Showing posts with label band KL. Show all posts
Showing posts with label band KL. Show all posts


Oktober Disaster anjuran The Rebel Union telah berlangsung dengan jayanya.Dimana, mereka merupakan antara penganjur gigs yang boleh di katakan berjaya.Kepada saya ckap macam tu? yalah, ramai yang cakap scene muzik makin slor dan teda orang mau beli tiket kalau ada gigs.Kenyataannya, hampit kesemua tiket yang mereka jual SOLD OUT.


Gigs kali ini merupakan gigs yang membantu sebuah kumpulan dari KL iaitu TRES EMPRE mengadakan TOUR di Sabah.Dimana, mereka telah memilih KOTA KINABALU sebagai tempat persingahan.Kali ini, TRES EMPRE mempertaruhkan album terbaru mereka yang berjudul ANTAGONIST.

 

Ramai juga yang telah mendapatkan ALBUM mereka ini.Dimana, ianya di jual dengan harga RM25 sahaja.Bukan itu sahaja, Tshirt serta stiker Tres Empre juga ada di jual.Siap bleh beli secara COMBO lagi.Merch ini hanya boleh di perolehi masa band ini mengadakan gigs sahaja.Selain itu, ianya juga boleh di beli secara online melalui FB page Tres Empre.


Kali ini, 8 buah kumpulan pengiring di pilih oleh penganjur.Yang mana, secara kebetulan, beberapa buah band ini berasa dari daerah Papar.Iaitu BENEVOLENT, PANTS TAPE & PLUMFILED.


Sebelum masuk untuk menyaksikan gigs, anda dihidangkan dengan hasil kreativiti anak anak muda tempatan.Iaitu jualan LOKAL CLOTHING dari Jesselton 11, COMRADE & MONDO BORNEO.3 branding ini antara suppoting lable untuk gigs ini.Banyak stock dan rekaan terbaru mereka pamerkan untuk di beli.Alhamdulillah, jualan agak memberangsangkan.


Sedikit kejutan berlaku dimana saya di minta mengacarakan acara ini sebab emcee mereka terlewat sampai atas sebab sedang menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan kumpulan TRES EMPRE.Memang saya tidak pernah mengacarakan gigs sebelum ini.Ternyata, auranya memang jauh berbeza dari OPEN STAGE.Ini kerana, gigs adalah satu acara yang memerlukan seseorang emcee itu tahu tentang scene muzik yang berlaku.Sebagai percubaan, saya memberanikan diri jak la naik di pentas tersebut.

Kepada organiser, kalau ada terkurang atau tersilap masa saya mengendalikan pentar sekitar sejam lebih, saya mohon maaf.Tapi, best plak tau jadi emcee untuk gigs ni.Bukan apa, kita dapat mengenali sesebuah band tu dengan lebih dekat.Selain ahli kumpulannya, genre lagunya juga kita akan kenali.Next time, kalau ada peluang, roger roger jak aah :P

 

 

 


Secara keseluruhannya, persembahan dari band pada kali ini memang memuaskan dan amat bertenaga.Pelbagai genre muzik dapat di satukan di atas pentas gig ini.Antara genrenya adalah GRUNGE, METALCORE, DEATHCORE dan POST HARDCORE.

Sememangnya, kemunculan band band baru amat diharapkan dalam pihak penganjur mencuba memperlihatkan bakat anda dalam bidang muzik ini.Kesabaran serta keserasian dalam sesebuah kumpulan kena dititik beratkan.Bukan mudah hendak berjaya.Pelbagai onak duri dan liku harus dilalui.Apa pun, TAHNIAh kepada anda semua, kerana anda telah menjawab soalan yang di ajukan oleh masyarakan sekeliling yang LOKAL BAND tetap ada sambutan dan pastinya penganjuran gigs sebegini rupa akan senantiasa diadakan.



Acara kemuncak pada hari itu adalah persembahan dri kumpulan TRES EMPRE.Sememangnya, corak persembahan yang mereka persembahkan memukau crowd yang hadir didalam karamunsing Room ini.Lihat sahaja, didalam gambar diatas, in baru sikit.kerana jumlah pengunjung waktu itu dianggarkan mencecah 200 orang.

kepada penganjur THE REBEL UNION, perjuangan anda semua memang berbalio dan harus di teruskan.Kerana pemuzik pemuzik ini memerlukan anda.dengan adanya acara sebegini rupa, mereka dapat mengisi masa lapang serta menambah lagi skill serta mencuba meceburkan diri dalam bidang muzik.

