Showing posts with label Demo. Show all posts
Showing posts with label Demo. Show all posts

Dalam diam, band dari Keningau ini juga mengikuti jejak kumpulan honest.Iaitu melahirkan ALBUM DEMO untuk kali pertama.Sebelum ini, mereka amat dikenali dengan lagu CERITA AKU, KAU & DIA.Akan tetapi, mereka tampil dengan 8 buah track sekali gus.Fuhhh, hebattt


Seperti yang saya ketahui, band ini memang berbakat dan mempunyai potensi maju kehadapan. Kan tetapi, atas beberapa sebab dan masalah, antaranya komitmen vokalis mereka iaitu OMAR yang bertugas di semenanjung, membuatkan mereka sukar untuk bersemuka dan merakamkan lagu.

Tetapi, kini OMAR sudah mencukupkan syarat dan memberikan semangat kepada ahli kumpulan yang lain.Hanya kini, proses mempromosikan kepada sahabat handai ,sanak saudara dan stesen radio tempatan sahaja untuk mendengar dan menyokong karya ikhlas mereka ini.

Diharap, anda semua juga memberikan sokongan kuat kepada mereka dengan cara mendapatkan salinan demo album ini dengan kumpulan CALENDER BAND ini.Caranya amat mudah, hanya perlu hubungi mereka menerusi laman page https://www.facebook.com/CalendarBand/ .

Atau boleh terus menghubungi nama nama tersebut:-


  1. Omar Hasim (012 831 5134)
  2. Andut (014 370 8634 )
  3. Yeyeh (019 803 9196)

Minggu lepas, saya dah dapat tahu dari vokalis band ini iaitu Ei Jul yang band mereka iaitu KOPIKAMILO telah mengeluarkan sebuah lagu raya versi demo.Seperti biasa, saya mengarahkannya untuk hantarkan lagu tersebut ke dalam email onlinefm untuk diputarkan sebagai promosi di saat saat raya dah nak dekat.

Boleh boleh ei jul cakap, "Bro, aku ndak pandai send itu lagu bah.Tunggu juan jak lah aah"...Ni kali lah ko jul.Dia ndak tau macamana mau send lagu.Hahaha, small the matter.Saya menanti kemasukan lagu tersebut kedalam email onlinefm.

Nahh, baru semalam saya dapat tahu yang lagu raya mereka sudah berada didalam email onlinefm dan siap sedia untuk di keudarakan di radio.Seperti biasa, saya akan dengar beberapa kali lagu raya tersebut.Bukan apa, mau ambil feel dari segi penulisan liri dan susunan muziknya.Almaklumlah, tiada pengalaman dalam bidang ni.kenalah belajar sendiri kan.Mana ada orang nak ajar satu satu.

Seperti biasa, KOPIKAMILO tidak pernah melupakan sahabat baik mereka iaitu mie ataupun ART Of Arje.Dimana mereka berganding bahu untuk menghasilkan lagu raya ini.Walaupun dalam bentuk DEMO.yang penting, mereka dah ada koleksi lagu raya ciptaan sendiri :)

Alhamdulillah, saya dah dengar lagu tersebut dan saya boleh bagi rating  4 bintang pada lagu tu.Kenapa? mereka adalah antara band yang pertama menghasilkan lagu raya dalam tahun ini.Dan saya juga salute dengan usaha mereka yang sentiasa kerap mempromosikan lagu raya tersebut di laman FB setiap hari.Bukan sahaja lagu raya tu, lagu lagu mereka yang lain pun sama. Usaha gigih mereka harus di contohi oleh mana mana band yang rasa nak berjaya menakluki hati peminat di luar sana.

Apa pun, pada yang belum pernah dengar lagu raya dari kumpulan KOPIKAMILO ini, korang boleh klik kat sini Kisah Syawal


"Ni lah dia 2nd DEMO kami.tiada yang istimewa.Kami hanya mau berkongsi muzik & minat kami..."

Antara kata kata low profile dari band yang berasal dari Lahad Datu ini.Mereka ialah Sludgy yang mana antara salah sebuah band membawa muzik grunge di Sabah ini.Kini mereka sedang mempromosikan demo terbaru mereka kepada sahabat terdekat mahupun sesiapa sahaya yang sudi mendengar karya mereka.

Sludgy yang berasal dari daerah Lahad Datu sudah ujud sejak tahun 2005 lagi dipersana underground scene ini.Band yang berteraskan muzik grunge ini sememangnya sebuah band yang mempunyai potensi besar dalam muzik yang mereka ketengahkan.Seperti biasa, mereka juga mempunyai impian untuk bermain di pentas gigs sekitar Sabah.Malah,meyimpan impian untuk membuat persembahan di luar Sabah sekiranya diberi peluang oleh mana mana orgaizer.

