Showing posts with label Band Tuaran. Show all posts
Showing posts with label Band Tuaran. Show all posts

Tanggal 4 Oktober 2016 yang lepas, kita di kejutkan dengan berita pemergian seorang lagenda pemain drum yang berasal dari daerah Tuaran iaitu BRADER AZIZ. Siapa tidak kdenal dengan nama BRADER. Pastinya ratusan anak anak muzik sekitar daerah tuaran mahupun Sabah kenal dan segan dengan arwah. Dimana, beliau antara pemuzik yang tidak pernah lokek dengan ilmu, khususnya bermain drum.


nama BLUE JEANS merupakan sebuah nama kumpulan muzik yang di segani di awal tahun 80an. Dimana, pentas KUGIRAN telah mereka monopoli hingga dapat peluang ke semenanjung malaysia. Namun, kali terakhir mereka naik ke pentas pada tahun 1986.


Saya sendiri telah mendapat peluang menyaksikan BLUE JEANS membuat persembahan di dalam program yang kami selengarakan pada hujung tahun lepas dan kali terakhir pada bulan Mac 2016 lepas iaitu BAZZAR MUSIC FEST 5. Dimana, headline pada malam konsert LIVE STAGE tersebut adalah BLUE JEANS. Hampir 400 orang menyaksikan kemunculan semula kumpulan lagenda ini.



Rupanya, itulah kali terakhir saya bersua muka dengan brader aziz. Saya sempat di beritahu bahawa brader suka minum redbull sebelum dia show. Jadi, saya bergegas membelikan brader 3 tin redbull. ternyata, sentuhan drum solo yang mengambil masa 15-20min tersebut adalah peak moment pada malam persembahan BLUE JEANS di pentas BMF5. Ternyata, brader seorang pemain drum yang sukar di cari ganti. Saya pasti, ramai anak anak murid brader aziz akan merasai kehilangan ini.

namun, pesanan beliau selepas dia buat show pada malam itu adalah "JANGAN TINGGAL SOLAT & SELALU BERSEDEKAH DI MASJID WALAUPUN SERINGGIT"....Terima kasih brader atas pesanan terakhir ini.

 Al- Fatihah buat brader Aziz...

Stereoangel yang mana merupakan sebuah band indie yang berasal dari daerah Tuaran SAbah kini sedang giat mempromosikan single kedua mereka yang berjudul DURASI.Band yang di anggota oleh MHAI (vox & 1st gitar), KEED (2nd gitar), BHOY (bass) & MOLLY (Drummer) merupakan anak jati kelahiran daerah Tuaran.

Sebelum ini,mereka mempromsikan lagu DURASI ini melalui akaun soundcloud sahaja.Tetapi,mereka kini sudah melangkah setapak lagi dimana mereka juga telah menyiapkan klip vedio lagu DURASI tersebut.


Klip vedio DURASI ini adalah hasil sentuhan produksi tempatan juga yang dikenali dengan nama GENG KAPAK.Mereka ni bukannya yang terlibat dengan mana mana kes jenayah ya.Mereka ni geng yang banyak membantu pemuzik pemuzik local,khususnya di sabah dnegan menyediakan klip vedio.

Pada yang ingin mengenali band ini secara dekat, hanya perlu klik Stereoangel band dan semestinya tekan butang LIKE.Sesudah itu,anda kini menjadi followers mereka dan sentiasa dapat mengikuti perkembangan serta aktiviti terkini band Tuaran ini.

Pada yang belum lagi mendengar dan melihat Mhai iaitu vokalis mereka dalan TV, sila klik disini... http://www.youtube.com/watch?v=kziOijcigt4