![]() |
Dominant 5th Of Borneo |
Petang kemarin, saya mendapat 1 sms dari seorang teman yang juga merupakan seorang komposer serta ahlli kumpulan muzik indiependent sekitar KL.Dimana, dalam smsnya mengatakan "TAHNIAH BRO, BAND SABAH PERGI JEPUN". Apa nda terkejut, bukan senang tu bersaing degan band band sekitar semenanjung.Tapi, inilah yang dikatakan rezeki.Tuah ayam nampak di kaki, tuah band sabah, negara JEPUN menanti.
Dominant 5th of Borneo, merupakan juara dalam pertandingan ini,Dimana, saya di fahamkan oleh brader yang antar borang penyertaan bulan lepas tu, band ini terdiri dari guru guru muzik sekitar KK.Dan ini merupakan percubaan pertama mereka menyertai pertandingan.Mereka juga mempunyai lagu sendiri, cuma belum ada masa nak rekod.So, siapa sangka mereka di nobatkan sebagai JUARA dalam YAMAHA BAND MENTOR 2015 ini.
Pertandingan akhir YAMAHA BAND MENTOR 2015 sudah selesai dimana 5 buah kumpulan berentap di atas pentas yang sama.Antara peserta tersebut adalah 2 buah kumpulan dari negeri di bawah bayu iaitu SABAH.Mereka adalah..
- Dominant 5th of Borneo (1st place / CASH / wakil MALAYSIA ke ASIAN BEAT 2015)
- Bornneon (2nd place / Cash / Standby band)
![]() |
Bornneon |
Tempat kedua juga menjadi milik band sabah yang rasanya memang sudah di kenali di kalangan sahabat pemuzik iaitu BORNNEON.Mereka juga terpilih untuk menjadi anak didik Aubrey Suwito dan difahamkan bahawa mereka akan jadi band simpanan untuk ke jepun.Apa pun, kita doakan agar ada keajaiban berlaku dimana kedua dua band ini kena bawa ke jepun dan berentap dengan band band di sana.Siapa tau kan..:)
Oleh itu, tahniah di ucapkan kepada anda semua atas pencapaian yang tinggi ini.Seharisnya anda dapat liputan dari akhbar tempatan sabah atas kejayaan anda ini.Walaubagaimanapun, semangat anda amat terserlah sejak kita jumpa masa isi borang lagi.Ada yang telupa kirim slip bank, ada yang terlupa no IC line up.Tapi, itu lah asam garam anda hendak menempa kejayaan.
Tahniah dan proud of all of you guyzz...always support our local bands, kerana.
KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI