Showing posts with label single. Show all posts
Showing posts with label single. Show all posts

Saya kenal band ini sudah lama.kalau tak silap tahun 2013 lagi.Cuma, kenal nama dan dengar lasu single mereka jak la.Kalau jumpa dan berkenalan belum lagi.masa tu, saya telah diberikan sebuah lagu yang berjudul "KAU TIPU AKU".Tu lagu sudah pun berada didalam sistem playlist autorun ONLINEFM.Memang best tu lagu.bikin kaki begoyang..

Jadi, pada malam semalam secara rasminya kumpulan yang di anggotai oleh pemuzik pemuzik hebat ini telah pun membuat perlancaran single kedua mereka iaitu "MASIH DISINI".Dimana perlancaran ini di buat di HOTROD Cafe yang terletak di bangunan Warisan Square.


Selain Patin band, mereka juga telah menjemput beberapa pemuzik sebagai "opening act".Antaranya kumpulan The Ariez, Key Abraham, Orang Planet.Selain itu, ada penampilan penyanyi baru "ASHA" yang bernaung di bawah lable PURPOSE RECORD milik penyanyi lagu "APA MACAM" iaitu Jonathan Tse.

1st time lah saya menyaksikan perlancaran di Hotrod.Yang mana ianya mendapat sambutan sahabat pemuzik serta orang awam.Boleh dikatakan full seat juga la.sampai ada yang duduk di luar.dengar lagu jak lah.sebab di dalam sudah pack.Ini membuktikan yang scene muzik lokal makin mendapat sambutan.

Apapun, tahniah saya ucapkan kepada PURPOSE RECORD, khususnya big bossnya iaitu Mr Jonathan Tse atas perlancaran ini.Secara tidak langsung, membuka peluang kepada local act serta mana mana organiser untuk menggunakan HOTROD sebagai VENUE untuk sebarang acara yang berkaitan dengan muzik.

p/s
saya ndak sempat jumpa JUN JUN, terpaksa balik dalam jam 10.30..:(


BUKAN MUNGKIN, adalah single terbaru dari kumpulan THE ARIEZ.Lama juga dorang ni hilang dan sunyi. tap tap, dah ada single terbaru.Cayalah guyz,,,

Pada mulanya, 1st saya dengar lagu ni beberapa bulan lepas di mainkan di dalam radio.saya dah boleh cam lagu tu milik arize.sebab tone suara props (vokalis) sudah ramai yang kenal. ala ala penyanyi dari seberang sana. memang sedap dan lunak.Ditambah lagi dengan bait bait lirik yang buat cewek cari bila dengar.

Apa pun, band ini memang antara band yang hebat dan terbaik.cuma, rezeki dan platfom utk mereka melangkah lebih jauh amat tipis dan sukar.Yalah, sabah bukan mudah nak popular di media mainstream specially di radio dan TV.Faham faham saja lah, ianya sudah jadi lumrah dari dulu lagi.Tapi, saya tetap salute dan respek dengan band band yang sentiasa bangun dan bangkit dengan karya mereka.

Medium internet menjadi harapan untuk mereka bekarya.Serta, laman sosial juga makin aktif dan laris.Jadi, tidak menjadi masalah bagi mereka berkongsi karya pada peminat mereka di laur sana.Apa pun, sata juga tak sabar nak dengar & tengok secara live lagu ini di persembahan sewakti #bmf4 bulan 9 nanti

Jadi, jom kita layan single terbaru dari jejaka jejaka macho ini..


Stereoangel yang mana merupakan sebuah band indie yang berasal dari daerah Tuaran SAbah kini sedang giat mempromosikan single kedua mereka yang berjudul DURASI.Band yang di anggota oleh MHAI (vox & 1st gitar), KEED (2nd gitar), BHOY (bass) & MOLLY (Drummer) merupakan anak jati kelahiran daerah Tuaran.

Sebelum ini,mereka mempromsikan lagu DURASI ini melalui akaun soundcloud sahaja.Tetapi,mereka kini sudah melangkah setapak lagi dimana mereka juga telah menyiapkan klip vedio lagu DURASI tersebut.


Klip vedio DURASI ini adalah hasil sentuhan produksi tempatan juga yang dikenali dengan nama GENG KAPAK.Mereka ni bukannya yang terlibat dengan mana mana kes jenayah ya.Mereka ni geng yang banyak membantu pemuzik pemuzik local,khususnya di sabah dnegan menyediakan klip vedio.

