Saat TERINDAH bagi HONEST

by 1:55 PM 0 comments

BRO, Kumpulan HONSET menang JUARA LAGU KENINGAUFM...

Itulah caption yang saya lihat yang mana di posting oleh seorang rakan FB saya iaitu ANN.Status FB itu di posting sebaiksahaja kumpulan HONEST di nobatkan sebagai JUARA.Pada mulanya saya tak berapa endahkan sangat.Sebab masa tu, saya juga agak sibuk dengan program yang berlangsung di KK.

Selagi saya lihat secara detail didalam FB selang sejam,Wowww, sudah ada gambar gambar HONEST menerima hadiah di atas pentas.Pada masa itu, ada sedikit menyesal juga sebab tidak dapat turun keningau bagi menyaksikan mereka membuat persembahan.Akan tetapi, rezeki sudah memihak kepada mereka, so TAHNIAH Honest..




Itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan muzik yang masih lagi baru dalam arena pentas lagu.Apatah lagi di kategorikan dalam TOP 5, mungkin tak semua yang memilih mereka.Akan tetapi, kekuatan lirik lagu TERINDAH mungkin menambat hati juri yang mengadili persembahan mereka pada hari itu.

(Moll, Adee, Criss, Clinton,James, Man & Jamri)

TERINDAH, itulah single pertama mereka yang juga tersenarai didalam album komlipalsi band band keningau.Dimana lagu ini mereka sendiri yang menhantarkan untuk di mainkan di radio keningauFM.pada mulanya, hanya nak minta putarkan sahaja.untuk diperdengarkan pada rakan rakan seperjuangan serta kawan kawan.Akan tetapi, lagu ini telah di calonkan disalam CARTA keningauFM.Nahhh, apa lagik.Peluang sudah terbuka.



Pada masa yang sama, pakaian mereka telah di taja oleh salah satu jenama TSHIRT tempatan yang juga membawa nama keningau di persana scene local branding iaitu KALAWON CLOTHING.Nampaknya, lepas ini akan ramailah belia & beliawanis sekitar daerah keningau akan membeli dan menjadikan koleksi peribadi akan baju baju KALAWON ini.

Selepas sahaja mereka di nobatkan sebagai juara,amat jelas kelihatan publisiti nama HONEST sudah naik mendadak.Kurang dalam 3 hari, FB page mereka mendapat LIKERs yang ramai.malah, ada andatara mereka sudah mula di kerumini oleh peminat peminat baru yang ingin mengambil gambar dengan local artis yang di nobatkan sebagai juara ini.Alhamdulillah, HONEST sudah jadi artis tempatan.Itu sudah membawa satu kesan positif dan semangat bagi pemuzik pemuzik tempatan, khususnya band band indie Keningau.

Diharap lepas ini, band band indie yang berasal dari keningau aian menurut jejak langkah seperti Honest.Yang mana sebelum ini, kumpulan BUZZING JOKER antara pelopor kepada band yang amat dikenali di daerah tersebut.Kini Honest telah mengikut jejak langkah mereka.Lepas ini diharap Calender Band, Senyum Band, Penguin, dan ramai lagi tu yang menanti untuk naik di pentas juara lagu.

Pada yang tidak berkesempatan melihat persembahan HONEST semasa acara final tempoh hari, anda boleh lihat vedionya di sini https://www.facebook.com/photo.php?v=879324802095917

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..