Mereka memang jujur

by 10:56 AM 0 comments

Baru baru ini,saya sempat menghadirkan diri dalam satu program rilis EP oleh sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Keningau iaitu Kumpulan Buzzing Joker.Sejak tahun lalu,mereka berangan angan untuk mengadakan majlis perlancaran EP ini.ternyata angan angan mereka jadi kenyataan.Biarpun,mengambil masa yang agak panjang,ianya adalah sebuah majlis yang simple dan sambutan di luar jangkaan.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sokongan yang diberikan oleh penonton serta band member yang turut sama menjayakan majlis tersebut.Antara kumpulan yang membuat persembahan pembukaan adalah kumpulan Honest.

Pada mulanya, saya ingat mereka ni just a simple simple punya band.Rupanya sangkaan saya jauh melencong.Kumpulan ini tampil dengan lagu lagu ciptaan sendiri.Lagu pertama yang mereka persembahkan adalah "TERINDAH".Dimana intro lagi ini dah buat bulu roma saya meremang.Mana tidaknya, genre POP memang tak ramai yang minat atau pertaruhkan di ERA Facebook & Twitter ini.

Lagu ini mampu menjadi sebuah lagu hits dan bisa membawa nama kumpulan Honest di kenali sekitar Keningau.Mereka hanya perlukan pengorbanan dari segi masa untuk mempromosikan kepada warga Keningau.cara untuk mempromosikannya,itu terpulang dengan mereka sendiri.Apa yang penting, dimana ada  kemahuan, disitu ada jalan dan kerjasama dari setiap ahli kumpulan amat membantu dalam proses promosi lagi ini.


Setakat ini, terdapat 2 buah lagu yang telah dirakamkan oleh mereka iaitu Terindah & Bebas.Kedua dua lagu ini adalah hasil ciptaan mereka sendiri.Inilah yang membuatkan saya  terharu dan lebih bersemangat untuk mencari peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai.Karya dari mereka ini harus di tonjolkan kepada umum dan harus dapat sokongan dari lapisan masyarakat.

Saya mengharap agar band ini dapat menghantarkan lagu "Terindah" ini ke KeningauFM untuk dimasukkan dalam slot Carta 13.Biar mereka mula bersaing dengan penyanyi penyanyi solo disana.Lihat sambutan & sokongan dari warga Keningau.Insya allah,kalau ada rezeki,saya akan mencari peluang untuk band ini tampil di Kota Kinabalu plak.

Kepada kumpulan Honest,teruskan perjuangan & semangat membara anda untuk memperkenalkan hasil karya anda sentiasa.Agar lagu anda mampu melekat di telinga warga keningau khususnya belia belia disana.Juga,misi anda adalah mencari fans band anda seramai mungkin.Tak guna kalau anda buat persembahan kalau tidak ada peminat serta penyokong.Dengan adanya mereka mereka ini,anda tahu yang karya anda dapat penerimaan yang baik dan anda akan sentiasa dapat memperbaiki segala kekurangan melalui komen serta cadangan dari fans anda.

p/s
lagu terindah sudah ada di radio onlinefm..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..