Pada yang ingin mengenali band ini secara dekat, hanya perlu klik Stereoangel band dan semestinya tekan butang LIKE.Sesudah itu,anda kini menjadi followers mereka dan sentiasa dapat mengikuti perkembangan serta aktiviti terkini band Tuaran ini.

Pada yang belum lagi mendengar dan melihat Mhai iaitu vokalis mereka dalan TV, sila klik disini... http://www.youtube.com/watch?v=kziOijcigt4



Baru baru ini,saya sempat menghadirkan diri dalam satu program rilis EP oleh sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Keningau iaitu Kumpulan Buzzing Joker.Sejak tahun lalu,mereka berangan angan untuk mengadakan majlis perlancaran EP ini.ternyata angan angan mereka jadi kenyataan.Biarpun,mengambil masa yang agak panjang,ianya adalah sebuah majlis yang simple dan sambutan di luar jangkaan.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sokongan yang diberikan oleh penonton serta band member yang turut sama menjayakan majlis tersebut.Antara kumpulan yang membuat persembahan pembukaan adalah kumpulan Honest.

Pada mulanya, saya ingat mereka ni just a simple simple punya band.Rupanya sangkaan saya jauh melencong.Kumpulan ini tampil dengan lagu lagu ciptaan sendiri.Lagu pertama yang mereka persembahkan adalah "TERINDAH".Dimana intro lagi ini dah buat bulu roma saya meremang.Mana tidaknya, genre POP memang tak ramai yang minat atau pertaruhkan di ERA Facebook & Twitter ini.

Lagu ini mampu menjadi sebuah lagu hits dan bisa membawa nama kumpulan Honest di kenali sekitar Keningau.Mereka hanya perlukan pengorbanan dari segi masa untuk mempromosikan kepada warga Keningau.cara untuk mempromosikannya,itu terpulang dengan mereka sendiri.Apa yang penting, dimana ada  kemahuan, disitu ada jalan dan kerjasama dari setiap ahli kumpulan amat membantu dalam proses promosi lagi ini.


Setakat ini, terdapat 2 buah lagu yang telah dirakamkan oleh mereka iaitu Terindah & Bebas.Kedua dua lagu ini adalah hasil ciptaan mereka sendiri.Inilah yang membuatkan saya  terharu dan lebih bersemangat untuk mencari peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai.Karya dari mereka ini harus di tonjolkan kepada umum dan harus dapat sokongan dari lapisan masyarakat.

Saya mengharap agar band ini dapat menghantarkan lagu "Terindah" ini ke KeningauFM untuk dimasukkan dalam slot Carta 13.Biar mereka mula bersaing dengan penyanyi penyanyi solo disana.Lihat sambutan & sokongan dari warga Keningau.Insya allah,kalau ada rezeki,saya akan mencari peluang untuk band ini tampil di Kota Kinabalu plak.

Kepada kumpulan Honest,teruskan perjuangan & semangat membara anda untuk memperkenalkan hasil karya anda sentiasa.Agar lagu anda mampu melekat di telinga warga keningau khususnya belia belia disana.Juga,misi anda adalah mencari fans band anda seramai mungkin.Tak guna kalau anda buat persembahan kalau tidak ada peminat serta penyokong.Dengan adanya mereka mereka ini,anda tahu yang karya anda dapat penerimaan yang baik dan anda akan sentiasa dapat memperbaiki segala kekurangan melalui komen serta cadangan dari fans anda.

p/s
lagu terindah sudah ada di radio onlinefm..:)

The Retrock adalah sebuah nama yang tidak asing lagi di sekitar Sabah terutamanya di Kota Kinabalu.genre rock & roll yang mereka dendangkan sudah pasti akan membuatkan lutut anda bergoyang seolah olah mendapat tarikan graviti.Lama juga mereka ini hilang dalam scence.Kalau ditanya,jawapan yang akan diditerima adalah "komitmen keluarga".Hahahahaha...standart lah.

Tetapi,jawapan itu adalah benar belaka.Dimana sepertimana yang kita tahu,pemain gitar mereka iaitu wan kini telah bergelar seorang ayah dan juga terpaksa ulang alik kesemporna disebabkan permaisuri hidupnya bertugas di sana.

