Showing posts with label kalau bukan kita. Show all posts
Showing posts with label kalau bukan kita. Show all posts


beberapa hari lepas, ada satu pertandingan BATTLE OF THE BAND telah berlangsung di Sepanggar.Dimana penganjurnya dalah TLDM.Ianya bersempena HARI TERBUKA TENTERA yang berlangsung bada hari sabtu & ahad lepas.

Dalam masa yang sama,satu pertandingan battle of the band telah diadakan bagi memeriahkan suasana hari tersebut.Dengar cerita,lebih 20 buah kumpulan yang terpilih untuk bertanding.Cuma, maklumat ini tidak diperluaskan oleh pihak penganjur atas sebab sebab yang kurang diketahui.Walaubagaimanapun,terima kasih diucapkan kepada pihak TLDM kerana menyediakan ruang untuk pemuzik pemuzik sekitar Kota Kinabalu untuk memperlihatkan bakat muzik mereka di atas pentas battle.

Awal pagi ahad,saya mendapat satu panggilan telefon dari seorang sahabat FB.Dimana beliau memberitahu bandnya telah terpilih untuk masuk FINAL dalam acara battle saringan malam minggu tersebut.Malah, terdepat beberapa buah band fav juga telah terpilih untuk berentap untuk Final.



X Commando, 7th hatred Conffesion & Paravel antara 3 buah kumpulan yang dikenali sekitar Kota Kinabalu juga terpilih memasuki acara FINAL yang jatuh pada 27 April 2013.Menurut sumber,acara FINAL tersebut akan diadakan di hadapan Hotel Promenade.Wawwww...lokasi yang mantap.

Apa pun,tahniah kepada band band yang telah terpilih untuk masuk final.Do your best & tunjukkan pada warga sekeliling akan bakat anda dalam muzik.kalah & menang adalah adat dalam pertandingan di dunia ini.Yang penting , ENJOY & Have fun atas stage.

p/s
kita jumpa di FINAL..:)
Mdm Joanna Funk
Huhhh,masih ramai juga yang tertanya tanya mengenai ID aku iaitu LANGAU ni.rasanya dah lebih 50 orang kot.kalau nak ikut,penat juga kita explain kan.Tapi,dalam ramai ramai tu ada sorang yang betul betul serius nak mengenali aku di sebalik nama LANGAU ini.Dia adalah seorang yang amat peka dalam bidang muzik ini iaitu Mdm Joanna Funk.Dia adalah pemilik blog yang bertajuk Sabah songs yang mana menceritakan kepelbagaian program,bakat baru dan aktiviti yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu.Cuma,tu saja lah,dia menggunakan 100% bahasa orang puteh.hehehehe


http://sabahsongs.wordpress.com/
So,pada sesiapa yang mempunya persoalan atau ingin mengetahui KENAPA & MENGAPA saya gunakan nama LANGAU ini,sila baca di blog beliau ini iaitu on9fm internet djbro langau interview saya mengharap agar ANDA akan mengetahui secara detail dan terperinci.Kerana dialah yang pertama membuat AKTIKEL mengenai AKU...

Sekali lagi saya ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada dia kerana sudi dan sanggup membuat artikel mengenai aku yang teda teda ni...:)

Alahaiii,nak kata apa aah.Macam ni lah,apa apa pun just nak kata alhamdulillah dan syukur setelah 3 kali event ini di tunda atas pelbagai masalah yang di hadapi oleh penganjur iaitu Kementerian Belia & Sukan akhirnya pada tanggal 8 & 9 Oktober 2011 akan datang adalah hari bersejarah juga pada belia belia sekitar kota Kinabalu yang mana 2 hari tersebut di tetapkan sebagai Karnival Hari Belia Sabah.

Jadi,dalam banyak banyak aktiviti yang menjadi tumpuan saya secara peribadi adalah persembahan LIVE BAND dimana lebih 15 buah band akan membuat persembahan.tempat karnival ini berlangsung adalah di pejabat Kementerian Belia & Sukan yang teretak di daerah Putatan.Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini,korang boleh cek katy sini Karnival belia 2011 dan kat sini juga korang boleh lihat antara band band yang bakal mengegarkan pentas KBS tersebut.

Jadi make sure korang datang seawal jam 7 pagi kerana pelbagai acara dan program bakal berlangsung dan semestinga kebingitan LIVE BAND yang pasti mengegarkan suasana hari tersebut.jumpa di sanaaa...

