Showing posts with label Indie Band Sabah. Show all posts
Showing posts with label Indie Band Sabah. Show all posts
![]() |
| Frontman Company |
Nampaknya tahun ini ramai kenalan saya band boy bakal menamatkan zaman bujang mereka.Bagus lah bah kan, kalau dah sampai jodoh dan cukup persediaan, maka jangan di kasi lama lama benda baik ni.Mendirikan MASJID ni kena di buat kadar segera.
![]() |
| MUTTAR@FRONTMAN COMPANY |
Apapun, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU pada KINGs :). Moga berkekalan hingga ke anak cucu.
p/s
Jangan terkejut dengan tajuk artikel ni. Hanya mereka mereka tertentu yang tahu kisah pemancing laut dalam ni. Muttar a.k.a KING salah seorangnya lah :P
Memang tidak pernah terfikir langsung nak jumpa orang ni.yalah, siapa saya nak jumpa orang yang .Akan tetapi, atas dasar semangat untuk membawa nama band band lokal ke tahap lebih tinggi, saya langgar jak la.
Mungkin ramai yang dah tahu, saya dan team ONLINEFM sedang sibuk dengan satu projek mega iaitu INDONESIA ROAD TOUR 2017.Dimana, kami mencari 5 buah kumpulan muzik untuk di bawa ke indonesia mempromosikan lagu lagu mereka selama seminggu.Dimana, kesemua kos di tanggung 100%...
Disini ada 2 perkara yang buat saya gembira dan makin kuat semangat untuk meneruskan usaha membantu band band lokal sabah ini.2 perkara tersebut adalah..
- Ada pihak yang sudah nampak akan usaha ONLINEFM sejak tahun 2010 di tubuhkan.Secara tidak langsung, mereka tampil menghulurkan bantuan dan sudi memberi kerjasama.
- Dapat bertemu dengan nama nama besar dalam industri muzik tanahair di Malaysia
Untuk mencari 5 terbaik bukannya senang.Perancangan sudah di atur sejak bulan febuari lagi.Secara perlahan lahan kami memulakan proses.Hinggalah dapat idea untuk menjadikan JENNIFER THOMPSON sebagai salah seorang juri yang memilih band band terbaik sabah ini.
4 jam sessi perjumpaan dengan beliau di KLCC tempoh hari rasanya seperti tidak puas.Apa tidaknya, banyak benda baru saya perolehi.Terus teran saya cakap, orang ni memang peramah dan simple.dia kongsi semua pengalaman selama dia berkecimpung dalam industri muzik.Apa lagi, dia sekarang menjadi orang kuat kepada underground movement di malaysia.Setiapo hari dia share info info mengenai showcase mahupun gig sekitar Malaysia.
Alhamdulillah, perbincangan dengan Jennefer Thompson memberikan jawapan yang positif.Dimana dia akan membantu kami dalam mencari 5 terbaik untuk di terbangkan ke Indonesia pad awal tahun hadapan.Selain itu, dia juga akan datang ke sabah pada awal bulan oktober untuk melihat sendiri kehebatan band band sabah untuk sessi sariingan peringkat kedua.Selain dia, AG COCO juga akan turut sama dalam misi mencari 5 terbaik ini.
Jadi, sama sama kita tunggu ketibaan 2 orang besar ini ke KK pada awal bulan oktober nanti.Dan, kepada band band lokal di luar sana tu, jangan lepaslan peluag untuk menyertai sessi ujibakat ini.Sila lihat poster untuk mengetahui cara penyertaan.
HARDROCK CAFE yang sudah tidak asing lagi di KK, kini sedang dalam promosi mencari bakal baru dalam dunia muzik tempatan.Sejajar dengan taggline mereka ROCK LOCAL, WIN GLOBAL.Dimana, pemuzik tempatan mampu meraih hadiah bernilai ratusan ribu (kalau di tukar kepada RM).
Sila baca dengan teliti dan lengkapkan ruangan yang di perlukan.tak salah untuk mencuba kan.Sekiranya ada rezeki, anda bakal di panggil untuk proses seterusnya.
tarikh tutup penyertaan, 11 MARCH 2016...
![]() |
| Dominant 5th Of Borneo |
Petang kemarin, saya mendapat 1 sms dari seorang teman yang juga merupakan seorang komposer serta ahlli kumpulan muzik indiependent sekitar KL.Dimana, dalam smsnya mengatakan "TAHNIAH BRO, BAND SABAH PERGI JEPUN". Apa nda terkejut, bukan senang tu bersaing degan band band sekitar semenanjung.Tapi, inilah yang dikatakan rezeki.Tuah ayam nampak di kaki, tuah band sabah, negara JEPUN menanti.
Dominant 5th of Borneo, merupakan juara dalam pertandingan ini,Dimana, saya di fahamkan oleh brader yang antar borang penyertaan bulan lepas tu, band ini terdiri dari guru guru muzik sekitar KK.Dan ini merupakan percubaan pertama mereka menyertai pertandingan.Mereka juga mempunyai lagu sendiri, cuma belum ada masa nak rekod.So, siapa sangka mereka di nobatkan sebagai JUARA dalam YAMAHA BAND MENTOR 2015 ini.
