Showing posts with label Band Tawau. Show all posts
Showing posts with label Band Tawau. Show all posts

Noisy Crush kini berada Di indonesia bagi menghadirkan diri atas jemputan bermain gigs di pentas yang terletak di Tangerang, Indonesia.Dijadualkan mereka akan membuat persembahan pada hari ahad ini iaitu 24 Ogos 2014.

Ini merupakan langkah pertama mereka mempromosikan karya kecil mereka di luar negara.Kalau sebelum ini, Kumpulan Memory Of Natache pernah membuat TOUR seminggu di 5 buah daerah.kini tiba masa untuk band dari Tawau ini pula.


Noisy Crush bertolak ke Indonesia pada hari Khamis lepas.memang awal mereka kesana.kerana mereka ingin bertemu dengan beberapa orang komposer yang terkenal di Indonesia.Antaranya salah seorang line up kumpulan COKLAT.Dimana kelihatan Noisy Crush telah tiba dan beramah mesra di studio KIKAN.


Apapun, di ucapkan SEMOGA SUKSES kepada kumpulan NOISY CRUSH atas peluang membuat persembahan di panggung Indonesia.gunakanlah peluang ini sebaik mungkin, Jalinkan ikatan kukuh dengan EO di sana agar hubungan akrab muzik ini akan sentiasa berterusan.

dengan cara ini, band band lokal dapat menimba pengalaman serta melihat kekuatan pengaruh muzik di Indonesia untuk di teraokan di tempat sendiri.akan tetapi, tidak semua yang kita lihat di indonesia dapat di gunapakai di tempat kita.kerana, ketetapan undang undang dan budaya.Apapun, good luck guyz...



TRIBUTE TO NIRVANA, itulah gigs yang berlangsung minggu lepas. Gigs ini di kendalikan oleg penganjur yang sudah tidak asing lagi di Kota Kinabalu ini iaitu THE REBEL UNION.Sebuah gerakan juga kumpulan yang sentiasa mencari jalan dan cara untuk mengetengahkan bakat bakat baru dalam live stage secara underground.


Masa inilah kita akan di hidangkan dengan CD DEMO/EP dan adakalanya ALBUM dari band band bawah tanah ini.Yang mana merch merch ini tidak akan dapat di pasaran atau kedai CD di shopping Complex.Setiap CD di jual dengan harga yang berpatutan.Antaranya Rm5, Rm10 dan paling tinggi pun RM30 iaitu sekeping CD & Baju T dari band tersebut.


Kelihatan salah seorang pengujung sedang melihat baju baju T dari band band local ini.Dijual dengan harga yang berpatutan.Dan kebanyakkan rekaan baju T ini memang hebat dan mempunyai mesej yang tersendiri.Pelbagai rekaan serta tona warna akan terlihat sewaktu gigs gigs ini dianjurkan.


Kelihatan beberapa orang pelancong juga berada disekitar lokasi gigs.Secara tak langsung, mereka berkenan untuk membeli kolekso T dari local branding.Kalau anda lihat di dalam gambar di atas, Big Boss "MONDO BORNEO" iaitu brader Anas sedang melayan permintaan dari 2 orang pelanggannya.Wahh, masyukkk bro..:)



Tidak ketinggalan juga, TABUNG PALESTIN , STICKER serta beberapa merch dari AMAN PALASTIN juga tersedia untuk di jadikan barang koleksi peribadi. Wang tersebut akan dimasukkan kedalam tabung derma yang disediakan. Crew Crew yang bertugas juga prihatin serta senentiasa mencari sokongan dari belia di luar sana utk membantu secara tak langsung.


MUNTAH DARAH (kk) adalah antara kumpulan yang menarik perhatian saya.Dimana vox mereka iaitu Shahrul tampil dengan membawa bendera Palestin.Walaupun mereka dikelani dengan antara band GRIND yang hebat, namun isu kekejaman yang berlaku di Palastin tidak pernah di abaikan.Semestinya showmanship dari band ini confirm tidak mengecewakan saya.Cara pemakaian serta atitude di atas pentas antara kunci kejayaan mereka mendapat jemputan sering kali di pentas underground.Muntah Darah memang antara band terbaik..


