Showing posts with label band KK. Show all posts
Showing posts with label band KK. Show all posts
Oktober Disaster anjuran The Rebel Union telah berlangsung dengan jayanya.Dimana, mereka merupakan antara penganjur gigs yang boleh di katakan berjaya.Kepada saya ckap macam tu? yalah, ramai yang cakap scene muzik makin slor dan teda orang mau beli tiket kalau ada gigs.Kenyataannya, hampit kesemua tiket yang mereka jual SOLD OUT.
Gigs kali ini merupakan gigs yang membantu sebuah kumpulan dari KL iaitu TRES EMPRE mengadakan TOUR di Sabah.Dimana, mereka telah memilih KOTA KINABALU sebagai tempat persingahan.Kali ini, TRES EMPRE mempertaruhkan album terbaru mereka yang berjudul ANTAGONIST.
Ramai juga yang telah mendapatkan ALBUM mereka ini.Dimana, ianya di jual dengan harga RM25 sahaja.Bukan itu sahaja, Tshirt serta stiker Tres Empre juga ada di jual.Siap bleh beli secara COMBO lagi.Merch ini hanya boleh di perolehi masa band ini mengadakan gigs sahaja.Selain itu, ianya juga boleh di beli secara online melalui FB page Tres Empre.
Kali ini, 8 buah kumpulan pengiring di pilih oleh penganjur.Yang mana, secara kebetulan, beberapa buah band ini berasa dari daerah Papar.Iaitu BENEVOLENT, PANTS TAPE & PLUMFILED.
Sebelum masuk untuk menyaksikan gigs, anda dihidangkan dengan hasil kreativiti anak anak muda tempatan.Iaitu jualan LOKAL CLOTHING dari Jesselton 11, COMRADE & MONDO BORNEO.3 branding ini antara suppoting lable untuk gigs ini.Banyak stock dan rekaan terbaru mereka pamerkan untuk di beli.Alhamdulillah, jualan agak memberangsangkan.
Kepada organiser, kalau ada terkurang atau tersilap masa saya mengendalikan pentar sekitar sejam lebih, saya mohon maaf.Tapi, best plak tau jadi emcee untuk gigs ni.Bukan apa, kita dapat mengenali sesebuah band tu dengan lebih dekat.Selain ahli kumpulannya, genre lagunya juga kita akan kenali.Next time, kalau ada peluang, roger roger jak aah :P
Secara keseluruhannya, persembahan dari band pada kali ini memang memuaskan dan amat bertenaga.Pelbagai genre muzik dapat di satukan di atas pentas gig ini.Antara genrenya adalah GRUNGE, METALCORE, DEATHCORE dan POST HARDCORE.
Sememangnya, kemunculan band band baru amat diharapkan dalam pihak penganjur mencuba memperlihatkan bakat anda dalam bidang muzik ini.Kesabaran serta keserasian dalam sesebuah kumpulan kena dititik beratkan.Bukan mudah hendak berjaya.Pelbagai onak duri dan liku harus dilalui.Apa pun, TAHNIAh kepada anda semua, kerana anda telah menjawab soalan yang di ajukan oleh masyarakan sekeliling yang LOKAL BAND tetap ada sambutan dan pastinya penganjuran gigs sebegini rupa akan senantiasa diadakan.
Acara kemuncak pada hari itu adalah persembahan dri kumpulan TRES EMPRE.Sememangnya, corak persembahan yang mereka persembahkan memukau crowd yang hadir didalam karamunsing Room ini.Lihat sahaja, didalam gambar diatas, in baru sikit.kerana jumlah pengunjung waktu itu dianggarkan mencecah 200 orang.
kepada penganjur THE REBEL UNION, perjuangan anda semua memang berbalio dan harus di teruskan.Kerana pemuzik pemuzik ini memerlukan anda.dengan adanya acara sebegini rupa, mereka dapat mengisi masa lapang serta menambah lagi skill serta mencuba meceburkan diri dalam bidang muzik.
Insyallah, saya dan team onlineFM akan cuba membantu anda sedaya termampu dalam mempromosikan gig gig akan datang...:)
TRIBUTE TO NIRVANA, itulah gigs yang berlangsung minggu lepas. Gigs ini di kendalikan oleg penganjur yang sudah tidak asing lagi di Kota Kinabalu ini iaitu THE REBEL UNION.Sebuah gerakan juga kumpulan yang sentiasa mencari jalan dan cara untuk mengetengahkan bakat bakat baru dalam live stage secara underground.
