Pengatur Cara Tempatan DICARAS?
Huh...dicaras tu apa aah?kalau aku bacalah ayat ayat dalam paper ni,maksudnya lebih kurang dianak tirikan atau tidak di endahkan.Itu bagi aku lah,tapi bagi anda yang telah membeli surat khabar hari ini DAIL EKSPRESS sudah tentu memahaminya secara mendalam.
Artikel ini ditulis oleh seorang wartawan tempatan yang sudah tidak asing lagi dalam bab bab industri muzik sekitar Sabah ini iaitu Ricardo Unto.Beliau telah menulis panjang lebar mengenai masalah yang dihadapi oleh event organiser yang ada sekitar Kota Kinabalu ini terutamanya.Ini berikutan sessi pertemuan antara lebih 10 orang yang terlibat dalam music scene sekitar KK ini.Termasuk lah aku sendiri ada hadir pada hari jumaat tersebut.
Tidak ada isu lain yang ditimbulkan oleh wakil wakil ini selain isu yang ada di dalam keratan akhbar ini.Sessi bertemu wartawan di pejabat Daily Express tersebut di ketuai oleh seorang yang memang dikagumi kelantangan suara mahupun pendapatnya dalam music scene sekitar KK ini iaitu Kak Rozza
Dia juga menjemput saya dan teman teman lain untuk turut serta dalam perjumpaan dan mengemukakan antara masalah masalah yang melibatkan music scene specially band band INDIE di KK ini.So,ada jugak lah aku all out apa yang di hadapi oleh band band ini dan ianya sepeti tertulis di dalam artikel akhbar hari ini.
Jadi,kepada sesiapa yang nak libatkan diri dalam MOVEMENT ini,korang boleh klik ADD pada link SABAHAN CREATIVE INDUSTRY MOVEMENT.Di dalam group ini,kita mencari jalan penyelesaian,memberi idea, dan apa sahaja yang berkaitan music scene di Sabah ini.Group ini bukannya persatuan atau badan NGO.Ianya hanyalah tempat mengetahui apa masalah atau yang berlaku di Sabah ini.
Untuk pengetahuan anda,selain orang perseorangan,band band indie, penyanyi solo, pemain muzik,komposer,pencipta lirik dan ramai lagi telah ada di dalam group ini.Mereka saling shareing info yang mereka ketahui untuk pihak pihak yang memerlukannya.Seperti aku sendiri lah,apa yang aku tak tahu, or tak pasti,aku just tanya disini.Insyallah mereka mereka yang berpengalaman akan memberi respon yang seadanya
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..