Showing posts with label lagu baru. Show all posts
Showing posts with label lagu baru. Show all posts

SEROJA BAND adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Pantai timur Sabah iaitu daerah Kinabatangan. Jarak daerah tersebut dari bandaraya Kota Kinabalu sekitar 300 lebih kilometer. Sememangnya satu jarak yang memang jauh.

Namun itu bukannya menjadi penghalang kepada anak jati kelahiran Kinabantang ini. Dimana, dengan mempunyai minat yang sama dalam muzik, maka tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang bernama SEROJA.

Mulanya berjinak jinak dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan sound sistem, hinggalah membuat persembahan di majlis kahwin. Kini kumpulan ini sudah mempunyai lagu ciptaan sendiri yang berjudul RASA CINTA,

Bukan setakat itu sahaja, kumpulan ini juga sudah mempunyai klip vedio mereka sendiri yang sudah pun berada di YOUTUBE sejak Mac 2016. Kini jumlah penontonnya mencecah 1000 orang.

Oleh itu, apa kata anda lihat dan boleh beri komen tentang lagu ciptaan band pantai timur sabah ini..





Wahhh, best dan makin bersemangat pula saya bila terlihat klip vedio raya dari penyanyi baru yang mana mereka kesemuanya di bawah 1 lable yang berasal dari sebuah daerah kecil iaitu "KINABATANGAN".

Sebuah studio rakaman yang treletak di daerah Kinabatangan tidak pernah berputus asa dalam melahirkan bakat bakat baru seni suara.Hasilnya amat memberangsangkan bila mana lable ini sudah mempunyai hampir 10 orang anak anak muda yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Penyanyi penyanyi ini masih lagi baru dan ternyata perlukan bimbingan yang teliti dalam melangkah kedalam industri muzik khususnya di sabah.Al maklumlah, scene muzik kita di sabah ni terlalu kecil dan amat sukar nak naik ke peringkat mainstream (keluar TV & Radio popular)


Mereka bertigalah antara tulang belakang yang mencari dan cuba membimbing anak anak muda kinabatangan yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.Walaupun mereka ini tidak di kenali, tetapi mereka mempunyai pengalaman dalam bidang seni suara.niat mereka boleh di jadikan contoh pada sesiapa sahaja di luar sana yang ingin berbakti pada tempat kelahiran.

Apa pun, saya tumpang gembira dengan ujudnya lable tempatan yang membawa sedikit perubahan dalam muzik scene kita disabah.Cuma, lable label yang sedia ada ini, cuba mencari peluang dan mencari cara bagaimana hendak mempromosikan bakat bakat baru ini secara konsisten.Rasanya tidak semestinya mengharapkan media mainstream, kerana zaman ini lebih cenderung pada "MEDIA SOSIAL, LAMAN WEB" dan macam macam lagi.Cara promosi di internet rasanya lebih cepat, dan sesuai (bagi sayalah).

Akan tetapi, bakat bakat baru ini kena juga turun padang dan membuat persembahan di tempat tempat terbuka yang mana boleh di lihat oleh orang awam.secara tak langsung, mereka terdedah kepada crowd yang ada disekeliling sebagai penilai hasil dan kualiti nyanyain mereka.



Dari itu, sama sama lah kita berganding bahu membantu menyokong usaha murni pengiat seni tempatan khususnya di sabah ini.Walaupun kita jauh dari bandaraya kota kinabalu atau jauh dari kawasan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, kita tetap dapat di hubungkan dengan rangkaian internet yang tampa sempadan.

Saksikanlah hasil terbaru dari GENERASI STUDIO iaitu klip vedio hari raya dari artis di bawah naungan mereka.Dengan judul lagunya JALINAN SYAWAL.Hasil ciptaan KAMAL & ANA LIANA.

Teruskan menyokong artis artis tempatan, kerana  "Kalau bukan Kita,siapa lagi"

p/s
cuma saya tertanya tanya, adakah penyanyi penyanyi baru ini sudah bersedia menjadi penyanyi? dan bersedia menjadi artis?

