Showing posts with label solo. Show all posts
Showing posts with label solo. Show all posts

Tanggal 10 feb yang lepas telah pun meninggalkan kesan yang positif dikalangan belia belia sekitar daerah Sandakan khususnya yang berada sekitar bandar indah bt4.Dimana berlangsungnya sebuah program akustik yang memberi peluang kepada pemuzik pemuzik baru serta berbakat besar dalam bidang nyanyian dan bermain alat muzik.

NifuNifa Cafe adalah lokasi yang telah menjadi markas atau port tetap penganjur untuk melaksanakan program muzik ini.Tauke cafe ini juga memang seorang yang cool dan support terhadap muzik tempatan.Apa lagi pemuzik pemuzik ini terdiri dari anak anak jati daerah Sandakan.


Lihat sahaja sambutan dari kalangan sahabat serta pengunjung cafe boleh tahan juga ramainya.Inilah antara pengisian program muzik yang harus diteruskan setiap bulan.Secara perlahan lahan muzik scene di sana akan mula dikenali dan bakat bakat baru akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan


Penampilan kumpulan Daniel selaku persembahan pembukaan pada malam tersebut merupakan sebuah persembahan yang mengasyikkan.Band ini juga sering kali membuat persembahan dalam acara sebenisi rupa sebelum ini.Tidak harianlah mereka mampu menjadi opening act dalam acara akustik di cafe ni



Persembahan kedua pula adalah dari seorang penyanyi wanita iaitu Anielyn.Saya belum pernah lagi melihat persembahan cewek ni.Insyallah,kalau ada peluang dan kebetulan berada si Sandakan, sudah pasti akan berada di barisan hadapan untuk menyaksikan petikan gitarnya ini.


Persembahan seterusnya dari sebuah kumpulan yang diberi nama Exartmusticate.Saya pernah beberapa kali melihat persembahan mereka secara full band serta akustik.Band ini memang berbakat dan mempunyai peluang yang cerah untuk terus maju.Hanya perlukan pendedahan secara berterusan dan promosi lagu lagu mereka.

Pernah juga saya lihat mereka naik stage di Kota Kinabalu untuk beberapa event besar.Mungkin masa itu,mereka masih baru dan malu malu kucing kot...


Gambar diatas rasanya tak perlu di kenalkan lagi lah.Yang pasti mereka mereka inilah antara pengerak acara Akustik NiFuNiFa ini.Merekalah yang menjadi tulang belakang kepada pemuzik sekitar daerah Sandakan.Dengan usaha mereka ini,biar pun kecil impaknya amat besar dalam muzik scene.

Saya harapkan mereka ini dapat mempertahankan acara ini dan meneruskannya secara berterusan.Cuba dapatkan kerjasama dari mana mana pihak yang sudi.Memanglah, bukan mudah nak dapatkan sponser.Tapi, usaha tangga kejayaan...


Dang Mar Ezzah  adalah seorang lagi penyanyi baru yang kini hits lagu pertamanya iaitu "CINTA" di corng corong radio frekuensi.Kini dia sedang menjalakan promosi single keduanya yang telah pun siap dan akan bakal di dengarkan tak lama lagi.

Dia ni adalah penyanyi yang memiliki suara yang merdu dan mampu buat pendengar dup dap dup dap jantung woo.Dah lah memiliki raut wajah yang cantik dan jelita,ditambah lagi dengan bakat yang dikurnaikan oleh Ilahi,kini dia menggunakan kesemua itu untuk menempatkan dirinya sebagai seorang penyanyi solo atau juga dikenali sebagai artis tempatan Sabah.


Cuba kamu tengok gambar diatas,tapi jangan lama lama aah.Nanti ada yang terpikat,susah karang.Dang Mar Ezzah juga bergerak secara indiependent dimana rasanya dia lebih selesa dengan konsep ini.Lagipun,bidang nyanyian ini masih lagi baru baginya dan kita boleh lihat dimana dia ni memang seorang yang low profile dan amat pendiam.

Beberapa bulan yang lepas,pihak OnlineFM ada menjemputnya untuk membuat persembahan dalam sebuah program dan ternyata penonton memang tertarik dengan lagu hits "CINTA" tersebut.Ramai juga masa tu yang hafal lirik lagu ini dan sama sama sing along dengan Dang mar Ezzah.Ini tandanya bahawa lagu tersebut dapat menambat hati pendengar serta orang yang telah mendengarnya.

Kepada Dang Mar Ezzah,diharap dapat mengekalkan konsep Low Profile ini serta proses promosi single kedua ini dengan giat dan jayanya.Perluaskan proses promosi lagi ini bukan sahaja sekitar Kota Kinabalu,cuba cuba masuk ke pasaran daerah luar seperti Ranau, Keningau ,Sandakan serta Tawau.Tengok dan nilai bagaimana penerimaan disetiap daerah tersebut.

