Showing posts with label EP. Show all posts
Showing posts with label EP. Show all posts

Band ini memang low profile dimana saya pertama kali bersua muka dengan mereka ketika Battle Of The Band di tempat asal usul mereka sendiri iaitu daerah Keningau.Dah lah tu, mereka plak yang 1st band buat perfomance.Hahahah, memang rasa excited jugaklah nak tengok kan.Tapi, bila dah tengok persembahan mereka hingga selesai, saya dah mula rasa semacam dan rasanya mereka ini bukan sembarangan.

Baru baru ini,saya terlihat di laman FB mereka dimana mereka telah memuat persembahan di sebuah program yang berlangsung di Keningau Juga.Melihat akan klip vedio tersebut,saya rasa band BUZZING JOKER ini harus mencari pendedahan di luar Keningau.Kenapa saya katakan macam tu?sebab, mereka dah ada STUFF yang sangat bagus iaitu LAGU CIPTAAN SENDIRI yang mana telah siap sepenuhnya proses ramakan yang menelan belanja yang boleh tahan juga hebatnya.

Pada yang tak pernah dengar lagu mereka atau persembahan mereka,cuba anda klik disini:- https://www.facebook.com/photo.php?v=511343658897138&set=vb.114150935283081&type=2&theater



Haa,amacam?lagu tersebut berjudul PUTERI yang mana ada dimuatkan dalam EP pertama mereka yang akan ada di pasaran UNDERGROUND tak lama lagi.Sebenarnya,mereka ini mempnyai lagu lagu yang best dari segi penulisan lirik serta susunan melodinya.Namun,atas faktor KURANG PENDEDAHAN sahaja yang membuatkan mereka sukar dikenali.Paling tidak pun,antara rakan sesama yang bermain muzik.

Walaubagaimanapun, pada hari akad ini BUZZING JOKER ini akan berada di Kota Kinabalu untuk membuat persembahan secara LIVE sempena sambutan ulangtahun OnlineFM yang ke3.Kepada yang ingin mendapati EP mereka,sediakan wang kecil anda dan dapatkan pada masa itu juga.

Rock En Soul
Seperti seoeang ayah yang menantikan kelahiran anak pertama,begitulah yang dirasai oleh Rock ~En~Soul ini.Sekian lama penantian mereka,akhirnya terjawab dengan kelahiran EP pertama mereka ini.Sejak ianya siap dikeluarkan,dengar khabar,sambutan dari sahabat serta fans mereka memang menggalakkan.Ini terbukti dengan pembelian secara WALK IN ke studio KKMP kelihatan di dalam FB Page mereka.

Ini membuktikan bahawa band mereka memang mempunyai suppoters yang tertentu yang meminati muzik muzik yang mekera hasilkan.Kombinasi 5 orang anak muda ini memang membuahkan hasil dengan terjualnya 1st EP mereka dengan jayanya.

Siapa sangka,dengan hobi bermain muzik,kini mereka melangkah setapak lagi dalam scene muzik sekitar Kota Kinabalu ini.



Kepada yang belum mendapatkan EP mereka (seperti dalam gambar),jangan tunggu lama lama.Lekas buat tempahan melalui fan page mereka atau hubungi salah sorang ahli kumpulan mereka.Bukan apa,takut SOLD OUT.Almaklumlah,sukar nak dapat di kedai kedai kaset yang berhampiran..:)

Tahniah kepada R.E.S atas kelahiran EP ini.Diharap peluang untuk anda EXPOSE di atas pentas akan terbuka luas dan mendapat sambutan dari mesyarakat sekeliling.


Setelah sekian lama menanti,akhirnya terjawab sudah semua persoalan dari member member terdekat serta rakan taulan di laman maya yang bertanyakan EP dari band yang berasal dari Penampang ini iaitu Dang Bandang.

