Rasanya sebelum ni pun pihak OnlineFM sudah uwar uwarkan tentang LIVE BAND dalam acara pertandingan BORNEO STREET DANCE yang akan berlangsung pada 19hb november ini bertempat di Palm Square Center Point,Sabah.
Kita seharusnya berterima kasih pada Kementerian Pelancongan Malaysia cawangan Sabah terutamanya kepada Pengarahnya iaitu cik Nely sebab memberikan peluang kepada band band tempatan kita untuk mengisi kekosongan slot pada program tersebut.Ini menunjukkan yang Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab menyokong kegiatan para Belia terutamanya di Sabah ini dalam aktiviti muzik.
Pihak penganjur telah memberikan peluang kepada 2 buah pengiat muzik tempatan dalam mengisi kekosongan pada acara tersebut.Mereka terdiri daripada sebuah kumpulan muzik yang mengelarkan diri mereka THE RETROCK.Dan satu lagi adalah pengiat muzik berkonsepkan HIP HOP iaitu T-STREET
The Retrock |
T-Street |
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan dari mereka dalam pertandingan BORNEO STREET DANCE 2011 pada minggu hadapan.Untuk maklumat lanjut,boleh klik SINI