Tahun 2013 amat bermakna bagi kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang jejaka hebat ini.Dimana mereka sedang mempromosikan DEMO mereka.Tidak perlu membeli,kerana ianya boleh diperolehi secara percuma sahaja.


Didalam demo ini memuatkan 5 buah lagu 100% ciptaan dan arrangement mereka sendiri.Inilah yang saya amat suka dan salute pada belia belia yang cenderung pada muzik.Mereka mampu menghasilkan sesebuah lagu mengikuti test mereka sendiri.Lirik dan susunan lagu dari mereka amat sesuai dengan pembawan band ini.Beberapa lagu dalam CD ini sudah pun di mainkan di onlinefm.Antaranya Drink to high & Incest.

Apa pun, pada suppoter band band indie di luar sana, jangan lupa dapatkan DEMO dari kumpulan Sludgy ini.Korang boleh nilai dan berikan komen yang membina bagi band ini memperbaiki kelemahan untuk masa akan datang.Mereka perlukan support anda untuk terus maju.

Keep support our local act, coz kalau bukan kita,siapa lagi

Rasanya info ini masih lagi panas di laman facebook The Mines dimana sebuah lagi lagu baru telah dimuatnaik untuk dikomen dan dinilai oleh peminat mereka atau yang sewaktu dengannya.Lagunya berjudul MAKHLUK DUNIA RESAH.Seram jugak aku dengar judul lagu ini,tapi sekali dengar boleh goyang lutut gak...

Apa tunggu lagi,lawatilah page mereka dan dengarkan lagu ini.Sementara kita menantikan EP sulung mereka yang tak lama lagi ada dipasaran.Insyallah
Rag Pants Demo
Dalam diam anak anak muda ini memberanikan diri untuk mengeluarkan limited edition DEMO mereka yang mana hanya 30 keping sahaja yang ingin diedarkan secara PERCUMA kepada rakan terdekat mahupun yang ingin mendengarkan lagu lagu mereka.Dalam CD ini memuatkan 4 buah lagu yang mana semuanya adalah hasil ciptaan mereka sendiri.

Pants Tape
Mereka adalah Pants Tape yang berasal dari daerah Papar Sabah.Setakat ini boleh dikatakan masih baru tetapi sering kali juga mendapat jemputan untuk membuat persembahan dalam acara gigs mahupun showcase.Kepada yang ingin mendapatkan RAG PANTS DEMO,sila berhubung dengan mereka.

Dengarkan luahan hati mereka,jiwa mereka yang diterjemahkan kepada muzik mereka...


sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah,sejak kebelakangan ini dah makin ramai saya lihat kebangkitan band band baru dalam industri muzik tempatan terutamnay di Sabah ini.Antaranya band yang berada sekitar daerah Sandakan,Tawau,Lahad Datu mahupun Kota Kinabalu.Ini merupakan tanda tanda sihat dimana belia belia kita dah mula menjauhi aktiviti kurang sihat dan cuba berjinak jinak ke bidang yang berfaedah dan ada masa depan iaitu berkarya melalui muzik.

Cuma,yang ingin di tekankan di sini adalah semangat dan kemampuan anda untuk menghasilkan sesebuah karya itu bergantung pada kualiti bunyi lagu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum,setiap kualiti ada beza dari segi penghasilannya.Iaitu DEMO,SINGLE & ALBUM dan sudah tentu setiap kualiti kualiti ini memerlukan kos yang boleh dikira hebat juga.Apa lagi bagi mereka yang tidak ada pekerjaan tetap,tapi semangat untuk berkarya tetap tinggi.

Saya mensyorkan pada mereka yang masih baru dalam penghasilan lagu supaya mendapatkan khidmat nasihat dari mana mana syarikat rakaman yang anda kenal.Saya percaya dan yakin,mereka mereka ini yang dikenali sebagai SOUNDENGINEER ini akan memberikan tunjuk ajar dan nasihat bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam penghasilan sesebuah lagu.

Terdapat banyak studio rakaman sekitar Kota Kinabalu ini dan anda boleh bertanyakan kepada tuan punya studio berkenaan harga sesebuah proses rakaman mahupun khidmat nasihat.Pada yang dah mempunyai lebih dari 2-3 buah lagu dalam bentuk DEMO,supaya cuba mengeluarkan sedikit kos untuk menghasilkan SINGLE.Bukan apa,zaman sekarang ini,pendengar mahupun sesiapa saja akan menilai sesebuah band itu melalui kualiti lagu lagu mereka selain dari mutu persembahan di atas pentas.

Bunyinya mcm ni  (Ek-Zart-Mius-Thi-Ket)
Mengapalah terlalu sukar nak sebut nama band ini.Apakah sebabnya mereka memilih nama sebegini rupa.namu sesukarmanapun nama mereka,mereka adalah sebuah lagi band baru yang ingin mencuba nasib ddi bawah bumbung muzik bawah tanah ini.

