Showing posts with label on9fm. Show all posts
Showing posts with label on9fm. Show all posts
MISSION COMPLETE, itulah yang saya dapat katakan terhadap aktiviti yang baru berlangsung pada Jumaat & sabtu yang lepas di Anjung Senja.
JUALAN AMAL TABUNG MANGSA KEBAKARAN TAWAU yang berlangsung pada hari jumaat & sabtu lepas sudah pun selesai. Usaha anak anak muda ini sememangnya harus di jadikan contoh dan semangat untuk jatidiri.Walaupun ianya last minit, namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menyampaikan misi bantuan kepada saudara kita yang di timpa musibah baru baru ini.
Puluhan kotak pakaian, makanan serta barangan lain mereka terima hasil sumbangan orang awam selama 2 hari tersebut.ANJUNG SENJA menjadi saksi, kunjungan orang awam yang ingin turut sama dalam menyumbangkan bantuan.Selain itu, jualan amal juga berlangsung disana. Dimana, hasil jualan tersebut di dermakan kepada mangsa yang terlibat.
![]() |
| foto dari Baco Bece |
![]() |
| foto dari Baco Bece |
![]() |
| Foto dari Baco Bece |
Saya kenal band ini sudah lama.kalau tak silap tahun 2013 lagi.Cuma, kenal nama dan dengar lasu single mereka jak la.Kalau jumpa dan berkenalan belum lagi.masa tu, saya telah diberikan sebuah lagu yang berjudul "KAU TIPU AKU".Tu lagu sudah pun berada didalam sistem playlist autorun ONLINEFM.Memang best tu lagu.bikin kaki begoyang..
Jadi, pada malam semalam secara rasminya kumpulan yang di anggotai oleh pemuzik pemuzik hebat ini telah pun membuat perlancaran single kedua mereka iaitu "MASIH DISINI".Dimana perlancaran ini di buat di HOTROD Cafe yang terletak di bangunan Warisan Square.
Selain Patin band, mereka juga telah menjemput beberapa pemuzik sebagai "opening act".Antaranya kumpulan The Ariez, Key Abraham, Orang Planet.Selain itu, ada penampilan penyanyi baru "ASHA" yang bernaung di bawah lable PURPOSE RECORD milik penyanyi lagu "APA MACAM" iaitu Jonathan Tse.
1st time lah saya menyaksikan perlancaran di Hotrod.Yang mana ianya mendapat sambutan sahabat pemuzik serta orang awam.Boleh dikatakan full seat juga la.sampai ada yang duduk di luar.dengar lagu jak lah.sebab di dalam sudah pack.Ini membuktikan yang scene muzik lokal makin mendapat sambutan.
Apapun, tahniah saya ucapkan kepada PURPOSE RECORD, khususnya big bossnya iaitu Mr Jonathan Tse atas perlancaran ini.Secara tidak langsung, membuka peluang kepada local act serta mana mana organiser untuk menggunakan HOTROD sebagai VENUE untuk sebarang acara yang berkaitan dengan muzik.
p/s
saya ndak sempat jumpa JUN JUN, terpaksa balik dalam jam 10.30..:(
Dalam diam, band dari Keningau ini juga mengikuti jejak kumpulan honest.Iaitu melahirkan ALBUM DEMO untuk kali pertama.Sebelum ini, mereka amat dikenali dengan lagu CERITA AKU, KAU & DIA.Akan tetapi, mereka tampil dengan 8 buah track sekali gus.Fuhhh, hebattt
Seperti yang saya ketahui, band ini memang berbakat dan mempunyai potensi maju kehadapan. Kan tetapi, atas beberapa sebab dan masalah, antaranya komitmen vokalis mereka iaitu OMAR yang bertugas di semenanjung, membuatkan mereka sukar untuk bersemuka dan merakamkan lagu.