Secara jujurnya,saya juga tertanya tanya bilalah agaknya dapat mendengar lagu mereka yang telah dirakamkan untuk dimainkan di OnlineFM.Pernah suatu ketika,saya mengajukan soalan kepada salah seorang gitaris mereka iaitu Richard.Dia mengatakan,yang setelah selesai proses rakaman dan mixing,mereka akan membuat rilis dan menjemput member member muzik serta sesiapa sahaja yang meminati dunia muzik untuk sama sama menyaksikan persembahan serta perlancaran EP sulung mereka.

Buktinya telah terjawab melalui link ini Dang Bandangs EP Launch.Anda klik link tersebut dan disanalah segala persoalan selama ini akan terjawab.Cuma,tarikh tersebut jatuh pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.Besar kemungkinan,saya tak dapat nak tengok band ini perfom..:(

Akan tetapi,saya & OnlineFM cuba membantu mempromosikan lagu lagu mereka untuk santapan warga maya di dunia ini melalui www.onlinefm.net.my

Selain Dang Bandangs,mereka juga menyediakan slot untuk beberapa buah band membuat persembahan bagi slot Opening Band.Antaranya adalah:-

Xinxerena


Obsqure



D+A

3 buah band telah mereka undang bagi memeriahkan lagi majlis perlancaran EP ini.Sudah tentu,suasana event ini akan meriah dengan kehadiran band member ini serta rakan rakan yang seangkatan mereka bermain muzik.Apap pun saya nak ucapkan TAHIAH kepada Brader Chris P kerana lahir lagi sebuah band yang menggunakan khidmat nasihat anda dalam proses rakaman lagu.You memang power lah bro.Jom teh tarik..:P 

p/s
kalau ada Xtra tu EP,satu tuk saya aah guyz...:)

ramai yang menyatakan bahawa lepas raya ni nak keluarkan EP untuk member member serta suppoter mereka.termasuklah sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Sandakan ini iaitu The Mines.Mereka yang terdiri dari 4 orang anak muda sudah lama menyimpan impian untuk mengeluarkan EP pertama untuk santapan warga Sandakan terutamanya member member terdekat.

Rasanya follower mereka yang berada luar dari Sandakan juga tak sabar dengan kelahiran EP pertama ini.Kalau saya tak silap,EP pertama ini,mereka menggunakan khidmat saudara Chris Pereira sebagai sound engineer.Sudah tentu proses rakaman EP ini dijalankan di Eyes & Ears Production yang terletak berhampiran dengan pejabat saya sendiri iaitu damai Point.

Diharap selepas kelahiran EP pertama kumpulan ini,mereka kena lebih aktif dalam proses mempromosikan EP tersebut.Terutamanya sekitar daerah Sandakan dan kawasan yang berhampiran dengannya.Kenalkan kepada rakan terdekat,stesen radio serta kalau berani,anjurkan perlancaran secara kecil kecilan.

Bukan nak menunjuk atau apa,ianya hanya untuk memberitrahu bahawa ada sebuah band yang telah memiliki lagu sendiri yang mana boleh dibanggakan.Apatah lagi material lagu lagu tersebut dilahirkan oleh kumpulan itu sendiri dari segi penulisan lirik lagu serta susunan muziknya

Apa pun,kalau lah confirm planning mereka nak buat perlancaran,harap sudi menjemput member member yang seangkatan dnegan mereka.Untuk mengukuhkan lagi ikauat sesama pemuzik serta dapat bertukar tukar idea demi perjalanan sebagai anak seni kelahiran daerah Sandakan...

Kamu boleh check kat link ini untuk dengarkan EP pertama mereka
Rasanya ramai juga yang tidak mengenali band The Marshmallow ini.Sebenarnya mereka agak lama dalam muzik scence sekitar KK ini.Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan mereka membuat live perfoming di sekitar KK.Almaklumlah,batasan karier dan juga family adalah antara faktor yang sering kali dialami oleh mereka yang bergerak secara berkumpulan ini.