Sebenarnya saya agak kecewa bila diberitahu bahawa kumpulan yang saya kenali dengan lagu Mungkin Hilang & Meet-a-fora tidak akan membuat sebarang persembahan disebabkan beberapa maslaah dalaman.Wal hal,lagu lagu tersebut saya dah kenali dan dengari sejak 3-4 tahun lalu.Saya teringin benar nak lihat kumpulan Framingrass yang berasal dari kg kelatuan, Papar ini.Tapi,apa boleh buat.Dah nasib badan..

Tetapi, tanpa di duga, atau mungkin mereka juga telah mendapat kata sepakat untuk membuat comeback.Dimana menurut penyanyi kumpulan Framingrass iaitu Inday, mereka akan mula tampil membuat showcase yang bersesuaian dengan masa dan lokasi.Tetapi,bukan dnegan nama Framingrass.

Kini,mereka telah tampil dengan nama band baru iaitu Scarletplane.Wawww,itu satu berita baik,kerana bertambah lagi sebuah kumpulan indiependent dari daerah Papar.Sebelum ni,hanya beberapa kumpulan sahaja yang membawa nama papar di serata tempat khususnya di Kota Kinabalu.


Sebenarnya band ini memang dah lama ujud.Antara ahli kumpulannya yang saya kenali adalah penyanyi utamanya iaitu Inday serta suaminya Madi yg juga salah sorang ahli kumpulan ini.Boleh dikatakan pasangan suami isteri ini mempunyai hobi yang sama iaitu muzik.

Madi juga merupakan seorang komposer dan juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam proses rakaman lagu.tetapi,macam saya katakan sebelum ini.Muzik ni hanya hobi mereka di kala ada masa terluang sebab madi mempunyai kerja tetap sebagai seorang...opsss..terlebih sudah.

Baiklah, dengar khabar mereka akan tampil buat pertama kali dalam pertandingan battle of the band pada bulan april nanti dengan membawa nama ScarletPlane.Sayalah antara orang yang tak sabar sabar nak dengar lagu Mungkin hilang tu dibawa secara live.Itupun,kalau mereka bawa lagu tu.Actually,band ini dah banyak buat lagu sendiri.Cuma,peluang untuk mendengarkan kepada umum sahaja yang kurang.

Antara inisiatif kami adalah meujudkan Onlinefm kepada mereka mereka ini.Dengan adanya radio internet tersebut,mereka dapat meluahkan isi hati serta bakat mencipta lagu & melodi secara meluar diserata dunia.



1st time saya dengar lagu ini,ianya sudah membuatkan saya harus memberi kuat volume lappy saya.Dan cukup dengan tu,saya nak dengar lagu ni guna my big headphone yg ada tertera tulisan STUDIO MONITOR.Barulah puas dengar setiap beat muzik tersebut....

Alvin MY kini dalam proses mempromosikan lagu terbarunya.Pada kali ini,brader ni berkolaborasi dengan beberapa nama hebat dikalangan hip hoppers sekitar KK.Sedikit info mengenai lagu ini...


Performed By Alvin M.Y, Rey Nizam, Kognag, & Dechiper
Track Produced By Reuben Raymond
Written By Alvin M.Y, Rey Nizam, Kognag, Hans Aziz & Dechiper
Tracking Session By Chris Pereira in Eyes and Ears Studio
Mixed and Mastered By Chris Pereira
Cover Designed By Harlod P.Ringgingon

Kalau dilihat nama nama yang menjayakan lagu ALL NICE ini,sememangnya kesemua mereka memag didalam landasan yang amat sesuai dan hebat.Seperti yang kita tahu,kekuatan vokal Alvin terletak pada SOULnya.Manakala Rey, Kog & Dechiper pulak,antara suara Hip Hop yang rasanya dah ramai kenali terutamanya tauke kepada E&E studio iaitu Chris P a.k.a Dechiper.