WRATH OF EDEN (twu) antara band yang datang untuk menghiburkan warga KK yang telah membeli tekit gigs ini.Persembahan yang bertenaga serta showmanship yang mantap membuakan crowd sing along dan membuat moshing yang terkawal.


Eyes Of Full Insect merupakan band yang bukan calang calang hebatnya juga.Ini merupakan kali pertama saya menyaksikan persembahan mereka.Inilah kelebihan band yang mempunyai 2 orang vokalis.Support each others antara kedua dua penyanyi memang hebat dan terbaik.Mereka tidak pernah kenal erti penat atau pancit atas stage.Malah, suppoter mereka semakin HYPE bila mana mereka mula perfom.


Ayin@Goyang72 merupakan line up jemputan untuk Band eyes of full insect.Kalau saya tak silap, Ayin menguasai teknik DUPSTEP serta penggunaan beberapa gadjet elektro yang mengeluarkan bunyi bunyian yang canggih dan mampu membuatkan crowd depan stage semakin moshing.Lagu terakhir dari band Eyes of full inset ft Ayin memang best.Saya lupa apa sudah tajuknya.Tapi, melodinya memang best.Kalau ada CDnya di jual, saya nak beli...

Sebenarnya ramai lagi band yag perfom msa gigs ini. Anda boleh check out melalui link ini Tribute To Nirvana Pic.

Secara kesimpulannya, penganjur telah membuktikan yang scene underground tidak akan pupus atau berkubur.Malah, scene ini akan mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Bukan sahaja di Kota Kinabalu, malh kelihatan ada beberapa buah daerah di sabah sudah mula aktif dengan aktiviti muzik gigs ini.Kita harus memberikan support dari segi moral dan kata kata semangat di laman media sosial.

Teruskan menyokong band band lokal sabah, kerana...



Noisy Crush adalah satu nama band yang sudah tidak asing lagi sekitar Sabah khususnya daerah Tawau.Yang mana genre muzik band ini berteraskan kepada grunge.Mereka ini berasal dari daerah tawau yang mana satu tempat yang terdapat ramai band band hebat dan mantap.

Pada bulan November akan datang, mereka iaitu Noisy Crush akan membuat persembahan di Kuching Sarawak.Siapa sangka, kumpulan yang terdiri dari 3 orang belia Tawau ini mendapat peluang untuk membuat persembahan di sana.Satu tempat yang mempunyai supporting crowd grunge yang hebat.Ini menampakkan bahawa mereka sudah mula memberanikan diri untuk mempamerkan kekuatan muzik mereka luar dari daerah Tawau.


Ini salah satu contoh yang harus di jadikan cabaran untuk band band diluar sana yang mana mencuba untuk membuat persembahan di luar daerah sendiri.Tetapi, sebelum itu,pastikan muzik anda itu mantap dan keserasian setiap ahli kumpulan memang sudah tidak boleh dinafikan.Serta mencuba mewujudkan fans di setiap tempat agar anda mendapat crowd yang loyal :)

Semestinya, KOS ataupun BUDJET adalah alasan kuat yang menghalang mana mana band untuk mencuba nasib di tempat orang.Tetapi, bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Buktinya, sudah tercatat nama Noisy Crush di flyers diatas sebagai salah sebuah band yang bakal membingitkan Sarawak Grunge Fest. Mereka satu satunya band dari Sabah yang tersenarai dalam gigs tersebut.

Apa pun, good luck & teruskan usaha anda untuk membawa nama Tawau Grunge band ke serata tempat.Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk sediakan beberapa keping CD lagu single kamu untuk dihadiahkan kepada fans & crowd yang bakal menyaksikan persembahan anda :)

Punya lama saya tak update dengan blog ini.Fuiyooooo, macam kena kasi abai sudah tau.Tapi,mau buat macamana jugak kan.Terlalu banyak perkara yangmau di buat.Inilah akibatnya.Kalau dulu setiap hari ada jak artikel saya buat.Tapi,indak apalah.Kali ini,saya nak berkongsi ceria mengenai Battle of the band yang berlngsung di Tawau minggu lepas.