Band ini berasal dari daerah Sandakan dan terdiri dari 5 orang anak muda.kalau nak story pasal dorang ni,terlalu detail sangat,apa kata korang LIKE page mereka di FB iaitu EXartmusthiCate dan korang bacalah mengenai mereka di sana.

Baru baru ini salah sorang line upnya telah bertanyakan akan perihal muzik indie dari A-Z.Dan aku jawab senang jak,iaitu cari sifoo dan bertanyakan seberapa banyak soalan pada orang tersebut.Apa lagi,dengan berbekalkan semangat yang membara bagai kayu api baru di tuang minyak tanah,mereka mencuba nasib dengan merakamkan demo pertama mereka di salah sebuah studio yang ada sekitar Kota Kinabalu.

Dan alhamdulillah,beberapa hari mereka di Kota Kinabalu,akhirnya telah pun siap demo pertama dari band ini berjudul LOSING YOU yang mana telah pun tersenarai dalam I-Song.Harap korang sudi nak dengar dan bagi komen yang membina untuk mereka2 ini memperbaiki mutu karya mahupun tips2 untuk bersama sama memeriahkan lagi suasana muzik bawah tanah ini.

Apa pun berlaku,kalau nak berjaya setiap langkah harus di atur.Semangat kena kental dan sentiasa terapkan sikap"TIDAK PERNAH PUAS" dengan sesebuah hasil yang anda lakukan.Ini antara kunci untuk berjaya dalam apa yang kita inginkan.Dan yang penting,bak kata pujangga...
kalau bukan KITA,SIAPA lagi...
Cover DEMO dari HANATOR
Nah,rasanya bulan puasa ini merupakan bulan yang ada kelebihannya selain umat islam berpuasa.ada juga band yang telah mengeluarkan DEMO untuk peminat peminat muzik mereka.MEMORIES OF DALIT adalah demo yang telah dikeluarkan oleh Band Metal Hanator

Kali ini mereka hanya mengeluarkan sebanyak 66 keping sahaja dan harga untuk sekeping sangat berpatutan iaitu Rm6 dan memuatkan 4 buah lagu.Antaranya adalah MEMORIES OF DALIT & SUMPAHAN TERKUTOK.



Rm6 sekeping
 JAdi,sekiranya anda seorang peminat muzik keras atau METAL,jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DEMO ini untuk dijasikan koleksi anda.Dan harap anda tidak menilai kualiti demo ini dengan serius kenara sudah tentu band HANATOR ini masih dalam percubaan mencari peluang yang sewajarnya sebelum mengeluarkan lagu dalam kualiti yang mantap.

Untuk maklumat lanjut,anda boleh berhubung dengan mereka di talian 0168117121 & 0168026113


Kali ini HANATOR ingin memperkelankan diri mereka pada peminat muzik metal melalui DEMO.Sekiranya dapat sambutan,insyalah tak mustahil mereka akan membuak rakaman dalam bentuk single mahupun Album.Sama sama kita support band ini,bukan saja mereka maah band band lain di luar sana.

Ingat,KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI nak menyokong band band kita sendiri.

p/s
Jangan lupa upaod di website onlinefm ya bro..:)
Noisy Crush

Baru baru ini aku diapproch oleh seorang rakan lama yang sempat berkenalan kurang dari 2 jam.Yang pasti dia adalah seorang peminat muzik dan pengiat muzik tempatan yang dikenali sebagai  Pak tam.Aku kenal dia ni beberapa tahun lepas,dimana saat aku mencari demo demo dari band indie kelahiran daerah Tawau.Waktu itu,dia banyak membantu aku untuk mendapatkan beberapa lagu demo untuk di putarkan di radio internet.Antara band yang memiliki demo watu itu adalah The Floppy (stereo pelangi yang hilang)


Pak Tam vokalis Noisy Crush
Ketika saya berjumpa Paktam dan beberapa temannya,dia belum ada mempunyai sebarang demo  atau band.Tapi,dia tetap membantu aku untuk mencapai tujuan aku ke Tawau.

Itu dulu,kini Paktam dah ada band sendiri dan telah merakamkan beberapa buah lagu yang pastinya korang boleh nilai sendiri hasil usaha anak jati kelahiran Tawau ini.Siapa kata band Tawau kurang berbakat.ternyata anggapan mereka kurang tepat.Ini dah terbukti yang Noisy Crush telah mengeluarkan beberapa buah lagu dalam versi Inggeris lagi.

Tanpa di sangka, ke lima lima demo mereka dalam versi inggeris.Pendek cerita,orang boleh dengar dan nilai sendiri akan kehebatan mereka menghasilkan lagu dan penulisan lirik ini.