Chris P
Saya mengucapkan TAHNIAH kepada anda semua yang terlibat dalam menjayakan lagu kolaborasi ini.Dan tak best kalau tiadak diselitkan klip vedio lagu ini.Kepada Chris,Bro,apa lagi,shootlah some VC yang cool..:)

Weldone guyzzz & keep a good work on ur hio hop scene.Saya yakin,mealui anda lah scene Hip Hop di Sabah ni tak akan berkubur.Anda semualah membuatkan ianya Bergetar seumpana alunan track didalam software anda.

Kepada yang belum dengar lagi lagu dari AMY ni,hahaha.jangan mare Alvin My (AMY),jom tengok dan feel lagu dari mereka melalui link ini http://youtu.be/jOhTpnh_ob0


Frontman Company telah meriliskan single terbaru dari mereka yang bertajuk LIHAT LANGIT.Erm,pada yang sudah mengenali band ini,mungkin sudah ada yang terhidu akan kekurangan pada stuff terbaru dari mereka kan.Yaaa,pada kali ini mereka sudah hanya tinggal 6 orang.Memang benar,Kriss sudah tidak lagi bersama FrontMan Company.Sebagaimana yang kita tahu,memang sukar nak meluangkan masa bersama apabila status kita sudah bekeluarga.Apatah lagi,mempunyai karier yang memerlukan pengorbanan masa yang tidak menentu.

Akan tetapi,pengunduran Kriss tidak ada kaitan denga masalah dalaman atau apa sahaja.Jadi,tak perlulah anda membuat spekulasi yang tidak sepatutnya.Apa yang korang perlu tahu,FrontMan Company kini membuat sedikit kelainan.

Apa yang lain?haaaa,itu kamu kena dengan lagu terbaru dari mereka ni yang bertajuk LIHAT LANGIT.Seperti biasa,mereka menggunakan khidmat nasihat Eyes & Ears Production dibawah bimbingan brader Chris.Dan lagu ini telah pun diedarkan kepada semua stesen radio internet yang sudi memainkan lagu ini.Sudah tentu OnlineFM dah dapat lagi ni kan.Kalau belum,jaga la ko Kingzzz..:P

Oklah,kepada peminat FrontMan Company,sila beri komen anda setelah mendengarkan lagu terbaru daro mereka ini.Dan luahkan komen anda tersebut kedalam page mereka di FB iaitu Frontman Company

p/s
Dengar khabar,mereka akan buat mini pelancaran akan single terbaru ini.Tapi bila aah?sama sama kita nantikan jawapan dari mereka..:)

Memang smart lah gambar ni.Cuma,dari segi kualitinya agak kureng sket lah.tapi tak apa,bukannya orang tau pun kan.Yang saya nak cerita mengenai band Telegram hanyalah mengenai lagu terbaru dari mereka.Kalau sebelum ini,lagu LELAH telah mereka pertaruhkan kepada pendengar di laman sosial dan radio radio internet,kini mereka telah mengeluarkan single terbaru yang agak mantap.

Disko luka & Impian,itulah tajuk single terbaru dari mereka.Macam lain kan,macamana disko buleh sampai luka ni?hahaa,tu kena tanya dengan mereka lah kan.Sememangnya,lagu ini memang best dan telah pun di mainkan di radio internet OnlineFM.Kepada pendengar,boleh sudah req lagu ni bila ada penyampai yang bertugas

Apa pun,tahniah kepada band Telegram atas kemunculan single terbaru ini.Teruskan berkarya dan jangan mudah mengalah dengan apa juga rintangan.yakin pada kebolehan anda yang telah di kurniakan oleh Yang Maha Esa


The Fly Band adalah sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Sandakan, Sabah.Beberapa bulan lepas mereka ada menghantarkan demo pertama mereka ke onlinefm.tetapi,mereka telah memberitahu yang dalam masa terdekat ini mereka akan turun ke Kota Kinabalu untuk sessi merakamkan semula demo tersebut.

Tanggal 8 julai baru baru ini,selesailah sudah proses rakaman lagu mereka yang telah dilakukan di KKMP a.k.a Kota kinabalu Music Production.Sebelum ini mereka selalu bertanya studio studio yang ujud di KK dan menawarkan harga yang berpatutan dan sepertyi biasa,saya memberikan hampir 7 buah studio rakaman beserta kontek no tuan punya studio.Setelah meneliti,mereka iaitu The Fly Band telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan KKMP dimana Saudara Tajul yang memastikan lagu yang mereka rakamkan siap dan berkualiti.

Apa pun,semangat macam inilah yang kita harapkan dimana bukan sahaja 1 malah mereka mencuba pelbagai studio serta teknik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati setiap ahli kumpulan.Memang tidak dinafikan yang di Sandakan juga mempunya studio rakaman,cuma mereka hendak mencuba kelainan.

Semoga band ini dapat diterima ramai dan lagu lagu mereka akan dapat didengarkan di corong corong radio frekuensi selain radio atas talian
HARLOTNYMPH

Baru baru ni aku dapat info yang band Metal dari Bongawan,Papar ini bakal mengeluarkan EP pertama mereka tak lama lagi.Akan tetapi,niat mereka terpaksa ditunda atas sebab ahli kumpulan yang berada luar dari Sabah.Insyallah mereka telah menetapkan satu tarikh dimana EP ini akan terjual di pasaran underground.

Walaubagaimana pun,kalau sebelum ini antara lagu yang menjadi fav aku adalah METAL WAR,kini ada 2 buah lagu baru telah disiapkan dan direkodkan.Antaranya adalah SWORDS COMEBACK & DEAR MYLORD.Haaa,dengar tajuk lagu jak,aku dah gerun.Nilah kehebatan genre muzik keras,dimana pemilihan tajuk lagu juga memainkan peranan penting bagi menarik pendengar serta peminat mereka.

Apa pun,kalau korang nak dengar lagu mereka,seperti biasa boleh layari OnlineFM atau LIKE sana page mereka iaitu HARLOTNYMPH.Raanya mereka ingin melihat komen serta pendapat terhadap lagu baru ini dari pendengar pendengar mereka.kalau sudi,conteng saja di page mereka itu.Tak jadi masalah kot..:)


Rasanya info ini masih lagi panas di laman facebook The Mines dimana sebuah lagi lagu baru telah dimuatnaik untuk dikomen dan dinilai oleh peminat mereka atau yang sewaktu dengannya.Lagunya berjudul MAKHLUK DUNIA RESAH.Seram jugak aku dengar judul lagu ini,tapi sekali dengar boleh goyang lutut gak...

Apa tunggu lagi,lawatilah page mereka dan dengarkan lagu ini.Sementara kita menantikan EP sulung mereka yang tak lama lagi ada dipasaran.Insyallah

Beberapa hari lepas,aku ada terbaca status di salah sorang ahli kumpulan yang ada dalam senarai SABAH INDIE BAND COMPILATION 2011 yang memberitahu bahawa pada bulan December akan datang perlancaran CD ini akan berlangsung.Menurut statement tersebut,pada tanggal 04 December 2011 jatuh pada hari ahad.Bermakna penantian 11 buah band bakal terungkai pada tanggal tersebut.

Kompilasi ini dianjurkan oleh salah sebuah studio rakaman yang rasanya semua orang tahu dan kenali kerana memang aktif membuat program amal dan aktiviti muzik iaitu Kota Kinabalu Music Production atau lebih femous dengan panggilan KKMP.

Antara 11 buah band yang mempertaruhkan lagu lagu mereka dalam Kompilasai ini adalah seperti berikut:-














Buat masa ini,vanue bagi perlancaran kCD Kompilasai ini masih belum diketahui.Yang pasti,ianya akan meriah dengan support dari band band yang ada di luar sana dan juga support dari fans mereka.Tidak lupa juga support dari keluarga yang menyokong mereka dalam pembikinan CD Kompilasi ini.Sama sama kina nantikan info dari KKMP tidak lama lagi.
Didie & the poetry
sudah lama aku tak dengar tentang band ini.Last time kau dengar masa mereka buat persembahan di Palm Square center Point masa event MOVE ART.Dahulunya band ini seringkali terdengar lagu hits mereka iaitu RINDU dimainkan di corong corong radio internet.tetapi,tah napa sudah ianya sepi.Maybe mereka nak buat pembaharuan kot...

