Showing posts with label Band Sandakan. Show all posts
Showing posts with label Band Sandakan. Show all posts

Pemenang PRIMA AKUSTIKA 2015 ini semakin hebat dan makin menganas.Dimana, SURIA BUSKER yang berasal dari Sandakan antara artis yang tersenarai membuat persembahan di pentas konsert larian amal 7K anjuran Sutera Harbour.

Acara ini merupakan acara tahunan pusat peranginan atau resort tersebut,Yang mana, pasti ramai peserta yang akan menyertai acara larian amal tersebut.Selain beramal, berlari, para peserta akan di hiburkan dengan persembahan artis artis tempatan.


Sekalung tahunah untuk SURIA BUSKER atas persembahan anda di pentas 7K ini.sememangnya, ini satu pencapaian yang bagus dan cepat.macam saya katakan, nama SURIA BUSKER memang cepat naik dalam tahun ini.Secara tak langsung membawa nama daerah sandakan pada masyarakat sekeliling.Oleh itu, kipidap jo..:)

Bah, untuk planning hujung tahun di Sandakan itu, kasi jadi aah. Masanya SURIA BUSKER mencurahkan bakti di tempat sediri dengan menyediakan exposure pada bakat bakat baru di sana..:)

SURIA BUSKER muncul secara tiba tiba dalam awal tahun ini.Kumpulan yang berasal dari Sandakan ini sudah mula dikenali di persada mzuk tempatan khususnya di Sabah.Mana tidaknya, merekalah JUARA bagi pertandingan PRIMA AKUSTIKA 2015 baru baru ini anjuran Lembaga kebudaan negeri sabah.Secara langsung membawa pulang wang tunai RM7000 ke sandakan. Wowww, banyak tu bro..(boy, bah nifunifa bah kita)..:P

berita lebih baik saya perolehi dimana, SURIA BUSKER menjadi antara barisan pemuzik yang bakal beraksi di pentas yang sudah tidak asing lagi di Sabah ini iaitu KK JAZZ FEST


Mereka akan perfom pada tanggal 25 julai ini dalam jam 7.00 malam.Wahh, ini sudah cukup bagus.Satu pencapaian yang tinggi dalam tahun 2015.Saya tumpang bangga dengan Suria Buskers ini.Dimana, pemuzik dari daerah kelahiran saya iaitu SANDAKAN sudah mampu 1 stage dengan Liyana Fizi woo.

Apa pun, good luck pada suria buskers, insyallah kalau ngam timing kita jumpa disana. kalau nda pun, kedai coto makassar depan terminal bas labuk pun boleh bah.lagi mantap jo..:P


Woww, bukan main lagi scene di Sandakan sekarang ini. Sudah mula aktif dengan gigs.Ini menampakkan semangat anak anak muda serta penyambung tradisi muzik kembali di landasannya.tidak kiralah baru atau lama.Yang pasti, kehangatan LIVE BAND oleh pemuzik pemuzik tempatan, khsusnya dari daerah Sandakan sudah mula kelihatan.

Lihat sahaja, band list dalam flyers ini.Fuiyooo, ramai tu band dari sana.Dulu, mana ada ramai macam ni. Weldone dan teruskan usaha anda dalam menaikkan lagi local music scene di sana.Dan kalau boleh, jangan setakat main dalam gigs sahaja.Kalau ada kelebihan, cuba hasilkan lagu dan dirakamkan di mana mana studio yang terdapat di Sandakan. Rasanya ada 2,3 buah studio yang mantap di sana tu.termasuk Home studio pun ok bah.Yang penting, ANDA berpuas hati dengan kualiti yang di hasilkan oleh producer.

Insyallah, saya akan arahkan editor onlinefm untuk menyediakan artikel mengenai gigs ini.Dan ianya akan di masukkan di dalam website www.onlinefm.net.

p/s
Kalau ngam timing, nak juga turun sandakan jo.Almaklumlah, kampung kelahiran saya bah ni..:)

Sebenarnya perkara ini hanya angan angan saya sejak 3 tahun lalu.Bila mana saya berniat untuk menjemput kumpulan lagenda Sabah iaitu Atomic Power.Tapi, tidak berai nak jumpa mereka apatahlagi nak sediakan budjet untuk panggil mereka LIVE di KK.Confirm,ianya satu perkara yang mustahil.Siapa saya nak invite durang...