Antara lagu fav aku buat masa ini adalah yang ada di atas nin yang berjudul WHY.Kenapa aku minat?kamu tengok dulu klip vedio ini,dan korang komenlah dimana kamu suka.sama ada di sini,atau di fan pages mereka iaitu Noisy Crush 

Mereka boleh di jadikan contoh yang amat sesuai dalam memajukan diri dalam penghasilan muzik sendiri terutamanya di Daerah Tawau.Kalau dulu,ramai yang menjadikan alasan tiada studio rakaman,tapi kini rasanya dah ada tempat yang mereka perlukan untuk membuktikan yang mereka menghasilkan lagu sendiri.

Tetapi,buat masa ini harap jangan ada yang membandingkan mutu mahupun kualiti rekoding mereka.Sebab kita juga harus faham,bukan mudah nak dapat sebuah studio yang fully with gadget dan software yang canggih.Modal yang amat besar amat di perlukan,buat sementara ini mereka iaitu scence di Tawau ini sedang berusaha ke arah itu.Boleh nampak,secara perlahan lahan mereka merangkak untuk bersaing dengan teknologi.

So,korang teruskan support band band luar dari Kota Kinabalu ini .Kerana mereka juga amat perlukan pendedahan untuk join gigs yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu.Yang penting INVITE mereka,pasti mereka tidak akan menolak demi memperjuangkan muzik buatan anak anak Tawau ini.


Operator
Sudah lama tak update blog ini dan rasa rindu pula nak cari band baru yang ingin di kenalkan pada peminat muzik buatan sendiri ini atau lebih dikenali sebagai INDIEpendent.Kali ini saya nak kenalkan sebuah band yang dikenali sebagai OPERATOR.Dianggotai oleh  4 orang anak muda yang minat dengan muzik buatan sendiri iaitu Fauzi sebagai Vox & pemain gitar,Kiko sebagai bassist,Kery sebagai pemain DRUM & Mark sebagai pemain gitar utama.

Mereka semua ini berasal dari kawasan yang berdekatan dengan Bandar Kota Kinabalu.Antaranya Kudat,Tamparuli dan rasanya yang paling jauh adalah Ranau.Tapi itu tidak dijadikan sebagai alasan untuk bekarya atau Jamming di bandar KK.Kalau dah minat pada muzik,tak kisah jauh atau sukar,akan di tempuhi juga...


Biarpun mereka ini masih BARU dan kurang dikenali oleh pengiat muzik tempatan,terutama sekali di Sabah mereka dah mengeluarkan beberapa DEMO untuk anda nilai akan hasil ciptaan mereka sendiri.Dan semestinya akan  disenaraikan demo mereka untuk di putarkan melalui radio Onlinefm.

So,terpulang kepada anda yang ada di luar sana untuk membantu mereka dengar memberi semangat,komen membina dan sebarang idea untuk mereka lebih bersemangat menghasilkan lagu lagu terbaru mengikut konsep muzik yeng mereka bawa.Dan sekiranya anda ingin mendengarkan DEMO mereka dan ingin mengenali mereka sila lawari page mereka di facebook iaitu Operator.

Dan saya mensyorkan anda cuba menghayati dan dengarkan lagu mereka berjudul MENGEJAR PELANGI.Kerana inilah antara lagu yang akan di senaraikan untuk memasuki server Onlinefm yang mana lagu ini akan sentiasa di putarkan walaupun tanpa ada penyampai yang bertugas.

Kepada bakal bakal event organiser,sudi sudikanlah memberikan mereka ini eluang untuk beraki di pentas anda demi membantu band band kita mempamerkan bakat dan mutu persembahan mereka di dunia sebenar...

Mula mula aku tertanya tanya siapakah dia ini.Secara tiba tiba bertanyakan soalan "BRO,buli kah kasi main lagu kami"?so,aku punya jawapan,still the same jak la.Asal lagu sendiri,karya sendiri why not...

Band ini di tubuhkan sekitar awal 2008 yang mana di angotai oleh 3 orang anak muda.Iaitu Tanza (Vox & rytm)San(lead guitar)Zazn(Bassist).Muzik mereka berkonsepkan Alternatif rock 60an.Dan semestinya semua karya mereka di hasilkan oleh mereka sendiri

Nah,akhirnya kemarin,Brader ini telah mengirimkan DEMO pertama kumpulan mereka yang di kenali sebagai AER.Bukan setakat DEMO saja,sekali dengan lirik woo, dia sertakan.Ni baru lah,Terima kasih BRO...

inilah antara lirik lagu tersebut...