Pertandingan akhir YAMAHA BAND MENTOR 2015 sudah selesai dimana 5 buah kumpulan berentap di atas pentas yang sama.Antara peserta tersebut adalah 2 buah kumpulan dari negeri di bawah bayu iaitu SABAH.Mereka adalah..
- Dominant 5th of Borneo (1st place / CASH / wakil MALAYSIA ke ASIAN BEAT 2015)
- Bornneon (2nd place / Cash / Standby band)
![]() |
| Bornneon |
Tempat kedua juga menjadi milik band sabah yang rasanya memang sudah di kenali di kalangan sahabat pemuzik iaitu BORNNEON.Mereka juga terpilih untuk menjadi anak didik Aubrey Suwito dan difahamkan bahawa mereka akan jadi band simpanan untuk ke jepun.Apa pun, kita doakan agar ada keajaiban berlaku dimana kedua dua band ini kena bawa ke jepun dan berentap dengan band band di sana.Siapa tau kan..:)
Oleh itu, tahniah di ucapkan kepada anda semua atas pencapaian yang tinggi ini.Seharisnya anda dapat liputan dari akhbar tempatan sabah atas kejayaan anda ini.Walaubagaimanapun, semangat anda amat terserlah sejak kita jumpa masa isi borang lagi.Ada yang telupa kirim slip bank, ada yang terlupa no IC line up.Tapi, itu lah asam garam anda hendak menempa kejayaan.
Tahniah dan proud of all of you guyzz...always support our local bands, kerana.
KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI
BornNeon adalah antara kumpulan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam pencarian YAMAHA BAND MENTOR SEASON 4 FINALIS.Dimana acara ujibakat telah pun berlangsung di KK pada hujung bulan ogos yang lepas.Dalam ramai ramai band yang ujibakat, 2 kumpulan telah mencuri hati juri pertandingan dimana kumpulan BORNNEON & DOMINANT 5th OF BORNEO bakal mewakili negeri sabah.
Sebanyak 5 buah kumpulan yang bakal berentap dalam acara final pada hari ahad ini iaitu 13 september ini.Dimana 2 buah kumpulan dari Penang dan 1 dari Selangor.Lokasi acara ini bertepat di BOULEVARD, LEVEL G, PARADIGM MALL, Kuala Lumpur.
Oleh itu, marilah sama sama kita dakan dan berikan sokongan moral dengan ucapan kata kata semangat kepada kedua dua buah kumpulan ini.Yang mana mereka sekarang ini dalam proses latihan di tahap maksima.Ini kerana, pemenang bagi acara in akan mewakili MALAYSIA ke negara matahari terbit iaitu jepun pada hujung tahun nanti.
Rasanya, itu adalah lokasi idaman vokalis kumpulan BORNNEON ini sejak beliau masih dalam kumpulan WORM lagi. Nampaknya kay, impian ko bakal tercapai. sedikit sahaja lagi, ko akan memijakkan kaki ke negara dimana pelopor muzik JROCK.Apa pun, good luck pada anda semua dan saya tumpang gembira bro.
p/s
tu jak la. kamu jaga jaga jak montonk tu.nanti dia ndak mau pulang KK.susah plak tau..:P
MAN@Fingers kini telah kembali kerahmatullah pada 22 june 2015.Dia mengembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 10.30 pagi.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan kanpung halamannya di kampung Binsuluk, Membakut.
Ramai sahabat handai khususnya dalam arena seni muzik turut terkejut dan melahirkan salam takziah atas pemergian pemain gitar yang sudah tidak asing lagi di sabah ini.
Semoga isteri dan anak anak Allahyarham banyakkan bersabar dan meneruskan perjalanan hidup demi anak anak yang di tinggalkan.sama samalah kita sedekahkan bacaan Al-fatihah buat Allahyarham MAN FINGERS...
Terkejut bila dapat tahu dari seorang rakan dimana Man Fingers telah dimasukkan ke hospital kecemasan.Ini akibat pendarahan di bahagian otak.Ditambah pula dengan keputisan doktor yang membuat pemeriksaan bahawa ..ehh, tak best nak cakap lah kalau melibatkan nyawa ni.
Walaubagaimanapun, setiap hari akan ada sahaja rakan rakan seperjuangan Man datang melawat dan memberitahu status keadaan man sekarang.Alhamdulillah, keadaan semakin pulih.Cuma, pada ketika ini dia masih belum sedarkan diri lagi.Sama samalah kita berdoa agar man kembali sembuh dan terus menjadi idola pemain gitar khususnya di Sabah ini.Bakatnya dalam bermain muzik sudah boleh di pertikaikan lagi.
Keputusan telah diketahui yag mana SURIA BUSKER telah menjuarai acara tahunan PRIMA AKUSTIKA anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada 5 Jun yang lepas.Band ini sebenarnya berasal dari daerah Sandakan dan pertandingan ini merupakan pertandingan kali pertama yang mereka sertai.
Tak sia sia, latihan selama 2 bulan mempersiapkan diri untuk merebut takhta JUARA kini berhasil.Dengan membawakan lagu Zianal Abidin, mereka telah di nobatkan sebagai johan keseluruhan.Wang tunai berjumlah RM7000 kini menjadi habuan ahli kumpulan serta crew yang terlibat dalam nama SURIA BUSKER ini.
Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan INTERIM INJUNCTION.Dimana, kalau di lihat, ahli kumpulan ini merupakan gabungan beberapa buah kumpulan pemuzik sekitar Kota Kinabalu.Rasanya, adna pun kenal juga bah kan.Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000.
Manakala tempat ketiga menjadi milik peserta terakhir yang membuat persembahan pada malam itu.Saya lupa nama mereka.tetapi, mereka membawakan lagu english dan meletakkan 3 orang penyanyi.iaitu seorang lelaki dan 2 orang perempuan.Yang mana, penyanyi lelaki tersebut adalah seorang yang berasal dari Pitas.Saya kenal betul dengannya.Malah, dia mempunyai syarikat besar di pitas :)
Dari itu, di ucapkan tahniah kepada pemenang dan teruskan usaha anda dalam bidang muzik ini...
Akhirnya pemain bass kepada kumpulan THE VENGANCE telah mengakiri zaman bujangnya pada hari ahad yang lepas.STAN, Baru baru ini, beliau telah menglangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya di kampung halaman beliau.
Ramai kawan kawan seperjuangan dalam muzik telah hadir dan memeriahkan majlis tersebut.apa pun, saya nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan moga kekal keanak cucu.
BRO, Kumpulan HONSET menang JUARA LAGU KENINGAUFM...
Itulah caption yang saya lihat yang mana di posting oleh seorang rakan FB saya iaitu ANN.Status FB itu di posting sebaiksahaja kumpulan HONEST di nobatkan sebagai JUARA.Pada mulanya saya tak berapa endahkan sangat.Sebab masa tu, saya juga agak sibuk dengan program yang berlangsung di KK.
Selagi saya lihat secara detail didalam FB selang sejam,Wowww, sudah ada gambar gambar HONEST menerima hadiah di atas pentas.Pada masa itu, ada sedikit menyesal juga sebab tidak dapat turun keningau bagi menyaksikan mereka membuat persembahan.Akan tetapi, rezeki sudah memihak kepada mereka, so TAHNIAH Honest..
Itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan muzik yang masih lagi baru dalam arena pentas lagu.Apatah lagi di kategorikan dalam TOP 5, mungkin tak semua yang memilih mereka.Akan tetapi, kekuatan lirik lagu TERINDAH mungkin menambat hati juri yang mengadili persembahan mereka pada hari itu.
![]() |
| (Moll, Adee, Criss, Clinton,James, Man & Jamri) |
TERINDAH, itulah single pertama mereka yang juga tersenarai didalam album komlipalsi band band keningau.Dimana lagu ini mereka sendiri yang menhantarkan untuk di mainkan di radio keningauFM.pada mulanya, hanya nak minta putarkan sahaja.untuk diperdengarkan pada rakan rakan seperjuangan serta kawan kawan.Akan tetapi, lagu ini telah di calonkan disalam CARTA keningauFM.Nahhh, apa lagik.Peluang sudah terbuka.
Pada masa yang sama, pakaian mereka telah di taja oleh salah satu jenama TSHIRT tempatan yang juga membawa nama keningau di persana scene local branding iaitu KALAWON CLOTHING.Nampaknya, lepas ini akan ramailah belia & beliawanis sekitar daerah keningau akan membeli dan menjadikan koleksi peribadi akan baju baju KALAWON ini.
Selepas sahaja mereka di nobatkan sebagai juara,amat jelas kelihatan publisiti nama HONEST sudah naik mendadak.Kurang dalam 3 hari, FB page mereka mendapat LIKERs yang ramai.malah, ada andatara mereka sudah mula di kerumini oleh peminat peminat baru yang ingin mengambil gambar dengan local artis yang di nobatkan sebagai juara ini.Alhamdulillah, HONEST sudah jadi artis tempatan.Itu sudah membawa satu kesan positif dan semangat bagi pemuzik pemuzik tempatan, khususnya band band indie Keningau.
Diharap lepas ini, band band indie yang berasal dari keningau aian menurut jejak langkah seperti Honest.Yang mana sebelum ini, kumpulan BUZZING JOKER antara pelopor kepada band yang amat dikenali di daerah tersebut.Kini Honest telah mengikut jejak langkah mereka.Lepas ini diharap Calender Band, Senyum Band, Penguin, dan ramai lagi tu yang menanti untuk naik di pentas juara lagu.
Pada yang tidak berkesempatan melihat persembahan HONEST semasa acara final tempoh hari, anda boleh lihat vedionya di sini https://www.facebook.com/photo.php?v=879324802095917
Alhamdulillah, kini dia sudah menjadi bapa kepada seorang puteri yang kiut.Rasanya baby siapa ah ni aah?Biar saya kasi klu.Bapanya seorang pemain drum yang amat dikenali di daerah Keningau..:)
Betul,,, baby girl ni adalah anak pertama Dull a.k.a "Buzz Piruk".Iaitu pemain drum kepada kumpulan BUZZING JOKER.Baru baru ini, dia sudah menjadi seorang ayah.Dimana isterinya telah selamat melahirkan baby girl seperti yang anda lihat dalam gambar di atas.