Tetapi, kini OMAR sudah mencukupkan syarat dan memberikan semangat kepada ahli kumpulan yang lain.Hanya kini, proses mempromosikan kepada sahabat handai ,sanak saudara dan stesen radio tempatan sahaja untuk mendengar dan menyokong karya ikhlas mereka ini.
Diharap, anda semua juga memberikan sokongan kuat kepada mereka dengan cara mendapatkan salinan demo album ini dengan kumpulan CALENDER BAND ini.Caranya amat mudah, hanya perlu hubungi mereka menerusi laman page https://www.facebook.com/CalendarBand/ .
Atau boleh terus menghubungi nama nama tersebut:-
- Omar Hasim (012 831 5134)
- Andut (014 370 8634 )
- Yeyeh (019 803 9196)
Pemenang PRIMA AKUSTIKA 2015 ini semakin hebat dan makin menganas.Dimana, SURIA BUSKER yang berasal dari Sandakan antara artis yang tersenarai membuat persembahan di pentas konsert larian amal 7K anjuran Sutera Harbour.
Acara ini merupakan acara tahunan pusat peranginan atau resort tersebut,Yang mana, pasti ramai peserta yang akan menyertai acara larian amal tersebut.Selain beramal, berlari, para peserta akan di hiburkan dengan persembahan artis artis tempatan.
Sekalung tahunah untuk SURIA BUSKER atas persembahan anda di pentas 7K ini.sememangnya, ini satu pencapaian yang bagus dan cepat.macam saya katakan, nama SURIA BUSKER memang cepat naik dalam tahun ini.Secara tak langsung membawa nama daerah sandakan pada masyarakat sekeliling.Oleh itu, kipidap jo..:)
Bah, untuk planning hujung tahun di Sandakan itu, kasi jadi aah. Masanya SURIA BUSKER mencurahkan bakti di tempat sediri dengan menyediakan exposure pada bakat bakat baru di sana..:)
BUKAN MUNGKIN, adalah single terbaru dari kumpulan THE ARIEZ.Lama juga dorang ni hilang dan sunyi. tap tap, dah ada single terbaru.Cayalah guyz,,,
Pada mulanya, 1st saya dengar lagu ni beberapa bulan lepas di mainkan di dalam radio.saya dah boleh cam lagu tu milik arize.sebab tone suara props (vokalis) sudah ramai yang kenal. ala ala penyanyi dari seberang sana. memang sedap dan lunak.Ditambah lagi dengan bait bait lirik yang buat cewek cari bila dengar.
Apa pun, band ini memang antara band yang hebat dan terbaik.cuma, rezeki dan platfom utk mereka melangkah lebih jauh amat tipis dan sukar.Yalah, sabah bukan mudah nak popular di media mainstream specially di radio dan TV.Faham faham saja lah, ianya sudah jadi lumrah dari dulu lagi.Tapi, saya tetap salute dan respek dengan band band yang sentiasa bangun dan bangkit dengan karya mereka.
Medium internet menjadi harapan untuk mereka bekarya.Serta, laman sosial juga makin aktif dan laris.Jadi, tidak menjadi masalah bagi mereka berkongsi karya pada peminat mereka di laur sana.Apa pun, sata juga tak sabar nak dengar & tengok secara live lagu ini di persembahan sewakti #bmf4 bulan 9 nanti
Jadi, jom kita layan single terbaru dari jejaka jejaka macho ini..
Wahhh, best dan makin bersemangat pula saya bila terlihat klip vedio raya dari penyanyi baru yang mana mereka kesemuanya di bawah 1 lable yang berasal dari sebuah daerah kecil iaitu "KINABATANGAN".
Sebuah studio rakaman yang treletak di daerah Kinabatangan tidak pernah berputus asa dalam melahirkan bakat bakat baru seni suara.Hasilnya amat memberangsangkan bila mana lable ini sudah mempunyai hampir 10 orang anak anak muda yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.