Manakala pemain bass mereka iaitu Oyoe pulak baru sahaja berubah status dari bujang kepada suami orang.Dan yang paling menyedihkan lagi dimana oyoe kini menetap di semenanjung dan bertugas disana.now,penampilan oyoe dah smart macam seorang peramugara atau pegawai bank wooo.Rambut pun dah tak panjang lagi wooo...:P

Hanya dua beradik ini sahaja yang selalu kelihatan di Kota Kinabalu dan masih berstatus bujang.Drummer mereka tu mungkin kita famahlah,sebab dibangku sekolah lagi.tapi,vox mereka tu,si Ozie.bilakah agaknya akan menururi jejak langkah Wan & Oyoe.adakah dia dah ada Puteri Jesseltonnya?jeng3x....


baiklah,mungkin dikalangan member terdekat Retrock sudah maklum akan kelahiran 2nd baby mereka iaitu Nada Sukma ini.tetapi,pada yang tak tahu,try to read this info...

Nada Sukma adalah single yang mereka lahirkan dalam awal tahun 2013 ini.Setelah saya mendengarkan lagu ini lebih dari 5 kali,saya dapati single kali ini amat jauh berbeza dari retrock lurve mahupun berdiri.Ternyata mereka memang berani dan orang cakap sign matilah.Sebab satu percubaan yang diluar jangkaan.

Menurut Ozie,kali ini mereka cuba menghasilkan sesuatu yang 100% idea dan kerja tangan mereka sendiri.Dimana Mixing & mastering bagi lagi ini dihasilkan oleh mereka sendiri.Dimana?haaa,saya tak pasti plak lokasi mereka membuat projek mixing & masteringnya.Akan tetatpi,mereka dah buat study sejak last year lagi.So,mereka dapati single ini akan menjadi satu single percubaan yang mana mereka iaitu The retrock amat mengharap respon dari peminat serta pengkritik muzik diluar sana.

cakap panjang pun susah juga,nanti ada orang yang lablekan saya ni memandai mandai.Dahlah tak tahu pasal muzik,nak cerita panjang pasal lagu plak.Bagus anda dengarkan sendiri lagu ini.Saya sertakan link youtubenya dibawah ini.




Apa pun, TAHNIAH kepada The Retrock akan single ini.Semoga anda akan terus maju lagu kehadapan dan akan menghasilkan sesuatu yang fresh dan RARE.

p/s
Suara reporter tu yang paling saya suka bro..:)

ROCASIA adalah sebuah nama baru dalam muzik scene di Sabah khusunya di Kota Kinabalu.Terdiri dari saudara sendiri iaitu adik beradik yang berasal dari Kg Pengalat Besar Papar telah tampil dengan konsep Rock.

Kumpulan ini memang aku salute lah. Mana tidaknya mereka berhempas pulas dari A to Z untuk membuktikan yang muzik mereka juga mampu diterima oleh masyarakat sekarang ini.Yang saya maksudkan adalah sejak saya kenali band ini, saya lihat mereka berusaha gigih menyiapkan HOME STUDIO dan belajar membuat proses rakaman lagu.

Yalah, memang proses pembelajaran ini bukannya singkat.Ianya memakan masa yang lama.Tapi, sekiranya dah minat, tak tidur pun sanggup bersengkang mata dihadapan komputer untuk mempelajari sesebuah perisian komputer.

Bermula dengan membeli alat kelengkapan bermain muzik seperti gitar Amp, drum set, serta Mic yang sesuai hinggalah mencari SIFOO dalam proses rakaman.Kesemua ii saya lihat sejak beberapa bulan ini.Mereka ini memang serius dan dedikasi terhadap apa yang mereka perjuangkan iaitu bidang muzik.


Akhirnya ROCASIA menyahut cabaran untuk tampil buat kali pertamanya dalam program AKUSTIK @ Beach beberapa bulan yang lepas.Ini merupakan penampilan pertama mereka dan ternyata sambutan dari orang ramai memang diluar jangkan.Vox mereka iaitu AMY memang pandai tarik crowd.Satu bakat yang sukar nak dilihat pada band baru.



Masa tu mereka membawakan lagu lagu ciptaan sendiri dan salah satu lagunya adaah single mereka yang berjudul MENCARI BAYANGMU.Lagu tersebut telahpun di muatkan dalam Percubaan mereka menghasilkan CD rakaman untuk tatapan sahabat serta stesen radio yang sudi memutarkan lagu lagu mereka.

Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, CD pertama yang mereka keluarkan dengan hasil usaha mereka sendiri.Dari proses penulisan lagu hinggalah proses rakaman ianya telah membuahkan hasil yang belum diketahui lagi dapat diterima atau tidak.Apa yang pasti,mereka berani mencuba yang tak pasti akan kejayaannya.Bak kata pepatan,belum cuba belum tau.Sudah cuba baru tau...



Frontman Company telah meriliskan single terbaru dari mereka yang bertajuk LIHAT LANGIT.Erm,pada yang sudah mengenali band ini,mungkin sudah ada yang terhidu akan kekurangan pada stuff terbaru dari mereka kan.Yaaa,pada kali ini mereka sudah hanya tinggal 6 orang.Memang benar,Kriss sudah tidak lagi bersama FrontMan Company.Sebagaimana yang kita tahu,memang sukar nak meluangkan masa bersama apabila status kita sudah bekeluarga.Apatah lagi,mempunyai karier yang memerlukan pengorbanan masa yang tidak menentu.

Akan tetapi,pengunduran Kriss tidak ada kaitan denga masalah dalaman atau apa sahaja.Jadi,tak perlulah anda membuat spekulasi yang tidak sepatutnya.Apa yang korang perlu tahu,FrontMan Company kini membuat sedikit kelainan.

Apa yang lain?haaaa,itu kamu kena dengan lagu terbaru dari mereka ni yang bertajuk LIHAT LANGIT.Seperti biasa,mereka menggunakan khidmat nasihat Eyes & Ears Production dibawah bimbingan brader Chris.Dan lagu ini telah pun diedarkan kepada semua stesen radio internet yang sudi memainkan lagu ini.Sudah tentu OnlineFM dah dapat lagi ni kan.Kalau belum,jaga la ko Kingzzz..:P

Oklah,kepada peminat FrontMan Company,sila beri komen anda setelah mendengarkan lagu terbaru daro mereka ini.Dan luahkan komen anda tersebut kedalam page mereka di FB iaitu Frontman Company

p/s
Dengar khabar,mereka akan buat mini pelancaran akan single terbaru ini.Tapi bila aah?sama sama kita nantikan jawapan dari mereka..:)

Memang smart lah gambar ni.Cuma,dari segi kualitinya agak kureng sket lah.tapi tak apa,bukannya orang tau pun kan.Yang saya nak cerita mengenai band Telegram hanyalah mengenai lagu terbaru dari mereka.Kalau sebelum ini,lagu LELAH telah mereka pertaruhkan kepada pendengar di laman sosial dan radio radio internet,kini mereka telah mengeluarkan single terbaru yang agak mantap.

Disko luka & Impian,itulah tajuk single terbaru dari mereka.Macam lain kan,macamana disko buleh sampai luka ni?hahaa,tu kena tanya dengan mereka lah kan.Sememangnya,lagu ini memang best dan telah pun di mainkan di radio internet OnlineFM.Kepada pendengar,boleh sudah req lagu ni bila ada penyampai yang bertugas

Apa pun,tahniah kepada band Telegram atas kemunculan single terbaru ini.Teruskan berkarya dan jangan mudah mengalah dengan apa juga rintangan.yakin pada kebolehan anda yang telah di kurniakan oleh Yang Maha Esa


Sepertimana yang kita sedia maklum.Kozae yang dulunya bersama One Nation Emcee kini dah bergerak secara solo dan dia juga merupakan seorang komposer yang hebat.Selain solo,dia juga mempunyai satu misi yang jarang ada pada seseorang penyanyi dimana dia iaitu Kozae telah menghasilkan sebuah lagu yang mana menampilkan pendatang baru dalam industri muzik Rap atau pun Hip Hop.

RUN KK adalah sebuah lagu baru hasil ciptaan 100% dari Kozae yang mana telah menampilkan 4 pendatang baru.Actually,ke empat empat penyanyi tersebut dah lama dalam bidang ni,cuma mereka lebih aktif di bawah tanah saja (undergrond).Mereka adalah Kudique, Ali Terbang, Phatbrown & Hassan KTM.Jom kenali mereka..

Dengan bantuan kozae,mereka ditampilkan dengan lagu RUN KK yang mana telah berada di corong corong radio frekunesi mahupun radio atas talian.Lagu RUN KK ini menampilkan paduan suara dari rappers Sabah & Semenanjung.rasanya kozae telah mengatur strategi yang hebat untuk projek kali ini.welldon Bro...

