Oktober Disaster anjuran The Rebel Union telah berlangsung dengan jayanya.Dimana, mereka merupakan antara penganjur gigs yang boleh di katakan berjaya.Kepada saya ckap macam tu? yalah, ramai yang cakap scene muzik makin slor dan teda orang mau beli tiket kalau ada gigs.Kenyataannya, hampit kesemua tiket yang mereka jual SOLD OUT.
Gigs kali ini merupakan gigs yang membantu sebuah kumpulan dari KL iaitu TRES EMPRE mengadakan TOUR di Sabah.Dimana, mereka telah memilih KOTA KINABALU sebagai tempat persingahan.Kali ini, TRES EMPRE mempertaruhkan album terbaru mereka yang berjudul ANTAGONIST.
Ramai juga yang telah mendapatkan ALBUM mereka ini.Dimana, ianya di jual dengan harga RM25 sahaja.Bukan itu sahaja, Tshirt serta stiker Tres Empre juga ada di jual.Siap bleh beli secara COMBO lagi.Merch ini hanya boleh di perolehi masa band ini mengadakan gigs sahaja.Selain itu, ianya juga boleh di beli secara online melalui FB page Tres Empre.
Kali ini, 8 buah kumpulan pengiring di pilih oleh penganjur.Yang mana, secara kebetulan, beberapa buah band ini berasa dari daerah Papar.Iaitu BENEVOLENT, PANTS TAPE & PLUMFILED.
Sebelum masuk untuk menyaksikan gigs, anda dihidangkan dengan hasil kreativiti anak anak muda tempatan.Iaitu jualan LOKAL CLOTHING dari Jesselton 11, COMRADE & MONDO BORNEO.3 branding ini antara suppoting lable untuk gigs ini.Banyak stock dan rekaan terbaru mereka pamerkan untuk di beli.Alhamdulillah, jualan agak memberangsangkan.
Kepada organiser, kalau ada terkurang atau tersilap masa saya mengendalikan pentar sekitar sejam lebih, saya mohon maaf.Tapi, best plak tau jadi emcee untuk gigs ni.Bukan apa, kita dapat mengenali sesebuah band tu dengan lebih dekat.Selain ahli kumpulannya, genre lagunya juga kita akan kenali.Next time, kalau ada peluang, roger roger jak aah :P
Secara keseluruhannya, persembahan dari band pada kali ini memang memuaskan dan amat bertenaga.Pelbagai genre muzik dapat di satukan di atas pentas gig ini.Antara genrenya adalah GRUNGE, METALCORE, DEATHCORE dan POST HARDCORE.
Sememangnya, kemunculan band band baru amat diharapkan dalam pihak penganjur mencuba memperlihatkan bakat anda dalam bidang muzik ini.Kesabaran serta keserasian dalam sesebuah kumpulan kena dititik beratkan.Bukan mudah hendak berjaya.Pelbagai onak duri dan liku harus dilalui.Apa pun, TAHNIAh kepada anda semua, kerana anda telah menjawab soalan yang di ajukan oleh masyarakan sekeliling yang LOKAL BAND tetap ada sambutan dan pastinya penganjuran gigs sebegini rupa akan senantiasa diadakan.
Acara kemuncak pada hari itu adalah persembahan dri kumpulan TRES EMPRE.Sememangnya, corak persembahan yang mereka persembahkan memukau crowd yang hadir didalam karamunsing Room ini.Lihat sahaja, didalam gambar diatas, in baru sikit.kerana jumlah pengunjung waktu itu dianggarkan mencecah 200 orang.
kepada penganjur THE REBEL UNION, perjuangan anda semua memang berbalio dan harus di teruskan.Kerana pemuzik pemuzik ini memerlukan anda.dengan adanya acara sebegini rupa, mereka dapat mengisi masa lapang serta menambah lagi skill serta mencuba meceburkan diri dalam bidang muzik.
Insyallah, saya dan team onlineFM akan cuba membantu anda sedaya termampu dalam mempromosikan gig gig akan datang...:)