Frontman Company
Dah lama aku nampak promo klip vedio ini dari band yang memang dah dikenali ramai iaitu Frontman Company.Sejak promo ini tersebar di internet,ianya merupakan satu VIRUs yang berjangkit pada band band lain.Bukan apa,ianya merupakan satu inisiatif yang bagus dimana band band kita(Sabahan) dah berani tampil dan mengeluarkan kos untuk menghasilkan klip vedio mereka sendiri dengan bantuan rakan rakan sekeliling.


Seperti band band lain Frontman Company juga menggunakan kepakaran Jason J bullah sebagai tukang buat klip vedio ini.Anda boleh lihat sendiri akan vedio promo di atas,best kan.tu baru promo,belum yang fill version lagi...

Teruskan menyokong band ini dan band band lain kerana kita harus bangga dengan adanya yang amat berbakat dan juga harus diketengahkan di persada industeri muzik tempatan

Bak kata seorang pujangga kalau bukan KITA,SIAPA lagi


Jon Paradise
JON PARADISE yang sebelum ini dikenali dengan lagu BOOK OF SCARED  & UPSIDE DOWN telah pun meriliskan klip vedio mereka yang pertama yang mana ianya sekali dengan single mereka yang ketiga iaitu DARK STREET.





Mereka menggunakan khidmat orang yang tak asing agi dalam pembikinan klip vedio iaitu Jason J Bulah atau lebih ramai mengenalinya sebagai TEMPASAK.Sebelum ini memang ramai band band lain menggunakan perkhidmatan beliau dalam pembikinan klip vedio

Kalau nak story panjang pun pasal klip vedio ini pun susah jugak.Better korang tengok dan hayati iktibar atau pesanan mereka iaitu JON PARADISE ini mealui klip vedio ini.

p/s
Macam aku femiliar la mamat 2 orang yang nak kacau aweks tu tapi dimana ya...

Mereka memang tidak ingin kehilangan anggota kumpulan,tapi dah rezeki masing masing nak buat maca mana kan.Dengar cerita pemain bass mereka iaitu Lukman akan meninggalkan kumpulan Harmonika ini atas sebab sebab tertentu.Akan tetapi ianya belum tentu lagi.Masih dalam perbincangan lagi...

Satu lagi info yang aku baru terima dimana mereka sedang menyiapkan lagu terbaru yang menggunakan khidmat Smile Studio .Sama sama kita nantikan akan lagu baru dari band ini.Dan pastinya akan di kongsikan di website onlinefm


Pumazazu
Dia ingin dikenali sebagai puma,tapi ramai member pangil dia Khai.so,mana mana pun ok bah kan.asal ada nama yang sesuai tuk dia.Mamat ini adalah seorang lagi pengiat muzik tempatan sekitar Kota Kinabalu.Aku dah lama kenal dia ni sejak aku bersama sama komuniti radio aku yang lama.Memang tak pernah aku lihat dia ni terlepas akan sebarang acara yang berkonsepkan muzik.



Puma juga merupakan salah seorang yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan aktiviti kumpulan JRock Sabah iaitu W.O.R.M.Sejak dulu hingga kini dia sering kali kelihatan bersama sama ahli anggota kumpulan tersebut.Dan selalu sibuk menguruskan program program yang melibatkan kumpulan tersebut.


Sebentar tadi aku terlihat lagunya terpampang di laman web onlinefm dimana terdapat 3 buah lagu dimuat naik di dalam web tersebut.Memang tidak dinafikan akan karya karya beliau ini.Kerana ianya adalah hasil yang lahir dari sab\nubari seorang insan yang bernama puma.cewahhhh,ayat2 aku ni mcm pok silap tau.hehehehe

Apa apa pun,kalau korang nak dengarkan lagu lagunya,jangan malu malu untuk cuba menilai dan menghayatinya.Sila layari lagu lagunya di sini

Sekiranya ingin mendekai beliau,cuba add dia sebagai teman anda di facebook.

p/s
lagu yang menjadi konterversi "KAU TULI KAH"...
Sessi Penerangan 
Ahamdulillah,pada 15hb yang lepas bertempat di Fook Yen cafe star city telah berlangsungnya sessi penerangan dan menandatangi kontrak antara band band yang hadir dengan syarikat Borneo Stereo Sdn Bhd yang dimiliki oleh salah seorang anggota kumpulan Azlan & The Typewriter iaitu Andy .

Antara band yang hadir pada maam tersebut adalah Merejeen,FrontMan Company,The Beskon,Rapsoul,Soundblazer,The Chihuahua,Kenapa Band,Angelstereo,wakil dari KKMP iaitu Rodie dan beberapa teman terdekat.