So,baru baru ini Vox mereka iaitu Didie (gambar) ada buat panggilan dan memberitahu yang single terbaru mereka telah siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.Dengar cerita mereka mengunakkan perkhidmatan Apple Studio dibawah kendelian Mr Don (The Ariez).

Dengar cerita dari kawan kawannya yang selalu lepak di studio tempat mereka merakamkan lagu ,lagu baru ini lebih jauh berbeza dengan demo mereka dahulu.Kalau dulu,mereka menggunakan suara vokal wanita,kini tidak lagi.Ada yang mengatakan yang suara Didie kali ini seaakan akan Azlan & typewriter.Wahh,itu sudah hebat,siapa tak kenal Azlan yang memiliki suara yang tinggi dan mantap.Sebelum ini band ini membawakan lagu berkonsepkan jazz dan easy listening.tapi kali ini mereka dah berubah arah dan ingin membuat pembaharuan.Sama sama kita nantikan kemunculan single terbaru dari band yang bernama DIDIE & THE POETRY ini.


Baru sebentar tadi aku dapat jemputan kad kahwin dari seorang lagi band boy sekitar Kota Kinabalu ni.Yelah,kalau dulu,kad kahwin kena hantar dari rumah ke rumah.Kini dah moden,guna applikasi Facebook jak.Save BANYAK geng.Cuma yang pakcik pakcik sama babu babu tu,kena juga hantar.Melainkan durang ada akaun FB.hahahaahaha



Sasuka
Orang yang saya maksudkan itu adalah vokalis kepada kumpulan SASUKA yang antara salah satu band telah tersenarai lagu mereka di carta XFM suatu ketika dulu.Beliau bernama Sabri.alahh,sure ramai yang kenal.So,kalau nak lihat aturcara majlis atau nak wish selapat pengantin baru,sila klik link INI.


Sabri@Sasuka
ha,ni lah dia bakal pengantin baru yang bakal akan naik pelamin pada 27 Nov ini.Rasanya dia sedang menghafal akad nikah ni kan.hahahaha,besak la.aku sendiri pun dah laluinya.Bukan senang wooo,apa lagi kalau kena IMAM yang mukanya ganas semacam.hehehe

Bah,sesiapa yang tinggal berhampiran atau sahabat,suppoter kepada band Sasuka ajak datang ramai ramai.Dan manalah tahu ada member member yang nak buat persembahan depan pelamin nanti.Atau kamu suruh dia nyanyi 1 lagu secara LIVE kan..:)

Apa apa pun,saya ingin ucapkan "WELCOME TO THE CLUB" (laki orang) dan selamat pengantin baru.hehehe




Alvin MY
Ha,nampaknya trend di Sabah sekarang ini adalah menghasilkan lagu lagu yang berunsurkan dialek tempatan dan yang mudah di famahi oleh masyarakat sekeliling terutamannya penduduk di Sabah.Kalau sebelum ini kita telah mendengarkanb lagu MAIN TAPUK TAPUK dari ELMAR & Macam Di KK dari Janrywine J Lusin ,nampaknya ALVIN MY juga ingin sama sama memeriahkan lagi suasana yang sudah mula menghangatkan pendengar lagu lagu dialek tempatan.




Baru baru ini,Alvin MY ada memuatnaik lagu terbarunya yang berjudul Buat sikit sikit  di I-Song OnlineFM.Sekali kita dengar,liriknya berkisarkan kehidupan kita seharian.Kalau di lihat,dengan cara sebegini,pemuzik lebih mudah mendekatkan diri dengan pendengar atau peminat mereka dengan menghsailkan lirik  yang mudah di fahami.Cuma,ianya dalam skop yang kecil iaitu hanya akan di fahami oleh mereka mereka yang biasa menggunakan ayat ayat tersebut.