Nama mereka sudah tidak asing lagi di bibir pemuzik OTAI.Cakap sahaja, Atomic Power, pasti mereka akan ingat lagu Cinta Benar Cinta & Bertunang.Almaklumlah, ditubuhkan sejak tahun 1978.Sama tahun dengan kelahiran saya.Dan ditubuhkan di kampung halaman saya juga iaitu Sandakan.

Kebetulan pada 31 Ogos & 1 September akan datang, ONLINEFM akan menganjurkan satu program besar iaitu KK Bundle Fest ft Big Jamm 2013.Dimana event ini mempunyai banyak acara dalam 1 event.Antaranya jualan pakaian bundle dan konsert 15 buah band.

Bulan lepas, saya berkesempatan untuk bersua dengan beberapa ahli kumpulan Atomic Power.Siapa tak nerves bila jumpa mereka kan.Ibarat duduk semeja dengan kumpulan search, wings dan lefhanded bah tu.Cuma, yalah atas faktor medium dan kumpulan ini hanya aktif di daerah Sandakan sahaja.Ditambah lagi dengan berita yang kita sedia maklum iaitu founder kumpulan ini telah meninggal dunia pada tahun lepas.Mungkin, mereka ingin berehat sekejap.



Tetapi, bila mana ada majlis kahwin atau live band show, mereka pasti akan kelihatan di pentas.Cuma, memang terasa sedikit bila posisi pemain gitar utama & vox sudah lain.Kemerduan suara arwah dan teknik bermain gitarnya memang sukar di cari ganti.Akan tetapi, kumpulan Atomic Power menggunakan penyanyi sessionist iaitu DIDIE.Vokalis kumpulan Albab Band.

So, bila mana saya membentangkan paperwork yang terteramain act "Atomic Power", rasa happy dan ceria kelihatan di muka abang bong yang sekarang ini memikul tanggungjawab sebagai ketua bagi kumpulan Atomic Power.Dia berkata "kenapa pilih Atomic Power bro?"...

Saya dengan confidenya menjawab, saya nak tampilkan sebuah band yang harus di contohi oleh band band indie yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini.Saya nak mereka mencontohi komitmen serta kesungguhan kumpulan Atomic Power yang masih GAH di persana muzik Sabah.Walau pun sudah mencecah usia 35 tahun, dan barisan line up juga sudah baru.Difahamkan line up yang ada sekarang ini adalah genari yang ke3.

Alhamdulillah, abang bong telah bersetuju untuk untuk membawa kumpulannya iaitu Atomic Power untuk naik ke KK pada 1 September 2013 akan datang.Mereka akan sampai di KK pada tanggal 31 ogos,sebelah petang.Insyallah, sama sama kita doakan keselamatan kesemua ahli kumpulan ini agar selamat sampai ke Kota Kinabalu dan menghiburkan peminat peminat mereka yang pastinya rindu akan lagu lagu nostalgia mereka.



Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Atomic Power membuat konsert di KK adalah pada tahun 2000 di Padang Merdeka.Kalau tidak silap, sempena sambutan Hari Kemerdekaan.Kini tahun 2013 akan menjadi saksi dimana kehebatan Atomic Power masih lagi berbisa dan pastinya peminat peminat mereka tidak sabar sabar untuk menyaksikan mereka beraksi di pentas BIG JAMM 2013.

OnlineFM, selaku penganjur sedang giat mempomosikan acara ini di sekitar KK.Tidak dilupakan juga di beberapa daerah.Antaranya Keningau, Sandakan, Tawau serta Ranau.Ini untuk memberitahu kepada peminat peminat mereka yang ATOMIC POWER akan membuat konsert di KK.