Memang sukar nak membuat promosi sebegini rupa,ditambah lagi dengan sikap malu anda tersebut kan..:) tetapi,cuba dapatkan bantuan dari mereka mereka yang berpengalaman serta tahu selok belok dalam muzik scene sekitar Sabah ini.

Apap pun,good luck untuk diri anda serta single anda yang kedua ini...:)

Malam untuk pendatang baru?....jangan terperanjat dengan tajuk artikel kat atas tu.bagi suspen korang jak pun.By the way,ianya membawa maksud Malam dimana kebanyakkan mereka yang bakal menyanyi di pentas tersebut adalah pendatang baru atau mereka yang masih baru dalam dunia nyanyian dalam bentuk persembahan pentas.Mungkin sebelum ini,selalu menyanyi di dalam bilik tidur,K-Box atau di bilik mandi,Kini dengan adanya program OPEN MIC ini,anda boleh mencuba bakat anda sebagai penyanyi di atas pentas yang telah di sediakan secara akustik iaitu diiringi dengan muzik.

Event ini dianjurkan atas kerjasama erat antara majalah hiburan No1 di Sabah iaitu kk bandwidth dengan penyedia pentas sekaligus lokasi iaitu Chingu Cafe & Bar yang terletak di Waterfront Kota Kinabalu.Sudah tentu ramai yang mengenali kawasan lokasi ini dan amat mudah dikunjungi oleh sesiapa pun.

Event ini secara tak langsung dapat menjalinkan hubungan pemuzik baru dan lama dimana masa inilah pengunjung dapat berinteraksi berkenaan perkembangan terbaru industri muzik terutamanya di Kota Kinabalu.Lebih lebih lagi,yang bakal membuat persembahan di atas pentas tersebut dah memang mempunyai nama dalam persada seni tanahair mahupun international.Dan yang paling bestnya event ini adalah percuma dan tak perlukan tiket untuk menyaksikan persembahan dari mereka.Antara yang bakal membuat persembahan akustik adalah Lester @Andalusia, Jade sisters, Ridah dan ramai lagi.

Kepada yang tak tau nak lepak dimana hujung minggu ini,inilah antara lokasi yang anda cuba kunjungi bersama rakan rakan anda.Sambil bersantai anda boleh mendengar dan melihat persembahan dari mereka mereka ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,anda boleh klik DISINI...

kecil kecil,cili padi.Besar besar lada kering.Yang mana lagi pedas?haa,anda yang dapat tentukan kepedasan makanan tersebut.Tapi,lain cerita,ini berkenaan seorang bakal kecil yang sudah mula naik namanya di persana muzik nyanyian tempatan sekitar Sabah iaitu Angel-IK3

macam aku sendiri pun padamulanya tak kenal.Bila masa STOMPIN SABAH baru baru ini,baru aku tahu yang dia ni adalah salah sorang peserta IDOLA BINTANG KECIL.Dan penganjur telah memberikan peluang untuk dia membuat persembahan di pentas tersebut.



Haa,korang boleh check out klip vedio yang diambil ketrika dia buat LIVE SHOW masa acara STOMPIN SABAH tu.Rasanya dia ni memang sesuai di ketengahkan untuk memastikan bakatnya sentiasa MEKAR dan PANAS.Harap penganjur penganjur sekitar Sabah sudi menjemput anak kecil ini menunjukkan bakatnya di pentas nyanyian.


Pumazazu
Dia ingin dikenali sebagai puma,tapi ramai member pangil dia Khai.so,mana mana pun ok bah kan.asal ada nama yang sesuai tuk dia.Mamat ini adalah seorang lagi pengiat muzik tempatan sekitar Kota Kinabalu.Aku dah lama kenal dia ni sejak aku bersama sama komuniti radio aku yang lama.Memang tak pernah aku lihat dia ni terlepas akan sebarang acara yang berkonsepkan muzik.



Puma juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan aktiviti kumpulan JRock Sabah iaitu W.O.R.M.Sejak dulu hingga kini dia sering kali kelihatan bersama sama ahli anggota kumpulan tersebut.Dan selalu sibuk menguruskan program program yang melibatkan kumpulan tersebut.


Sebentar tadi aku terlihat lagunya terpampang di laman web onlinefm dimana terdapat 3 buah lagu dimuat naik di dalam web tersebut.Memang tidak dinafikan akan karya karya beliau ini.Kerana ianya adalah hasil yang lahir dari sab\nubari seorang insan yang bernama puma.cewahhhh,ayat2 aku ni mcm pok silap tau.hehehehe

Apa apa pun,kalau korang nak dengarkan lagu lagunya,jangan malu malu untuk cuba menilai dan menghayatinya.Sila layari lagu lagunya di sini

Sekiranya ingin mendekai beliau,cuba add dia sebagai teman anda di facebook.

p/s
lagu yang menjadi konterversi "KAU TULI KAH"...