Penyanyi penyanyi ini masih lagi baru dan ternyata perlukan bimbingan yang teliti dalam melangkah kedalam industri muzik khususnya di sabah.Al maklumlah, scene muzik kita di sabah ni terlalu kecil dan amat sukar nak naik ke peringkat mainstream (keluar TV & Radio popular)
Apa pun, saya tumpang gembira dengan ujudnya lable tempatan yang membawa sedikit perubahan dalam muzik scene kita disabah.Cuma, lable label yang sedia ada ini, cuba mencari peluang dan mencari cara bagaimana hendak mempromosikan bakat bakat baru ini secara konsisten.Rasanya tidak semestinya mengharapkan media mainstream, kerana zaman ini lebih cenderung pada "MEDIA SOSIAL, LAMAN WEB" dan macam macam lagi.Cara promosi di internet rasanya lebih cepat, dan sesuai (bagi sayalah).
Akan tetapi, bakat bakat baru ini kena juga turun padang dan membuat persembahan di tempat tempat terbuka yang mana boleh di lihat oleh orang awam.secara tak langsung, mereka terdedah kepada crowd yang ada disekeliling sebagai penilai hasil dan kualiti nyanyain mereka.
Dari itu, sama sama lah kita berganding bahu membantu menyokong usaha murni pengiat seni tempatan khususnya di sabah ini.Walaupun kita jauh dari bandaraya kota kinabalu atau jauh dari kawasan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, kita tetap dapat di hubungkan dengan rangkaian internet yang tampa sempadan.
Saksikanlah hasil terbaru dari GENERASI STUDIO iaitu klip vedio hari raya dari artis di bawah naungan mereka.Dengan judul lagunya JALINAN SYAWAL.Hasil ciptaan KAMAL & ANA LIANA.
Teruskan menyokong artis artis tempatan, kerana "Kalau bukan Kita,siapa lagi"
p/s
cuma saya tertanya tanya, adakah penyanyi penyanyi baru ini sudah bersedia menjadi penyanyi? dan bersedia menjadi artis?
LABUAN memang terkenal dengan coklat dan bebas cukainya.Tapi, ntah la masih bebas atau ndak.Tetapi, apa yang saya nak share pada anda adalah, kemunculan bakat bakat belia muzik di jalanan.
BUSKING adalah aktiviti anak anak jati pulau ini.mereka berkumpul di satu tempat lapang, redup dan sesuai untuk lepak dan rilis tention.Belia belia ini berkumpul dan membuat persembahan santai disana.
Sekiranya ada tak tahu nak lepak mana, cubalah kenali dan support bakat bakat muda ini dengan menyaksikan persembahan mereka secara santai berhadapan dengan BANK ISLAM.
Atau, sekiranya ada inginkan persembahan dalam acara makan malam, majlis keramaian, boleh lah di jemput anak anak muda ini untuk memeriahkan lai suasana majlis anda.Mungkin anda boleh berhubung dengan salah seorang dari mereka iaitu PICI
beliau antara pengerak aktiviti busking sekitar labuan.Diharap anda juga turut sama membantu menyokong aktiviti riadah yang bagus untuk anak anak muda khususnya di zaman serba canggih ini.
Buat kali pertama, saya mengapproch syarikat besar terkemuka iaitu YAMAHA MALAYSIA berkenaan sessi pemilihan kumpulan muzik ini.Dimana, sebelum ini, sessi pemilihan berlangsung di Kuala Lumpur.tetapi, bagi tahun 2015, mereka akan datang ke KK untuk mengendalikan sessi pemilihan ini.
Apa pun, jutaan terima kasih kepada Cik Samantha Lee kerana sudi memberi peluang kepada ONLINEFM untuk bekerjasama dalam sessi pemilihan ini.ianya merupakan satu peluang baru dan amat bermakna bagi kami selaku event management yang masih baru.
