HANYA 2 JAM

by 9:17 AM 0 comments

Hanya 2 jam diperlukan untuk lukisan di dinding itu.Kata brader yang bertopi (kiri sekali) kepada saya pada semalam.Kami mula melukis dinding ini seawal jam 10 pagi pada hari ahad lepas.Dan selesai sekitar jam 1 tengah hari.Sesudah itu, kami pulang dan berehat dan kembali pada malam harinya.

Terkejut juga, bila mana kawasan sekitar lukisan itu sudah mula di penihi oleh kunjungan orang ramai.Ada yang datang membawa bunga sebagai tanda hormat akan mangsa kejadian.ada juga yang menyalakan lilin.Serta tidak dinafikan, ramai yang berdoa akan kesejahteraan warga ranau, khususnya malim gunung serta mereka yang telah pergi buat selama lamanya.




Antaranya adalah lukisan terbaru dari CrackoArt Group. kumpulan anak anak muda yang berbakat dan mempunyai jiwa besar dalam penghasilan grafiti sekitar Sabah.mereka sering kali mengadakan pameran lukisan, gambar dan hasil seni di Kota Kinabalu.

Bagi hasil kerja THE UNSUNG HEROES (5 Jun 2015) yang mana gambar di atas dinding tersebut adalah adaptasi sebuah gambar seorang malim gunung iaitu RIZUAN KAUHININ.


Gambar ini diambil sewaktu beliau menyertai misi menyelamat mangsa gempa bumi yang berlaku di gunung kinabalu jumaat lepas.Apa yang membanggakan warga sabah khususnya adalah keikhlasan beliau memikul salah seorang mangsa tersebut.Dimana, tanpa berfikir siapa mangsa itu, dari masa asal usulnya, apa agamanya, dia tetap selamatkan dan bawa turun ke tempat yang lebih selamat.

Malah, bukan Rizuan sahaja, ramai lagi malim gunung yang terlibat dalam operasi awal menyelamat mangsa ini.Berdasarkan gambar ini, ramai masyarakat dunia mula menghormati dan tersentuh akan semangat yang ditunjukkan oleh malim malim gunung ini.

Gunung kinabalu bukan satu laluan yang rata atau mudah di naikki.Apatah lagi jika anda membawa beg atau barang di bahu.bayangkan, malim gunung (guide) ini memikul mangsa dari puncak turun ke bawah.Rasanya jarak yang harus di lali melebihi 6km.Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang tidak rata kesan gegaran.



Apa pun, TERIMA KASIH kepada CRAKOART GROUP atas sumbangan anda dalam memperingati kejadian 5 Jun 2015 yang lepas. Kini seluruh warga sabah mempunyai tempat untuk menyampaikan kata kata terakhir, doa serta jambangan buga buat mereka yang telah pergi.

Anda boleh klik disini utk vedio  penghasilan seni grafiti disini >>> The Unsung Heroes

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..