Antara planet –planet galaksi kita bersama..
Antara satellite dunia bintang kita menyinar..
Di orbitnya..
Bima sakti perasaan..
beragam fakta idealisme
di atmosfera beradu asmara astronomi
Mengitari cara  teori..
Jasadmu jauh sejuta cahaya..
Jasadmu jauh di ruang angkasa
Komunikasi ku teleskopmu..
Distenasi ku mencarimu di akhir hayat
kerahmatullah..



Ini adalah singel pertama mereka iaitu GALAXSI PLANET ASMARA.Ianya berkisar tentang seorang penduduk bumi yang terjumpa alat kumunikasi angkasa lepas.Dia mendapati ada seorang gadis yang di dalam talian tersebut yang merupakan penduduk planet lain.Mereka pun berbicara,berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta menerusi talian talifon tersebut.Lama kelamaan,Ayah kepada gadis itu dapat menghidu perhubungan mereka dan mengambil keputusan untuk merampas alat komunikasi tersebut dan mengurung gadis tersebut dalam sebuah bilik.Dan di dalam bilik itu HANYA terdapat sebuah Taleskop dan hanya benda itulah sahaja yang dapat mengubat kerinduaan gadis tersebut pada lelaki itu.


Setelah tak tertahan rindu di hati,lelaki tersebut mengambil keputusan untuk mencipta sebuah mesin untuk terbang keplanet tersebut.Dan setelah siap,dan menuju ke sana,kapal angkasa yang di ciptanya itu telah di serang oleh penduduk planet tersebut.Dan yang pasti lelaki tersebut telah gagal untuk bertahan dari serangan peluru dan telah pun menemui ajal di samping menahan rasa rindunya terhadap gadis yang di cintainya itu...


Waduh,ini baru lah maksud lirik lagu.Sangat mendalam dan penuh pengorbanan demi cinta terhadap gadis planet tersebut.


Sekiranya anda ingin mengenali dengan lebih dekat mengenai band ini,sila layari Fan Pages mereka iaitu AER atau myspace mereka iaitu Aer.


So,jangan lupa support dengan mendapatkan DEMO mereka yang sedang di jual dengan harga rm7.Yang mana mereka mempertaruhkan 4 demo dalam CD tersebut.Yang pasti suatu hari nanti saya akan dapat melihat sendiri mereka bermain di pentas "ONLINEFM Mini Jamm"..
preatorians.

Band ini telah di nobatkan sebagai BEST DRESS pada acara Battel of the band tempoh hari yang berlangsung di STAR CITY, Kota Kinabalu.Anda juga boleh lihat,betapa kemasnya pakaian mereka ini.mereka mengelarkan diri mereka Preatorians.Amat ganjil juga nama band ini.SAya tak sempat nak tanya apakah maksud (preatorians) ini.Kalau di amati,macam nama tentera di zaman SPARTAN.Kali aku silap..sorry guyz..:)

Oklah saya tak banyak tahu pasal band ini,kerana pertama kali jumpa mereka masa Battel yang berlangsung ini lah.Akan tetapi,masa mereka membuat persembahan,saya perhatikan kesemua mereka serius dan bersunggun sungguh memainkan alat muzik mereka.Terutama sekali brader Soffwan selaku drammers mereka.So,saya dapat rasakan yang mereka juga mengharap untuk dapat tempat top 3 dalam acara battel ini.



Cara persembahan mereka memang teratur dan seolah olah mereka sudah biasa membuat oersembahan di pentas.Besar kemungkinan,inilah kali pertama mereka naik pentas Battel,kalau saya silap,harap di perbetulkan ya..:).Tapi, band ini memang hebat..


Kali ini saya sertakan beberapa keping gambar msa pertanding battel of tne band ini berlangsung.Dan jutaan Terima kasih juga kepata team Revolution On Motion atau di kenali sebagai R.O.M kerana telah bertungkus lumus mengambil gambar gambar ini.


Pada 8 November yang lepas,brader Soffwan telah mengirimkan DEMO pertama mereka yang masih lagi dalam proses untuk di perdengarkan.Setelah mendengarnya,saya pasti lagu yang bertajuk Regret My Sorrow adalah lagu yang akan menjadi titik tolak ada band ini menyertai band band Indie yang ada di sekitar KK ini.Dan mereka juga berhak untuk menjadi band jemputan untuk bermain di pentas pentas GIGS sekitar Sabah.

