Siapa tak kenal dengan band The Fingers yang mana setiap kali membuat persembahan di atas pentas,pastinya mereka akan memberikan 120% kepada penonton dan peminat mereka.Lebih lebih lagi peminat dan penyokong muzik bawah tanah sekitar Kota Kinabalu ini.
Lagu mereka yang berjudul "IMPIAN" telah berjaya mendudiki carta top5 anjuran RTM.Dalam pada itu,dengar khabarnya undian yang final akan berakhir pada bulan Mac 2012 akan datang.Pasal itulah ahli kumpulan mereka,terutamanya pemain keybord yang digeruni sekitar Sabah iaitu Wan Kibot tidak pernah berhenti mencari UNDI dari peminat peminat mereka melalui laman sosial sekarang ini.Cara untuk mengundi terlalu senang,seperti mana yang anda lihat di dalam gambar di atas.
Cuba bayangkan, pada pertandingan akhir kali ini dimana menampilkan kesemuanya band band tempatan.Tanpa ada pencalonan dari penyanyi solo.Perghhh,kalau musim lepas,tak silap aku band dari Sandakan Albab Band ,Frontman Company & Mo Main Blues telah menjadi senarai peserta akhir.Disamping penyanyi solo.kali ini,dengan harapan akan lebih banyak lagi BAND yang bakal mashuk ke peringkat akhir dalam pertaruhan meraih UNDI melalui SMS ini.
Semua ini bergantung kepada support dari peminat mereka (The fingers) itu sendiri dan support dari band band lain sebagai tanda ikatan satu family dalam aliran muzik terus dijalinkan.Asalkan band ada masuk ke final,kita harus support akan lagu mereka,persembahan mereka yang bakal mereka bawa nanti.Semua ini atas satu alasan dan sebab iaitu...
kalau bukan KITA,SIAPA lagi