The Mines sertai Akustik Gaza

by 4:39 PM 0 comments

Sebelum nak story pasal artikel ni,saya nak share info sikit.Dimana sejak kebelakangan ini,saya amemang tak ada masa nak update blog ini.Atas kesobukkan dnegan website OnlineFM dan program ON Ground yang menjurus kepada persembahan band band INDIE.

Warga 1 Sandakan adalah sebuah kumuniti yang sudah lama ujud dan lebih kepada perkongian info sekitar daerah Sandakan, Sabah.Pada hari ini iaitu 23hb Disember 2012, akan menjadi satu tarikh yang amat bermakna bagi mereka selaku penganjur dimana mereka telah berjaya membuat satu program yang mana amat di alu alukan oleh masyarakat dunia iaitu program amal demi saudara kita di Gaza.

Warga 1 Sandakan telah menganjurkan jualan amal di pasar minggu sejak jam 8 pagi hingga selesai.Dalam masa yang sama,penglibatan kumpulan The Mines.Mereka dengan besar hati membuat persembahan akustik demi menyahut seruan dunia iaitu sahutan amal kepada Warga Gaza.


Kelihatan Adie turut serta dalam mengisi kekosongan jawatan bermain gitar bagi kumpulan The Mines ini.Malah,seperti yang diberitahu, gerai mereka telah menerima kunjungan yang ramai.Dan pelbagai barangan sedang dijual antaranya baju, mafla dan bermacam macam jenis lagi.Yang penting,hasil jualan tersebut akan di sumbangkan ke tabung Amal Gaza.

Program ini adalah sebuah program yang sihat dan seharusnya di lakukan dengan support pelbagai pihak.Terutamanya gabungan dan kerjasama dengan NGO serta sektor kerajaan.Its ok,ini adalah satu permulan yang cukup baik.



Tahniah kepada penganjur yang terlibat dalam program ini.Saya diberitahu, ada yang sanggup fly from KL untuk menjayakan program ini.Dan ada juga yang sanggup drive from KK demi panggilan program amal ini.Satu kejayaan untuk anda semua.bak kata pujangga...

kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..