Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Alhamdulillah, akhirnya jodoh mu telah sampai NAI. Ko sudah bergelar suami kepada seorang wanita NAI. Tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Insyallah, majlis persandingan yang bakal berlangsung pada awal bulan hadapan tu nanti akan meriah. kalau dapat, ko set up lah JAMMING STAGE nanti...:)
Jennifer Thompson
Siapa tak kenal dengan nama Jennifer Thompson kan. Nama besar dalam industri muzik di Malaysia bah tu. kena lagi, satu satunya orang yang sentiasa memberikan sokongan pada terhadapat aktiviti band band lokal sekitar Malaysia dengan menggunakan medium media sosial.

Minggu lepas, dia berada di Kota Kinabalu bagi mengendalikan sebuah program perkongsian ilmu iaitu VOCAL FESTIVAL KK. Yang mana program ini di anjurkan oleh SPARKS. Ramai peserta yang mebngikuti kelas bimbingan mengenai vokal ini. Berlangsung di SIA kolej (KK Times Square).

Pada malam hari pula, dengan inisiatif producer yang juga dikenali ramai iaitu Chris Pereira, telah berlangsung juga sessi perkongsian ilmu muzik oleh Jennifer Thompson. Dimana, peserta yang hadir 100% adalah pengiat muzik underground. Cuma saya jak yang mewakili pihak penganjur dan media. Bukan apa, nak juga tahu sedikit sebanyak mengenai bidang muzik yang menjurus ke dalam landasan perniagaan ini kan.

Dengan muzik, kita dapat juga menjana pendapatan berdasarkan kekuatan daya tahan hati dan kesabaran yang tinggi. Banyak info yang di pelajari selama 2 jam setengah itu. Terutamanya hala tuju sesebuah band/pemuzik masa kini. dari cara pengeluaran cd, hinggalah cara nak promote band di publik.

Apa pun, masa agak singkat dan jumlah yang menyertai slot ini agak limited. Mungkin atas sebab masa dan venue yang amat terhad. Lagipun dalam bulan puasa. tapi, chris, terima kasih atas peluang ini.

Insyallah, ini bukan penghujung program. dimana saya dan team onlinefm akan cuba menganjurkan nya untuk kali kedua. Dimana, dalam perancangan pada 1 oktober akan datang. tempaat dan masa akan kami umumkan kemudian. kepada yang berminat, boleh kontek dan tempah seat seawal mungkin.

bukan senang dapat inlu dari orang yang handle AIM 15 tahun ni...:)

p/s
Antara yang hadir  kump chug on deck, me gusta, versatile, dan beberapa orang lagi. Tidak ketinggalan, Nuk@shockwave.



Reen@Misgive (left) with Yen@Misgive
Siapa yang tak kenal dengan Misgive kan. Satu satunya band punk yang di anggotai oleh kesemuanya wanita. Ditambah lagi dengan kelincahan persembahan di pentas gig. tidak hairanlah mereka mempunyai ramai follower di media sosial. Malah sudah pun menjejakkan kaki kebeberapa pentas gig di luar Sabah.

Gitaris bagi kumpulan ini  iaitu REEN telahpun bergelar isteri.Majlis yang berlangsung secara sederhana ini nampaknya meriah. Kuhusunya keluarga kedua belah pihak dan rakan rakan. Tidak kurangnya fans bagi kumpulan MISGIVE.

Misgive

Apa pun, congrats to reen & husban..:)



Frontman Company

Nampaknya tahun ini ramai kenalan saya band boy bakal menamatkan zaman bujang mereka.Bagus lah bah kan, kalau dah sampai jodoh dan cukup persediaan, maka jangan di kasi lama lama benda baik ni.Mendirikan MASJID ni kena di buat kadar segera.

MUTTAR@FRONTMAN COMPANY 
Kini tiba masanya untuk KINGs menamatkan zaman bujangnya. Jemputan menerusi laman media sosial sudah diterima. Boleh lihat disini Jemputan Majlis Pernikahan Dan Persandingan Embak Murshidah & Pak Muttar.

Apapun, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU pada KINGs :). Moga berkekalan hingga ke anak cucu.

p/s
Jangan terkejut dengan tajuk artikel ni. Hanya mereka mereka tertentu yang tahu kisah pemancing laut dalam ni. Muttar a.k.a KING salah seorangnya lah :P

Sukman@BRO'S BARBER

SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada seorag lagi sahabat yang menyertai kelab suami suami ni. Seorang yang memang terkenal dengan sikap peramah, freendly, happy go luck dan juga antara tukang gunting raambut lelaki yang well known di Kota Kinabalu ini iaitu SUKMAN ABD MALIK. Dimana beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu yang lepas.

Semoga kekal ke anak cucu bro..:)



Kiss@Mereejen
Siapa yang tidak kenal dengan KISS.Drummer terhebat dan terkenal di sabah.Khususnya dalam muzik aliran mereka.Bukan setakat bakatnya bermain drum, Malah pengaruhnya dalam arena gig underground juga tidak boleh di sangkal.Ramai pemuzik serta penyokong muzik bawah tanah ini kenal dengan nama KISS@Mereejen.

Tanggal 28 Mei 2016 adalah sejarah bakal tercipta.Dimana abang long Mereejen ini akan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya.saya di fahamkan, percintaan mereka berdua ini sudah agak lama.Almaklumlah, KISS kan sibuk dengan komitment dengan band dan yang lain. last last, nahhh bulan keamaatan juga menjadi saksi.



Apa pun, diucapkan TAHNIAH kepada KISS@Mereejen yang bakal bergelas suami.Lepas jadi suami, jadi ayah lah pula kan. Dan pastikan anak lelaki aah kiss.boleh kasi turun ilmu main drum berdiri ni sama dia.

p/s
kepada member member di luar sana, jangan lupa 28 mei ini.jam 10am-5pm di Luyang, KK. Lepas jam 5, kiss nda layan.ada urusan lain sudah dia cakap...:P


Hari ini dalam sejarah bila mana saya masuk ke studio KKFM untuk di temuramah mengenai program RETRO KLASIKA 2015 anjuran JKKN pada 8 ogos nanti.Kena lagi selsema dn hidung tersumbat.Memang sukar nak mengeluarkan suara kejantanan kunun.

Apa pun, terima kasih kepada Pn Farrah selaku pegawai JKKN yang memberi peluang saya dan team ONLINEFM bekerjasama dalam menjayakan acara EXPRESI MUZIK kali ini.


Memang ganjil juga bila 2 media dalam 1 konti.terpaksa sebutan kena hati hati. apapun tq juga sama KKFM atas peluang ini.Ntah bila lah saya dapat masuk studio lagi ni kan..


KK JAZZ FESTIVAL adalah sebuah acara hiburan yang berkonsepkan muzik jazz bakal melabuhkan tirai pembukaannya pada hari esok & lusa ( 24 & 25 July 2015). Ini merupakan acara tahunan anjuran SPARKS.

Antara objektif penganjuran ini sudah semestinya memberi pengiktirafan dan peluang kepada pemuzik jazz tempatan, khususnya di Malaysia.Bukan sahaja pemuzik dari sabah, malah luar sabah dan antarabangsa juga akan berada di pentas ini.

pic by Mr Roger Wang
Siapa tidak suka dan bersemangat bila lihat setting venue & stage sebegini rupa.ternyata ini adalah acara yang berprestig yang membawa nama KK lebih tinggi dikalangan pengemar muzik jazz.bagi yang tercalon untuk membuat persembahan di pentas ini, tahniah saya ucapkan dan jangan sia siakan peluang yang datang sekali dalam seumur hidup ini.

Kunjungan orang ramai dari KK serta luar KK pasti akan meriah.ditambah lagi dengan jemputan VVIP yang semestinya pengemar muzik jazz.


Apa yang best, dimana sebuah kumpulan baru yang berasal dari kg halamansaya telah tercalon dalam membuat persembahan di pentas KKJF ini nanti.mereka adalah SURIA BUSKER.mereka antara kumpulan yang akan cuba menghiburkan ribuan penonton yang hadir di lapang permainan tenis sutera harbour tu nanti.

Apa yang paling best, kumpulan ini telah dapat support dari 2 orang ahli kumpulan ATOMIC POWER yang sudah tidak asing lagi iaitu Abang Bong & Abang Achok.Masing masing amat berpengalaman dalam bidang muzik puluhan tahun.Almaklumlah, siapa tak kenal ATOMIC POWER kan. 


Bukan sahaja SURIA BUSKER, ada sebuah lagi kumpulan yang saya memang kenal dari dulu sudah.mereka berasal dari pulau Labuan.mereka mengelar diri mereka SUPERTONIC.Nda sangka, dapat juga mereka ini bersaing dengan calon calon KKJF audition tempoh hari.tahniah lah sama si Jon, Yus, Jay dan yang lain.bah, nanti on stage, kasi all out lah aah kamu.jan pula malu malu.specially si jay :P (jan mara jay)

Tahniah kepada anda semua yang terpilih untuk naik kepentas berprestig ini.sememangnya,abadikanlah moment showtime anda dengan "BERSELFIE" sebelum & selepas shiw tu nanti aah..:)


SURIA BUSKER muncul secara tiba tiba dalam awal tahun ini.Kumpulan yang berasal dari Sandakan ini sudah mula dikenali di persada mzuk tempatan khususnya di Sabah.Mana tidaknya, merekalah JUARA bagi pertandingan PRIMA AKUSTIKA 2015 baru baru ini anjuran Lembaga kebudaan negeri sabah.Secara langsung membawa pulang wang tunai RM7000 ke sandakan. Wowww, banyak tu bro..(boy, bah nifunifa bah kita)..:P

berita lebih baik saya perolehi dimana, SURIA BUSKER menjadi antara barisan pemuzik yang bakal beraksi di pentas yang sudah tidak asing lagi di Sabah ini iaitu KK JAZZ FEST


Mereka akan perfom pada tanggal 25 julai ini dalam jam 7.00 malam.Wahh, ini sudah cukup bagus.Satu pencapaian yang tinggi dalam tahun 2015.Saya tumpang bangga dengan Suria Buskers ini.Dimana, pemuzik dari daerah kelahiran saya iaitu SANDAKAN sudah mampu 1 stage dengan Liyana Fizi woo.

Apa pun, good luck pada suria buskers, insyallah kalau ngam timing kita jumpa disana. kalau nda pun, kedai coto makassar depan terminal bas labuk pun boleh bah.lagi mantap jo..:P



LABUAN memang terkenal dengan coklat dan bebas cukainya.Tapi, ntah la masih bebas atau ndak.Tetapi, apa yang saya nak share pada anda adalah, kemunculan bakat bakat belia muzik di jalanan.

BUSKING adalah aktiviti anak anak jati pulau ini.mereka berkumpul di satu tempat lapang, redup dan sesuai untuk lepak dan rilis tention.Belia belia ini berkumpul dan membuat persembahan santai disana.

Sekiranya ada tak tahu nak lepak mana, cubalah kenali dan support bakat bakat muda ini dengan menyaksikan persembahan mereka secara santai berhadapan dengan BANK ISLAM.

Atau, sekiranya ada inginkan persembahan dalam acara makan malam, majlis keramaian, boleh lah di jemput anak anak muda ini untuk memeriahkan lai suasana majlis anda.Mungkin anda boleh berhubung dengan salah seorang dari mereka iaitu PICI


beliau antara pengerak aktiviti busking sekitar labuan.Diharap anda juga turut sama membantu menyokong aktiviti riadah yang bagus untuk anak anak muda khususnya di zaman serba canggih ini.


Buat kali pertama, saya mengapproch syarikat besar terkemuka iaitu YAMAHA MALAYSIA berkenaan sessi pemilihan kumpulan muzik ini.Dimana, sebelum ini, sessi pemilihan berlangsung di Kuala Lumpur.tetapi, bagi tahun 2015, mereka akan datang ke KK untuk mengendalikan sessi pemilihan ini.

Apa pun, jutaan terima kasih kepada Cik Samantha Lee kerana sudi memberi peluang kepada ONLINEFM untuk bekerjasama dalam sessi pemilihan ini.ianya merupakan satu peluang baru dan amat bermakna bagi kami selaku event management yang masih baru.

Dari itu, kami memohon agar kami dapat menyediakan 1 poster yang sesuai dan dapat memberitahu akan pemilihan akan berlangsung di KK.Dimana, poster ini di hasilkan oleh designer onlinefm


Serba sedikit maklumat mengenai acara ada tertera di dalam poster dan memudahkan para peserta memahaminya.Jadi, borang penyertaan boleh di perolehi dengan saya dan tarikh tutup penyertaan pada 23hb julai ini.

Diharap band band sabah tidak melepaskan peluang ini.Rasanya yuran penyertaan amat berpatutan di kenakan oleh pihak penganjur iaitu RM100 untuk setiap kumpulan.

Lokasi audition akan di umukan sebaik sahaja borang penyertaan di perolehi oleh pihak YAMAHA.dari itu, setiap peserta kena lah update dengan page rasmi acara ini iaitu Yamaha Band Mentor 2015 - Kota Kinabalu Audition

Sebarang pertanyaan boleh hubingi saya di talian 0143714515

RETRO KLASIKA 2015 adalah program pertama onlinefm dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.Dimana, saya memang terkejut bila dapat tawaran bekerjasama dengan JKKN ini.

Pada bulan lepas, saya dapat panggilan telefon dari seorang pegawai JKKN.Yang mana beliau memberitahu bahawa pengarah JKKN ingin bertemu saya dan berbincang untuk 1 program anjuran mereka.Alhamdulillah, saya berjumpa dengan pengarah dan rasa seram sejuk juga dibuatnya.Almaklumlah, tak pernah merasai bertemu dengan pengarah sesebuah jabatan kerajaan.

Beliau menerangkan intipati perjumpaan kami itu.Alhamdulillah, apa yang di hajatkan oleh pengarah JKKn ini adalah memang bidang saya dan team ONLINEFM.Dari itu, saya merancang dan mencadangkan beberapa idea dalam menyelaras acara ini.Alhamdulillah, boleh dikataan 100% idea yang saya cadangkan dapat perhatian beliau.

Kini, saya dan team onlinefm sedang dalam proses mempromosikan acara RETRO KLASIKA ini.Dan masa yang tinggal adalah kurang sebulan.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 julai ini.

Doakan saya & crew onlinefm berjaya mengendalikan acara sulung kami dengan JKKN ini.Insyallah, aminnn..

Alhamdulillah syukur, bermula tahun lepas saya sudah mula fokus dalam bidang perniagaan sendiri.Dimana, pada mulanya hobi menjurus kepada pendapatan sampingan.Dari itu saya mengambil keputusan untuk menjadikannya serius dan mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan PENGURUSAN ACARA & PERUNDING ACARA.


ONLINE MEDIA ENTERTAINMENT adalah syarikat yang saya tubuhkan 3 tahun lepas.Bergerak secara kecil kecilan dengan sokongan sahabat sekeliling.Alhamdulillah, kini sudah mula dikenali di kalangan NGO dan pihak di luar sana.

Dari itu, saya mengharap agar syarikat yang saya tubuhkan ini dapat memberi peluang kepada saya untuk bersama sama rakan saya yang lain yang sudah maju dan berjaya sebagai seorang usahawan tempatan.Bantulah saya mencapai cita cita ini, kerana ..

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI...

MAN@Fingers kini telah kembali kerahmatullah pada 22 june 2015.Dia mengembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 10.30 pagi.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan kanpung halamannya di kampung Binsuluk, Membakut.

Ramai sahabat handai khususnya dalam arena seni muzik turut terkejut dan melahirkan salam takziah atas pemergian pemain gitar yang sudah tidak asing lagi di sabah ini.



Semoga isteri dan anak anak Allahyarham banyakkan bersabar dan meneruskan perjalanan hidup demi anak anak yang di tinggalkan.sama samalah kita sedekahkan bacaan Al-fatihah buat Allahyarham MAN FINGERS...


Terkejut bila dapat tahu dari seorang rakan dimana Man Fingers telah dimasukkan ke hospital kecemasan.Ini akibat pendarahan di bahagian otak.Ditambah pula dengan keputisan doktor yang membuat pemeriksaan bahawa ..ehh, tak best nak cakap lah kalau melibatkan nyawa ni.




Walaubagaimanapun, setiap hari akan ada sahaja rakan rakan seperjuangan Man datang melawat dan memberitahu status keadaan man sekarang.Alhamdulillah, keadaan semakin pulih.Cuma, pada ketika ini dia masih belum sedarkan diri lagi.Sama samalah kita berdoa agar man kembali sembuh dan terus menjadi idola pemain gitar khususnya di Sabah ini.Bakatnya dalam bermain muzik sudah boleh di pertikaikan lagi.

Hanya 2 jam diperlukan untuk lukisan di dinding itu.Kata brader yang bertopi (kiri sekali) kepada saya pada semalam.Kami mula melukis dinding ini seawal jam 10 pagi pada hari ahad lepas.Dan selesai sekitar jam 1 tengah hari.Sesudah itu, kami pulang dan berehat dan kembali pada malam harinya.

Terkejut juga, bila mana kawasan sekitar lukisan itu sudah mula di penihi oleh kunjungan orang ramai.Ada yang datang membawa bunga sebagai tanda hormat akan mangsa kejadian.ada juga yang menyalakan lilin.Serta tidak dinafikan, ramai yang berdoa akan kesejahteraan warga ranau, khususnya malim gunung serta mereka yang telah pergi buat selama lamanya.




Antaranya adalah lukisan terbaru dari CrackoArt Group. kumpulan anak anak muda yang berbakat dan mempunyai jiwa besar dalam penghasilan grafiti sekitar Sabah.mereka sering kali mengadakan pameran lukisan, gambar dan hasil seni di Kota Kinabalu.

Bagi hasil kerja THE UNSUNG HEROES (5 Jun 2015) yang mana gambar di atas dinding tersebut adalah adaptasi sebuah gambar seorang malim gunung iaitu RIZUAN KAUHININ.


Gambar ini diambil sewaktu beliau menyertai misi menyelamat mangsa gempa bumi yang berlaku di gunung kinabalu jumaat lepas.Apa yang membanggakan warga sabah khususnya adalah keikhlasan beliau memikul salah seorang mangsa tersebut.Dimana, tanpa berfikir siapa mangsa itu, dari masa asal usulnya, apa agamanya, dia tetap selamatkan dan bawa turun ke tempat yang lebih selamat.

Malah, bukan Rizuan sahaja, ramai lagi malim gunung yang terlibat dalam operasi awal menyelamat mangsa ini.Berdasarkan gambar ini, ramai masyarakat dunia mula menghormati dan tersentuh akan semangat yang ditunjukkan oleh malim malim gunung ini.

Gunung kinabalu bukan satu laluan yang rata atau mudah di naikki.Apatah lagi jika anda membawa beg atau barang di bahu.bayangkan, malim gunung (guide) ini memikul mangsa dari puncak turun ke bawah.Rasanya jarak yang harus di lali melebihi 6km.Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang tidak rata kesan gegaran.



Apa pun, TERIMA KASIH kepada CRAKOART GROUP atas sumbangan anda dalam memperingati kejadian 5 Jun 2015 yang lepas. Kini seluruh warga sabah mempunyai tempat untuk menyampaikan kata kata terakhir, doa serta jambangan buga buat mereka yang telah pergi.

Anda boleh klik disini utk vedio  penghasilan seni grafiti disini >>> The Unsung Heroes


Keputusan telah diketahui yag mana SURIA BUSKER telah menjuarai acara tahunan PRIMA AKUSTIKA anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada 5 Jun yang lepas.Band ini sebenarnya berasal dari daerah Sandakan dan pertandingan ini merupakan pertandingan kali pertama yang mereka sertai.

Tak sia sia, latihan selama 2 bulan mempersiapkan diri untuk merebut takhta JUARA kini berhasil.Dengan membawakan lagu Zianal Abidin, mereka telah di nobatkan sebagai johan keseluruhan.Wang tunai berjumlah RM7000 kini menjadi habuan ahli kumpulan serta crew yang terlibat dalam nama SURIA BUSKER ini.


Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan INTERIM INJUNCTION.Dimana, kalau di lihat, ahli kumpulan ini merupakan gabungan beberapa buah kumpulan pemuzik sekitar Kota Kinabalu.Rasanya, adna pun kenal juga bah kan.Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000.


Manakala tempat ketiga menjadi milik peserta terakhir yang membuat persembahan pada malam itu.Saya lupa nama mereka.tetapi, mereka membawakan lagu english dan meletakkan 3 orang penyanyi.iaitu seorang lelaki dan 2 orang perempuan.Yang mana, penyanyi lelaki tersebut adalah seorang yang berasal dari Pitas.Saya kenal betul dengannya.Malah, dia mempunyai syarikat besar di pitas :)

Dari itu, di ucapkan tahniah kepada pemenang dan teruskan usaha anda dalam bidang muzik ini...






SABAH GAMES atau SAGA adalah sukan tahunan di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.Dimana, pada kali ini dalam tahun 2015, TAWAU menjadi tuan rumah.

Selama lebih kurang seminggu para atlet seluruh daerah yang ada di sabah ini akan berkampung di Tawau.pelbagai acara di pertandingkan dan yang pasti emas akan menjadi milik si juara.

Apa yang menarik perhatian pada penganjuran SAGA tahun ini adalah sebuah penganjuran pesta pakaian yang kini hangat dan dapat sambutan di setiap pelusuk negeri iaitu BUNDLE.


Saya difahamkan hampir 50 buah canopy bersaiz 20x20 disediakan untuk pengusaha perniagaan BUNDLE ini.Dan yang paling menariknya, penyertaan peniaga atau seller bundle ini bukan datang dari sabah sahaja.malah ada yang datang dari luar sabah.Seperti yang kita sedia maklum, OTAI BUNDLE kita iaitu BABA SHARIN juga sudah berada di TAWAu dan kini sedang dalam persiapan menyediakan barang pameran untuk pengunjung pesta tersebut.

PESTA BUNDLE ini kini sudah mampu menarik leboh ramai pengunjung serta rasanya ini sudah boleh di jadikan acara tahunan oleh kementerian pelancongan.

Oklah, apa pun kepada seller yang sudah berada di Tawau, teruskan usaha dan menaikkan nama industri pakaian terpakai yang berkualiti & berjenama ini.Jangan pandag serong atau sebaliknya.Debaik baiknya, pada yang tak tahu apa itu bundle dan nilai sehelai pakaian vintage itu, jom datang ke pesta ini dan berkenalan dengan seller seller yang lebih mahir dan ariff tentang nilai sesebuah barangan atau pakaian vintage tersebut.

p/s
malangnya, saya ndak dapat turun tawau ata ada urusan keluarga..:(


North Borneo Regime akhirnya tampil dengan single terbaru mereka bertajuk BORNEO STAND UP.Sebelum ini, saya dah dengar lagu demo ini dari ruben bulan march yang lepas.Dimana, memang scene Hip hop perlu ada kesinambungan daripada pemuzik pemuzik yang berbakat besar dan baru sekitar sabah ini.

Akhirnya, lagu ini telah berada di laman sosial dan siap sedia untuk di dengarkan.malah, lirik lagu juga ada disediakan dalam klip vedio ini.


Jadi, silakan mendengar dan hayati setiap bait bait lirik mereka.semestinya mempunyai isi yang tersirat dibelik yang tersurat.teruskan menyokong local act, sebab #kalaubukankitasiapalgi