Showing posts with label band Keningau. Show all posts
Showing posts with label band Keningau. Show all posts

Dalam diam, band dari Keningau ini juga mengikuti jejak kumpulan honest.Iaitu melahirkan ALBUM DEMO untuk kali pertama.Sebelum ini, mereka amat dikenali dengan lagu CERITA AKU, KAU & DIA.Akan tetapi, mereka tampil dengan 8 buah track sekali gus.Fuhhh, hebattt


Seperti yang saya ketahui, band ini memang berbakat dan mempunyai potensi maju kehadapan. Kan tetapi, atas beberapa sebab dan masalah, antaranya komitmen vokalis mereka iaitu OMAR yang bertugas di semenanjung, membuatkan mereka sukar untuk bersemuka dan merakamkan lagu.

Tetapi, kini OMAR sudah mencukupkan syarat dan memberikan semangat kepada ahli kumpulan yang lain.Hanya kini, proses mempromosikan kepada sahabat handai ,sanak saudara dan stesen radio tempatan sahaja untuk mendengar dan menyokong karya ikhlas mereka ini.

Diharap, anda semua juga memberikan sokongan kuat kepada mereka dengan cara mendapatkan salinan demo album ini dengan kumpulan CALENDER BAND ini.Caranya amat mudah, hanya perlu hubungi mereka menerusi laman page https://www.facebook.com/CalendarBand/ .

Atau boleh terus menghubungi nama nama tersebut:-


  1. Omar Hasim (012 831 5134)
  2. Andut (014 370 8634 )
  3. Yeyeh (019 803 9196)

Saya kenal band ini hampir 3 tahun lagi.sejak kali pertama mendekatkan diri dengan band band sekitar keningau.Lagu lagu yang mereka sering bawa sewaktu persembahan memang bagus dan berkualiti.Bila di tanya, bila mau kasi keluar album, jawapan mereka "masanya akan tiba"..


Akhirnya, penghujung tahun 2015 yang lepas, lahirlah sebuah album sulung kumpulan HONEST.Dimana didalam album itu memuatkan 8 track.Hasil usahasama dengan North Borneo Event & RnR Group Corporation.

Judul album ini adalah SEPARUH HIDUPKU yang mana ianya menjadi lagu dalam track pertama di dalam album ini.Difahamkan, sejak hari pertama, hampir 300 unit sudah terjual sekitar daerah Keningau, Tambunan & Tenom.





BRO, Kumpulan HONSET menang JUARA LAGU KENINGAUFM...

Itulah caption yang saya lihat yang mana di posting oleh seorang rakan FB saya iaitu ANN.Status FB itu di posting sebaiksahaja kumpulan HONEST di nobatkan sebagai JUARA.Pada mulanya saya tak berapa endahkan sangat.Sebab masa tu, saya juga agak sibuk dengan program yang berlangsung di KK.

Selagi saya lihat secara detail didalam FB selang sejam,Wowww, sudah ada gambar gambar HONEST menerima hadiah di atas pentas.Pada masa itu, ada sedikit menyesal juga sebab tidak dapat turun keningau bagi menyaksikan mereka membuat persembahan.Akan tetapi, rezeki sudah memihak kepada mereka, so TAHNIAH Honest..




Itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan muzik yang masih lagi baru dalam arena pentas lagu.Apatah lagi di kategorikan dalam TOP 5, mungkin tak semua yang memilih mereka.Akan tetapi, kekuatan lirik lagu TERINDAH mungkin menambat hati juri yang mengadili persembahan mereka pada hari itu.

(Moll, Adee, Criss, Clinton,James, Man & Jamri)

TERINDAH, itulah single pertama mereka yang juga tersenarai didalam album komlipalsi band band keningau.Dimana lagu ini mereka sendiri yang menhantarkan untuk di mainkan di radio keningauFM.pada mulanya, hanya nak minta putarkan sahaja.untuk diperdengarkan pada rakan rakan seperjuangan serta kawan kawan.Akan tetapi, lagu ini telah di calonkan disalam CARTA keningauFM.Nahhh, apa lagik.Peluang sudah terbuka.



Pada masa yang sama, pakaian mereka telah di taja oleh salah satu jenama TSHIRT tempatan yang juga membawa nama keningau di persana scene local branding iaitu KALAWON CLOTHING.Nampaknya, lepas ini akan ramailah belia & beliawanis sekitar daerah keningau akan membeli dan menjadikan koleksi peribadi akan baju baju KALAWON ini.

Selepas sahaja mereka di nobatkan sebagai juara,amat jelas kelihatan publisiti nama HONEST sudah naik mendadak.Kurang dalam 3 hari, FB page mereka mendapat LIKERs yang ramai.malah, ada andatara mereka sudah mula di kerumini oleh peminat peminat baru yang ingin mengambil gambar dengan local artis yang di nobatkan sebagai juara ini.Alhamdulillah, HONEST sudah jadi artis tempatan.Itu sudah membawa satu kesan positif dan semangat bagi pemuzik pemuzik tempatan, khususnya band band indie Keningau.

Diharap lepas ini, band band indie yang berasal dari keningau aian menurut jejak langkah seperti Honest.Yang mana sebelum ini, kumpulan BUZZING JOKER antara pelopor kepada band yang amat dikenali di daerah tersebut.Kini Honest telah mengikut jejak langkah mereka.Lepas ini diharap Calender Band, Senyum Band, Penguin, dan ramai lagi tu yang menanti untuk naik di pentas juara lagu.

Pada yang tidak berkesempatan melihat persembahan HONEST semasa acara final tempoh hari, anda boleh lihat vedionya di sini https://www.facebook.com/photo.php?v=879324802095917

Alhamdulillah, kini dia sudah menjadi bapa kepada seorang puteri yang kiut.Rasanya baby siapa ah ni aah?Biar saya kasi klu.Bapanya seorang pemain drum yang amat dikenali di daerah Keningau..:)

Betul,,, baby girl ni adalah anak pertama Dull a.k.a "Buzz Piruk".Iaitu pemain drum kepada kumpulan BUZZING JOKER.Baru baru ini, dia sudah menjadi seorang ayah.Dimana isterinya telah selamat melahirkan baby girl seperti yang anda lihat dalam gambar di atas.


Apa pun, just nak ucapkan TAHNIAH kepada DULL atas kelahiran anak sulung pertama mereka ini.Kalau anda peminat kumpulan BUZZING JOKER, lagu mereka yang berjudul PUTERI tersebut memang sesuai dan seakan tercipta untuk baby girl ini...:)

Pada yang belum pernah dengar lagu BUZZING JOKER yang berjudul puteri ini, jom hayati lirik lagu ini melalui link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=eienDA_-5Qc



"Cuba Kau henti" adalah lagu single kumpulan yang berasal dari Keningau iaitu Penguin.lagu ini sedang berada di tangga pertama dalam CARTA TOP 30 Onlinefm.Dan sedang mencuba nasib pulak memasuki carta di stesen radio frekuensi Keningau.Lagu tersebut adalah sebuah lagu yang bagus dan bermutu.Band ini masih lagi fresh dan dalam proses mencari kepercayaan dari warga Keningau dan warga internet sebagai FANs mereka.

Saya dapat tahu dari beberapa orang band member mereka bahawa vokalis kumpulan ini akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Mei akan datang.Waww, nampak gayanya dah sampai seru untuk mendapatkan semula tulang rusuk sebelah kanannya kan..:)


Ini merupakan satu titik tolak WELL untuk menempuh zaman yang membuatkan seseorang lelaki itu lebih matang dan bertanggungjawab.Lebih lebih sekali dalam bab rumahtangga kan bro.Cuma, kalau boleh kan,dapatkan pelepasan dari bakal isteri tu untuk meneruskan kayra anda dan band member Penguin dimasa akan datang.Sebab perjalanan PENGUIN masih jauh dan saya yakin band anda mampu membawa nama Keningau lebih tinggi lagi.

p/s
selamat pengantin baru well...:)

Baru baru ini,saya sempat menghadirkan diri dalam satu program rilis EP oleh sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Keningau iaitu Kumpulan Buzzing Joker.Sejak tahun lalu,mereka berangan angan untuk mengadakan majlis perlancaran EP ini.ternyata angan angan mereka jadi kenyataan.Biarpun,mengambil masa yang agak panjang,ianya adalah sebuah majlis yang simple dan sambutan di luar jangkaan.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sokongan yang diberikan oleh penonton serta band member yang turut sama menjayakan majlis tersebut.Antara kumpulan yang membuat persembahan pembukaan adalah kumpulan Honest.