Baru baru ini,saya diberi tahu yang EP mereka telah berada di pasaran dan sudah boleh dimiliki atau dibeli.Amat sukar nak dapatkan EP dari band band underground kita ini sebab CD mereka tidak di jual di kedai kedai kaset mahupun di tamu tamu.Hanya mereka sendiri yang menjualnya kepada yang ingin membeli.Cara terbaik untuk mendepatkannya adalah melalui laman sosial iaitu facebook.


Kepada yang berminat,anda boleh kunjungi FB mereka iaitu The Marshmallow dan tekan butang LIKE.lepas tu anda usulkan atau msg mereka bagaimana nak dapatkan EP tersebut serta harga yang ditawarkan.Saya yakin harga bagi EP tersebut amatlah berpatutan dan sesuai untuk dijadikan koleksi.

Kemarin petang ketika program HANG OUT WITH aku terserempak dengan beberapa ahli kumpulan Chamomile yang mana sedang menantikan seseorang.Rupanya mereka on the way ke studio rakaman yang terdapat di sekitar Penampang untuk proses merakamkan EP.

Alhamdulillah,tidak dinafikan ramai band band sekitar KK telah bangkit dari lena dan melangkah setapak lagi dalam menjadikan lagu mereka dalam bentuk audio.Menurut mereka,kali ini mereka menggunakan khidmat sorang komposer yang pasti ramai yang kenal iaitu gitaris kepada kumpulan W.O.R.M iaitu Chet@WORM


Jadi,semestinya Chamomile memang inginkan sesuatu hasil yang mantap dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.Sudah pasti proses rakaman EP ini memakan masa sedikit dan ianya akan kita ketahui dalam masa terdekat.Kepada semua band,teruskan support each other dimana masanya telah tiba untuk BAND ANDA mengeuarkan kualiti muzik yang mantap dan menjadi trend anak muda generasi sekarang.

Di zaman kecanggihan teknik promosi dan marketing sekarang ini,mereka tampil dengan konsep SAVE BUDJET dan mencuba kelainan sedikit.Kali ini 2 buah band INDIE yang sedang mencari peluang untuk menempa nama di dalam industri muzik INDIEpendent iaitu KOPIKAMILO dan Art Of Arje

Kedua dua band ini telah berganding tangan dalam menghasilkan DEMO dalam sebuah CD.Atau boleh lah juga kita pangin kompilasi.Dimana terdapat 8 buah lagu dan setiap band menghasilkan 4 buah demo untuk di hidangkan kepada pendengar lagu lagu mereka.

Nantukan kemunculan DEMO ini dan sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut,sila add page meraka di FB iaitu KOPIKAMILO dan Art Of Arje.Semestinya mereka perlukan SUPPORT dari ANDA semua sebab...KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI

Pada hari Ahad ini,penantian bagi kumpulan indie pertama yang berasal dari Semporna Sabah iaitu Memory Of Natache akan berlangsung di salah sebuah hotel bertaraf 3 bintang di daerah tersebut.Ini merupakan titik tolak kepada band ini dimana mereka ternyata bertungkus lumus ingin merialisasikan impian ini sejak beberapa bulan yang lepas.

Inilah semangat setia kawan dimana mereka tidak pernah melupakan teman seperjuangan kerana merak telah menjemput beberapa buah band luar untuk sama sama memeriahkan majlis perlancaran tersebut.Amtara band yang dapat jemputan perfom di majlis ini adalah:-


The Mines yang mana sebuah indie band yang kian mula menempa nama di persada muzik underground telah dapat jeptand ari penganjur y\untuk menghangatkan lagi pentas di Semporna ini.Dengar khabar band ini akan membawakan lagu lagu hits mereka seperti Mestikah Ratu Popular & imiginasi waktu rindu.Apa pun kita akan ketahui nanti persembahan dari mereka

ShootHim Day
Sebuah lagi indie band yang terkenal dengan lagu lagu cover dari greenday iaitu Shoothimday akan menghapenningkan suasana di pentas tersebut.Menurut penganjur,band ini telah dijemput atas keakraban mereka ketika sama sama bermain muzik di bawah bumbung underground.Penganjur berbesar hati menjemput ShootHim Day.