Apa pun, just nak ucapkan TAHNIAH kepada DULL atas kelahiran anak sulung pertama mereka ini.Kalau anda peminat kumpulan BUZZING JOKER, lagu mereka yang berjudul PUTERI tersebut memang sesuai dan seakan tercipta untuk baby girl ini...:)
Pada yang belum pernah dengar lagu BUZZING JOKER yang berjudul puteri ini, jom hayati lirik lagu ini melalui link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=eienDA_-5Qc
"Ni lah dia 2nd DEMO kami.tiada yang istimewa.Kami hanya mau berkongsi muzik & minat kami..."
Antara kata kata low profile dari band yang berasal dari Lahad Datu ini.Mereka ialah Sludgy yang mana antara salah sebuah band membawa muzik grunge di Sabah ini.Kini mereka sedang mempromosikan demo terbaru mereka kepada sahabat terdekat mahupun sesiapa sahaya yang sudi mendengar karya mereka.
Sludgy yang berasal dari daerah Lahad Datu sudah ujud sejak tahun 2005 lagi dipersana underground scene ini.Band yang berteraskan muzik grunge ini sememangnya sebuah band yang mempunyai potensi besar dalam muzik yang mereka ketengahkan.Seperti biasa, mereka juga mempunyai impian untuk bermain di pentas gigs sekitar Sabah.Malah,meyimpan impian untuk membuat persembahan di luar Sabah sekiranya diberi peluang oleh mana mana orgaizer.
Tahun 2013 amat bermakna bagi kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang jejaka hebat ini.Dimana mereka sedang mempromosikan DEMO mereka.Tidak perlu membeli,kerana ianya boleh diperolehi secara percuma sahaja.
Didalam demo ini memuatkan 5 buah lagu 100% ciptaan dan arrangement mereka sendiri.Inilah yang saya amat suka dan salute pada belia belia yang cenderung pada muzik.Mereka mampu menghasilkan sesebuah lagu mengikuti test mereka sendiri.Lirik dan susunan lagu dari mereka amat sesuai dengan pembawan band ini.Beberapa lagu dalam CD ini sudah pun di mainkan di onlinefm.Antaranya Drink to high & Incest.
Apa pun, pada suppoter band band indie di luar sana, jangan lupa dapatkan DEMO dari kumpulan Sludgy ini.Korang boleh nilai dan berikan komen yang membina bagi band ini memperbaiki kelemahan untuk masa akan datang.Mereka perlukan support anda untuk terus maju.
Keep support our local act, coz kalau bukan kita,siapa lagi
Sebenarnya perkara ini hanya angan angan saya sejak 3 tahun lalu.Bila mana saya berniat untuk menjemput kumpulan lagenda Sabah iaitu Atomic Power.Tapi, tidak berai nak jumpa mereka apatahlagi nak sediakan budjet untuk panggil mereka LIVE di KK.Confirm,ianya satu perkara yang mustahil.Siapa saya nak invite durang...
Nama mereka sudah tidak asing lagi di bibir pemuzik OTAI.Cakap sahaja, Atomic Power, pasti mereka akan ingat lagu Cinta Benar Cinta & Bertunang.Almaklumlah, ditubuhkan sejak tahun 1978.Sama tahun dengan kelahiran saya.Dan ditubuhkan di kampung halaman saya juga iaitu Sandakan.
Kebetulan pada 31 Ogos & 1 September akan datang, ONLINEFM akan menganjurkan satu program besar iaitu KK Bundle Fest ft Big Jamm 2013.Dimana event ini mempunyai banyak acara dalam 1 event.Antaranya jualan pakaian bundle dan konsert 15 buah band.
Bulan lepas, saya berkesempatan untuk bersua dengan beberapa ahli kumpulan Atomic Power.Siapa tak nerves bila jumpa mereka kan.Ibarat duduk semeja dengan kumpulan search, wings dan lefhanded bah tu.Cuma, yalah atas faktor medium dan kumpulan ini hanya aktif di daerah Sandakan sahaja.Ditambah lagi dengan berita yang kita sedia maklum iaitu founder kumpulan ini telah meninggal dunia pada tahun lepas.Mungkin, mereka ingin berehat sekejap.
Tetapi, bila mana ada majlis kahwin atau live band show, mereka pasti akan kelihatan di pentas.Cuma, memang terasa sedikit bila posisi pemain gitar utama & vox sudah lain.Kemerduan suara arwah dan teknik bermain gitarnya memang sukar di cari ganti.Akan tetapi, kumpulan Atomic Power menggunakan penyanyi sessionist iaitu DIDIE.Vokalis kumpulan Albab Band.
So, bila mana saya membentangkan paperwork yang terteramain act "Atomic Power", rasa happy dan ceria kelihatan di muka abang bong yang sekarang ini memikul tanggungjawab sebagai ketua bagi kumpulan Atomic Power.Dia berkata "kenapa pilih Atomic Power bro?"...
Saya dengan confidenya menjawab, saya nak tampilkan sebuah band yang harus di contohi oleh band band indie yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini.Saya nak mereka mencontohi komitmen serta kesungguhan kumpulan Atomic Power yang masih GAH di persana muzik Sabah.Walau pun sudah mencecah usia 35 tahun, dan barisan line up juga sudah baru.Difahamkan line up yang ada sekarang ini adalah genari yang ke3.
