda untuk membawa nama Tawau Grunge band ke serata tempat.Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk sediakan beberapa keping CD lagu single kamu untuk dihadiahkan kepada fans & crowd yang bakal menyaksikan persembahan anda :)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..