HARLOTNYMPH |
Baru baru ni aku dapat info yang band Metal dari Bongawan,Papar ini bakal mengeluarkan EP pertama mereka tak lama lagi.Akan tetapi,niat mereka terpaksa ditunda atas sebab ahli kumpulan yang berada luar dari Sabah.Insyallah mereka telah menetapkan satu tarikh dimana EP ini akan terjual di pasaran underground.
Walaubagaimana pun,kalau sebelum ini antara lagu yang menjadi fav aku adalah METAL WAR,kini ada 2 buah lagu baru telah disiapkan dan direkodkan.Antaranya adalah SWORDS COMEBACK & DEAR MYLORD.Haaa,dengar tajuk lagu jak,aku dah gerun.Nilah kehebatan genre muzik keras,dimana pemilihan tajuk lagu juga memainkan peranan penting bagi menarik pendengar serta peminat mereka.
Apa pun,kalau korang nak dengar lagu mereka,seperti biasa boleh layari OnlineFM atau LIKE sana page mereka iaitu HARLOTNYMPH.Raanya mereka ingin melihat komen serta pendapat terhadap lagu baru ini dari pendengar pendengar mereka.kalau sudi,conteng saja di page mereka itu.Tak jadi masalah kot..:)