Dari itu, kami memohon agar kami dapat menyediakan 1 poster yang sesuai dan dapat memberitahu akan pemilihan akan berlangsung di KK.Dimana, poster ini di hasilkan oleh designer onlinefm
Diharap band band sabah tidak melepaskan peluang ini.Rasanya yuran penyertaan amat berpatutan di kenakan oleh pihak penganjur iaitu RM100 untuk setiap kumpulan.
Lokasi audition akan di umukan sebaik sahaja borang penyertaan di perolehi oleh pihak YAMAHA.dari itu, setiap peserta kena lah update dengan page rasmi acara ini iaitu Yamaha Band Mentor 2015 - Kota Kinabalu Audition
Sebarang pertanyaan boleh hubingi saya di talian 0143714515
RETRO KLASIKA 2015 adalah program pertama onlinefm dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.Dimana, saya memang terkejut bila dapat tawaran bekerjasama dengan JKKN ini.
Pada bulan lepas, saya dapat panggilan telefon dari seorang pegawai JKKN.Yang mana beliau memberitahu bahawa pengarah JKKN ingin bertemu saya dan berbincang untuk 1 program anjuran mereka.Alhamdulillah, saya berjumpa dengan pengarah dan rasa seram sejuk juga dibuatnya.Almaklumlah, tak pernah merasai bertemu dengan pengarah sesebuah jabatan kerajaan.
Beliau menerangkan intipati perjumpaan kami itu.Alhamdulillah, apa yang di hajatkan oleh pengarah JKKn ini adalah memang bidang saya dan team ONLINEFM.Dari itu, saya merancang dan mencadangkan beberapa idea dalam menyelaras acara ini.Alhamdulillah, boleh dikataan 100% idea yang saya cadangkan dapat perhatian beliau.
Kini, saya dan team onlinefm sedang dalam proses mempromosikan acara RETRO KLASIKA ini.Dan masa yang tinggal adalah kurang sebulan.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 julai ini.
Doakan saya & crew onlinefm berjaya mengendalikan acara sulung kami dengan JKKN ini.Insyallah, aminnn..
Alhamdulillah syukur, bermula tahun lepas saya sudah mula fokus dalam bidang perniagaan sendiri.Dimana, pada mulanya hobi menjurus kepada pendapatan sampingan.Dari itu saya mengambil keputusan untuk menjadikannya serius dan mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan PENGURUSAN ACARA & PERUNDING ACARA.
ONLINE MEDIA ENTERTAINMENT adalah syarikat yang saya tubuhkan 3 tahun lepas.Bergerak secara kecil kecilan dengan sokongan sahabat sekeliling.Alhamdulillah, kini sudah mula dikenali di kalangan NGO dan pihak di luar sana.
Dari itu, saya mengharap agar syarikat yang saya tubuhkan ini dapat memberi peluang kepada saya untuk bersama sama rakan saya yang lain yang sudah maju dan berjaya sebagai seorang usahawan tempatan.Bantulah saya mencapai cita cita ini, kerana ..
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI...
MAN@Fingers kini telah kembali kerahmatullah pada 22 june 2015.Dia mengembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 10.30 pagi.Allahyarham di semadikan di tanah perkuburan kanpung halamannya di kampung Binsuluk, Membakut.
Ramai sahabat handai khususnya dalam arena seni muzik turut terkejut dan melahirkan salam takziah atas pemergian pemain gitar yang sudah tidak asing lagi di sabah ini.
Semoga isteri dan anak anak Allahyarham banyakkan bersabar dan meneruskan perjalanan hidup demi anak anak yang di tinggalkan.sama samalah kita sedekahkan bacaan Al-fatihah buat Allahyarham MAN FINGERS...
Terkejut bila dapat tahu dari seorang rakan dimana Man Fingers telah dimasukkan ke hospital kecemasan.Ini akibat pendarahan di bahagian otak.Ditambah pula dengan keputisan doktor yang membuat pemeriksaan bahawa ..ehh, tak best nak cakap lah kalau melibatkan nyawa ni.
