Setelah sekian lama menanti,akhirnya terjawab sudah semua persoalan dari member member terdekat serta rakan taulan di laman maya yang bertanyakan EP dari band yang berasal dari Penampang ini iaitu Dang Bandang.
Secara jujurnya,saya juga tertanya tanya bilalah agaknya dapat mendengar lagu mereka yang telah dirakamkan untuk dimainkan di OnlineFM.Pernah suatu ketika,saya mengajukan soalan kepada salah seorang gitaris mereka iaitu Richard.Dia mengatakan,yang setelah selesai proses rakaman dan mixing,mereka akan membuat rilis dan menjemput member member muzik serta sesiapa sahaja yang meminati dunia muzik untuk sama sama menyaksikan persembahan serta perlancaran EP sulung mereka.
Buktinya telah terjawab melalui link ini Dang Bandangs EP Launch.Anda klik link tersebut dan disanalah segala persoalan selama ini akan terjawab.Cuma,tarikh tersebut jatuh pada tarikh yang sama dengan sambutan Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji.Besar kemungkinan,saya tak dapat nak tengok band ini perfom..:(
Akan tetapi,saya & OnlineFM cuba membantu mempromosikan lagu lagu mereka untuk santapan warga maya di dunia ini melalui www.onlinefm.net.my
Selain Dang Bandangs,mereka juga menyediakan slot untuk beberapa buah band membuat persembahan bagi slot Opening Band.Antaranya adalah:-
![]() |
Xinxerena |
![]() |
Obsqure |
![]() |
D+A |
3 buah band telah mereka undang bagi memeriahkan lagi majlis perlancaran EP ini.Sudah tentu,suasana event ini akan meriah dengan kehadiran band member ini serta rakan rakan yang seangkatan mereka bermain muzik.Apap pun saya nak ucapkan TAHIAH kepada Brader Chris P kerana lahir lagi sebuah band yang menggunakan khidmat nasihat anda dalam proses rakaman lagu.You memang power lah bro.Jom teh tarik..:P
p/s
kalau ada Xtra tu EP,satu tuk saya aah guyz...:)