Masa inilah kita akan di hidangkan dengan CD DEMO/EP dan adakalanya ALBUM dari band band bawah tanah ini.Yang mana merch merch ini tidak akan dapat di pasaran atau kedai CD di shopping Complex.Setiap CD di jual dengan harga yang berpatutan.Antaranya Rm5, Rm10 dan paling tinggi pun RM30 iaitu sekeping CD & Baju T dari band tersebut.
Kelihatan salah seorang pengujung sedang melihat baju baju T dari band band local ini.Dijual dengan harga yang berpatutan.Dan kebanyakkan rekaan baju T ini memang hebat dan mempunyai mesej yang tersendiri.Pelbagai rekaan serta tona warna akan terlihat sewaktu gigs gigs ini dianjurkan.
Kelihatan beberapa orang pelancong juga berada disekitar lokasi gigs.Secara tak langsung, mereka berkenan untuk membeli kolekso T dari local branding.Kalau anda lihat di dalam gambar di atas, Big Boss "MONDO BORNEO" iaitu brader Anas sedang melayan permintaan dari 2 orang pelanggannya.Wahh, masyukkk bro..:)
Tidak ketinggalan juga, TABUNG PALESTIN , STICKER serta beberapa merch dari AMAN PALASTIN juga tersedia untuk di jadikan barang koleksi peribadi. Wang tersebut akan dimasukkan kedalam tabung derma yang disediakan. Crew Crew yang bertugas juga prihatin serta senentiasa mencari sokongan dari belia di luar sana utk membantu secara tak langsung.
MUNTAH DARAH (kk) adalah antara kumpulan yang menarik perhatian saya.Dimana vox mereka iaitu Shahrul tampil dengan membawa bendera Palestin.Walaupun mereka dikelani dengan antara band GRIND yang hebat, namun isu kekejaman yang berlaku di Palastin tidak pernah di abaikan.Semestinya showmanship dari band ini confirm tidak mengecewakan saya.Cara pemakaian serta atitude di atas pentas antara kunci kejayaan mereka mendapat jemputan sering kali di pentas underground.Muntah Darah memang antara band terbaik..
Eyes Of Full Insect merupakan band yang bukan calang calang hebatnya juga.Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan persembahan mereka.Inilah kelebihan band yang mempunyai 2 orang vokalis.Support each others antara kedua dua penyanyi memang hebat dan terbaik.Mereka tidak pernah kenal erti penat atau pancit atas stage.Malah, suppoter mereka semakin HYPE bila mana mereka mula perfom.
Ayin@Goyang72 merupakan line up jemputan untuk Band eyes of full insect.Kalau saya tak silap, Ayin menguasai teknik DUPSTEP serta penggunaan beberapa gadjet elektro yang mengeluarkan bunyi bunyian yang canggih dan mampu membuatkan crowd depan stage semakin moshing.Lagu terakhir dari band Eyes of full inset ft Ayin memang best.Saya lupa apa sudah tajuknya.Tapi, melodinya memang best.Kalau ada CDnya di jual, saya nak beli...
Sebenarnya ramai lagi band yag perfom msa gigs ini. Anda boleh check out melalui link ini Tribute To Nirvana Pic.
Secara kesimpulannya, penganjur telah membuktikan yang scene underground tidak akan pupus atau berkubur.Malah, scene ini akan mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Bukan sahaja di Kota Kinabalu, malh kelihatan ada beberapa buah daerah di sabah sudah mula aktif dengan aktiviti muzik gigs ini.Kita harus memberikan support dari segi moral dan kata kata semangat di laman media sosial.
Teruskan menyokong band band lokal sabah, kerana...
| Sekadar gambar hiasan |
Caller Ringtone merupakan satu lagi cara pemuzik menjual lagu lagu ciptaan mereka dalam bentuk digital.Dengan cara memasukkan code sesebuah lagu yang ingin di beli dan di hantar kepada telco yang menyediakan perkhidmatan tersebut, sudah mampu membantu band band local ini.
Baru baru ini, saya difahamkan oleh seseorang ahli kumpulan dimana beliau dan line up mereka yang lain amat trekejut bila mana dapat panggilan telefon daripada syarikat yang mengururskan penjualan lagu lagu mereka dalam bentuk digital ini. Dimana, dari january hingga awal bulan jun, hasil jualan lagu lagu mereka mencecah RM5000.