Pada mulanya, saya ingat mereka ni just a simple simple punya band.Rupanya sangkaan saya jauh melencong.Kumpulan ini tampil dengan lagu lagu ciptaan sendiri.Lagu pertama yang mereka persembahkan adalah "TERINDAH".Dimana intro lagi ini dah buat bulu roma saya meremang.Mana tidaknya, genre POP memang tak ramai yang minat atau pertaruhkan di ERA Facebook & Twitter ini.

Lagu ini mampu menjadi sebuah lagu hits dan bisa membawa nama kumpulan Honest di kenali sekitar Keningau.Mereka hanya perlukan pengorbanan dari segi masa untuk mempromosikan kepada warga Keningau.cara untuk mempromosikannya,itu terpulang dengan mereka sendiri.Apa yang penting, dimana ada  kemahuan, disitu ada jalan dan kerjasama dari setiap ahli kumpulan amat membantu dalam proses promosi lagi ini.


Setakat ini, terdapat 2 buah lagu yang telah dirakamkan oleh mereka iaitu Terindah & Bebas.Kedua dua lagu ini adalah hasil ciptaan mereka sendiri.Inilah yang membuatkan saya  terharu dan lebih bersemangat untuk mencari peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai.Karya dari mereka ini harus di tonjolkan kepada umum dan harus dapat sokongan dari lapisan masyarakat.

Saya mengharap agar band ini dapat menghantarkan lagu "Terindah" ini ke KeningauFM untuk dimasukkan dalam slot Carta 13.Biar mereka mula bersaing dengan penyanyi penyanyi solo disana.Lihat sambutan & sokongan dari warga Keningau.Insya allah,kalau ada rezeki,saya akan mencari peluang untuk band ini tampil di Kota Kinabalu plak.

Kepada kumpulan Honest,teruskan perjuangan & semangat membara anda untuk memperkenalkan hasil karya anda sentiasa.Agar lagu anda mampu melekat di telinga warga keningau khususnya belia belia disana.Juga,misi anda adalah mencari fans band anda seramai mungkin.Tak guna kalau anda buat persembahan kalau tidak ada peminat serta penyokong.Dengan adanya mereka mereka ini,anda tahu yang karya anda dapat penerimaan yang baik dan anda akan sentiasa dapat memperbaiki segala kekurangan melalui komen serta cadangan dari fans anda.

p/s
lagu terindah sudah ada di radio onlinefm..:)

Keningau merupakan sebuah daerah yang boleh dikatakan ramai juga penduduknya yang terdiri dari berbilang suku kaum dan bangsa.Ada yang local (sabahan),dan ada juga yang international (pendatang).Tapi,tak kisahlah sebab saya bukan nak bagi info pasal penduduk disana..:)

Kalau anda lihat gambar di atas tu,nampak mcm sebuah logo biasa jak kan.Tetapi,logo itu adalah HARAPAn kepada pemuzik pemuzik di keningau sekarang ini.Logo tersebut adalah milik sebuah stdio rakaman yang terletak di daerah Keningau.Kalau secara tepatnya,saya kurang pasti.tetapi kalau nak tahu pemilik studio itu,saya yakin dimana tauke merangkap sound engineer bagi studio tersebut adalah Mohd Al Fatih atau naga glamornya UYU.


