MEMBAWA NAMA KINABATANGAN DI PERSADA SENI TEMPATAN

by 11:01 AM 0 comments

SEROJA BAND adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Pantai timur Sabah iaitu daerah Kinabatangan. Jarak daerah tersebut dari bandaraya Kota Kinabalu sekitar 300 lebih kilometer. Sememangnya satu jarak yang memang jauh.

Namun itu bukannya menjadi penghalang kepada anak jati kelahiran Kinabantang ini. Dimana, dengan mempunyai minat yang sama dalam muzik, maka tertubuhlah sebuah kumpulan muzik yang bernama SEROJA.

Mulanya berjinak jinak dengan menyediakan perkhidmatan penyewaan sound sistem, hinggalah membuat persembahan di majlis kahwin. Kini kumpulan ini sudah mempunyai lagu ciptaan sendiri yang berjudul RASA CINTA,

Bukan setakat itu sahaja, kumpulan ini juga sudah mempunyai klip vedio mereka sendiri yang sudah pun berada di YOUTUBE sejak Mac 2016. Kini jumlah penontonnya mencecah 1000 orang.

Oleh itu, apa kata anda lihat dan boleh beri komen tentang lagu ciptaan band pantai timur sabah ini..


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..