X Commando & Paravel masuk FINAL

by 9:43 AM 0 comments


beberapa hari lepas, ada satu pertandingan BATTLE OF THE BAND telah berlangsung di Sepanggar.Dimana penganjurnya dalah TLDM.Ianya bersempena HARI TERBUKA TENTERA yang berlangsung bada hari sabtu & ahad lepas.

Dalam masa yang sama,satu pertandingan battle of the band telah diadakan bagi memeriahkan suasana hari tersebut.Dengar cerita,lebih 20 buah kumpulan yang terpilih untuk bertanding.Cuma, maklumat ini tidak diperluaskan oleh pihak penganjur atas sebab sebab yang kurang diketahui.Walaubagaimanapun,terima kasih diucapkan kepada pihak TLDM kerana menyediakan ruang untuk pemuzik pemuzik sekitar Kota Kinabalu untuk memperlihatkan bakat muzik mereka di atas pentas battle.

Awal pagi ahad,saya mendapat satu panggilan telefon dari seorang sahabat FB.Dimana beliau memberitahu bandnya telah terpilih untuk masuk FINAL dalam acara battle saringan malam minggu tersebut.Malah, terdepat beberapa buah band fav juga telah terpilih untuk berentap untuk Final.



X Commando, 7th hatred Conffesion & Paravel antara 3 buah kumpulan yang dikenali sekitar Kota Kinabalu juga terpilih memasuki acara FINAL yang jatuh pada 27 April 2013.Menurut sumber,acara FINAL tersebut akan diadakan di hadapan Hotel Promenade.Wawwww...lokasi yang mantap.

Apa pun,tahniah kepada band band yang telah terpilih untuk masuk final.Do your best & tunjukkan pada warga sekeliling akan bakat anda dalam muzik.kalah & menang adalah adat dalam pertandingan di dunia ini.Yang penting , ENJOY & Have fun atas stage.

p/s
kita jumpa di FINAL..:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..