Uyu adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan beberapa buah hasil karya yang boleh dibanggakan.siapa kata,orang orang jauh dipedalaman serba kekurangan.Itu pepatah sebelum tahun 2000 lah bro,now its a new era with full of software.perghh,speking plak saya .....:P

Kalau anda lihat FB brader ni,dia juga merupakan seorang pemuzik dan juga merupakan salah seorang ahliu kumpulan yang sangat femos dengan lagu 28 Minit.Sudah pasti anda tahu akan lagu tu kan.Nahh,dialah ni orangnya.Ahli kumpulan Nokuro 29.Saya antara salah seorang peminat kepada lagu tersebut.Saya boleh anggap lagu tu adalah lagu pencetus idea kepada lagu lagu baru dimana dalam lagu tu,penggunaan 3 bahasa diselitkan oleh band Nokuro 29 ini.Siap ada suara sumandak lagi kan..


Haa,tu dia gambar UYU (ditengah) ketika zaman mudanya.hehehe,jangan mare ya bro.Baiklah,berbalik kita kepada story studio milik UYU ini.Studio ini merupakan hasil usahanya sendiri dengan bantuan member member rapatnya.Memang benar,saya belum lagi menjejakkan kaki ke studio ini.Tapi,insyallah,dalam masa terdekat ini saya PASTI akan masuk dan mendapatkan infomasi lanjut.

Siapa sangka,studio yang serba kekurangan dari segi peralatan canggih, kemudahan yang selesa seperti studio rakaman di bandar telah melahirkan beberapa buah artis rakaman.Itulah,bak kata pepatah HENDAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH.Antara artis yang telah dilahirkan dari studio ini adalah kumpulan Buzzing Joker.Yanag mana juga anak jati kelahiran daerah keningau.EP mereka sedang dalam proses promosi disekitar Keningau.Dan telah berjaya memasuki carta lagu di stesen radio KeningauFM

Inilah,yang kita harapkan dengan adanya studio rakaman seperti ini dapat memberikan semangat dan harapan kepada belia belia disekitarnya untuk bekarya dan boleh dikongsikan kepada peminat mereka melalui CD AUDIO.Diharapkan UYU akan teruskan usaha mncari bakat bakat baru terutamanya belia belia dikeningau untuk menghasilkan lagu lagu yang mantap.

Pada yang tak pernah dengar lagu 28 minit,meh kita check it out youtube kat bawah ni...



Band ini memang low profile dimana saya pertama kali bersua muka dengan mereka ketika Battle Of The Band di tempat asal usul mereka sendiri iaitu daerah Keningau.Dah lah tu, mereka plak yang 1st band buat perfomance.Hahahah, memang rasa excited jugaklah nak tengok kan.Tapi, bila dah tengok persembahan mereka hingga selesai, saya dah mula rasa semacam dan rasanya mereka ini bukan sembarangan.

Baru baru ini,saya terlihat di laman FB mereka dimana mereka telah memuat persembahan di sebuah program yang berlangsung di Keningau Juga.Melihat akan klip vedio tersebut,saya rasa band BUZZING JOKER ini harus mencari pendedahan di luar Keningau.Kenapa saya katakan macam tu?sebab, mereka dah ada STUFF yang sangat bagus iaitu LAGU CIPTAAN SENDIRI yang mana telah siap sepenuhnya proses ramakan yang menelan belanja yang boleh tahan juga hebatnya.

Pada yang tak pernah dengar lagu mereka atau persembahan mereka,cuba anda klik disini:- https://www.facebook.com/photo.php?v=511343658897138&set=vb.114150935283081&type=2&theater



Haa,amacam?lagu tersebut berjudul PUTERI yang mana ada dimuatkan dalam EP pertama mereka yang akan ada di pasaran UNDERGROUND tak lama lagi.Sebenarnya,mereka ini mempnyai lagu lagu yang best dari segi penulisan lirik serta susunan melodinya.Namun,atas faktor KURANG PENDEDAHAN sahaja yang membuatkan mereka sukar dikenali.Paling tidak pun,antara rakan sesama yang bermain muzik.

Walaubagaimanapun, pada hari akad ini BUZZING JOKER ini akan berada di Kota Kinabalu untuk membuat persembahan secara LIVE sempena sambutan ulangtahun OnlineFM yang ke3.Kepada yang ingin mendapati EP mereka,sediakan wang kecil anda dan dapatkan pada masa itu juga.