Showing posts with label hip hop. Show all posts
Showing posts with label hip hop. Show all posts

North Borneo Regime akhirnya tampil dengan single terbaru mereka bertajuk BORNEO STAND UP.Sebelum ini, saya dah dengar lagu demo ini dari ruben bulan march yang lepas.Dimana, memang scene Hip hop perlu ada kesinambungan daripada pemuzik pemuzik yang berbakat besar dan baru sekitar sabah ini.

Akhirnya, lagu ini telah berada di laman sosial dan siap sedia untuk di dengarkan.malah, lirik lagu juga ada disediakan dalam klip vedio ini.


Jadi, silakan mendengar dan hayati setiap bait bait lirik mereka.semestinya mempunyai isi yang tersirat dibelik yang tersurat.teruskan menyokong local act, sebab #kalaubukankitasiapalgi


1st time saya dengar lagu ini,ianya sudah membuatkan saya harus memberi kuat volume lappy saya.Dan cukup dengan tu,saya nak dengar lagu ni guna my big headphone yg ada tertera tulisan STUDIO MONITOR.Barulah puas dengar setiap beat muzik tersebut....

Alvin MY kini dalam proses mempromosikan lagu terbarunya.Pada kali ini,brader ni berkolaborasi dengan beberapa nama hebat dikalangan hip hoppers sekitar KK.Sedikit info mengenai lagu ini...


Performed By Alvin M.Y, Rey Nizam, Kognag, & Dechiper
Track Produced By Reuben Raymond
Written By Alvin M.Y, Rey Nizam, Kognag, Hans Aziz & Dechiper
Tracking Session By Chris Pereira in Eyes and Ears Studio
Mixed and Mastered By Chris Pereira
Cover Designed By Harlod P.Ringgingon

Kalau dilihat nama nama yang menjayakan lagu ALL NICE ini,sememangnya kesemua mereka memag didalam landasan yang amat sesuai dan hebat.Seperti yang kita tahu,kekuatan vokal Alvin terletak pada SOULnya.Manakala Rey, Kog & Dechiper pulak,antara suara Hip Hop yang rasanya dah ramai kenali terutamanya tauke kepada E&E studio iaitu Chris P a.k.a Dechiper.

Chris P
Saya mengucapkan TAHNIAH kepada anda semua yang terlibat dalam menjayakan lagu kolaborasi ini.Dan tak best kalau tiadak diselitkan klip vedio lagu ini.Kepada Chris,Bro,apa lagi,shootlah some VC yang cool..:)

Weldone guyzzz & keep a good work on ur hio hop scene.Saya yakin,mealui anda lah scene Hip Hop di Sabah ni tak akan berkubur.Anda semualah membuatkan ianya Bergetar seumpana alunan track didalam software anda.

Kepada yang belum dengar lagi lagu dari AMY ni,hahaha.jangan mare Alvin My (AMY),jom tengok dan feel lagu dari mereka melalui link ini http://youtu.be/jOhTpnh_ob0


Sepertimana yang kita sedia maklum.Kozae yang dulunya bersama One Nation Emcee kini dah bergerak secara solo dan dia juga merupakan seorang komposer yang hebat.Selain solo,dia juga mempunyai satu misi yang jarang ada pada seseorang penyanyi dimana dia iaitu Kozae telah menghasilkan sebuah lagu yang mana menampilkan pendatang baru dalam industri muzik Rap atau pun Hip Hop.

RUN KK adalah sebuah lagu baru hasil ciptaan 100% dari Kozae yang mana telah menampilkan 4 pendatang baru.Actually,ke empat empat penyanyi tersebut dah lama dalam bidang ni,cuma mereka lebih aktif di bawah tanah saja (undergrond).Mereka adalah Kudique, Ali Terbang, Phatbrown & Hassan KTM.Jom kenali mereka..

Dengan bantuan kozae,mereka ditampilkan dengan lagu RUN KK yang mana telah berada di corong corong radio frekunesi mahupun radio atas talian.Lagu RUN KK ini menampilkan paduan suara dari rappers Sabah & Semenanjung.rasanya kozae telah mengatur strategi yang hebat untuk projek kali ini.welldon Bro...