Mereka sendiri tidak menyangka yang beberapa lagu single mereka amat laris di beli oleh follower serta peminat mereka yang berada di dalam negeri mahupun di luar negara.Ternyata usaha yang mereka lakukan sudah menampakkan hasil.Kalau ada rezeki, hasil jualan lagu lagu ini boleh mencecah RM15,000 pada hujung tahun ini.
Dari itu, kepada band band local yang ada di luar sana tu, cuba cubalah menggunakan cara pendekatan ini.Siapa tahu kan, lagu anda dimuat naik oleh peminat anda secara diam diam dengan cara pembelian melalui CALLER RINGTONE.
Insyallah, dalam masa terdekat ini saya cuba mencari mana mana syarikat yang berpengkalan di Sabah ini untuk ditanyakan cara cara nak memohon perkhidmatan CRT ini.Bila dah cukup maklumat, saya akan kongsikan pada anda semua, khususnya band band lokal di sabah...
Stereoangel yang mana merupakan sebuah band indie yang berasal dari daerah Tuaran SAbah kini sedang giat mempromosikan single kedua mereka yang berjudul DURASI.Band yang di anggota oleh MHAI (vox & 1st gitar), KEED (2nd gitar), BHOY (bass) & MOLLY (Drummer) merupakan anak jati kelahiran daerah Tuaran.
Sebelum ini,mereka mempromsikan lagu DURASI ini melalui akaun soundcloud sahaja.Tetapi,mereka kini sudah melangkah setapak lagi dimana mereka juga telah menyiapkan klip vedio lagu DURASI tersebut.
Klip vedio DURASI ini adalah hasil sentuhan produksi tempatan juga yang dikenali dengan nama GENG KAPAK.Mereka ni bukannya yang terlibat dengan mana mana kes jenayah ya.Mereka ni geng yang banyak membantu pemuzik pemuzik local,khususnya di sabah dnegan menyediakan klip vedio.
Pada yang ingin mengenali band ini secara dekat, hanya perlu klik Stereoangel band dan semestinya tekan butang LIKE.Sesudah itu,anda kini menjadi followers mereka dan sentiasa dapat mengikuti perkembangan serta aktiviti terkini band Tuaran ini.
Pada yang belum lagi mendengar dan melihat Mhai iaitu vokalis mereka dalan TV, sila klik disini... http://www.youtube.com/watch?v=kziOijcigt4
Minggu lepas, saya dah dapat tahu dari vokalis band ini iaitu Ei Jul yang band mereka iaitu KOPIKAMILO telah mengeluarkan sebuah lagu raya versi demo.Seperti biasa, saya mengarahkannya untuk hantarkan lagu tersebut ke dalam email onlinefm untuk diputarkan sebagai promosi di saat saat raya dah nak dekat.
Boleh boleh ei jul cakap, "Bro, aku ndak pandai send itu lagu bah.Tunggu juan jak lah aah"...Ni kali lah ko jul.Dia ndak tau macamana mau send lagu.Hahaha, small the matter.Saya menanti kemasukan lagu tersebut kedalam email onlinefm.
Nahh, baru semalam saya dapat tahu yang lagu raya mereka sudah berada didalam email onlinefm dan siap sedia untuk di keudarakan di radio.Seperti biasa, saya akan dengar beberapa kali lagu raya tersebut.Bukan apa, mau ambil feel dari segi penulisan liri dan susunan muziknya.Almaklumlah, tiada pengalaman dalam bidang ni.kenalah belajar sendiri kan.Mana ada orang nak ajar satu satu.
Seperti biasa, KOPIKAMILO tidak pernah melupakan sahabat baik mereka iaitu mie ataupun ART Of Arje.Dimana mereka berganding bahu untuk menghasilkan lagu raya ini.Walaupun dalam bentuk DEMO.yang penting, mereka dah ada koleksi lagu raya ciptaan sendiri :)
Alhamdulillah, saya dah dengar lagu tersebut dan saya boleh bagi rating 4 bintang pada lagu tu.Kenapa? mereka adalah antara band yang pertama menghasilkan lagu raya dalam tahun ini.Dan saya juga salute dengan usaha mereka yang sentiasa kerap mempromosikan lagu raya tersebut di laman FB setiap hari.Bukan sahaja lagu raya tu, lagu lagu mereka yang lain pun sama. Usaha gigih mereka harus di contohi oleh mana mana band yang rasa nak berjaya menakluki hati peminat di luar sana.
Apa pun, pada yang belum pernah dengar lagu raya dari kumpulan KOPIKAMILO ini, korang boleh klik kat sini Kisah Syawal
Mungkin ada juga yang sudah tahu mengenai pemain drum kumpulan CRESIA ini.Dimana DATU sudah berada di Semenanjung Malaysia untuk menimba pengalaman dalam bermain muzik khususnya bermain drum.