Bukan itu sahaja,dengar khabar ada beberapa lagi penyanyi jemputan telah mereka jemput untuk memeriahkan majlis ini.Insyallah crew crew onlinefm akan berada disana untuk membantu apa yang patut.Insyallah akan berkongsi selaga maklumat yang berlaku.

p/s
Memory Of Natache band pertama meriliskan MINI ALBUM di Semporna.Tahniah dan semoga berjalan lancar
HARLOTNYMPH

Baru baru ni aku dapat info yang band Metal dari Bongawan,Papar ini bakal mengeluarkan EP pertama mereka tak lama lagi.Akan tetapi,niat mereka terpaksa ditunda atas sebab ahli kumpulan yang berada luar dari Sabah.Insyallah mereka telah menetapkan satu tarikh dimana EP ini akan terjual di pasaran underground.

Walaubagaimana pun,kalau sebelum ini antara lagu yang menjadi fav aku adalah METAL WAR,kini ada 2 buah lagu baru telah disiapkan dan direkodkan.Antaranya adalah SWORDS COMEBACK & DEAR MYLORD.Haaa,dengar tajuk lagu jak,aku dah gerun.Nilah kehebatan genre muzik keras,dimana pemilihan tajuk lagu juga memainkan peranan penting bagi menarik pendengar serta peminat mereka.

Apa pun,kalau korang nak dengar lagu mereka,seperti biasa boleh layari OnlineFM atau LIKE sana page mereka iaitu HARLOTNYMPH.Raanya mereka ingin melihat komen serta pendapat terhadap lagu baru ini dari pendengar pendengar mereka.kalau sudi,conteng saja di page mereka itu.Tak jadi masalah kot..:)


Alhamdulillah,sekian lama ada yang tertanya tanya tentang lagu mereka ini dah mulai di pasarkan secara INDIEpendent dengan harga Rm10 sahaja.Dimana kali ini RomanDewi mengeluarkan EP sebagai cobaan pertama memperkenalkan karya mereka pada pengemar muzik tempatan.

EP romandewi dalam pasaran

sekiranya anda ingin mendapatkan EP yang mana memuatkan 5 buah lagu tersebut sila berhubung terus dengan penyanyinya iaitu Azlan.Antara lagu yang best adalah track pertama yang berjudul PALING INDAH.Dimana suara vokalisnya seakan akan suara penyanyi dari indonesia.Tapi,yang pasti dia memang orang Sabah.hahaha..

Jadi sila dapatkan sebagai koleksi anda yang mana amat sukar nak menghasilkan EP yang mana memerlukan kesabaran,dan kewangan yang besar.Sebagai tanda kita support mereka,DAPATKAN EP ini dengan cara membelinya dengan harga yang sangat berpatutan.Supportlah band band tempatan kita sebab

kalau bukan KITA,SIAPA lagi

Beberapa hari lepas,aku ada terbaca status di salah sorang ahli kumpulan yang ada dalam senarai SABAH INDIE BAND COMPILATION 2011 yang memberitahu bahawa pada bulan December akan datang perlancaran CD ini akan berlangsung.Menurut statement tersebut,pada tanggal 04 December 2011 jatuh pada hari ahad.Bermakna penantian 11 buah band bakal terungkai pada tanggal tersebut.

Kompilasi ini dianjurkan oleh salah sebuah studio rakaman yang rasanya semua orang tahu dan kenali kerana memang aktif membuat program amal dan aktiviti muzik iaitu Kota Kinabalu Music Production atau lebih femous dengan panggilan KKMP.

Antara 11 buah band yang mempertaruhkan lagu lagu mereka dalam Kompilasai ini adalah seperti berikut:-














Buat masa ini,vanue bagi perlancaran kCD Kompilasai ini masih belum diketahui.Yang pasti,ianya akan meriah dengan support dari band band yang ada di luar sana dan juga support dari fans mereka.Tidak lupa juga support dari keluarga yang menyokong mereka dalam pembikinan CD Kompilasi ini.Sama sama kina nantikan info dari KKMP tidak lama lagi.
Manggas

Kepada yang tertanya tanya kenapa band ini mendiamkan diri atau kurang dapat jemputan dalam mana mana gigs.Sebenarnya mereka ini sedang dalam proses penyiapan EP mereka yang akan keluar dalam bulan ini.Kalau tak silap akan menemui peminat mereka pada  20 November 2011 ini.