Alhamdulillah, abang bong telah bersetuju untuk untuk membawa kumpulannya iaitu Atomic Power untuk naik ke KK pada 1 September 2013 akan datang.Mereka akan sampai di KK pada tanggal 31 ogos,sebelah petang.Insyallah, sama sama kita doakan keselamatan kesemua ahli kumpulan ini agar selamat sampai ke Kota Kinabalu dan menghiburkan peminat peminat mereka yang pastinya rindu akan lagu lagu nostalgia mereka.
Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Atomic Power membuat konsert di KK adalah pada tahun 2000 di Padang Merdeka.Kalau tidak silap, sempena sambutan Hari Kemerdekaan.Kini tahun 2013 akan menjadi saksi dimana kehebatan Atomic Power masih lagi berbisa dan pastinya peminat peminat mereka tidak sabar sabar untuk menyaksikan mereka beraksi di pentas BIG JAMM 2013.
OnlineFM, selaku penganjur sedang giat mempomosikan acara ini di sekitar KK.Tidak dilupakan juga di beberapa daerah.Antaranya Keningau, Sandakan, Tawau serta Ranau.Ini untuk memberitahu kepada peminat peminat mereka yang ATOMIC POWER akan membuat konsert di KK.
Insyallah, kami di pihak penganjur sedang bertungkus lumus untuk mencari DANA/SPONSER untuk membiayai kos perjalanan mereka dari Sandakan ke Kota Kinabalu.Sekiranya tidak ada pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan, kami akan menggunakan kemampuan yang ada.
p/s
Mohon bantuan ANDA (pembaca artikel ini) untuk menghebahkan dengan sesiapa sahaja yang kenal Atomic Power untuk hadirkan diri sewaktu konsert mereka di KK pada 1 september akan datang.
Punya lama saya tak update dengan blog ini.Fuiyooooo, macam kena kasi abai sudah tau.Tapi,mau buat macamana jugak kan.Terlalu banyak perkara yangmau di buat.Inilah akibatnya.Kalau dulu setiap hari ada jak artikel saya buat.Tapi,indak apalah.Kali ini,saya nak berkongsi ceria mengenai Battle of the band yang berlngsung di Tawau minggu lepas.
Haaaa, memang terkejut juga bidal dapat maklumat 4-5 bulan lepas dari beberapa orang sahabat yang berada di Tawau.Dia bagi tau,dimana tak lama lagi tawau nak anjurkan battle.Dia cakap,ok kah?Hishhhh, siapalah saya mau jawab soalan tu kan.Perkara baik,mestilah diharapkan ok sahaja.
Seminggu sebelum battle, saya mendapat tugasan di daerah Tawau.Almaklumlah,dah krja kesana kesini sekitar Sabah.So,saya dapat peluang bersua muka dengan orang kuat disebalik penganjuran battle of the band di Tawau ini.
KELAB PEMUZIK 1 MALAYSIA TAWAU, adalah pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran battle of the band yang menjadi titik tolak kebangkitan semangat pemuzik pemuzik didaerah Tawau ini dan yang hampir dengannya.KP1MT dibawah pimpinan brader ASDAR telah memberanikan diri untuk mencari satu medium bagi belia belia Tawau dan juga tidak ketingga;an Beliau Beliau yang memang telah bergiat aktif dalam seni muzik ini.Jangan ingat usia mereka dah berstatus beliau,mereka tak hebat.Kalau di ikutkan dari segi tenaga atau showmanship,memang YA,mereka tak sehebat 20-30 tahun lalu.Tetapi, kalau di bandingkan pengalaman mereka,sudah tentu wang ringgit tak mampu dijadikan tukaran.
Pada mulanya, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mencari 20 buah kumpulan sahaja yang ada di Tawau (tertutup Tawau). Akan tetapi, disebabkan permintaan terlalu ramai dari luar Tawau, last minit,penganjur telah membuat keputusan untuk MEMBUKA kepada mana mana band sekitar Sabah.
Sewaktu dijemput hadir semasa mesyuarat penganjur 5 hari sebelum battle, beberapa AJK penganjur ada juga bertanyakan saya mengenai pengalaman melihat battle di Kota Kinabalu.Saya yang kurang arif ini hanya mampu berkongsi beberapa tips dan pengalaman sahaja.Selebihnya terpulang kepada penganjur untuk menilai baik buruk yang bakal berlaku.
Ternyata, persiapan rapi dari pihak penganjur membuatkan saya yakin dan teringin menghadiri acara selama 2 hari tersebut yang jatuh pada tanggal 25 & 26 May lepas Tetapi,apa kan daya.Dalam minggu tersebut saya terpaksa melaksanakan tugasan luar sehingga hari khamis malam.Memang ada kecewa sedikit sebab tak dapat nak lihat band band Tawau perfom.Almaklumlah, saya tak berapa kenal band band lama di Tawau ini.Yang saya kenal hanya band band baru yang terdiri dari kalangan belia belia muda.Serta beberapa rekoding studio.