Insyallah, saya dan team onlineFM akan cuba membantu anda sedaya termampu dalam mempromosikan gig gig akan datang...:)


Fuhh, lama jugak saya tak update blog ni kan.ternyata memang BZ dengan beberapa perkara yang melibatkan onlinefm dan sebagainya.so, kebetulan hari ni ada free time ,let me open a new story pasal apa yang berlaku di KK baru baru ini.

Seperti dalam gambar yang anda lihat diatas, The Rebel Union telah tampil dengan kesimabnungan acara tahunan mereka iaitu TURN UP THE VOLUME untuk tahun ketiga pada 4 Mei 2013 lepas.Sehari sebelum my birthday woo..:)

Saya ada hadirkan diri di vanue tersebut iaitu Roof Top Star City seawal jam 11pagi.Terkejut jugak la,bila lihat dalam flyers gigs mula jam 11pagi,tapi satu orang pun belum ada.Yang kelihatan hanyalah beberapa petugas sound sistem yang baru mula membuat persiapan pentas.


Kelewatan sebegini adalah asam garam dan lumrah dalam mana mana gigs yang dianjurkan.Kebiasaannya ianya akan lewat sekitar sejam dua.Ini kerana ingin memastikan segala kelengkapan backline & p.a sistem berada dalam keadaan yang memuaskan band yang bakal membuat persembahan.

TUTV #3 kali ini mendapat support dari beberapa pihak.Antaranya pengusaha makanan barat dan juga berger.Satu kelainan yang ditampilkan oleh The Rebel Union kan..:)


Kali ini, pihak penganjur telah menjemput beberapa band luar KK.Antaranya adalah kumpulan S.O.G.Yang mana band ini sudah memiliki fans yang tak kurang ramainya sekitar KK ini.Saya sempat juga bersembang dengan salah seorang dengan mereka sewaktu mereka selesai membuat sound check.

Oleh kerana masa yang saya ada tak banyak,saya terpaksa berundur dari lokasi gigs seawal jam 3 petang atas sebab yang tak dapat dielakkan.Walaubagaimanapun, sememangnua gigs ini meninggalkan kenangan yang hapenning bagi yang membeli tiket dan have fun dengan band band yang membuat persembahan.

Untuk melihat koleksi gambar gambar sewaktu gigs, sila kunjungi LINK INI yang mana mereka adalah official photographer bagi gigs TUTV sejak bahagian pertama lagi.Sememangnua Revolution On Motion adalah pakar dalam ambik gambar acara gigs.

Insyallah, tahun hadapan Turn Up The Volume #4 akan menanti dan pastinya menjanjikan suatu yang lebih power dari sebelum ini.teruskan memberi support kepada band band local yang kita miliki di Malaysia ini.
Pesawat

Alah relex lahhh bro,jangan suspen bila lihat tajuk artikel tu.Tapi,memang benarpun yang Pesawat akan mendarat di Likas.Atau secara detailnya mereka akan mendarat di Skatepark likas.Yang pasti pesawat yang saya maksudkan adalah kupulan indie band yang dikenali dengan lagu MIGARE, HITAM dan BINGIT tu lah.hehehehhehe...

Kumpulan ini bakal membuat persembahan di Skatepark Likas pada minggu hadapan iaitu 24 hb November 2012.Ini bersempena Cons Malaysia Skate Tour Party yang mana menyediakankan pelbagai aktiviti kepada warga skaters yang ada di sekitar Sabah terutamanya di bandar Kota Kinabalu.Maklumat lanjut,anda boleh lihat melalui link tersebut.



Bukan sahaja kumpulan Pesawat yang akan membuat persembahan,kita juga akan dihapenningkan oleh band dari Kota Kinabalu sebagai pembuka tirai pada hari tersebut.Band ini telah berjaya terpilih membuat persembahan dalam event ni.Apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada kumpulan Chamomile & kumpulan Pants Tape.Sememangnya kedua dua kumpulan ini mempunyai crowd yang tersendiri dan pastinya menjanjikan suatu persembahan yang MANTAP.

Chamomile


Pants Tape

Jadi,pastikan anda get ready apa yang patut seperti kamera DSLR, dan reload handfon anda awal awal sebab disana amat sukar nak cari kedai reload.Sama sama kita have fun dan lihat program yang disediakan oleh penganjur kali ini iaitu CONVERSE.besar kemungkinan,mereka akan ada buka booth untuk jual kasut.

Yang pasti,datang ramai ramai untuk bagi support kepada 3 buah band yang telah tersenarai akan membuat LIVE JAMM di pentas SkatePark Jungle Likas.