Baiklah sebagai selingan untuk yang tak pernah lagi dengarkan lagu RUN KK ini,saya sertakan YOUTUBEnya kat bawah.kalau bleh,sila share kat laman sosial korang sebagai tanda support anda pada pemuzik tempatan kita kerana "Kalau bukan Kita,siapa lagi"


Russell Ryan Juin

Pehhh,kalau dilihat dari segi post dah bleh salute dan memang hebatlah.Apatah lagu lagu yang sudah berada di pasaran RADIO INTERNET untuk di perdengarkan kepada warga online sedunia.Mungkin dah ramai yang mengenali Russell.Beliau merupakan salah sorang pemuzik yang mempertaruhkan konsep muzik HIP HOP.

Memang tidak dinafikan yang pengaruh muzik HIP HOP di Sabh kini dah mula menjadi wabak.Ianya seperti penyakit berjangkit.Namun ini merupakan satu fenumena yang sihat dimana belia belia yang berminat atau menyukai rentak muzik hip hop ini dalat menghasilkan sesuatu karya yang bermutu.

Kalau tak percaya,suba korang klik lagu terbaru dari Russell ini yang berjudul Serenade dimana dia bergandingan dengan penyanyi jemputan iaitu HAIZRIE.lepas dengar korang boleh komen kat page Double RRof Soul Chamber

selamat mendengar dan keep support our local act coz..."IF NOT US,WHO ELSE"



Rasanya sebelum ni pun pihak OnlineFM sudah uwar uwarkan tentang LIVE BAND dalam acara pertandingan BORNEO STREET DANCE yang akan berlangsung pada 19hb november ini bertempat di Palm Square Center Point,Sabah.

Kita seharusnya berterima kasih pada Kementerian Pelancongan Malaysia cawangan Sabah terutamanya kepada Pengarahnya iaitu cik Nely sebab memberikan peluang kepada band band tempatan kita untuk mengisi kekosongan slot pada program tersebut.Ini menunjukkan yang Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab menyokong kegiatan para Belia terutamanya di Sabah ini dalam aktiviti muzik.

Pihak penganjur telah memberikan peluang kepada 2 buah pengiat muzik tempatan dalam mengisi kekosongan pada acara tersebut.Mereka terdiri daripada sebuah kumpulan muzik yang mengelarkan diri mereka THE RETROCK.Dan satu lagi adalah pengiat muzik berkonsepkan HIP HOP iaitu T-STREET


The Retrock

T-Street

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan persembahan dari mereka dalam pertandingan BORNEO STREET DANCE 2011 pada minggu hadapan.Untuk maklumat lanjut,boleh klik SINI 

Mendiang  Cliff Hansley
Rasanya tak  puas bila melihat persembahan dari mendiang iaitu Cliff Hansley yang telah meninggalkan kita buat selamanya akibat serangan asthma (penyakit ampus).Ini saya ketahui di awa pagi tadi melalui seorang teman karibnya iaitu Kudiq melalui panggilan talifon.

Saya tak nak bertanyakan panjang lebar,cukup sekadar mendapatkan kepastian akan berita yg saya terima seawal pagi tadi.Dan memang sah,dimana ketika saya membuat penggilan tersebut,kudiq berada di hospital Queen.

Rap Soul (di tengah mendiang Cliff Hansley)
Pada september lepas Mendiang Cliff Hansley sempat membuat persembahan bersama sama kumpulannya iaitu Rap Soul dalam program Onlinefm Big Jamm.Aku sendiri sempat berbual seketika bersama mendiang bertanyakan tentang  next projek.

Nampaknya aku tak sempat nak dengar suaranya dalam masa akan datang.Dan biarpun hanya seketika,aku memang suka akan suaranya bila beliau membuat RAPPING terhadap lagu lagu yang mereka dendangkan pada masa itu.



Apa apa pun,saya ingin ucapkan salam takziah pada keluarga mendiang Cliff Hensly dan juga teman karibnya dalam kumpulan mereka iaitu Rap Soul terhadap pemergian tanpa di sangka sangka ini.Yang pasti lagu lagu nya akan tetap dalam kenangan untuk selamanya...