Setelah melihat koleksi gambar gambar yang ada di laman page KP1MT,saya dah tahu bahawa event tersebut memang gempak dan havoc.Mana tidaknya, bukan setakat battle,pelbagai acara telah di aturkan untuk warga Tawau.Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Karaoke, booth jualan makanan serta pakaian dan maca macam lagi.
Kepada yang ingin melihat gambar gambar battle, anda boleh lihat di sini Tawau Fiesta 2013.Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada penganjur iaitu KP1MT atas kejayaan mengendalikan program ini.Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku mengenai ketidakpuashati peserta terhadap penjurian, ianya adalah asam garam dalam mana mana pertandingan.Sedangkan WORLD CUP pun ada protess, ini lagi battle yang macam ni kan..:)
Diharap, selepas ini, program ini dapat dimasukkan kedalam kalender tahunan Sabah dan sedikit sebanyak ianya dapat menjana sektor pelancongan di Tawau.Ianya dapat membuka peluang perniagaan kepada warga tawau sendiri selaian menikmati hiburan serta program yang bakal di laksanakan.
p/s
Insyallah, next time OnlineFM dapat berkolaborasi dalam menjayakan acara tahunan ini...:)
Bila sebut sahaja pasal muzik GRUNGE,confirm orang akan ingat Kurt Cobain atau Nirvana.Almaklumlah, mereka adalah nama besar dalam genre tersebut.Dari itu, satu gigs yang berteraskan muzik grunge telah berlangsung pada 11 mei lepas di kawasan kolombong, Inanam.
Kalau di lihat,lokasi ini adlaah satu loaski yang baru dan rasanya ini adlaah 1st time gigs berbentuk live band dianjurkan di sini.Sudah tentu ianya membawakan satu kenangan bagi orang yang ada disekitar tempat ini.sama ada mereka layan atau sebaliknya, hanya masing masing yang mampu menilai.Yang pasti,gigs ini dah selesai dan sambutannya juga di luar jangkaan.
Lihat sahaja gambar diatas, mereka adlaah yang hadir di dalam parti grunge tersebut.waww, budak budak kecil juga meminati muzik grunge.Cool, by the way, terdapat banyak gambar yang telah di ambil oleh beberapa sahabat.
Antaranya, anda boleh lihat disini Punk Up The Grunge Party @ Kelombong, KK.
Apa pun,nak ucapkan weldone & tahinah kepada penganjur serta beberapa buah band yang telah menjayakan gigs ini.diharap anda tidak akan berhenti disini sahaja.malah,mulakan mencari generasi yang suka dan minat mendengar lagu lagu berteraskan genre grunge.
Tahun lepas merupakan tahun percubaan pihak penganjur iaitu R.E Entertainment dalam penganjuran battle of the band.Tak disangka,penglibatan hampir 30 buah band telah membuktikan bahawa masih peka lagi warga muda mudi sekarang ini dengan LIVE BAND di atas pentas ini.
Beberapa minggu lepas, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rockafella Band Battle telah sampai waktunya untuk tahun kedua iaitu 25 Mei 2013 akan datang.Akan tetapi, setelah mendapat respon dari pihak penaja tempat iaitu Komplex Karamunsing, acara ini telah di tunda ke satu tarikh yang membuatkan para peserta tersenyum lebar iaitu 8-9 Jun 2013.iaitu 3 minggu dari sekarang.
Ini bermakna,masa untuk latihan dan pemilihan lagu masih panjang dan banyak.Dan proses pendaftaran telah dilanjutkan hingga hujung bulan ini..Dari itu, pada yang ingin mencuba nasib di atas pentas battle,inilah masanya.
lagi pun, kali ini hadiah yang ditawarkan lebih tinggi berbanding tahun lepas dimana Juaranya bakal membawa pulang Rm2000 ringgit.Woooo,banyak tu bro..:)
untuk makluman anda, berikut adalah maklumat yang anda perlu ketahui sebelum naik di pentas Rock - A - Fella Band Battle...
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN “ROCK-A-FELLA BAND BATTLE 2013”
- Cabaran pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia dan berumur daripada 17 hingga 45 tahun.
- Setiap penyertaan hendaklah tidak kurang daripada 4 orang anggota tetapi tidak melebihi daripada 6 orang anggota
- Nama anggota kumpulan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa penyerahan borang penyertaan.
- Yuran penyertaan RM150.00. Tarikh tutup penerimaan borang dan bayaran yuran ialah pada 31 Mei 2013. Bayaran tunai atau bank-in yuran pembayaran ke:
- ROZZA ENTERTAINMENT, Account No: 210-201-200651-2 (AmBank)
- Hanya borang yang disertakan dengan pembayaran RM150.00 dan disertakan resit/slip bank-in (sebagai BUKTI pembayaran yuran) yang layak bertanding.
- Setiap kumpulan tanpa prejudis, hendaklah menyediakan peralatan muzik mereka sendiri, kecuali drum (disediakan).
- Setiap kumpulan yang bertanding DIMESTIKAN menampilkan imej yang bersih, sesuai dan sopan.
- Setiap kumpulan hanya diberikan masa selama lima (5) minit untuk membuat sebuah persembahan semasa saringan, manakala 10 peserta kumpulan yang terpilih ke GRAND FINAL akan membuat persembahan satu (1) buah lagu atau medley dan tidak melebihi tujuh (7) minit persembahan.