Bukan Caller Ring Tone sahaja yang telah ditawarkan kepada band band ini,malah perkhidmatan Publishing juga telah ditawarkan pada band band tersebut.Ini amat bagus untuk mereka berurusan dengan MACP dan membuka peluang kepada band band kita dibagi peluang untuk membuat persembahan di luar dari Sabah.

Sebenarnya panjang lagi penjelasan mengenai caller ring tone & publishing ini dan rasanya semua yang hadir telah paham akan perkara tersebut dan bersetuju menandatangi surat perjanjian yang di tawarkan kepada mereka


Andy Eve (Gitaris Azlan & The Typewriter)
Sebelum itu,aku sempat berbuak puasa bersama Andy dan seorang lagi temannya iaitu selaku manager kepada band Azlan & Typewriter dan juga beberapa orang artis lain.Antaranya Farah Fauzana

Felicia Goh (Manager ATT & Farah Fauzana)
 Seakan tak percaya yang aku berurusan dengan orang orang yang mempunyai pengaruh dalam industri muzik di Malaysia ini.Kalau dulu aku jumpa Kombat,kini anggota kumpulan Azan & typewriter serta manager mereka iaitu Felicia Goh .Alhamdulillah,apa yang di angan angankan menjadi kenyataan.Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk membangunkan EMPAYAR INDIE di Sabah ini terutamanya.

Album terbaru Azlan & The Typewriter
Alhamdulilah Andy dan Managernya telah menghadiahkan aku Album terbaru Azlan yang bertajuk PETAMINDA yang memuatkan 5 buah lagu best best.Antara yang menjadi lagu fav aku semestinya lagu ANUGERAH

PetaMinda Vol 1
Album yang mempunyai tanda tangan vokalis kumpuan ini iaitu Azlan sendiri.Ini dah dikira satu penghargaan juga ni.Rasanya lah,bukan senang nak dapat sign band yang menjadi siulan lagu agu nya sekarang ini kan.Alhamdulilah,rezeki si LANGAU....


Tanda tangan Azlan sendiri
Rasanya kali ini album ini mempunyai tandatangan Azlan sendiri dan diedarkan pada semua orang kot...

To Me & OnlineFM?
Pehhhh,bila saja aku nampak ada tulisan TO BROLANGAU & ONLINEFM,rasa nak jatuh jantung ni wei.Pertama kali kena bagi CD yang menyatakan nama aku dan radio internet yang kami bangunkan.Hanya senyuman dan ucapan terima kasih sahaja yang dalat aku balas akan pemberian CD album ini pada mereka iaitu band Azlan & Typewriter ini.Dan aku harap selama Andy dan managernya ada di KK,mereka dapat apa yang mereka hajati iaitu penglibatan band band tempatan untuk maju lagi setapak dalam penghasilan duit melalui caler ring tone dan memperkenalkan band mereka melalui publisher.

Insyallah,dengar cerita yang Azlan & Typewriter akan datang KK pada masa Big Jamm yang akan di anjurkan oleh Onlinefm nanti.Ini sedang dalam proses rundingan kami dengan mereka.Insyallah kami (onlinefm) selaku penganjur akan berusaha menjadikan angan angan ini menjadi kenyataan.

Kami mengharapkan support dari warga Sabah terutamanya di Kota Kinabalu ini untuk memberikan sepenuh sokongan dengan apa yang kami  lakukan dalam industri muzik ini terutamanya membantu band band indie yang ada sekitar Sabah ini.Bak kata seorang pujangga...

Bunyinya mcm ni  (Ek-Zart-Mius-Thi-Ket)
Mengapalah terlalu sukar nak sebut nama band ini.Apakah sebabnya mereka memilih nama sebegini rupa.namu sesukarmanapun nama mereka,mereka adalah sebuah lagi band baru yang ingin mencuba nasib ddi bawah bumbung muzik bawah tanah ini.

Band ini berasal dari daerah Sandakan dan terdiri dari 5 orang anak muda.kalau nak story pasal dorang ni,terlalu detail sangat,apa kata korang LIKE page mereka di FB iaitu EXartmusthiCate dan korang bacalah mengenai mereka di sana.

Baru baru ini salah sorang line upnya telah bertanyakan akan perihal muzik indie dari A-Z.Dan aku jawab senang jak,iaitu cari sifoo dan bertanyakan seberapa banyak soalan pada orang tersebut.Apa lagi,dengan berbekalkan semangat yang membara bagai kayu api baru di tuang minyak tanah,mereka mencuba nasib dengan merakamkan demo pertama mereka di salah sebuah studio yang ada sekitar Kota Kinabalu.