Untuk anda melihat lirik lagu tersebut,sila klik di sini dan anda boleh print dan cuba menyanyikan ketika ada masa terluang.Saya sendiri kurang pasti sama ada Alvin sudah mengantarkan ke radio frekuensi untuk diputarkan atau belum.Tapi,sama sama kita bagi sokongan pada Alvin dan juga pengiat muzik tempatan secara amnya di Sabah ini sebab..


The Mines (Sandakan)
Dengar cerita pada hujung bulan Oktober ini kumpulan The Mines yang berasal dari Sandakan sabah ini akan mengeluarkan CD Single pertama mereka dimana ianya bakal memuatkan 2 lagu iaitu Imiginasi Waktu Rindu & Mestikah Ratu Popular.Dalam masa yang sama,mereka juga menyelitkan 3 lagu bonus yang juga adalah lagu yang boleh tahan hebat arrangementnya.

Chris a.k.a Decipher (Eyes & Ears Production) 
Ini merupakan kali pertama band ini menggunakan perkhidmatan pakar audio rakaman iaitu Chris P yang mana pengalaman beliau dalam penghasilan lagu sudah tidak boleh di nafikan lagi.Sebelum ini Chris telah menyiapkan beberapa buah Single untuk band band lain seperti bring Back The Arcade & The Retrock.

Jadi,sama sama kita nantikan kemunculan CD Single pertama band ini di pasaran dan pastikan anda support dengan cara membelinya dan memperkenalkan pada geng geng lain akan muzik yang di tampilkan oleh band ini

Ain(Goyang72)
Baru baru ini saya terCHAT dengan alah sorang orang kuat kumpulan muzik yang memang dikenali di kalangan member membernya iaitu AIN .Dan saya bertanya bila goyang72 nak buat show.Dan dia pun memberitahu bahawa band GOYANG72 sekarang ini sedang menyiapkan beberapa lagu dan sekaligus masuk ke dalam studio Eyes Ears Production untuk merakamkan 5 buah lagu.Pehhhh..


Dalam diam,mereka nak buat kejutan pada peminat yang sentiasa dahagakan muzik kreatif dari band ini.Dalam masa terdekat ini,band ini akan membuat persembahan dalam satu program amal iaitu Move! Art Festival yan akan berlangsung pada bulan hadapan.So,jangan lupa untuk menyaksikan persembahan menarik dari band ini.dan jangan lupa ambik gambar sekali guna kamera DSLR korang tu lah yer.Bleh tagg dengan aku skali.heheh

Apa apa pun,sama sama kita nantikan EP atau lagu terbaru oleh band ini tak lama lagi.Bila,itu kena tanya Ain lah....
Alhamdulillah,mereka dah ada pendapatan sampingan iaitu CALLER RING TONE.Rasanya inilah cara paling tepat untuk mereka iaitu band ban tersebut mengetahui sejauh mana support fans mereka terhadap perjuangan mereka melalui muzik ini dengan membeli lagu lagu mereka melalui sms.

Sebelum tu,nak say terima kasih kepada ANDY EVE kerana membantu band band ini dalam penghasilan caller ring tone ini.Saya mengharap lepas ini,akan ramai lagi band band lain akan mengikut jejak langkah mereka.Dan yang pasti,ramai yang beli,banyaklah euntungan yang diperolehi oleh band tersebut.So,keep promote KOD KOD yang disediakan ntuk pengguna handpon..

Berikut adalah kod kod yang telah disediakan untuk anda membelinya..

Kennapa Band
Celcom CMT Kenappa Band
Dial *118* # and press CALL / SEND
Personafikasi (verse) kod-129561
Personafikasi (chorus) kod-129560




Frontman Company
Celcom CMT Frontman Company
Dial *118* # and press CALL / SEND
Lelah (verse) kod-129551
Lelah (chorus) kod-129550


The Bezkon
Celcom CMT The Bezkon
Dial *118* # and press CALL / SEND
Life (verse) kod-129553
Life (chorus) kod-129552



Jon Paradise
JON PARADISE yang sebelum ini dikenali dengan lagu BOOK OF SCARED  & UPSIDE DOWN telah pun meriliskan klip vedio mereka yang pertama yang mana ianya sekali dengan single mereka yang ketiga iaitu DARK STREET.





Mereka menggunakan khidmat orang yang tak asing agi dalam pembikinan klip vedio iaitu Jason J Bulah atau lebih ramai mengenalinya sebagai TEMPASAK.Sebelum ini memang ramai band band lain menggunakan perkhidmatan beliau dalam pembikinan klip vedio

Kalau nak story panjang pun pasal klip vedio ini pun susah jugak.Better korang tengok dan hayati iktibar atau pesanan mereka iaitu JON PARADISE ini mealui klip vedio ini.

p/s
Macam aku femiliar la mamat 2 orang yang nak kacau aweks tu tapi dimana ya...

Pumazazu
Dia ingin dikenali sebagai puma,tapi ramai member pangil dia Khai.so,mana mana pun ok bah kan.asal ada nama yang sesuai tuk dia.Mamat ini adalah seorang lagi pengiat muzik tempatan sekitar Kota Kinabalu.Aku dah lama kenal dia ni sejak aku bersama sama komuniti radio aku yang lama.Memang tak pernah aku lihat dia ni terlepas akan sebarang acara yang berkonsepkan muzik.



Puma juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan aktiviti kumpulan JRock Sabah iaitu W.O.R.M.Sejak dulu hingga kini dia sering kali kelihatan bersama sama ahli anggota kumpulan tersebut.Dan selalu sibuk menguruskan program program yang melibatkan kumpulan tersebut.


Sebentar tadi aku terlihat lagunya terpampang di laman web onlinefm dimana terdapat 3 buah lagu dimuat naik di dalam web tersebut.Memang tidak dinafikan akan karya karya beliau ini.Kerana ianya adalah hasil yang lahir dari sab\nubari seorang insan yang bernama puma.cewahhhh,ayat2 aku ni mcm pok silap tau.hehehehe

Apa apa pun,kalau korang nak dengarkan lagu lagunya,jangan malu malu untuk cuba menilai dan menghayatinya.Sila layari lagu lagunya di sini

Sekiranya ingin mendekai beliau,cuba add dia sebagai teman anda di facebook.

p/s
lagu yang menjadi konterversi "KAU TULI KAH"...
World Of Rock Music
Ramai yang tertanya tanya menganai band yang berkonsepkan VISUAL KIE ini iaitu kumpulan W.O.R.M.Sama ada masih ada atau dah pecah.Gua pun not sure dan trus memBUZZ dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut tak lain dan tak bukan iaitu vokalistnya kay@worm yang kiut.khakhakka

Dan tanpa bunga bunga,aku terus tanya apa cerita worm sekarang.So,kai pun jawab yang "kini WORM hanya tinggal 3 orang sahajaiaitu Jay,Mel dan saya sendiri.Tetapi,kini founder kepada worm iaitu CHET dah masuk kembali bersama kami kembali.Dan kini kami sedang dalam proses penyiapan single terbaru yang akan di reliskan dalam masa terdekat." 

Dan kini WORM telah bernaung di bawah syarikat sendiri yang diberi nama Borneo Music Tecnology.Bukan itu saja,mereka juga telah menyediakan perkhidmatan rakaman lagu.Dan alhamdulillah,dah ada beberapa orang penyanyi dan band telah merakamkan lagu di studio mereka ini yang terletak di Star City,Kota Kinabalu


Chet@worm
Rasanya dengan kembalinya chet kedalam kumpulan ini sudah pasti akan menghangatkan lagi suasana muzik JROCK yang mana menjadi inspirasi worm sejak dulu hingga sekarang.Kini rasanya chet banyak menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan single terbaru mereka yang bakal menemui pendengar serta peminat mereka tak lama lagi.


Kay@worm
Kay juga telah menjadi seorang penulis lagu serta pencipta lagu untuk mereka mereka yang memerlukan khidmat nasihat dari otai yang dah lama dalam industri muzik terutamanya di Sabah ini.Sesiapa yang ingin merakamkan lagu,jangan malu malu untuk menghubungi kay dan pastikan korang sedut ilmu muzik darinua sebanyak mungkit.khakhakahkhakhkahaha..