- Setiap kumpulan dibenarkan memilih semua konsep/genre lagu. Lagu Heavy Metal, Trash, Hard Rock dan lagu yang berunsurkan keagamaan dan politik ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!!
- Pihak penganjur berhak menyingkir mana-mana individu yang melanggar syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan atau menimbulkan sebarang kekacauan (semasa saringan atau pertandingan dijalankan) sehingga menggangu perjalanan Rock-A-Fella Band Battle berjalan.
- Persembahan akan diadili oleh Juri-Juri profesional dan keputusan Juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur TIDAK AKAN MENANGGUNG sebarang bentuk perbelanjaan peserta dan kerosakan alat muzik semasa mengikuti pertandingan ini.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang dihadapi oleh peserta sebelum dan selepas pertandingan ini.
- PESERTA MESTILAH BEBAS DARIPADA PENGARUH ALKOHOL DAN DADAH!
- Untuk pertanyaan lanjut & penyerahan borang, hubungi urusetia penganjur seperti berikut:-
- Emel: rozza.entertainment@yahoo.com, atau Ben H/P: 0138878289
[HADIAH UTAMA]
• Johan
Wang Tunai RM2,000 + Sijil + Piala
• Naib Johan
Wang Tunai RM1500.00 + Sijil + Piala
• Ketiga
Wang Tunai RM1000 + Sijil + Piala
• 7 Hadiah Saguhati
[ANUGERAH KHAS TERBAIK]
•Gitaris Terbaik
•Drummer Terbaik
•Vokalis Terbaik
•Bassist Terbaik
•Keyboardist Terbai
Fuhh, lama jugak saya tak update blog ni kan.ternyata memang BZ dengan beberapa perkara yang melibatkan onlinefm dan sebagainya.so, kebetulan hari ni ada free time ,let me open a new story pasal apa yang berlaku di KK baru baru ini.
Seperti dalam gambar yang anda lihat diatas, The Rebel Union telah tampil dengan kesimabnungan acara tahunan mereka iaitu TURN UP THE VOLUME untuk tahun ketiga pada 4 Mei 2013 lepas.Sehari sebelum my birthday woo..:)
Saya ada hadirkan diri di vanue tersebut iaitu Roof Top Star City seawal jam 11pagi.Terkejut jugak la,bila lihat dalam flyers gigs mula jam 11pagi,tapi satu orang pun belum ada.Yang kelihatan hanyalah beberapa petugas sound sistem yang baru mula membuat persiapan pentas.
Kelewatan sebegini adalah asam garam dan lumrah dalam mana mana gigs yang dianjurkan.Kebiasaannya ianya akan lewat sekitar sejam dua.Ini kerana ingin memastikan segala kelengkapan backline & p.a sistem berada dalam keadaan yang memuaskan band yang bakal membuat persembahan.
TUTV #3 kali ini mendapat support dari beberapa pihak.Antaranya pengusaha makanan barat dan juga berger.Satu kelainan yang ditampilkan oleh The Rebel Union kan..:)
Kali ini, pihak penganjur telah menjemput beberapa band luar KK.Antaranya adalah kumpulan S.O.G.Yang mana band ini sudah memiliki fans yang tak kurang ramainya sekitar KK ini.Saya sempat juga bersembang dengan salah seorang dengan mereka sewaktu mereka selesai membuat sound check.
Oleh kerana masa yang saya ada tak banyak,saya terpaksa berundur dari lokasi gigs seawal jam 3 petang atas sebab yang tak dapat dielakkan.Walaubagaimanapun, sememangnua gigs ini meninggalkan kenangan yang hapenning bagi yang membeli tiket dan have fun dengan band band yang membuat persembahan.
Untuk melihat koleksi gambar gambar sewaktu gigs, sila kunjungi LINK INI yang mana mereka adalah official photographer bagi gigs TUTV sejak bahagian pertama lagi.Sememangnua Revolution On Motion adalah pakar dalam ambik gambar acara gigs.
Insyallah, tahun hadapan Turn Up The Volume #4 akan menanti dan pastinya menjanjikan suatu yang lebih power dari sebelum ini.teruskan memberi support kepada band band local yang kita miliki di Malaysia ini.
Menurut sumber, nama Avail record adalah satu nama yang agak besar suatu ketika dulu.Boleh dikatakan sekitar tahun lewat 90an.Dimana lable ini bertapak di daerah Tuaran kalau saya tak silap.Ianya diasaskan oleh seorang mamat yang memang minat dan suka dengan muzik khususnya musik keras.Keras yang macamnana tu,saya kurang pastilah.
EIM Hasrat ataupun Eim Magniside adalah nama yang sudah dikenali oleh mereka mereka yang membesar ditahun lewat 90an.Dialah orang yang bertanggungjawab dalam Avail record ini yang mana dengar cerita antara orang pertama yang membawa masuk band band antarabangsa ke sabah sekitar tahun 90an (kalau saya silap,harap perbetulkan).