Jangan segan silu untuk menghubungi mereka ya.Cuma buat masa ini,anda boleh menghubungi drummers mereka iaitu Soffwan untuk merujuk mengenai band ini.Apa apapun,kepada Preatorians,saya harap anda tidak akan berhenti untuk mempamerkan bakat anda dalam penghasilan lagu lagu bagus dan mutu persembahan di atas pentas...
Another Silent Circus 
Last week masuk lagi satu info mengenai satu band ini yeng ingind i kenali sebagai Another Silent Circus.So,aku pun tengoklah info pasal band ini di FB mereka.Sekali aku amati,salah sorang lineupnya adalah si Luther.Pemain drum untuk kumpulan 3rd Dice.So,mengkali ini adalah Band projet dia lah.Sebab sudah menjadi trend anak anak muda sekarang ini  untuk menyertai lebih dari satu band.Mereka selalu panggil "Projek Band"

Anggotan band ini terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Luther selaku Vokalist,Afdeny pemain Gitar,Imran selaku pemain Bassist,keybord juga vokalist & Affidy pemain drumm.Kalau di perhatikan mereka sangat berbakat dalam bidang muzik ini.Apa tidaknya,satu anggota sampai 3 alat muzik yang di mainkan,hebattt..




Pada mulanya band  ini di tubuhkan sekitar awal tahun 2001 dimana Afdeny & luther adalah geng sejak di bangku sekulah lagi.Dan sering kali jamm bersama sama sekitar membakut dan jamming studio yang berhampiran.Begitu juga dengan Imran,dia adalah rakan kelas sebelah dan juga meminati muzik.Jadi,mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan.

Akan tetapi,Adik kepada Afdeny iaity Affidy sangat minat bermain drum.Jadi dia di beri kepercayaan untuk menjadi salah sorang ahli kumpulan Another Silent Circus.Dan mereka mula lah aktif membuat jamming session di tempat2 jamm sekitar area mereka.

Hingga lah mereka menagmbil keputusan untuk merakamkan DEMO pertama mereka yang di beri judul Break It down.Dimana DEMO ini telah di rakamkan sendiri oleh mereka dan mereka juga yang membuat mixing secara sendiri.Tanpa meminta bantuan pada mana mana orang yang sepatutnya.Inilah yang kita banggakan di mana band band kita suka membuat experimen sendiri untuk memperkenalkan lagu mereka dengan cara tersendiri.

Inilah dikatakan Zaman IT,semua benda boleh di buat sendiri dengan mengunakan perisian perisian yang tertentu.Apatah lagi dengan pertolongan band member itu sendiri,mereka memerah otak untuk menyiapkan DEMO pertama dengan bersungguh sungguh.

Setelah mendengarkan DEMO ini,rsanya mereka telah berjaya menghasilkan satu DEMO yang tidak kurang hebatnya.Walaupun mereka mengatakan DEMO ini teruk kualitinya.Bagi saya,ianya tidak menjadi masalah dan halangan untuk membantu mereka memperkenalkan siapa itu Another Silent Circus.

Sekiranya anda ingin mendengarkan DEMO ini,sila klik pages mereka iaitu Another Silent Circus dan anda boleh dengarkan dan hayati jiwa yang di bawa oleh band ini.Mereka juga berbesar hati sekiranya mereka di beri peluang untuk bermain di pentas GIGs atau mana mana acara muzik.Sekiranya ada Battel of the band,rasanya band ini tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.

So,kita selaku peminat muzik aliran bawah tanah ini,harus membantu mereka dengan mendengarkan DEMO mereka dan memberikan sebarang komen membina untuk mereka memperbaiki segala kelemahan atau kekurangan dalam penghasilan lagu lagu seterusnya..

Support our local band...


Naberius
Ini adalah kali kedua aku buat ENTRI mengenai band Black Metal.Sebelum itu,aku mohon maaf sekiranya ada info yang tak betul.Harap di tegur dan di perbetulkan sahaja.Bukan apa,rasa seperti tidak adil kalau tiada menulis artikel mengenai aliran muzik keras atau Black Metal ini dalam blog ini.Padahal,ada beberapa lagu masuk dalam email aku untuk di kongsikan bersama.Insyallah,akan aku cuba untuk memutarkan lagu lagu Metal ini.Kena ada caranya,sure teda ada masalah tu..:)

Kali ini,aku nak cerita pasal band Naberius.Band ini berasal dari Membakut,Papar.Sebenarnya aku ingin berjinak jinak dengan muzik ini.Namun,yaah memang betul kata pemuzik,kalau tak ada asas atau bukan JIWA METAL,memang susah nak layan ni lagu.Aku akui yang aku memang sukar nak paham.Tapi,tak semestinya aku tak boleh buat artikel.betul tak..

Naberius

Band ini di anggotai oleh lima orang anak muda yang memang menjiwai muzik Metal ini.Mereka adalah Aragonth,Sakhrath,Naminth,Yamullah & Mantdau.Anda boleh lihat sendiri nama nama mereka pun sangat unik.Itu adalah salah satu konsep Metal yang harus ada pada peminat muzik ini.