Insyallah, kami di pihak penganjur sedang bertungkus lumus untuk mencari DANA/SPONSER untuk membiayai kos perjalanan mereka dari Sandakan ke Kota Kinabalu.Sekiranya tidak ada pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan, kami akan menggunakan kemampuan yang ada.


p/s
Mohon bantuan ANDA (pembaca artikel ini) untuk menghebahkan dengan sesiapa sahaja yang kenal Atomic Power untuk hadirkan diri sewaktu konsert mereka di KK pada 1 september akan datang.

Tanggal 10 feb yang lepas telah pun meninggalkan kesan yang positif dikalangan belia belia sekitar daerah Sandakan khususnya yang berada sekitar bandar indah bt4.Dimana berlangsungnya sebuah program akustik yang memberi peluang kepada pemuzik pemuzik baru serta berbakat besar dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.

NifuNifa Cafe adalah lokasi yang telah menjadi markas atau port tetap penganjur untuk melaksanakan program muzik ini.Tauke cafe ini juga memang seorang yang cool dan support terhadap muzik tempatan.Apa lagi pemuzik pemuzik ini terdiri dari anak anak jati daerah Sandakan.


Lihat sahaja sambutan dari kalangan sahabat serta pengunjung cafe boleh tahan juga ramainya.Inilah antara pengisian program muzik yang harus diteruskan setiap bulan.Secara perlahan lahan muzik scene di sana akan mula dikenali dan bakat bakat baru akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan


Penampilan kumpulan Daniel selaku persembahan pembukaan pada malam tersebut merupakan sebuah persembahan yang mengasyikkan.Band ini juga sering kali membuat persembahan dalam acara sebenisi rupa sebelum ini.Tidak harianlah mereka mampu menjadi opening act dalam acara akustik di cafe ni



Persembahan kedua pula adalah dari seorang penyanyi wanita iaitu Anielyn.Saya belum pernah lagi melihat persembahan cewek ni.Insyallah,kalau ada peluang dan kebetulan berada si Sandakan, sudah pasti akan berada di barisan hadapan untuk menyaksikan petikan gitarnya ini.


Persembahan seterusnya dari sebuah kumpulan yang diberi nama Exartmusticate.Saya pernah beberapa kali melihat persembahan mereka secara full band serta akustik.Band ini memang berbakat dan mempunyai peluang yang cerah untuk terus maju.Hanya perlukan pendedahan secara berterusan dan promosi lagu lagu mereka.

Pernah juga saya lihat mereka naik stage di Kota Kinabalu untuk beberapa event besar.Mungkin masa itu,mereka masih baru dan malu malu kucing kot...


Gambar diatas rasanya tak perlu di kenalkan lagi lah.Yang pasti mereka mereka inilah antara pengerak acara Akustik NiFuNiFa ini.Merekalah yang menjadi tulang belakang kepada pemuzik sekitar daerah Sandakan.Dengan usaha mereka ini,biar pun kecil impaknya amat besar dalam muzik scene.

Saya harapkan mereka ini dapat mempertahankan acara ini dan meneruskannya secara berterusan.Cuba dapatkan kerjasama dari mana mana pihak yang sudi.Memanglah, bukan mudah nak dapatkan sponser.Tapi, usaha tangga kejayaan...





Inilah event yang telah berlansung baru baru ini di Padang Bandaran Sandakan.Beberapa minggu sebelum ni,pihak pnganjur telah memberi kepercayaan kepada OnlineFM untuk mengendaikannya.Akan tetapi, kami telah mempunyai komitment lain di Kota Kinabalu pada masa yang sama.Justeru itu,untuk tidak menghampakan penganjur,saya telah menghubungi beberapa orang yang rasanya dapat memeriahkan pogram ini.

Alhamdulillah,akhirnya dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Creative Management Studio dengan kerjasaman Majlis Perbandaran Sandakan telah berjaya menyediakan pentas untuk belia belia pemuzik sekitar daerah tersebut.Penganjuran ini merupakan titik permulaan keberanian mereka tampil di khalayak ramai untuk mempersembahankan karya serta musik mereka.

