NifuNiFa best

by 1:28 PM 0 comments

Tanggal 10 feb yang lepas telah pun meninggalkan kesan yang positif dikalangan belia belia sekitar daerah Sandakan khususnya yang berada sekitar bandar indah bt4.Dimana berlangsungnya sebuah program akustik yang memberi peluang kepada pemuzik pemuzik baru serta berbakat besar dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.

NifuNifa Cafe adalah lokasi yang telah menjadi markas atau port tetap penganjur untuk melaksanakan program muzik ini.Tauke cafe ini juga memang seorang yang cool dan support terhadap muzik tempatan.Apa lagi pemuzik pemuzik ini terdiri dari anak anak jati daerah Sandakan.


Lihat sahaja sambutan dari kalangan sahabat serta pengunjung cafe boleh tahan juga ramainya.Inilah antara pengisian program muzik yang harus diteruskan setiap bulan.Secara perlahan lahan muzik scene di sana akan mula dikenali dan bakat bakat baru akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan


Penampilan kumpulan Daniel selaku persembahan pembukaan pada malam tersebut merupakan sebuah persembahan yang mengasyikkan.Band ini juga sering kali membuat persembahan dalam acara sebenisi rupa sebelum ini.Tidak harianlah mereka mampu menjadi opening act dalam acara akustik di cafe ni



Persembahan kedua pula adalah dari seorang penyanyi wanita iaitu Anielyn.Saya belum pernah lagi melihat persembahan cewek ni.Insyallah,kalau ada peluang dan kebetulan berada si Sandakan, sudah pasti akan berada di barisan hadapan untuk menyaksikan petikan gitarnya ini.


Persembahan seterusnya dari sebuah kumpulan yang diberi nama Exartmusticate.Saya pernah beberapa kali melihat persembahan mereka secara full band serta akustik.Band ini memang berbakat dan mempunyai peluang yang cerah untuk terus maju.Hanya perlukan pendedahan secara berterusan dan promosi lagu lagu mereka.

Pernah juga saya lihat mereka naik stage di Kota Kinabalu untuk beberapa event besar.Mungkin masa itu,mereka masih baru dan malu malu kucing kot...


Gambar diatas rasanya tak perlu di kenalkan lagi lah.Yang pasti mereka mereka inilah antara pengerak acara Akustik NiFuNiFa ini.Merekalah yang menjadi tulang belakang kepada pemuzik sekitar daerah Sandakan.Dengan usaha mereka ini,biar pun kecil impaknya amat besar dalam muzik scene.

Saya harapkan mereka ini dapat mempertahankan acara ini dan meneruskannya secara berterusan.Cuba dapatkan kerjasama dari mana mana pihak yang sudi.Memanglah, bukan mudah nak dapatkan sponser.Tapi, usaha tangga kejayaan...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..