"Ni lah dia 2nd DEMO kami.tiada yang istimewa.Kami hanya mau berkongsi muzik & minat kami..."
Antara kata kata low profile dari band yang berasal dari Lahad Datu ini.Mereka ialah Sludgy yang mana antara salah sebuah band membawa muzik grunge di Sabah ini.Kini mereka sedang mempromosikan demo terbaru mereka kepada sahabat terdekat mahupun sesiapa sahaya yang sudi mendengar karya mereka.
Sludgy yang berasal dari daerah Lahad Datu sudah ujud sejak tahun 2005 lagi dipersana underground scene ini.Band yang berteraskan muzik grunge ini sememangnya sebuah band yang mempunyai potensi besar dalam muzik yang mereka ketengahkan.Seperti biasa, mereka juga mempunyai impian untuk bermain di pentas gigs sekitar Sabah.Malah,meyimpan impian untuk membuat persembahan di luar Sabah sekiranya diberi peluang oleh mana mana orgaizer.
Tahun 2013 amat bermakna bagi kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang jejaka hebat ini.Dimana mereka sedang mempromosikan DEMO mereka.Tidak perlu membeli,kerana ianya boleh diperolehi secara percuma sahaja.
Didalam demo ini memuatkan 5 buah lagu 100% ciptaan dan arrangement mereka sendiri.Inilah yang saya amat suka dan salute pada belia belia yang cenderung pada muzik.Mereka mampu menghasilkan sesebuah lagu mengikuti test mereka sendiri.Lirik dan susunan lagu dari mereka amat sesuai dengan pembawan band ini.Beberapa lagu dalam CD ini sudah pun di mainkan di onlinefm.Antaranya Drink to high & Incest.
Apa pun, pada suppoter band band indie di luar sana, jangan lupa dapatkan DEMO dari kumpulan Sludgy ini.Korang boleh nilai dan berikan komen yang membina bagi band ini memperbaiki kelemahan untuk masa akan datang.Mereka perlukan support anda untuk terus maju.
Keep support our local act, coz kalau bukan kita,siapa lagi