Baru baru ini aku cuba berhubung dengan salah sorang anggota kumpulan ini.Dan alhamdulillah,dia bersetuju untuk memberikan Single mereka yang berjudul Beyond The Death.Cuma sayangnya anda tidak dapat mendengarkan lagu ini secara terus.Kerana menera tidak mempunyai Myspace.Rasanya mereka perlu menyediakan akaun Myspace untuk peminat peminat mereka mendengar lagu mereka.On going lah bah tu kali,so,u all rilex jak aaah...:)

Buat masa ini,rasanya mereka lebih aktif bermain GIGS di pentas pentas yang berteraskan muzik Metal atau Hardcore.Sekiranya anda ingin mengenali band ini,sila kunjungi fan pages mereka iaitu NaberiuS di Facebook.
Bring Back The Arcade
Wah,makin lama makin ramai band band INDIE kita muncul bak cendawan selepas hujan.Ini bermakna mereka dah mula berani berkongsi karya mereka dengan masyarakat umum.

Tidak ketinggalan juga bagi band ini yang ingin dikenali sebagai Bring Back The Arcade.Band ini terdiri dari 5 orang anak muda.Antaranya Angle selaku Vokalist,Syuk & Wann selaku pemain gitar,Mitch pula pemain Bass & Awang sebagai pemain drum.Salah sorang dari mereka ini adalah orang kuat Revolution On Motion a.k.a R.O.M.Siapa?anda cuba teka lah...:P

Bring Back The Arcade

 Dan mereka telah manghantarkan DEMO pertama mereka yang berjudul Pebble By The Street.Mula mula aku dengar,indak berapa lah.Sekali dengar betul betul dan hayati,perghhh,ianya sesuai di dengar masa kita driving long distance atau pun tersangkut dalam Jam huahuahuha.

Betul,kalau kamu tak percaya kamu boleh mendengarkan sendiri DEMO ini melalui myspace mereka iaitu bring back the arcade.Kamu dengar berulang kali,memang best la,biarpun aku tak berapa paham english,but still boleh layan.

Jangan lupa cuba mendekati band ini samaada melalui myspace mereka ataupun fan pages mereka iaitu Bring-Back-The-Arcade.Dan semestinya saya akan memainkan DEMO mereka ini di Onlinefm ketika saya bersiaran nanti,Tunguuuuuuuuuu...

Good luck guyz...:)

p/s
Kalau ada EVENT,sure will let u play...:)

Obsqure
 Pada 24 hb lalu,aku dapat email dari brader Suhaimi mengenai DEMO untuk band ini dah siap sepenuhnya.Alhamdulillah,aku just tumpang gembira sahaja lah.Band ini telah mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Brader Suhaimi@Soundblazer bagi menyiapkan DEMO mereka ini.

Proses rakaman lagu lagu mereka ini di lakukan di studio Suhaimi@soundblazer sendiri yang terletak di Dongonggong Square.Berdekatan dengan restoran Senario.Ianya terletak di tingkat atas.Dan rasanya bukan band ini sahaja yang pernah merakamkan lagu,rasanya dah banyak juga band2 INDIE kita telah merakamkan lagu lagu mereka di sana.

Menuruk Brader Suhaimi,kali ini mereka mempertaruhkan empat buah lagu.Antaranya adalah:-

  1. How Long
  2. In Time
  3. Engkau
  4. Can't Take it anymore

So,Mereka mengharapkan semua peminat muzik INDIE mahupun pengikut aliran INDIEpendent band ini dapat menerima lagu lagu hasil ciptaan mereka ini.Dan rasanya mereka juga sedia menerima komen mahupun pandangan yang membina bagi memperbaiki mutu penulisan lirik mahupun gubahan melodinya.

Sekiranya anda ingin mengenali band ini secara dekat,anda boleh mengklik fan pages mereka iaitu Obsqure-Melon-tea di Facebook.Sama sama lah kita membantu band ini mempromosikan lagu lagu mereka di ruang internet.Lebih lebih lagi Facebook.

Harapan saya,Obsqure akan membuat CD dan menjualnya pada peminat peminat mereka.Dan sudah pasti harga sekeping CD ini sangat berpatutan dan mampu di miliki oleh sesiapa sahaja.

p/s
Lagu anda akan di putarkan di OnlineFM masa slot saya..:)

Kenapa Rendah?emm,mana lah aku tauk,Huahuahuhaa,kena tanya band ini lah,pasal apa mereka pilih nama band ini WHYLOW.

Band ini di tubuhkan sekitar tahun 2005 dan pada masa itu mereka terdiri daripada 4 orang member.Antaranya DHAN selaku vokalit & pemain gitar,MIE selaku gutar kedua,ANDY pula selaku pemain bass dan RUDY selaku pemain drum.Mereka ini aktif buat jamming session di mana mana jamming studion sekitar Papar.Almaklumlah,mereka mereka ini berasal dari Daerah Papar,iaitu Bongawan.

