BRADER AZIZ DALAM KENANGAN

by 10:16 AM 0 comments

Tanggal 4 Oktober 2016 yang lepas, kita di kejutkan dengan berita pemergian seorang lagenda pemain drum yang berasal dari daerah Tuaran iaitu BRADER AZIZ. Siapa tidak kdenal dengan nama BRADER. Pastinya ratusan anak anak muzik sekitar daerah tuaran mahupun Sabah kenal dan segan dengan arwah. Dimana, beliau antara pemuzik yang tidak pernah lokek dengan ilmu, khususnya bermain drum.


nama BLUE JEANS merupakan sebuah nama kumpulan muzik yang di segani di awal tahun 80an. Dimana, pentas KUGIRAN telah mereka monopoli hingga dapat peluang ke semenanjung malaysia. Namun, kali terakhir mereka naik ke pentas pada tahun 1986.


Saya sendiri telah mendapat peluang menyaksikan BLUE JEANS membuat persembahan di dalam program yang kami selengarakan pada hujung tahun lepas dan kali terakhir pada bulan Mac 2016 lepas iaitu BAZZAR MUSIC FEST 5. Dimana, headline pada malam konsert LIVE STAGE tersebut adalah BLUE JEANS. Hampir 400 orang menyaksikan kemunculan semula kumpulan lagenda ini.



Rupanya, itulah kali terakhir saya bersua muka dengan brader aziz. Saya sempat di beritahu bahawa brader suka minum redbull sebelum dia show. Jadi, saya bergegas membelikan brader 3 tin redbull. ternyata, sentuhan drum solo yang mengambil masa 15-20min tersebut adalah peak moment pada malam persembahan BLUE JEANS di pentas BMF5. Ternyata, brader seorang pemain drum yang sukar di cari ganti. Saya pasti, ramai anak anak murid brader aziz akan merasai kehilangan ini.

namun, pesanan beliau selepas dia buat show pada malam itu adalah "JANGAN TINGGAL SOLAT & SELALU BERSEDEKAH DI MASJID WALAUPUN SERINGGIT"....Terima kasih brader atas pesanan terakhir ini.

 Al- Fatihah buat brader Aziz...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..