Showing posts with label busking. Show all posts
Showing posts with label busking. Show all posts

SURIA BUSKER muncul secara tiba tiba dalam awal tahun ini.Kumpulan yang berasal dari Sandakan ini sudah mula dikenali di persada mzuk tempatan khususnya di Sabah.Mana tidaknya, merekalah JUARA bagi pertandingan PRIMA AKUSTIKA 2015 baru baru ini anjuran Lembaga kebudaan negeri sabah.Secara langsung membawa pulang wang tunai RM7000 ke sandakan. Wowww, banyak tu bro..(boy, bah nifunifa bah kita)..:P

berita lebih baik saya perolehi dimana, SURIA BUSKER menjadi antara barisan pemuzik yang bakal beraksi di pentas yang sudah tidak asing lagi di Sabah ini iaitu KK JAZZ FEST


Mereka akan perfom pada tanggal 25 julai ini dalam jam 7.00 malam.Wahh, ini sudah cukup bagus.Satu pencapaian yang tinggi dalam tahun 2015.Saya tumpang bangga dengan Suria Buskers ini.Dimana, pemuzik dari daerah kelahiran saya iaitu SANDAKAN sudah mampu 1 stage dengan Liyana Fizi woo.

Apa pun, good luck pada suria buskers, insyallah kalau ngam timing kita jumpa disana. kalau nda pun, kedai coto makassar depan terminal bas labuk pun boleh bah.lagi mantap jo..:P



LABUAN memang terkenal dengan coklat dan bebas cukainya.Tapi, ntah la masih bebas atau ndak.Tetapi, apa yang saya nak share pada anda adalah, kemunculan bakat bakat belia muzik di jalanan.

BUSKING adalah aktiviti anak anak jati pulau ini.mereka berkumpul di satu tempat lapang, redup dan sesuai untuk lepak dan rilis tention.Belia belia ini berkumpul dan membuat persembahan santai disana.

Sekiranya ada tak tahu nak lepak mana, cubalah kenali dan support bakat bakat muda ini dengan menyaksikan persembahan mereka secara santai berhadapan dengan BANK ISLAM.

Atau, sekiranya ada inginkan persembahan dalam acara makan malam, majlis keramaian, boleh lah di jemput anak anak muda ini untuk memeriahkan lai suasana majlis anda.Mungkin anda boleh berhubung dengan salah seorang dari mereka iaitu PICI


beliau antara pengerak aktiviti busking sekitar labuan.Diharap anda juga turut sama membantu menyokong aktiviti riadah yang bagus untuk anak anak muda khususnya di zaman serba canggih ini.

The LightNite

Fuhh,ingatkan mereka main main.Rupa rupanya mereka bercakap benar.The LightNite merupakan muka baru dalam muzik scene di Kota Kinabalu ni.Seingat saya mereka kali pertama muncul di khalayak ramai pada program Akustika Merdeka Raya tahun lepas.

Dipendekkan cerita,saya sempat hadirkan diri sebentar tadi di PartyPlay yang terletak di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.Dimana mereka iaitu The LightNite merupakan peserta ke 3 yang membuat persembahan pada malam saringan pertama ini.

Mereka tampil dengan 3 orang ahli kumpulan sahaja.Ini disebabkan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.Walaubagaimanapun mereka tampil dengan perasaan yang nerves dan excited.Ini terbukti di raut wajah setiap ahli kumpulan ini.Paling ketara brader yang hujung sebelah kiri gambar di atas ni.Sejak mula persembahan hingga selesai,dia asyik tunduk saja.

Memanglah,dah namanya lelaki yang jarang jarang buat persembahan depan orang ramai.Ditambah lagi dengan juri yang betul betul dihadapan mereka.Makinlah nevesnya membara.Silap silap,dup dap dup dap jantung brader kita tu.hahahahha



Penyertaan kali ini amat berbeza dari persembahan mereka sebelum ini.Dimana mereka tampil dengan membawakan lagu ciptaan sendiri.Bukan satu,tetapi 2 buah lagu yang mana sebuah lagu dalam bahasa inggeris dan satu lagi dalam bahasa melayu.

Part yang paling saya suka adalah dimana masa juri membuat komen.Dimana mereka sangat bangga dan memberikan kata kata semangat kepada band The LightNite ini.Kerana mereka membawakan lagu lagi hasil karya mereka sendiri.Wahhh, kalau ada rezeki,sure band ini boleh masuk semi final.Insyallah...

Ramai juga pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan dari member member mereka sendiri.Siap bagi full support dari segi sorakan dan juga jeritan nama nama peserta ketika mereka naik pentas.Inilah yang seharusnya diterapkan oleh masyarakat sekeliling.

Diharap penganjuran sebegini rupa akan sentiasa diadakan untuk mencungkil bakat bakat baru yang rata rata dimonopoli oleh belia belia lingkungan umur 15 tahun keatas...:)



Fingerstyle

Kalau dah rezeki tu tak kan kemana.Jangankan di tempat sendiri,tempat orang pun dapat membuktikan yang bakat mereka yang berasal dari dari Kota Kinabalu ini memang tidak boleh dinafikan lagi.Sememangnya mereka merupakan sebuah kumpulan yang harus diberi perhatian oleh mana mana penganjur diluar sana.

Pada mulanya info mengenai Pearl Of Borneo BUSKING Competition di hebahkan,ramai pihak tidak setuju dan masing masing memberikan komen dari pelbagai sudut.Akan tetapi,komen komen tersebut masing masing ada asasnya.Hanya mereka yang berada dalam dunia muzik sahaja yang tahu menilai akan keberkesanan pertandingan ini dijalankan.

Walaubagaimana pun,dengan berbekalkan modal  yang kecil sebagai yuran penyertaan,kumpulan Fingerstyle telah berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah Rm2000.Mereka telah dinobatkan sebagai juara pada pertandingan tersebut yang telah berlangsung pada 17 Nov yang lepas.Saya tak sure,berapa ramai yang menyertai pertandingan ini.sebab rata rata band band KK menyatakan faktor masa penyebab mereka amat sukar mengikuti pertandingan ini.Tapi,tak sangka Fingerstyle juga menyertainya dan telah berjaya...




Apa pun,nak ucuapkan tahian kepada kumpulan ini yang saya akui segala aktiviti mereka dipantau oleh kedua ibu bapa mereka juga dibaratkan sebagai SIFOO dalam perjalanan seni mereka.Almaklumlah,siapa tak kenal dengan uncle Ritchie kan.Bekas pemain gitar tersohor di Sabah yang terkenal ketiaka zaman 80an dengan band mereka LASERBEAM.Now,ilmu muzik tersebut telah turun kepada anak anaknya.

sekali lagi,weldone guyzzz..:)

p/s
Bah,bila nak belanja LUNCH ni tau.? Siapa cewek di tengah tu bro?new VOX kah..:)