Haaaa, memang terkejut juga bidal dapat maklumat 4-5 bulan lepas dari beberapa orang sahabat yang berada di Tawau.Dia bagi tau,dimana tak lama lagi tawau nak anjurkan battle.Dia cakap,ok kah?Hishhhh, siapalah saya mau jawab soalan tu kan.Perkara baik,mestilah diharapkan ok sahaja.

Seminggu sebelum battle, saya mendapat tugasan di daerah Tawau.Almaklumlah,dah krja kesana kesini sekitar Sabah.So,saya dapat peluang bersua muka dengan orang kuat disebalik penganjuran battle of the band di Tawau ini.

KELAB PEMUZIK 1 MALAYSIA TAWAU, adalah pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran battle of the band yang menjadi titik tolak kebangkitan semangat pemuzik pemuzik didaerah Tawau ini dan yang hampir dengannya.KP1MT dibawah pimpinan brader ASDAR telah memberanikan diri untuk mencari satu medium bagi belia belia Tawau dan juga tidak ketingga;an Beliau Beliau yang memang telah bergiat aktif dalam seni muzik ini.Jangan ingat usia mereka dah berstatus beliau,mereka tak hebat.Kalau di ikutkan dari segi tenaga atau showmanship,memang YA,mereka tak sehebat 20-30 tahun lalu.Tetapi, kalau di bandingkan pengalaman mereka,sudah tentu wang ringgit tak mampu dijadikan tukaran.

Pada mulanya, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mencari 20 buah kumpulan sahaja yang ada di Tawau (tertutup Tawau). Akan tetapi, disebabkan permintaan terlalu ramai dari luar Tawau, last minit,penganjur telah membuat keputusan untuk MEMBUKA kepada mana mana band sekitar Sabah.

Sewaktu dijemput hadir semasa mesyuarat penganjur 5 hari sebelum battle, beberapa AJK penganjur ada juga bertanyakan saya mengenai pengalaman melihat battle di Kota Kinabalu.Saya yang kurang arif ini hanya mampu berkongsi beberapa tips dan pengalaman sahaja.Selebihnya terpulang kepada penganjur untuk menilai baik buruk yang bakal berlaku.



Ternyata, persiapan rapi dari pihak penganjur membuatkan saya yakin dan teringin menghadiri acara selama 2 hari tersebut yang jatuh pada tanggal 25 & 26 May lepas Tetapi,apa kan daya.Dalam minggu tersebut saya terpaksa melaksanakan tugasan luar sehingga hari khamis malam.Memang ada kecewa sedikit sebab tak dapat nak lihat band band Tawau perfom.Almaklumlah, saya tak berapa kenal band band lama di Tawau ini.Yang saya kenal hanya band band baru yang terdiri dari kalangan belia belia muda.Serta beberapa rekoding studio.

Setelah melihat koleksi gambar gambar yang ada di laman page KP1MT,saya dah tahu bahawa event tersebut memang gempak dan havoc.Mana tidaknya, bukan setakat battle,pelbagai acara telah di aturkan untuk warga Tawau.Antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Karaoke, booth jualan makanan serta pakaian dan maca macam lagi.

Kepada yang ingin melihat gambar gambar battle, anda boleh lihat di sini Tawau Fiesta 2013.Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada penganjur iaitu KP1MT atas kejayaan mengendalikan program ini.Walaupun ada beberapa perkara yang berlaku mengenai ketidakpuashati peserta terhadap penjurian, ianya adalah asam garam dalam mana mana pertandingan.Sedangkan WORLD CUP pun ada protess, ini lagi battle yang macam ni kan..:)

Diharap, selepas ini, program ini dapat dimasukkan kedalam kalender tahunan Sabah dan sedikit sebanyak ianya dapat menjana sektor pelancongan di Tawau.Ianya dapat membuka peluang perniagaan kepada warga tawau sendiri selaian menikmati hiburan serta program yang bakal di laksanakan.

p/s
Insyallah, next time OnlineFM dapat berkolaborasi dalam menjayakan acara tahunan ini...:)