Eim telah lama menghilangkan diri atas sebab yang tidak diketahui.Akan tetapi,tanggal 5 Mei 2013 adalah satu tarikh yang anda harus siap sedia.Kerana dia akan kembali dengan hidangan daripada jepun iaitu kumpulan VIVISICK.Sebuah kumpulan PUNK HARDCORE yang akan membuat tour di sabah selama 5 hari dan 5 Mei tersebut adalah hari terakhir mereka berada di Sabah.Menurut jadual,VIVISICK akan membuat show di Keningau, Ranau & Sandakan dan Kota Kinabalu adalah penutup road tour mereka.
menurut cerita member, VIVISICK ni pernah sekali datang ke Kota Kinabalu.Dan ada beberapa pengakuan daripada band band KK yang pernah 1 stage dengan mereka menyatakan bahawa band ini memang HEBAT dan rugilah sesiapa tak datang.Kehebatan mereka dari segi showmanship yang bertenaga dan corak persembahan yang pastikna akan memukau peminat muzik PUNK di Kota Kinabalu khususnya.
Jadi,dipendekkan cerita, sila bulatkan di kalendar anda iaitu 5 May 2013,jam 1 petang di Cowboy Bar.Tiket akan dijual di pintu lokasi seawal jam 12 tengahari.Harga tiketnya adalah RM35 + POSTER (limited edition).Jadi,mulai sekarang,anda bolehlah mengumpul duit untuk mendapatkan tiket ini dan menyaksikan persembahan dari band Jepun ini.
Bukan itu sahaja, AVAIL RECORD juga tidak melupakan tanggungjawab mereka terhadap scene tempatan,dimana 6 buah band lain telah tersenarai dalam memeriahkan lagi suasana gigs tersebut.Salah sebuah band yang bakal menjanjikan persembahan mantap pada hari tersebut adalah band Rock & Roll Jessselton tak lain dan tak bukan The Retrock.
Mereka bakal membawakan beberapa buah lagi hits mereka serta lagu terbaru mereka yang masih berada di dalam OVEN dan menanti untuk dihidangkan kepada fans mereka.So,kepada peminat The Retrock,apa tunggu lagi, Bring it on some rock & roll dude..:)
Avail record juga telah memberikan peluang kepada saya untuk menjadi EMCEE pada gigs ini.Alhamdulillah, ada juga pihak yang sudi memberikan job as EMCEE dalam gigs.Sebelum ni,saya juga telah mendapat kepercayaan dari penganjur "Reunion Rock Kapak" beberapa bulan lepas.kini masanya untuk mengendalikan genre PUNK pula.Harap ianya berjalan dengan lancar dan dapat feedback dari crowd yang bakal hadir.
Sebenarnya saya agak kecewa bila diberitahu bahawa kumpulan yang saya kenali dengan lagu Mungkin Hilang & Meet-a-fora tidak akan membuat sebarang persembahan disebabkan beberapa maslaah dalaman.Wal hal,lagu lagu tersebut saya dah kenali dan dengari sejak 3-4 tahun lalu.Saya teringin benar nak lihat kumpulan Framingrass yang berasal dari kg kelatuan, Papar ini.Tapi,apa boleh buat.Dah nasib badan..
Tetapi, tanpa di duga, atau mungkin mereka juga telah mendapat kata sepakat untuk membuat comeback.Dimana menurut penyanyi kumpulan Framingrass iaitu Inday, mereka akan mula tampil membuat showcase yang bersesuaian dengan masa dan lokasi.Tetapi,bukan dnegan nama Framingrass.
Kini,mereka telah tampil dengan nama band baru iaitu Scarletplane.Wawww,itu satu berita baik,kerana bertambah lagi sebuah kumpulan indiependent dari daerah Papar.Sebelum ni,hanya beberapa kumpulan sahaja yang membawa nama papar di serata tempat khususnya di Kota Kinabalu.
Sebenarnya band ini memang dah lama ujud.Antara ahli kumpulannya yang saya kenali adalah penyanyi utamanya iaitu Inday serta suaminya Madi yg juga salah sorang ahli kumpulan ini.Boleh dikatakan pasangan suami isteri ini mempunyai hobi yang sama iaitu muzik.
Madi juga merupakan seorang komposer dan juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam proses rakaman lagu.tetapi,macam saya katakan sebelum ini.Muzik ni hanya hobi mereka di kala ada masa terluang sebab madi mempunyai kerja tetap sebagai seorang...opsss..terlebih sudah.
Baiklah, dengar khabar mereka akan tampil buat pertama kali dalam pertandingan battle of the band pada bulan april nanti dengan membawa nama ScarletPlane.Sayalah antara orang yang tak sabar sabar nak dengar lagu Mungkin hilang tu dibawa secara live.Itupun,kalau mereka bawa lagu tu.Actually,band ini dah banyak buat lagu sendiri.Cuma,peluang untuk mendengarkan kepada umum sahaja yang kurang.
Antara inisiatif kami adalah meujudkan Onlinefm kepada mereka mereka ini.Dengan adanya radio internet tersebut,mereka dapat meluahkan isi hati serta bakat mencipta lagu & melodi secara meluar diserata dunia.










