Dan alhamdulillah,beberapa hari mereka di Kota Kinabalu,akhirnya telah pun siap demo pertama dari band ini berjudul LOSING YOU yang mana telah pun tersenarai dalam I-Song.Harap korang sudi nak dengar dan bagi komen yang membina untuk mereka2 ini memperbaiki mutu karya mahupun tips2 untuk bersama sama memeriahkan lagi suasana muzik bawah tanah ini.

Apa pun berlaku,kalau nak berjaya setiap langkah harus di atur.Semangat kena kental dan sentiasa terapkan sikap"TIDAK PERNAH PUAS" dengan sesebuah hasil yang anda lakukan.Ini antara kunci untuk berjaya dalam apa yang kita inginkan.Dan yang penting,bak kata pujangga...
kalau bukan KITA,SIAPA lagi...
Cover DEMO dari HANATOR
Nah,rasanya bulan puasa ini merupakan bulan yang ada kelebihannya selain umat islam berpuasa.ada juga band yang telah mengeluarkan DEMO untuk peminat peminat muzik mereka.MEMORIES OF DALIT adalah demo yang telah dikeluarkan oleh Band Metal Hanator

Kali ini mereka hanya mengeluarkan sebanyak 66 keping sahaja dan harga untuk sekeping sangat berpatutan iaitu Rm6 dan memuatkan 4 buah lagu.Antaranya adalah MEMORIES OF DALIT & SUMPAHAN TERKUTOK.



Rm6 sekeping
 JAdi,sekiranya anda seorang peminat muzik keras atau METAL,jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan DEMO ini untuk dijasikan koleksi anda.Dan harap anda tidak menilai kualiti demo ini dengan serius kenara sudah tentu band HANATOR ini masih dalam percubaan mencari peluang yang sewajarnya sebelum mengeluarkan lagu dalam kualiti yang mantap.

Untuk maklumat lanjut,anda boleh berhubung dengan mereka di talian 0168117121 & 0168026113


Kali ini HANATOR ingin memperkelankan diri mereka pada peminat muzik metal melalui DEMO.Sekiranya dapat sambutan,insyalah tak mustahil mereka akan membuak rakaman dalam bentuk single mahupun Album.Sama sama kita support band ini,bukan saja mereka maah band band lain di luar sana.

Ingat,KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI nak menyokong band band kita sendiri.

p/s
Jangan lupa upaod di website onlinefm ya bro..:)


Emm,last bloodline clothing a.k.a LBC adalah antara salah satu kumpulan belia yang aktif menjalankan perniagaan baju T yang pelbagai corak.semestinya rekaan sendiri mengikut citarasa muda mudi sekarang.Rasanya setiap kali design yeng mereka hasilkan,sure akan sold out ataupun laris di pasaran unedrground.

Terbaru,mereka sedang menjalankan peraduan LB YOUR BIGGEST FAN CONTEST sebagai tanda penghargaan mereka kepada peminat mereka yang telah mendapatkan baju hasil rekaan mereka.

So,pada yang sudah ada koleksi baju dari LBC,atau belum ada cepat cepatlah mendapatkannya dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti yang dijamin bagus.

p/s
ada lagilah my fav design tu aah?nak juga pakai satu tuk next event.heheheheh


"Kami Suka OnlineFM"

Peraduan Kami Suka Onlinefm ini adalah satu lagi aktiviti yang pihak onlinefm anjurkan sempena rasa terima kasih pada pendengar dan peminat semua.Walaubagaimana pun,ianya masih lagi di jalankan dan akan berakhir pada 30 september 2011 akan datang.

Jadi,kepada tukang gambar yang baru mahupun lama,rasanya ini salah satu cara anda menyerlahkan bakat anda dalam teknik mengambil gambar.Bukan saja teknik,kreativi dan idea gambar tersebutlah yang kami inginkan untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Untuk maklumat lanjut,sila klik link iniKami Suka OnlineFM atau sebarang pertanyaan,boleh ajukan pada pihak kami melalui page Onlinefm di Facebook.

Jadi,jangan tunggu lama ya..:)


WWW.LANGAU.NET


Alhamdulillah,atas bantuan seseorang webmaster domain web aku kini dah beralih arah.Sebenarnya dah lama aku inginkan domain ini.Tetapi,dah di beli oleh orang lain.Kini ianya dah kosong dan aku sudah dapatkan dengan harga yang amat berpatutan.