Baiklah sebagai selingan untuk yang tak pernah lagi dengarkan lagu RUN KK ini,saya sertakan YOUTUBEnya kat bawah.kalau bleh,sila share kat laman sosial korang sebagai tanda support anda pada pemuzik tempatan kita kerana "Kalau bukan Kita,siapa lagi"



Penubuhan band ini atas keinginan untuk mencari kepuasan dalam mengembangkan lagi muzik yang berkonsepkan ala ala IRON MAIDEN.

Mungkin ada yang dah mengenali siapa disebalik nama NightLord ini.Mungkin juga ada yang tak kenal dan tertanya tanya muzik mereka macam mana kan.Actually gua sendiri pun baru saja mengenali mereka ini.yang pasti,kesemua mereka ini dari aliran muzik keras iaitu METAL.Keras tidak semestinya ganas tau.Pembawaan muzik mereka ini memang cool,maybe member member seram sejuk bila mereka menubuhkan band baru yang diberi nama NightLord ini.

Apa pun,info terbaru yang gua perolehi adalah single pertama mereka telah siap sepenuhnya dah telah berada di laman internet.Sekarang ini,mereka sedang menyiapkan beberapa buah lagu terbaru dimana kali ini menampilkan penyanyi baru dan ingin diketengahkan dalam konsep muzik yang mereka bawa.

Gua tinggalkan anda dengan lagu mereka yang baru siap proses rakaman dimana lagu ini berkisarkan pengalaman dan ditujukan untuk seseorang dari seseorang.Pehhh,ayat bukan main cun.Apa pun,harap korang enjoy dan hayati bait bait lirik lagu ini


Yang ni plak adalah versi lirik sahaja tanpa suara vokalisnya.Korang teliti betul betul ya dan enjoy akan luahan hati si penulis lagu ini



p/s
gua suka sentuhan keybordnya dan muziknya.betul betul sinfonic...

Kalau dengar nama band Cactus,aku teringat akan band dari JB.Nama mereka seakan sama,cuma ejaan saja lain.Tapi,Cactus ini adalah sebuah band projek yang mana dianggoai oleh salah seorang ahli kumpulan The Bezkon iaitu ARIN.Dia memang tak pernah ketinggalan dalam hobi yang diceburinya ini.

Walaupun dia menggotai kedua dua band,namun kesetiaannya pada band The Bezkon tetap diutamakan.Dengar cerita,mereka sedang menyiapkan EP sulung mereka yang bakal akan keluar tak lama lagi.Atas sebab masa dan kerjaya ahli kumpulan,proses rakaman,mixing terpaksa memakan masa yang agak lewat sedkit.Tapi,tak apa janji EP mereka akan keluar.



Band Cactus ini telah baru sahaja single pertama mereka yang bertajuk NEED.Kali ini band ini menampilkan bunyi seakan akan lagu COUNTRY dan ada juga berbunyi rock n roll.Ini merupakan percubaan pertama membawakan konsep muzik sebegini rupa.Mereka ingin melihat sambutan,komen dan pandanagan dari mereka yang telah mendengarkan single pertama ini.


Sudi sudikanlah mendengar lagu ini melalui link http://www.facebook.com/photo.php?v=324148997605414 dan lagu single pertama mereka ini telah mendapat sentuhan dari Reboot-Entertainment.Nampaknya band ini telah mempunyai kepercayaan 100% terhadap kualiti dan mutu lagu yag telah di hasilkan oleh studio ini.Walaupun syarikat ini masih baru,akan tetapi,cara mereka menghasilkan lagu,dan membuat kerja kerja dibekalang tabir amat kemas sekali dan secara underground.Almaklumlan,mereka pun masih belajar dan terus mempelajari apa yang sepatutnya yang dikehendai oleh zaman kini yang serba canggih.
Russell Ryan Juin

Pehhh,kalau dilihat dari segi post dah bleh salute dan memang hebatlah.Apatah lagu lagu yang sudah berada di pasaran RADIO INTERNET untuk di perdengarkan kepada warga online sedunia.Mungkin dah ramai yang mengenali Russell.Beliau merupakan salah sorang pemuzik yang mempertaruhkan konsep muzik HIP HOP.