Antara kumpulan yang telah membuat persembahan adalah:-

The Fly Band
The Mines

   Apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang telah menjayakan event ini.Walaupun masa yang diberikan amat singkat,namun penganjuran ini telah berjaya secara keseluruhannya.Diharap belia belia pemuzik sekitar Sandakan akan terus mencari peluang untuk tampil kehadapan dan memeriahkan bandar sandakan dengan lagu lagu yang mengikut trend masa kini.                                  










Sebelum nak story pasal artikel ni,saya nak share info sikit.Dimana sejak kebelakangan ini,saya amemang tak ada masa nak update blog ini.Atas kesobukkan dnegan website OnlineFM dan program ON Ground yang menjurus kepada persembahan band band INDIE.

Warga 1 Sandakan adalah sebuah kumuniti yang sudah lama ujud dan lebih kepada perkongian info sekitar daerah Sandakan, Sabah.Pada hari ini iaitu 23hb Disember 2012, akan menjadi satu tarikh yang amat bermakna bagi mereka selaku penganjur dimana mereka telah berjaya membuat satu program yang mana amat di alu alukan oleh masyarakat dunia iaitu program amal demi saudara kita di Gaza.

Warga 1 Sandakan telah menganjurkan jualan amal di pasar minggu sejak jam 8 pagi hingga selesai.Dalam masa yang sama,penglibatan kumpulan The Mines.Mereka dengan besar hati membuat persembahan akustik demi menyahut seruan dunia iaitu sahutan amal kepada Warga Gaza.


Kelihatan Adie turut serta dalam mengisi kekosongan jawatan bermain gitar bagi kumpulan The Mines ini.Malah,seperti yang diberitahu, gerai mereka telah menerima kunjungan yang ramai.Dan pelbagai barangan sedang dijual antaranya baju, mafla dan bermacam macam jenis lagi.Yang penting,hasil jualan tersebut akan di sumbangkan ke tabung Amal Gaza.

Program ini adalah sebuah program yang sihat dan seharusnya di lakukan dengan support pelbagai pihak.Terutamanya gabungan dan kerjasama dengan NGO serta sektor kerajaan.Its ok,ini adalah satu permulan yang cukup baik.



Tahniah kepada penganjur yang terlibat dalam program ini.Saya diberitahu, ada yang sanggup fly from KL untuk menjayakan program ini.Dan ada juga yang sanggup drive from KK demi panggilan program amal ini.Satu kejayaan untuk anda semua.bak kata pujangga...

kalau bukan KITA,SIAPA lagi...


Alhamdulillah,belia belia pemuzik di Sandakan sudah mula berani menonjolkan diri dalam muzik scene ini.Memang sebelum ini,ramai yang malu malu dan kurang keyakinan untuk menganjurkan aktiviti aktiviti sebegini rupaTetapi,kelihatan sikap malu malu itu telah mula hilang dari diri mereka.

Kalau sebelum ini restoran NIFUNIFA yang menjadi penaja lokasi tempat untuk mereka membuat persembahan,tetapi kali ini mereka telah mendapat support dari tempat baru iaitu STARCAFE yang terletak di tengah tengah bandar Sandakan.

Acara ni berlangsung pada 20 Oktober ini.Pada mereka yang teda plan,korang boleh LEPAK bersama rakan rakan lain sambil menyaksikan alunan muzik akustik dari line up yang tertera di dalam flyers tersebut.Untuk maklumat lanjut,sila klik di sini

Huhhh,sedar tak sedar kita sudah berada hari ke 12 dalam bulan Syawal.Seolah olah mode raya tu dah makin malap,bagi yang bekerja lah.Tapi,bagi anak anak kita,suasana di persekiaran rumah masih lagi happening dengan riuh rendah mereka dengan kegairahan mencari duit raya…

Selama sebulan kita berpuasa,bukan sahaja menahan lapar serta dahaga malah menahan diri dari mengikuti atau mengadakan sebarang penganjuran yang berbentuk hiburan.ini kerana menghormati bulan yang penuh mulia di sisi orang islam.Akan tetapi,ianya sudah berlalu dan,korang boleh lihat flyers yang simple dan cool diatas ni yang mana mempunyai maklumat akan bakal berlangsung satu program akustik di lokasi yang menjadi tumpuan para pemuzik serta belia sekitar daerah sandakan iaitu restoran Nifunifa, bandar Prima.