"Kuraya"
Haaa,ada nampak flyers diatas tu.Ini adalah khas untuk peminat ereka dan yang menanti kemunculan EP dari band ini.Saya ingin ucapkan weldone to them specially  vox pada band Manggas iaitu brader Jairo.Dia ada juga bagi sedikit ilmu pengetahuan tentang muzik ini.Dan dalam diam,dia dah nak keluarkan EP.More detail pasal EP mereka,cuba klik SINI 


Brader Jairo
Jadi,apa tunggu lagi,pastikan anda mendapatkan koleksi EP dari band MANGGAS ini.Rasai sendiri sentuhan gitar brader Jai yang sudah pasti tak merugikan sesiapa yang membelinya.Alah bukannya mahal pun,sure anda mampu punya lah..

p/s
sure aku akan putarkan di OnlineFM bro...

The Mines (Sandakan)
Dengar cerita pada hujung bulan Oktober ini kumpulan The Mines yang berasal dari Sandakan sabah ini akan mengeluarkan CD Single pertama mereka dimana ianya bakal memuatkan 2 lagu iaitu Imiginasi Waktu Rindu & Mestikah Ratu Popular.Dalam masa yang sama,mereka juga menyelitkan 3 lagu bonus yang juga adalah lagu yang boleh tahan hebat arrangementnya.

Chris a.k.a Decipher (Eyes & Ears Production) 
Ini merupakan kali pertama band ini menggunakan perkhidmatan pakar audio rakaman iaitu Chris P yang mana pengalaman beliau dalam penghasilan lagu sudah tidak boleh di nafikan lagi.Sebelum ini Chris telah menyiapkan beberapa buah Single untuk band band lain seperti bring Back The Arcade & The Retrock.

Jadi,sama sama kita nantikan kemunculan CD Single pertama band ini di pasaran dan pastikan anda support dengan cara membelinya dan memperkenalkan pada geng geng lain akan muzik yang di tampilkan oleh band ini

sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah,sejak kebelakangan ini dah makin ramai saya lihat kebangkitan band band baru dalam industri muzik tempatan terutamnay di Sabah ini.Antaranya band yang berada sekitar daerah Sandakan,Tawau,Lahad Datu mahupun Kota Kinabalu.Ini merupakan tanda tanda sihat dimana belia belia kita dah mula menjauhi aktiviti kurang sihat dan cuba berjinak jinak ke bidang yang berfaedah dan ada masa depan iaitu berkarya melalui muzik.

Cuma,yang ingin di tekankan di sini adalah semangat dan kemampuan anda untuk menghasilkan sesebuah karya itu bergantung pada kualiti bunyi lagu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum,setiap kualiti ada beza dari segi penghasilannya.Iaitu DEMO,SINGLE & ALBUM dan sudah tentu setiap kualiti kualiti ini memerlukan kos yang boleh dikira hebat juga.Apa lagi bagi mereka yang tidak ada pekerjaan tetap,tapi semangat untuk berkarya tetap tinggi.

Saya mensyorkan pada mereka yang masih baru dalam penghasilan lagu supaya mendapatkan khidmat nasihat dari mana mana syarikat rakaman yang anda kenal.Saya percaya dan yakin,mereka mereka ini yang dikenali sebagai SOUNDENGINEER ini akan memberikan tunjuk ajar dan nasihat bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam penghasilan sesebuah lagu.