Dan juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada pembaca pembaca,pelawat pelawat mahupun penyubuk penyubuk di dunia internet ini.Sebarang artikel adalah original dari aku sendiri dan ianya berkaitan indistri muzik bawah tanah di sabah dan juga program program yang melibatkan muzik sekitar Sabah.

harap anda dapat memberikan komen membina dan kuga sebarang idea bagi aku memajukan lagi diri yang terlalu amat kekurangan pengetahuan mengenai dunia muzik ini.

Alhamdulillah dan syukur kehadrat illahi atas mempermudahkan perjalanan program Big Jamm 2011 yang telah berlangsung pada hari sabtu lepas dimana tanggal tersebut akan tercatat dalam sejarah malaysia dimana berlakunya rusuhan di Kuala Lumpur gara gara isu politik & perhimpunan BERSIH.

Tapi,kami sebagai penganjur program muzik ini tidak sama sekali memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling kerena kami mempunyai misi dan visi yang jelas jauh sekali ke arah politik apatah lagi memecahbelahkan antara manusia.

secara jujurnya program hari itu memang agat lewat dimulakan atas sebab kesesakan lalu lintas dan juga ROADBLOCK dari pihak berkuasa untuk mengelakkan rusuhan.Inilah punca kelewatan program ini bermula.kalau ikutkan aturcara,ianya bermula sekitar jam 3 petang.Akan tetapi,kami terpaksa akur dan telah terlewat selama 3 jam dimana jam 6 petang baru dapat dimulakan acara tersebut.

antara Crew,Dj & Admin OnlineFM
Walaupun agak lewat ianya bermula namun sambutan yang kami perolehi daripada pegunjung pada petang tersebut sangat menggalakkan.Kami anggarkan dalam 150-200 orang yang ada di depan stage tersebut.Dan masih ramai yang duduk di kawasan sekitar sambil bersantai bersama geng geng mereka dan juga ada yang datang dengan family.

Boleh dikatakan support dari peminat peminat band band INDIE tidak boleh dinafikan kerana ada yang turut serta memeriahkan suasana program tersebut dengan karenah mereka di depan stage.Ada yang memberi galakan pada member member mereka yang bakal membuat persembahan,ada yang berbincang mengenai lagu lagu yang di persembahkan,dan macam macam lagi..


Antara crowd yang datang
Secara puratanya 80% yang hadir adalah belia belia kita yang memang suka akan muzik.Apatahlagi masing masing mempunyan kumpulan pemuzik yang bergiat aktif di bawah bumbung UNDERGROUND ini.Antara luahan hati mereka adalah..
...program sebeginilah yang kami nanti nantikan.sememangnya "kami" (band band indie) amat kurang dapat stage atau pendedahan sebegini rupa.Biarpun kami tak dibayar,kami tetap nak tonjolkan bakat kami dan juga karya kami sebagai anak seni.Kami ada citarasa tersendiri,kami ada style tersendiri.Kami tak perlukan mana mana lable,kami cuba berusaha sendiri...

Antara pengunjung awal yang hadir
Dalam program ini,kami tak melupakan bakat penyanyi hip hop tempatan.Kami juga telah menjemput kumpulan hip hop RAPSOUL yang dianggotai oleh 5 orang anak muda.Disaat saat kehebatan band band membuat persembahan,pengunung di ceriakan dengan lirik lirik lagu rap yang mudah difam\hami dan santai.Sekiranya anda ingin melihat gambar gambar dalam acara ini,sila berkunjungi ke page kami di FB iaitu On9FM.Disana lebih banyak gambar mereka mereka yang membuat persembahan.

Crowd yang sedang support band fav mereka
Kami adakan program ini bukan untuk mengaut keuntungan atau apa,kami lakukan semua ini dengan duit sendiri dan juga atas keprihatinan kami pada band band tempatan ini yang memang kekurangan pendedahan dari mana mana pihak sekitar Sabah.kebiasaannya,mereka ini yang terdiri dari belia belia kita,telah membuat persembahan tertutup atau di panggil (gigs) sekitar KK sahaja.yang mana memerlukan tiket untuk masuk.Akan tetapi,seperti penganjur pada kali ini onlinefm & veganetwork,kami lebih suka membuat di tempat terbuka dan kami inginkan mereka SHOWOFF bakat mereka di khalayak ramai.Siapa tak mau kan..:)

Sabar menanti acara bermula
Insyallah,selepas hari raya aidilfitri,kami akan menyambung kembali acara ini untuk session ke2.Dimana kami sudah mula membuat perbincangan untuk membuat lebih meriah dan kami inginkan sambutan yang lebih ramai dari minggu lepas.Dan,kami dah mula mencari rakan penganjur yang sudi bekerja sama sekiranya ada yang sudi.Memang dah nyata,tidak ramai pihak yang support akan persembahan muzik secara terbuka.atas alasan,tiada profit atau mementingkan pulangannya.

