Open Stage sabtu & ahad lepas

by 2:04 PM 2 comments



SC EVENT telah menjemput secara terbuka kepada sesiapa yang ingin menonjolkan bakat mereka sempena mini karnival yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu & ahad lepas.Menurut penganjur iaitu Charlene Kathlene Decena memang ramai yang membuat panggilan talifon bertanyakan tenyang slot tersebut.Tapi,semuanya tak pasti dan hanya sekadar bertanya.

Walau bagaimana pun,masih ada pemuzik ynag betul betul serius dan berani tampil membuat persembahan secara terbuka didalam mall tersebut.Pada hari sabtu lepas,Anipp & Polat Sii Khiyo telah hadir dan memeriahkan stage yang tersedia dengan lagu lagu pilihan mereka

Polat Sii Khiyo


Anipp


manakala pada hari ahadnya pula,sewaktu saya berada disana saya sempat melihat persembahan dari sebuah kumpulan yang berasal dari Penampang iaitu Rascallict.Mereka membawakan beberapa buah lagu cover dan semestinya lagu mereka SHE sentiasa menjadi lagu wajib bila membuat persembahan.


Apa yang bestnya,ada terdengar suara suara dari pengunjung yang bercakap tentang suara vokalisnya memang hebat dan mantap.Seolah olah pemyanyi negara barat woo..perghhh...weldone lah bro,sampai ada pengunjung yang betul betul feel lagu lagu yang kamu persembahkan semalam.

Cuma,memang tidak dinafikan sistem bunyi (P.A System) memang kurang memuaskan.Akan tetapi,pihak penganjur akan memperbaiki segala kelemahan dan memohon maaf atas berlakunya sebarang kesulitan ketika pemuzik pemuzik ini membuat persembahan.



Dengar cerita 2-3 minggu dari sekarang akan ada lagi event yang berlangsung disini dan semestinya slot untuk pemuzik pemuzik akan disediakan.Sekiranya berminat,anda boleh berhubung kepada penganjur atau tak apa,akan di kongsikan juga melalui blog ini..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..