Antara band yang berentap |
CARTA LAGU ARTIS SABAH adalah pertandingan yang dinanti nantikan oleh mana mana komposer dan penyanyi sekitar Sabah.Bukan sahaja penyanyi solo,malah penglibatan dari berkumpulan juga tidak ketinggalan hendak menyertai bertanding dalam program anjuran RTM Sabah iaitu SABAHFM .
Untuk membolehkan sesebuah lagu itu bakal dipilih melayakkannya masuk ke final,ianya haruslah mendapat undian yang tinggi pada setiap minggu.Ini memerlukan support yang kuat dari mpeminat sesebuah lagu tersebut.Seperti gambar yang anda lihat di atas,hanya 4 buah kumpulan sahaja yang layak masuk final sementara yang lain adalah pencalonan dari penyanyi solo.
Antara band band yang telah menempatkan nama ke final adalah:-
The Ariez |
The Fingers |
Cahaya D' Folk |
Inilah kali pertama band ini iaitu Cahaya D Folk mencalonkan lagu mereka yang berjudul KAU HARUS TAHU dan alhamdulillah berjaya & layak masuk ke final.bak kata pepatah,tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak siapa yang tahu.Band ini jugak kerap membuat persembahan sekitar KK dan kali ini mereka bakal membuat persembahan depan penonton yang ramai dan hapenning.mana tidaknya mereka bakal perfom depan VVIP woo..:)
Makhluk |
Bukan mereka sahaja.ada 4 lagi pencalonan dari penyanyi solo dan semestinya juga mempunyai kekuatan paa lirik serta susunan melodi.Apa pun terjadi,kalah menang adalah adat.Yang pasti,penglibatan band tempatan telah mendapat sambutan dari pengiat & pengkarya muzik sekitar Sabah.Diharap tahun 2012 akan ramai lagi band yang bakal menyertai pertandingan CARTA LAGU ARTIS SABAH ini agar karya mereka boleh di kategorikan sebagai bermutu dan berkualiti.
Pada yang tertanya tanya,bila agaknya acara FINAL ini,berikut adalah info yang dikongsikan melalui email oleh member member:-
Tarikh:- 26 Febuari 2012
Tempat:- pusat membeli belah 1Borneo