Memang betullah,siapa tak nak untung kan.tapi,dalam masa terdekat ini,kami belum memikirkannya lagi.Kami lebih suka menperkenalkan tujuan,misi & visi onlinfm pada warga internet khususnya.Yang mana onlinefm 80% aktif di internet.Atas permintaan ramai,kami telah bersetuju menganjurkan beberapa acara yang mana melibatkan belia belia sekitar Kota Kinabalu terutamanya yang minat muzik.

Insyallah,kalau dah ramai yang tahu,dan makin banyak permintaan barulah kami akan beransur ansur secara perlahan memikirkan mengenai keuntungan.Kami nak band band ini lebih aktif dan dikenali di ruanh internet dahulu akan karya mereka.Kalau dulu,Kualiti muzik sering kali dipertikaikan oleh media massa,Kini dengan adanya radio online seperti kami,ianya dah tidak menjadi masalah lagi.Kualiti DEMO,EP mahupun single pun kami tetapmainkan.Sebab kami tahu bagaimana susah payahnya mereka mereka ini mencari duit utk merakamkan sesebuah demo mahupun EP.


Ditunda selepas hari raya aidilfitri
Atas saranan pihak berkuasa dan suasana ISU POLITIK,kami terpaksa menunda acara 10 julai tersebut.Akan tetapi,kami akan mengadakan acara tersebut selepas sambutan hari raya aidilfitri.Dimana tarikh dan tempatnya belum dikenalpasti lagi.Yang penting,senarai band yang akan membuat persembahan pada masa ini adalah sama seperti senarai 10 julai tersebut.

Buat masa sekarang,kami akan membuat perancangan yang rapi dan inginkan sambutan yang lebih meriah.Dalam pada itu,kami harap ANDA semua dapat kenalkan akan radio online kami iaitu Onlinefm dan juga fan page kami di FB iaitu On9FM .kami inginkan mencapai sasaran 10,000 fans dalam tahun ini...

Laman Seni Wisma Budaya (Asia City)
Setelah lama mencari tempat untuk mengadakan event ini,akhirnya sudah dapat persetujuan dari pihak Wisma Budaya dimana mereka sudi menyewakan tempat ini untuk tujuan program yang akan dianjurkan oleh OnlineFM.Kebetulan pula,memang tempat ini boleh disewakan untuk tujuan kebudayaan dan pameran.

Rasanya ramai yang tahu akan tempat ini yang terletak berhampiran dengan Kokun Studio dan Cowboy bars.Dan rasanya tempat ini memang sesuai sekali untuk tujuan yang showcase ini.Lagipun pada yang tiada transport,amat mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam kerana stesen bas terletak berhampiran dengan tempat ini.


Pemandangan STAGE
Kini hanya menanti hari berlangsungnya acara yang dijanjikan sudah sekian lama kepada fans & pendengar onlinefm.Kali ini,onlineFM menampilkan 32 buah band tempatan selama dua hari iaitu 9 & 10 julai 2011.Dan kami juga mengharapkan agar event ini dapat mengumpul seramai mungkin peminat peminat muzik tempatan terutamanya yang ada di sekitar Kota Kinabalu.

kami juga mengharapkan agar selama dua hari ini,tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.sama sama kita pastikan yang setiap pengunjung mengamalkan 3 prinsip ketika menhadiri showcase terutamanya underground band iaitu NO DRUGS,NO ALCOHOL & NO VIOLANCE.Sama samalah kita memelihara ketenteraman acara ini.Support each others & enjoy the music..


Pada hari sabtu yang lepas aku ada singgah ke cowboy bar di mana nak tengok sambutan akan gig yang berlangsung iaitu SATURDAY KNOCK OUT part II yang di kendalikan oleh pejuang muzik bawah tanah di Sabah ini iaitu Army Of Friends.

Rasanya memang sudah menjadi tradisi di mana mana gigs atau show dimana masa yang dijanjikan tidak dapat dituruti atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.Kalau di ikutkan info,acara ini bermula sekitar jam 12 tengahari,tetapi telah terlewat akibat masalah teknikal dan beberapa masalah yang memang tidak dapat diatasi.