1 September ini merupakan event yang ke5 dianjurkan oleh komuniti pemuzik daerah Sandakan ini.Memang mereka tak pernah kenal erti jemu dan bosan untuk menyediakan platfom untu sesiapa sahaja yang ingin berkarya.Tak kisahlah pemuzik itu solo mahupun berkumpulan.Yang penting,dia berani untuk tampil ke depan dan menghidangkan lagu lagu yang mampu mengenyangkan para penonton yang semestinya melebihi 100 orang pada masa masa ini.



Antara kesemua yang tersenarai diatas tersebut,saya memang tertarik kepada pasangan duo yang mempunyai bakat besar dalam muzik iaitu Adie ft Dikk. Mereka berdua ini merupakan gandingan mantap dan tidak akan mengecewakan para penonton yang hadir disetiap kali mereka membuat persembahan.Lagu lagu yang mereka dendangkan memang best,ditambah lagi dengan petikan gitar dari Adie dan alunan suara lunak Dikk sudah mampu membuatkan anda tidak puas dengan 2-3 buah lagu yang mereka persembahkan.Jadi,pada kali ini,korang request mereka bawa 5 buah lagu lah kan.Penganjur tidak berani marah punya,percayalah...


Disini saya amat mengharapkan pada program ini,ada penglibatan PHOTOGRAPHER profesional mahupun amatur yang sekurang kurangnya mempunyai kamera DSLR.bukan apa,inilah masanya ANDA (orang Sandakan) support bakat bakat baru serta pemuzik pemuzik indiependent ini dengan menggukan kemahiran anda dalam mengambil gambar.Sesudah itu,hebahkan di laman FB mahupun di medan internet akan kehebatan persembahan dari pemuzik Sandakan ini.

Secara tidak langsung,ini dapat membantu mereka (pemuzik) serta memperkenalkan program ini dan juga dapat memperkenalkan lokasi program yang mana merupakan sebuah restoran anak tempatan.Kita sama sama mengalas tanggungjawab sebagai anak jati Sabah yang cuba membantu menyokong setiap program yang melibatkan belia yang menjurus ke arah muzik serta bidang hiburan sebegini rupa.

Memanglah,mereka (penganjur & pemuzik) tidak berani atau segan untuk menjemput jurugambar yang ada nama atau ramai pengaruh di laman FB.Sebab siapalah mereka untuk menjemput anda kan.Insyallah,dengan adanya konsep "support each others",kita dapat membuat perubahan sedikit demi sedikit.siapa tahu,satu masa nanti,program ini akan menjadi program besar dan dapat sokongan dari pihak pihak yang prihatin,kan.

p/s
harap dapat tagg gambar gambar yang di snap oleh mereka mereka yang ada kamera DSLR ketika ini aah..:)


Fuhh,boleh tahan nama band ini iaitu Golly Sandra.Baru baru ini aku dapat info yang mereka ni dah nak keluarkan DEMO untuk santapan sahabat sabhabat sekitar Sandakan dan yang sudi mendengarkan lagu lagu mereka.

Yup,band ini berasal dari Sandakan dimana yang aku tahu vokalisnya adalah seorang penyanyi yang pernai masuk pertandingan anjuran stesen radio tempatan.Tapi,dia dah lama sepi,kononnya belajar dan tak nak ganggu pelajaran.

Diam diam dari Solo dah ada kumpulan.Wahhh,cayalah AYU (vokalisnya).Minah ni masih praktikal lagi sekitar bandar sandakan dan info ni semua pun dia yg share.Memang aku nak dengar DEMO pertama yang nakal dihasilkan dalam masa terdekat ni.




Apa apa pun,good luck pada band ini dan pastikan kamu sertai gigs sekitar sandakan dan cuba cari netwark untuk dapat perfom gigs KK mahupun di Tawau.kasi kenal sama orang luar siapa Golly Sandra.Kepada yang belum kenal lagi band ini,jangan segan silu untuk LIKE page mereka ini https://www.facebook.com/gollysandraofficial