Terdapat banyak studio rakaman sekitar Kota Kinabalu ini dan anda boleh bertanyakan kepada tuan punya studio berkenaan harga sesebuah proses rakaman mahupun khidmat nasihat.Pada yang dah mempunyai lebih dari 2-3 buah lagu dalam bentuk DEMO,supaya cuba mengeluarkan sedikit kos untuk menghasilkan SINGLE.Bukan apa,zaman sekarang ini,pendengar mahupun sesiapa saja akan menilai sesebuah band itu melalui kualiti lagu lagu mereka selain dari mutu persembahan di atas pentas.

Jon Paradise EP

Pada 9&10 september ini bertempat di D'junction Bistro akan berlangsung event perlancaran EP bagi kumpulan JON PARADISE.Kalau tak silap ianya akan bermula seawal jam 9mlm dan akan berlangsung selama 2 hari.

Kepada peminat mereka,jangan lupa dapatkan CD ini sebagai tanda support anda kepada mereka dan support terhadap industri muzik tempatan terutamanya di Sabah ini.


Jon Paradise EP
insyallah,kita akan bersua di sana cuma masanya tak pasti lagi.Almaklumlah,banyak perkara yang harus diselesaikan dahulu sebelum malam menjelma.Apa lagi kalau bekeluarga ni kan.By the way,kalau kita terserempak di sana,tegur tegur jak la ya...:)


Antara lagu yang menjadi fav saya ketika ON AIR.Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai event ini,sila kunjungi page mereka di lini ini EP Launching.Enjoy this clip vedio folks dan teruskan menyokon mereka dan band band lain sebab apa..




Kenapa Rendah?emm,mana lah aku tauk,Huahuahuhaa,kena tanya band ini lah,pasal apa mereka pilih nama band ini WHYLOW.

Band ini di tubuhkan sekitar tahun 2005 dan pada masa itu mereka terdiri daripada 4 orang member.Antaranya DHAN selaku vokalit & pemain gitar,MIE selaku gutar kedua,ANDY pula selaku pemain bass dan RUDY selaku pemain drum.Mereka ini aktif buat jamming session di mana mana jamming studion sekitar Papar.Almaklumlah,mereka mereka ini berasal dari Daerah Papar,iaitu Bongawan.

Andy,Mie,Dahn & Rudy

Dahn telah mengambil langkah drastik iaitu cuba cuba berjinak jinak dengan menyertai pentas GIGs yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu untuk memperlihatkan akan lagu lagu ciptaan mereka juga kehebatan mereka di atas pentas.Alhamdulillah,mereka juga sering kali di jemput untuk bermain GIGs oleh penganjur2 yang mengenali band ini.Terutamanya Suara Anak Borneo,dan mulai disinilah titik tolak band ini berjinak jinak mengeluarkan DENO & single mereka untuk peminat lagu lagu INDIE melalui myspace mereka

Penghujung tahun 2008,Whylow telah menghasilkan  3 lagu EP iaitu CAHAYA,PARADIGMA & ITS OUR FAULT.Hari ini dalam sejarah dimana mereka telah mengeluarkan Mini Album lah kunuk,iaitu memuatkan 3 lagu EP mereka dan di tambah lagi dengan 2 lagu baru iaitu GABAN the Anthem & RASIONAL.Kesemua lagu lagu ini di rakamkan di sebuah studio yang terdapat di daerah Bongawan juga yang dimiliki oleh Yuan Eddie.Yang mana,beliau berpengalaman juga dalam proses rakaman lagu lagu ini.Studionya bernama AES STUDIO.




Nah,Whylow dah mula berani  berkongsikan EP mereka yang telah lama di perap dan kini dah ada di pasaran tempatan iaitu LIMITED COPY iaitu sebanyak 50 keping SAHAJA.Sekiranya anda seorang penyokong industri muzik tempatan,terutamanya di Sabah,belilah EP band band INDIE ini untuk di jadikan koleksi peribadi anda.

Semestinya anda boleh dapatkan melalui membuat pangilan talipon atau menunjungi hometowndistro untuk mendapatkan EP ini.Jangan lambat lambat,nanti kehabisan stok.lagipun harganya sangat berpatutan iaitu rm10 SAHAJA.

p/s
Kalau bukan KITA,SIAPA lagi ?