Walaubagaimanapun, setiap hari akan ada sahaja rakan rakan seperjuangan Man datang melawat dan memberitahu status keadaan man sekarang.Alhamdulillah, keadaan semakin pulih.Cuma, pada ketika ini dia masih belum sedarkan diri lagi.Sama samalah kita berdoa agar man kembali sembuh dan terus menjadi idola pemain gitar khususnya di Sabah ini.Bakatnya dalam bermain muzik sudah boleh di pertikaikan lagi.
Hanya 2 jam diperlukan untuk lukisan di dinding itu.Kata brader yang bertopi (kiri sekali) kepada saya pada semalam.Kami mula melukis dinding ini seawal jam 10 pagi pada hari ahad lepas.Dan selesai sekitar jam 1 tengah hari.Sesudah itu, kami pulang dan berehat dan kembali pada malam harinya.
Terkejut juga, bila mana kawasan sekitar lukisan itu sudah mula di penihi oleh kunjungan orang ramai.Ada yang datang membawa bunga sebagai tanda hormat akan mangsa kejadian.ada juga yang menyalakan lilin.Serta tidak dinafikan, ramai yang berdoa akan kesejahteraan warga ranau, khususnya malim gunung serta mereka yang telah pergi buat selama lamanya.
Antaranya adalah lukisan terbaru dari CrackoArt Group. kumpulan anak anak muda yang berbakat dan mempunyai jiwa besar dalam penghasilan grafiti sekitar Sabah.mereka sering kali mengadakan pameran lukisan, gambar dan hasil seni di Kota Kinabalu.
Bagi hasil kerja THE UNSUNG HEROES (5 Jun 2015) yang mana gambar di atas dinding tersebut adalah adaptasi sebuah gambar seorang malim gunung iaitu RIZUAN KAUHININ.
Gambar ini diambil sewaktu beliau menyertai misi menyelamat mangsa gempa bumi yang berlaku di gunung kinabalu jumaat lepas.Apa yang membanggakan warga sabah khususnya adalah keikhlasan beliau memikul salah seorang mangsa tersebut.Dimana, tanpa berfikir siapa mangsa itu, dari masa asal usulnya, apa agamanya, dia tetap selamatkan dan bawa turun ke tempat yang lebih selamat.
Malah, bukan Rizuan sahaja, ramai lagi malim gunung yang terlibat dalam operasi awal menyelamat mangsa ini.Berdasarkan gambar ini, ramai masyarakat dunia mula menghormati dan tersentuh akan semangat yang ditunjukkan oleh malim malim gunung ini.
Gunung kinabalu bukan satu laluan yang rata atau mudah di naikki.Apatah lagi jika anda membawa beg atau barang di bahu.bayangkan, malim gunung (guide) ini memikul mangsa dari puncak turun ke bawah.Rasanya jarak yang harus di lali melebihi 6km.Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang tidak rata kesan gegaran.
Apa pun, TERIMA KASIH kepada CRAKOART GROUP atas sumbangan anda dalam memperingati kejadian 5 Jun 2015 yang lepas. Kini seluruh warga sabah mempunyai tempat untuk menyampaikan kata kata terakhir, doa serta jambangan buga buat mereka yang telah pergi.
Anda boleh klik disini utk vedio penghasilan seni grafiti disini >>> The Unsung Heroes
Keputusan telah diketahui yag mana SURIA BUSKER telah menjuarai acara tahunan PRIMA AKUSTIKA anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada 5 Jun yang lepas.Band ini sebenarnya berasal dari daerah Sandakan dan pertandingan ini merupakan pertandingan kali pertama yang mereka sertai.
Tak sia sia, latihan selama 2 bulan mempersiapkan diri untuk merebut takhta JUARA kini berhasil.Dengan membawakan lagu Zianal Abidin, mereka telah di nobatkan sebagai johan keseluruhan.Wang tunai berjumlah RM7000 kini menjadi habuan ahli kumpulan serta crew yang terlibat dalam nama SURIA BUSKER ini.
Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan INTERIM INJUNCTION.Dimana, kalau di lihat, ahli kumpulan ini merupakan gabungan beberapa buah kumpulan pemuzik sekitar Kota Kinabalu.Rasanya, adna pun kenal juga bah kan.Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000.
Manakala tempat ketiga menjadi milik peserta terakhir yang membuat persembahan pada malam itu.Saya lupa nama mereka.tetapi, mereka membawakan lagu english dan meletakkan 3 orang penyanyi.iaitu seorang lelaki dan 2 orang perempuan.Yang mana, penyanyi lelaki tersebut adalah seorang yang berasal dari Pitas.Saya kenal betul dengannya.Malah, dia mempunyai syarikat besar di pitas :)
Dari itu, di ucapkan tahniah kepada pemenang dan teruskan usaha anda dalam bidang muzik ini...
SABAH GAMES atau SAGA adalah sukan tahunan di negeri di bawah bayu yang kita cintai ini.Dimana, pada kali ini dalam tahun 2015, TAWAU menjadi tuan rumah.
Selama lebih kurang seminggu para atlet seluruh daerah yang ada di sabah ini akan berkampung di Tawau.pelbagai acara di pertandingkan dan yang pasti emas akan menjadi milik si juara.
Apa yang menarik perhatian pada penganjuran SAGA tahun ini adalah sebuah penganjuran pesta pakaian yang kini hangat dan dapat sambutan di setiap pelusuk negeri iaitu BUNDLE.
Saya difahamkan hampir 50 buah canopy bersaiz 20x20 disediakan untuk pengusaha perniagaan BUNDLE ini.Dan yang paling menariknya, penyertaan peniaga atau seller bundle ini bukan datang dari sabah sahaja.malah ada yang datang dari luar sabah.Seperti yang kita sedia maklum, OTAI BUNDLE kita iaitu BABA SHARIN juga sudah berada di TAWAu dan kini sedang dalam persiapan menyediakan barang pameran untuk pengunjung pesta tersebut.
PESTA BUNDLE ini kini sudah mampu menarik leboh ramai pengunjung serta rasanya ini sudah boleh di jadikan acara tahunan oleh kementerian pelancongan.
Oklah, apa pun kepada seller yang sudah berada di Tawau, teruskan usaha dan menaikkan nama industri pakaian terpakai yang berkualiti & berjenama ini.Jangan pandag serong atau sebaliknya.Debaik baiknya, pada yang tak tahu apa itu bundle dan nilai sehelai pakaian vintage itu, jom datang ke pesta ini dan berkenalan dengan seller seller yang lebih mahir dan ariff tentang nilai sesebuah barangan atau pakaian vintage tersebut.
p/s
malangnya, saya ndak dapat turun tawau ata ada urusan keluarga..:(
TUAH ayam nampak di kaki, namun TUAN PAPRIQA? apa lagi, nampak hujung bulan ini lah.Dimana, pemain bass atau abang sulung kepada 3 beradik ini iaitu TUAH akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati tak lain dan tak bukan NANA.
Ha, tu lah nama pengantin kita yang akan bersanding pada hari ahad ini di Kg Tajau, Tuaran Sabah.Sesiapa yang tak sure, boleh klik disini https://www.facebook.com/events/1435538770095383/
Alhamdulillah, ramai member dah mengakiri zaman bujang mereka.kepada TUAH, selamat pengantin baru dan moga kekal keanak cucu.
Insyallah, saya ada hadiah untuk awak.Tak lah mahal sangat.tetapi, hanya itu yang mampu saya berikan.APA? nanti lah.mana buli kasi tau.lepas kawen saya kasi.SUPRISE....




































