Woodpecker JUARA di Telupid

by 1:35 PM 0 comments
300km adalah satu jarak yang jauh bagi mereka,tapi itu bukan menjadi satu halangan bagi anak anak muda yang ingin dikenali sebagai Woodpecker.Sebuah band yang berasal dari daerah Tuaran yang berani menyahut cabaran penganjur acara battle of the band yang berlangsung di Telupid beberapa hari yang lepas.

Dengar cerita tak ramai band yang bertanding dan berkemungkinan jarak berlangsungnya acara ini jauh bagi sesetengah band.Tapi,bak kata pepatah,tuah ayam nampak di kaki,tuah BAND,siapa yang tahu.Woodpecker telah merangkul kejuaraan tersebut dan berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM3000.Satu jumlah yang besar dan rasanya tidak siap siap pengorbanan mereka menempuhi jarak yang jauh dari tuaran ke Telupid.


Naib juara pulak jatuh kepada sebuah band yang berasal dari daerah Sandakan iaitu Iris band.Dalam masa yang sama mereka berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM2000.Siapa sangka,penglibatan mereka untuk kali ke3 ini membuahkan hasil.Itulah yang dikatakan nasib dan pengorbanan sebagai anak seni yang tak pernah kenal erti penat dan bosan untuk berkarya.

Manakala tempat ketiga jatuh kepada band dari Telupid iaitu YOUNG KIDS yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000.rasanya gambar band ini masih belum diterima,sekiranya dah ada,akan di share dalam blog ni juga..:)

Memang sedih juga bila tidak dapat menghadiri acara ini,atas alasan kenderaan membuat hal sehari sebelum saringan.Apa pun,yang nyata dan jelas acara ini meninggalkan satu kenangan manis bagi band band yang menang.pada yang tak menang,its ok bro,cuba lagi.

kalau sudi,pada 12 Mei ini akan berlangsung satu acara Battle Of The Band di Kota Kinabalu.kalau berminatmbleh MSG saya di FB..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..