Jay@worm
kini Jay pula sibuk menguruskan sebuah cafe yang mana dengar cerita akan dijadikan vanue untuk mereka meriliskan single mereka.tempatnya terletak di sekitar bandar Kota Kinabalu juga dan cuma,itu saja lah.PARKINGGGGG yang kena pandai pandai lah cari supaya tak kena saman...


Mel@worm
Aku juga pernah terserempat dengan drummers Worm ini iaitu mel di studio mereka.Nampaknya dia juga sedang sibuk mengkompose lagu mereka dengan seriusnya dan rasanya .Kali ini mereka ingin memperlihatkan dengan peminat mereka yang worm tidak berpecah.Cuma ada rombakan dari segi line up dan penyusunan lagu kini giat dilakukan.

So,sama sama kita nantikan kemunculan WORM dengan single terbaru mereka dalam masa yang terdekat ini.Insyallah selepas raya kata si kay,sebab dia nak diet dulu.Almaklumlah,feel raya tu masih ada dan stamina kena work out balik.hahahaha,jangan mare kay...

Dan kita sebagai peminat muzik tempatan teruskan memberi semangat kepada band ini melalui page mereka iaitu W.O.R.M agar mereka cekal menghadapi dugaan yang telah mahupun bakal ditempuhi di persada seni tanahair.Insyallah,kalau ada rezeki,mereka akan meriliskan ALBUM dalam tahun depan.Sama sama kita support mereka sebab...

Z's~All~4'eM 
Pada mulanya aku ternampak ada orang LIKE page ini di FB.aku pun check it out la band ini.Rupanya sebuah lagi band yang berasal dari Sabah iaitu dari kampung halaman aku iaitu Sandakan.So,aku LIKE la pages mereka iaitu ZsAll4eM.Tapi,terus terang aku tak tahu macamana nak sebut nama band ini.Apa apa pun mereka telah mengeluarkan  ALBUM untuk di perdengarkan kepada pengguna FB.

ALBUM
Band ini di tubuhkan seawal tahun 2005 dan mereka ini berasal dari Daerah Sandakan.Yang pasti mereka ini bergerak secara INDIEpendent.Konsep musik yang mereka pertaruhkan adalah Pop,Rock & Alternative muzik.






Band Z's~All~4'eM ini di anggotai oleh 5 orang anak muda yang berbakat besar dalam muzik.Mereka adalah:-
  • Zaifeol (Vocal, Guitar, Composer) 
  • Zaiqito (Drum, Vocal)
  • Zaiizrail (Vocal, Guitar) 
  • Zaionell (Vocal, Guitar) 
  • Zaibrail (Bass, Vocal)






Seperti biasa aku telah mengapproch band ini melalui Pages mereka.Dan alhamdulillah dapat respon baik dari mereka dmana mereka telah sudi berkongsikan lagu2 dalam album mereka untuk di perdengarkan di radio ONLINEFM.Antara lagu lagu yang telah di kirimkan memalui email adalah:-

  • Pacarku Jahat Sekali
  • Hadiah Untuk Alisa
  • Kita Bodoh
  • Tiada Penganti
Setelah mendengarkan kesemua lagu lagu di atas aku pasti ramai peminat mereka selepas ini.Muzik mereka seakan akan band Indonesia yang lirik dan lengoknya seakan akan KANGEN BAND,WALI BAND dan UNGU.Dan aku mula tertarik dengan suara VOX nya yang sangat comel dan sesuai dengan susunan muzik sebegini rupa.Insyallah,aku cuba mendapatkan ALBUM mereka dan memperkenalkan pada pendengar pendengar di luar sana.Untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,jangan lupa add pages mereka di FB iaitu ZsAll4eM dan Myspace mereka pula adalah zsall4em

p/s
Memang BESTTTTT,terutamanya lagu Pacarku Jahat Sekali