Memang tidak dinafikan yang pengaruh muzik HIP HOP di Sabh kini dah mula menjadi wabak.Ianya seperti penyakit berjangkit.Namun ini merupakan satu fenumena yang sihat dimana belia belia yang berminat atau menyukai rentak muzik hip hop ini dalat menghasilkan sesuatu karya yang bermutu.

Kalau tak percaya,suba korang klik lagu terbaru dari Russell ini yang berjudul Serenade dimana dia bergandingan dengan penyanyi jemputan iaitu HAIZRIE.lepas dengar korang boleh komen kat page Double RRof Soul Chamber

selamat mendengar dan keep support our local act coz..."IF NOT US,WHO ELSE"

Didie & the poetry
sudah lama aku tak dengar tentang band ini.Last time kau dengar masa mereka buat persembahan di Palm Square center Point masa event MOVE ART.Dahulunya band ini seringkali terdengar lagu hits mereka iaitu RINDU dimainkan di corong corong radio internet.tetapi,tah napa sudah ianya sepi.Maybe mereka nak buat pembaharuan kot...

So,baru baru ini Vox mereka iaitu Didie (gambar) ada buat panggilan dan memberitahu yang single terbaru mereka telah siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.Dengar cerita mereka mengunakkan perkhidmatan Apple Studio dibawah kendelian Mr Don (The Ariez).

Dengar cerita dari kawan kawannya yang selalu lepak di studio tempat mereka merakamkan lagu ,lagu baru ini lebih jauh berbeza dengan demo mereka dahulu.Kalau dulu,mereka menggunakan suara vokal wanita,kini tidak lagi.Ada yang mengatakan yang suara Didie kali ini seaakan akan Azlan & typewriter.Wahh,itu sudah hebat,siapa tak kenal Azlan yang memiliki suara yang tinggi dan mantap.Sebelum ini band ini membawakan lagu berkonsepkan jazz dan easy listening.tapi kali ini mereka dah berubah arah dan ingin membuat pembaharuan.Sama sama kita nantikan kemunculan single terbaru dari band yang bernama DIDIE & THE POETRY ini.


Alhamdulillah,mereka iaitu The Retrock telah melangkah lagi setapak dalam penghasilan lagu dimana mereka telah  pun mengeluarkan Single pertama mereka sejak band mereka di tubuhkan.Sebelum ini mereka dah menegeluarkan beberapa buah DEMO sebagai pengenalan band mereka kepada scence.

Antara lagu DEMO yang hits bagi aku adalah BERDIRI dimana aku sangat sangat menyukai lirik lagu ini.Amat bersesuaian sekali kepada warga kerja yang amat sibuk dengan tugasan harian.



Jadi,kali ini mereka ingin mencuba nasib dengan mengeluarkan SINGLE pertama yang bertajuk RETROCK Love dan menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm8 sahaja.Dengan berbekalkan rm8 inilah mereka ingin melihat sejauh mana support peminat mereka terhadap single pertama mereka ini yang dihasilkan dalam kualiti yang bakal memuaskan hati pembeli.

Untuk mendapatkan CD ini,korang boleh menghubungi vokalisnya iaitu Ozie atau fan page mereka.Kali ini mereka cuba mendapatkan perkhidmatan Chris P sebagai sound engineer merangkap lable untuk kali ini.Sama sama kita bagi sokongan pada mereka ini untuk terus maju dan menghasilkan lagu lagu yang berkualiti bunyinya dan mutu penghasilannya.

sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah,sejak kebelakangan ini dah makin ramai saya lihat kebangkitan band band baru dalam industri muzik tempatan terutamnay di Sabah ini.Antaranya band yang berada sekitar daerah Sandakan,Tawau,Lahad Datu mahupun Kota Kinabalu.Ini merupakan tanda tanda sihat dimana belia belia kita dah mula menjauhi aktiviti kurang sihat dan cuba berjinak jinak ke bidang yang berfaedah dan ada masa depan iaitu berkarya melalui muzik.

Cuma,yang ingin di tekankan di sini adalah semangat dan kemampuan anda untuk menghasilkan sesebuah karya itu bergantung pada kualiti bunyi lagu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum,setiap kualiti ada beza dari segi penghasilannya.Iaitu DEMO,SINGLE & ALBUM dan sudah tentu setiap kualiti kualiti ini memerlukan kos yang boleh dikira hebat juga.Apa lagi bagi mereka yang tidak ada pekerjaan tetap,tapi semangat untuk berkarya tetap tinggi.