Andy,Mie,Dahn & Rudy

Dahn telah mengambil langkah drastik iaitu cuba cuba berjinak jinak dengan menyertai pentas GIGs yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu untuk memperlihatkan akan lagu lagu ciptaan mereka juga kehebatan mereka di atas pentas.Alhamdulillah,mereka juga sering kali di jemput untuk bermain GIGs oleh penganjur2 yang mengenali band ini.Terutamanya Suara Anak Borneo,dan mulai disinilah titik tolak band ini berjinak jinak mengeluarkan DENO & single mereka untuk peminat lagu lagu INDIE melalui myspace mereka

Penghujung tahun 2008,Whylow telah menghasilkan  3 lagu EP iaitu CAHAYA,PARADIGMA & ITS OUR FAULT.Hari ini dalam sejarah dimana mereka telah mengeluarkan Mini Album lah kunuk,iaitu memuatkan 3 lagu EP mereka dan di tambah lagi dengan 2 lagu baru iaitu GABAN the Anthem & RASIONAL.Kesemua lagu lagu ini di rakamkan di sebuah studio yang terdapat di daerah Bongawan juga yang dimiliki oleh Yuan Eddie.Yang mana,beliau berpengalaman juga dalam proses rakaman lagu lagu ini.Studionya bernama AES STUDIO.




Nah,Whylow dah mula berani  berkongsikan EP mereka yang telah lama di perap dan kini dah ada di pasaran tempatan iaitu LIMITED COPY iaitu sebanyak 50 keping SAHAJA.Sekiranya anda seorang penyokong industri muzik tempatan,terutamanya di Sabah,belilah EP band band INDIE ini untuk di jadikan koleksi peribadi anda.

Semestinya anda boleh dapatkan melalui membuat pangilan talipon atau menunjungi hometowndistro untuk mendapatkan EP ini.Jangan lambat lambat,nanti kehabisan stok.lagipun harganya sangat berpatutan iaitu rm10 SAHAJA.

p/s
Kalau bukan KITA,SIAPA lagi ?

Pada mulanya mereka tak berani nak tonjolkan diri pada orang umum.Orang yang saya maksudkan adalah band band INDIE ini.Mungkin mereka masih malu atau tak yakin akan diri mereka.Sekarang alhamdulillah,dah berani buat kompilasi lagu lagu mereka untuk memeriahkan indistri muzik tempatan terutamanya di Sabah.

Kali ini,kumpulan yang amat dikenali dengan gelagat HAPENNING mereka masa GIGS tak lain tak bukan ORANG PLANET telah menyediakan Cd kompilasi untuk pasaran sekitar Kota Kinabalu.Sekiranya anda berhampiran dengan bandaraya Kota Kinabalu,jang lupa untuk mendapatkan CD kompilasi ini yang mana ada terda[at di kedai hometowndistro.Buat masa ini,jumpahnya adlah terhad,iaitu 6 keping sahaja,ini sebagai permulaan.Sekiranya mendapat sambutan,akan di tambah lagi salinan untuk peminat muzik INDIE ini.




Kompilasi kali ini menampilkan beberapa buah band yang sering kali anda lihat membuat persembahan di pentas pentas bawahtanah (Underground GIGs).Almaklumlah,mereka ini juga ingin bekarya dan memperlihatkan hasil karya mereka melalui lagu lagu ciptaan mereka sendiri.Antara lagu yang terdapat dalam CD ini adalah seperti di bawah:-
  1. Butang - Lagu si Kamir
  2. Butang - Self Title
  3. Emergency call - Hanya satu
  4. Emergency call - maxine
  5. Harmonika - Pelangi
  6. Harmonika - Perjalanan Ku
  7. Orang Planet - Publisiti
  8. Orang Planet - Kota Kinabalu
  9. Smoothimday - No Education
  10. Sludgy - Sorry
  11. Sludgy - Incest
  12. The Chihuahua - Akan ku
  13. The Chihuahua - Boneka
  14. The Mines - Aku & Dirimu
  15. The Mines - Maafkan
  16. The Waves - Kebosanan


Kali ini,mereka hanya menawarkan harga RM8 untuk sekeping.Rasanya harga tersebut sangat berpatutan dan berbaloi untuk di jadikan koleksi peribadi.Sebab bukan senang kita mendengarkan band band INDIE ini beraksi di pentas,apatah lagi mendengarkan lagu lagu mereka berkumandang di radio Frekuensi.

Sabahan.FM lah yang bertanggungjawab membantu mereka (Band band INDIEpendent) ini untuk dikenali akan muzik mereka.Dan juga,sekiranya radio radio online yang lain pun ingin turut serta membantu mereka dengan memainkan lagu lagu mereka,kami berbesar hati.

Jadi,apa tungu lagi,jom ke Hometown Distro dengan segeraaaa.....