RETRO KLASIKA IDEA SPONTAN
RETRO KLASIKA 2015 adalah program pertama onlinefm dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.Dimana, saya memang terkejut bila dapat tawaran bekerjasama dengan JKKN ini.
Pada bulan lepas, saya dapat panggilan telefon dari seorang pegawai JKKN.Yang mana beliau memberitahu bahawa pengarah JKKN ingin bertemu saya dan berbincang untuk 1 program anjuran mereka.Alhamdulillah, saya berjumpa dengan pengarah dan rasa seram sejuk juga dibuatnya.Almaklumlah, tak pernah merasai bertemu dengan pengarah sesebuah jabatan kerajaan.
Beliau menerangkan intipati perjumpaan kami itu.Alhamdulillah, apa yang di hajatkan oleh pengarah JKKn ini adalah memang bidang saya dan team ONLINEFM.Dari itu, saya merancang dan mencadangkan beberapa idea dalam menyelaras acara ini.Alhamdulillah, boleh dikataan 100% idea yang saya cadangkan dapat perhatian beliau.
Kini, saya dan team onlinefm sedang dalam proses mempromosikan acara RETRO KLASIKA ini.Dan masa yang tinggal adalah kurang sebulan.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 julai ini.
Doakan saya & crew onlinefm berjaya mengendalikan acara sulung kami dengan JKKN ini.Insyallah, aminnn..
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..