M.O.N bakal perfom di Jakarta, Indonesia

by 12:27 PM 0 comments

Dalam keadaan dunia sekarang ini yang dihangatkan dengan isu yang berlaku di GAZA Palestine,ramai pihak tampil ambil berat dan prihatin terhadap keganasan terhadap saudara kita disana.Bukan sahaja pihak pihak yang mempunya nama besar atau yang mempunyai dana yang hebat, akan tetapi pemuzik pemuzik kita juga telah menyahut seruan kemanusiaan ini.Tetapi bukan dalam bentuk kewangan,tetapi dengan penciptaan lagu yang berunsurkan kemanusiaan dan sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan ini.

Memory Of Natache  telah tampil dengan single terbaru mereka yang bertajuk Life Is Not To Easy.Kata mereka, lagu ini ditujukan kepada saudara kita yang sedang ditindas oleh rejim israel.Seperi yang kita maklum,mereka ini berasal dari daerah semporna dan amat jarang tampil dikhalayak ramai.Paling paling pun, mereka dapat jemputkan bermain gigs di daerah yang berhampiran seperti Tawau atau Sandakan

Baru baru ini, mereka telah di approch oleh sebuah penganjur yang berasal dari Jakarta, Indonesia dimana penganjur tersebut berminat dengan band Memory Of Natache ini.Pada masa yang sama,mereka terkejut dan berasa bertuah kerana dalam ramai ramai band di sabah,mereka yang telah di approch oleh penganjur tersebut.



Menurut salah seorang ahli kumpulan M.O.N, penganjur tersebut telah berminat degan single terbaru mereka itu dan bercadang menjemput mereka membuat persembahan secara LIVE pada awal tahun 2013 akan datang.

Fulamakkk, cayalah, siapa tak happy bila mendapat tahu yang mereka telah dijemput untuk membuat show di negara orang.Apatah lagi sebuah negara yang memang melahirkan ramai band band bermutu dan berjaya dalam industri muzik.

Jadi,dipendekkan cerita menurut kumpulan M.O.N ini mereka akan bertolak ke Jakarta pada penghujung bulan Januari 2013 dan akan membawa nama Semporna, Sabah ke negara Indonesia tersebut.Sama samalah kita memberikan kata kata semangat dan sokongan kepada mereka sebagai bekalan mereka dinegara orang.Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki,tuah kumpulan M.O.N, perfom di Jakarta, Indonesia...

Berikut adalah klip vedio yang disedikan oleh penganjur untuk memberitahu bahawa M.O.N bakal beraksi di Jakarta, Indonesia...





p/s
*si Datu malu malu lagi ooo
*Kahal rambut PACAK oooo..

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..