Ajit (3rd Dice)

Yang paling bestnya,pengunjung dan band band yang membuat persembahan tidak menjadikan isu tersebut sebagai alasan untuk tak puas hati atau mengeluh.malah mereka tetap menunggu band band fav mereka meraksi di stage tersebut.Bukan itu saja,sementara mereka menanti sound check sedang berlangsung,aku dapati ada antara mereka yang bertukar tukar idea dari segi info muzik.ada yang bercerita mengenai gadjet yang digunakan,ada yang bercerita mengenai lagu yang bakal di dengangkan.dan macam macam lagi lah karenah pengungung yang mula memenuhi vahue tersebut


Dang Bandangs
Kalau nak cerita mengenai tiket,ianya tidak menjadi hal atau bualan pada mereka.Kerana penganjur tidak pernah meletakkan harga yang tinggi setiap kali mereka mengadakan gigs di sini terutamanya.Untuk kali ini,tiket di kenakan sebanyak rm15 sahaja dan sudah tentu dapat di beli oleh pengungung pengunjung yang hadir.


Aku memang salute dengan penganjur dan juga pengunjung yang hadir dalan gigs ini.kerana mereka memang dah memahami tujuan sebenar gigs ini iaitu berkarya sambil memperlihatkan bakat bermain muzik.Dan juga mereka tetap mempertahankan konsep NO DRUGS ,NO VIOLANCE & NO ALCOHOL.Diharap lepas ini,penganjur tetap mengekalkan konsep ini dan memantau dengan lebih bagi menyahut seruan kerajaan akan 3 perkara yang tidak harus di amalkan oleh bakal bakal pemimpin ini iaitu belia kita.

kalau nak tengok gambar yang selebihnya,korang bleh klik page Quick.Reverb yang mana mereka adalah photographer yang menjadi tongak pada setiap gigs yang berlangsung sekitar KK ini.

p/s
Credit to Quick.Reverb sebab saya gunakan antara pica mereka
Pemenang Battel Of The Band anjuran SR Event 
Pada 10 jun yang lepas telah terjawablah sudah akan juara acara battel of the band yang di anjurkan oleh SR event sempena Sabah Mega Karnival 2011 yang berlangsung selama beberapa hari di komples sukan likas,Kota Kinabalu.

Ingatkan ianya bermula jam 8mlm,rupanya di tunda ke jam 9.30 mlm atas sebab ada pertandingan modern Dance berlangsung.Cuaca mulanya alhamdulillah,tiada hujan dari pagi hingga la jam 10.30 mlm.dimana hujan mula turun.Mencabar kesabaran penonton apatahlagi peserta.

So,atas alasan rumah aku jauh,aku terpaksa membawa diri awal seawal jam 11 mlm.Ketika itu kumpulan Woodpecker membuat persembahan.Apakan daya,cuaca tak mengizinkan kena balik juga.


Juara = The Fingers
Menurut member member yang masih menanti hingga ke penhujung acara,juara pada malam itu jatuh kepada kumpulan The Fingers.Dimana berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah Rm2500 beserta menjadi artis rakaman Koperasi muzik berhad Kuala Lumpur



naib Juara = D' Maria
 Tempat ke dua pula di menangi oleh kumpulan yang di anggotai oleh bekas penyanyi kumpulan Black Maria iaitu Brader Aziz.Dimana kumpulannya sekarang di beri nama D' Maria.Adaptasi dari band lama beliau.Mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak rm1500


Tempat ke3 = Woodpecker

Dan tempat ketiga jatuh kepada band yang berasal dari Tuaran Sabah  iaitu Woodpecker.Mereka juga berjaya membawa pulang wang tunai berjumpah rm1000.Rasanya suara vokalisnya iaitu TET memang mantap dan sering kali jadi sebutan juri pada acara tersebut


Jadi pada malam itu seramai 9 kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran Juara battel of the band yang di anjurkan oleh SR event.Dimana secara ikhlasnya,sound sistem yang disediakan oleh penganjur bukan calang calang bunyi.Ditambah lagi dengan sound engineer yang di kendalikan oleh komposer terkenal iaitu Abagng Lan Laga.

Apa pun yang berlaku,bukan Juara yang di cari,Tetapi pendedahan sebegini rupa lah yang mereka idamkan dalam misi memperjuangkan muzik dan hasil karya yang mereka cipta.Demi menyambung perjuangan kumpulan rock yang  terdahulu...