Mulanya saya heran juga bila lihat gambar diatas.MAu kemana si Datu ni aah? Tapi,ndak apa lah.Saya rilek jak la.Pok pok ada member share whats going on.But,untul last month (rockafella band battle 2013), saya terserempak dengan ayahanda si Datu di lokasi acara.
Cerita punya cerita, dia lah yang kasi tau yang anak lelakinya ini sudah berada di sjung atas meneruskan perjuangannya dalam muzik.Rupanya datu telah mendapat tawaran untuk bermain muzik disebuah club.Cuma, saya terlupa apa nama club tersebut dan lokasinya.Sebab info ni sudah lama,dan saya tidak write up di blog.Its my mistake.But its ok, saya try refresh my memory..:)
Ceritanya macam ni, Datu telah mendapat offer untuk menjadi pemain drum sessionist di sebuah club.Dan pada masa yang sama, club tersebut adalah port pemuzik pemuzik OTAI sekitar semenanjung.Datu tak peduli,yang penting dia kasi all out apa yang dia ada.Sebab dalam hatinya,dia membawa nama drummer cresia yang berasal dari Sabah.
Dalam diam,Datu telah diperhatikan oleh seorang pemuzik OTAI.Dia terpegun melihat cara datu memukul drum dan showmanship yang dipersembahkan.Dan apa yang membuatkan OTAI tersebut lagi terkelu bila mana datu mampu memukul drum lagu lagu klasik rock 80an & 90an.Nahhhhhh, lagi lah shock otai tu.Terus dia panggil si datu untuk mengenali siapakah pemain drum ini.Alhamdulillah, sejak dari itu, Datu sudah mempunyai peminat dan suppoter yang terdiri dari pemuzik pemuzik OTAI yang mana sering menawarkan dau untuk jamm bersama sama mereka.
Menurut ayahanda Datu, tak sangka bayaran yang diterima untuk bermain muzik disana amat lumayan hingga datu membuat keputusan untuk meneruskan menimba pengalamannya di sana.Itulah kalau kita lihat, datu hanya ada di KK bila kumpulan creasia perfom.Kalau cresia tiada show, datu akan berada di Sjung.
Inilah yang dikatakan rezeki di tempat orang.Cuma, itu sahaja lah.Datu terpaksa bekorban masa dimana terpaksa berjauhan dari keluarga dan cewek..:P. Demi memenuhi minat dan misinya menjadi pemain drum yang berkualiti di arena muzik.
Apa pun,tahniah kepada Datu atas kejayaan ini.Secara tidak langsung, dia membawa nama kumpulannya iaitu Cresia yang berasal dari Sabah.Juga peluang yang diperolehinya amat bermakna sekali buat dirinya yang mana sukar di perolehi oleh mana mana pemuzik di luar sana.
Teruskan perjuangan mu Datu...:)
Bila sebut sahaja pasal muzik GRUNGE,confirm orang akan ingat Kurt Cobain atau Nirvana.Almaklumlah, mereka adalah nama besar dalam genre tersebut.Dari itu, satu gigs yang berteraskan muzik grunge telah berlangsung pada 11 mei lepas di kawasan kolombong, Inanam.
Kalau di lihat,lokasi ini adlaah satu loaski yang baru dan rasanya ini adlaah 1st time gigs berbentuk live band dianjurkan di sini.Sudah tentu ianya membawakan satu kenangan bagi orang yang ada disekitar tempat ini.sama ada mereka layan atau sebaliknya, hanya masing masing yang mampu menilai.Yang pasti,gigs ini dah selesai dan sambutannya juga di luar jangkaan.
Lihat sahaja gambar diatas, mereka adlaah yang hadir di dalam parti grunge tersebut.waww, budak budak kecil juga meminati muzik grunge.Cool, by the way, terdapat banyak gambar yang telah di ambil oleh beberapa sahabat.
Antaranya, anda boleh lihat disini Punk Up The Grunge Party @ Kelombong, KK.
Apa pun,nak ucapkan weldone & tahinah kepada penganjur serta beberapa buah band yang telah menjayakan gigs ini.diharap anda tidak akan berhenti disini sahaja.malah,mulakan mencari generasi yang suka dan minat mendengar lagu lagu berteraskan genre grunge.
