Saya mensyorkan pada mereka yang masih baru dalam penghasilan lagu supaya mendapatkan khidmat nasihat dari mana mana syarikat rakaman yang anda kenal.Saya percaya dan yakin,mereka mereka ini yang dikenali sebagai SOUNDENGINEER ini akan memberikan tunjuk ajar dan nasihat bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam penghasilan sesebuah lagu.

Terdapat banyak studio rakaman sekitar Kota Kinabalu ini dan anda boleh bertanyakan kepada tuan punya studio berkenaan harga sesebuah proses rakaman mahupun khidmat nasihat.Pada yang dah mempunyai lebih dari 2-3 buah lagu dalam bentuk DEMO,supaya cuba mengeluarkan sedikit kos untuk menghasilkan SINGLE.Bukan apa,zaman sekarang ini,pendengar mahupun sesiapa saja akan menilai sesebuah band itu melalui kualiti lagu lagu mereka selain dari mutu persembahan di atas pentas.

World Of Rock Music
Ramai yang tertanya tanya menganai band yang berkonsepkan VISUAL KIE ini iaitu kumpulan W.O.R.M.Sama ada masih ada atau dah pecah.Gua pun not sure dan trus memBUZZ dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut tak lain dan tak bukan iaitu vokalistnya kay@worm yang kiut.khakhakka

Dan tanpa bunga bunga,aku terus tanya apa cerita worm sekarang.So,kai pun jawab yang "kini WORM hanya tinggal 3 orang sahajaiaitu Jay,Mel dan saya sendiri.Tetapi,kini founder kepada worm iaitu CHET dah masuk kembali bersama kami kembali.Dan kini kami sedang dalam proses penyiapan single terbaru yang akan di reliskan dalam masa terdekat." 

Dan kini WORM telah bernaung di bawah syarikat sendiri yang diberi nama Borneo Music Tecnology.Bukan itu saja,mereka juga telah menyediakan perkhidmatan rakaman lagu.Dan alhamdulillah,dah ada beberapa orang penyanyi dan band telah merakamkan lagu di studio mereka ini yang terletak di Star City,Kota Kinabalu


Chet@worm
Rasanya dengan kembalinya chet kedalam kumpulan ini sudah pasti akan menghangatkan lagi suasana muzik JROCK yang mana menjadi inspirasi worm sejak dulu hingga sekarang.Kini rasanya chet banyak menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan single terbaru mereka yang bakal menemui pendengar serta peminat mereka tak lama lagi.


Kay@worm
Kay juga telah menjadi seorang penulis lagu serta pencipta lagu untuk mereka mereka yang memerlukan khidmat nasihat dari otai yang dah lama dalam industri muzik terutamanya di Sabah ini.Sesiapa yang ingin merakamkan lagu,jangan malu malu untuk menghubungi kay dan pastikan korang sedut ilmu muzik darinua sebanyak mungkit.khakhakahkhakhkahaha..


Jay@worm
kini Jay pula sibuk menguruskan sebuah cafe yang mana dengar cerita akan dijadikan vanue untuk mereka meriliskan single mereka.tempatnya terletak di sekitar bandar Kota Kinabalu juga dan cuma,itu saja lah.PARKINGGGGG yang kena pandai pandai lah cari supaya tak kena saman...


Mel@worm
Aku juga pernah terserempat dengan drummers Worm ini iaitu mel di studio mereka.Nampaknya dia juga sedang sibuk mengkompose lagu mereka dengan seriusnya dan rasanya .Kali ini mereka ingin memperlihatkan dengan peminat mereka yang worm tidak berpecah.Cuma ada rombakan dari segi line up dan penyusunan lagu kini giat dilakukan.

So,sama sama kita nantikan kemunculan WORM dengan single terbaru mereka dalam masa yang terdekat ini.Insyallah selepas raya kata si kay,sebab dia nak diet dulu.Almaklumlah,feel raya tu masih ada dan stamina kena work out balik.hahahaha,jangan mare kay...

Dan kita sebagai peminat muzik tempatan teruskan memberi semangat kepada band ini melalui page mereka iaitu W.O.R.M agar mereka cekal menghadapi dugaan yang telah mahupun bakal ditempuhi di persada seni tanahair.Insyallah,kalau ada rezeki,mereka akan meriliskan ALBUM dalam tahun depan.Sama sama kita support mereka sebab...