Need your SUPPORT

Emm,alhamdulillah nampaknya ONLINEFM a.k.a On9FM dah mula dikenali dan dirasai kelainannya dari radio internet yag ada di Malaysia terutamanya.Sangat ketara sekali matlamat penubuhan dan perjuangan mereka mereka di sebalik nama onlinefm ini di senangi oleh masyarakat sekeliling,terutamanya pemuzik tempatan.

Dari itu,kami di OnlineFM ingin meneruskan misi pencarian 10,000 fans yang menjadikan page kami di Facebook iaitu onlinefm sebagai page utama anda dalam berinteraksi berkenaan muzik INDIE,mahupun apa saja yang berkaitan INDIEPENDENT.Misi ini kami ingin capai dalam tahun ini dimana kami memerlukan 3500 lebih lagi fans.



Rasa anda semua tahu bagaimana untuk menjadi FANS di page kami.Caranya amat mudah sekali iaitu CARI saja nama onlinefm di Facebook anda dan klik la butang LIKE tersebut.Dan ANDA SAH menjadi peminat onlinefm yang sentiasa menerima perkembangan terbaru berkaitan aktiviti kami.

Kami sangat mengharapkan kerjasama anda semua dalam merialisasikan matlamat kami ini.

p/s
kalau bukan KITA,SIAPA lagi

Dia datang LAGIIIII.......ha,nampaknya inilah kemuncak penantian semua band band yang ada di Sabah terutamanya.Mana tidaknya sesiapa dapat naik pentas stompin ni rasanya amat bertuah dan berpeluang satu stage dengan artis besar yang dah ada nama di persada seni tanah air.

Dengar khabar sessi pemilihan band akan di lakukan pada 8 Oktober 2011 dan konsert pada 9 oktober 2011.Tempatnya akan di beritahu kelak.So,buat masa ini sila MENTION band korang di page mereka iaitu Stompin Sabah dan pastikan nama band korang tak tercicir.Ini bertujuan memperlihatkan keinginan setiap band untuk terpilih ke sessi uji bakat dan insyallah terus ke konsert





Jadi masih banyak masa untuk anda mempersiapkan diri anda untuk merebut peluang yang datang setahun sekali ini.Dimana bukan senang nak dapat naik stage besar,sound sistem yang POWER,lampu lip lap-lip lap kan.Dan buktikan yang korang juga sehebat band band semenanjung yang tak pernah mengalah dan berundur di persada muzik tempatan.

Kalau dulu,hanya kategori berkumpulan sahaja yang di pertandingkan.Kini Stompin Sabah akan mewujudkan 5 kategori untuk di pertandingkan.Antaranya adalah:-


  1. Bands
  2. Solo
  3. Dancers
  4. Djs(turntable)
  5. Host
Nahhhh,ini sudah bagusss kan.ada 4 kategori baru yang menanti anda.so,jangan tunggu lama lama.Serlahkan bakat anda melalui STOMPIN SABAH ini.Insyallah,onlinefm akan terlibat sama dalam acara ini.Maklumat lanjut akan di umumkan melalui website OnlineFM
Saturday knockout part II

wah,lama rasanya tak update blog sendiri.Mana tidaknya sejak kebelakangan ini terlalu sibuk dengan tugasan luar kota dan juga ada sedikit perkara yang melibatkan keluarga harus di tunaikan.Anyway,family is first kan...

Bah,baru baru ni aku ternampak flyers di atas dan sudah di jangka ada lagi gigs yang bakal berlangsung.Seperti biasa organiser yang menamakan diri mereka Army of Friend a.k.a AOF.Mereka ini memang tak serik serik nak memberi kepuasan kepada peminat peminat mereka dan juga yang ingin mendekati mereka.sila lihat jadual gigs ini:-

  • Tarikh:- 25 Jun 2011 (Sabtu)
  • Tempat:-Cowboy Bar,Asia City,kota Kinabalu
  • Masa:-12.00 tengahari hingga selesai
  • Harga Tiket:-Rm10 (presale) Rm15 (Door Tiket)

Antara band band yang bakal membuat persembahan di pentas tersebut adalah:-

  1. Dang Bandangs
  2. 3rd Dice
  3. A Sky Collapse Triangle
  4. Donatello
  5. Nice Silance Noise
  6. Outfall
  7. Eye full of Insect
  8. Collared Owlet
  9. Another Silent Circus
  10. Attack Of The Killers Tomattoes
  11. The Caulfield Cult (Singapore)


Jadi,persiapkan diri anda untuk melihat persembahan yang mantap dari band band tempatan kita.Dan teruskan support mereka kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI