Fingerstyle menang lagi

by 11:42 AM 0 comments
Fingerstyle

Kalau dah rezeki tu tak kan kemana.Jangankan di tempat sendiri,tempat orang pun dapat membuktikan yang bakat mereka yang berasal dari dari Kota Kinabalu ini memang tidak boleh dinafikan lagi.Sememangnya mereka merupakan sebuah kumpulan yang harus diberi perhatian oleh mana mana penganjur diluar sana.

Pada mulanya info mengenai Pearl Of Borneo BUSKING Competition di hebahkan,ramai pihak tidak setuju dan masing masing memberikan komen dari pelbagai sudut.Akan tetapi,komen komen tersebut masing masing ada asasnya.Hanya mereka yang berada dalam dunia muzik sahaja yang tahu menilai akan keberkesanan pertandingan ini dijalankan.

Walaubagaimana pun,dengan berbekalkan modal  yang kecil sebagai yuran penyertaan,kumpulan Fingerstyle telah berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah Rm2000.Mereka telah dinobatkan sebagai juara pada pertandingan tersebut yang telah berlangsung pada 17 Nov yang lepas.Saya tak sure,berapa ramai yang menyertai pertandingan ini.sebab rata rata band band KK menyatakan faktor masa penyebab mereka amat sukar mengikuti pertandingan ini.Tapi,tak sangka Fingerstyle juga menyertainya dan telah berjaya...




Apa pun,nak ucuapkan tahian kepada kumpulan ini yang saya akui segala aktiviti mereka dipantau oleh kedua ibu bapa mereka juga dibaratkan sebagai SIFOO dalam perjalanan seni mereka.Almaklumlah,siapa tak kenal dengan uncle Ritchie kan.Bekas pemain gitar tersohor di Sabah yang terkenal ketiaka zaman 80an dengan band mereka LASERBEAM.Now,ilmu muzik tersebut telah turun kepada anak anaknya.

sekali lagi,weldone guyzzz..:)

p/s
Bah,bila nak belanja LUNCH ni tau.? Siapa cewek di tengah tu bro?new VOX kah..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..