Di zaman download yang berleluasa ini,memang sukar nak jual stuff anda (band band INDIE) dengan jualan yang memberangsangkan.Di tambahlagi dengan kos nak beli CD,print cover, dan yang paling berat sikit nak invest adalah bayaran sessi rakaman.Tapi,nak buat macamana kan.Anda nak lagu lagu anda didengari oleh masyarakat sekeliling.
Saya ada cadangan,tapi tak sure bleh guna atau buang masa korang saja mau dengar.Tapi,by the way,saya nak juga share idea ini..:)
Macam ni,kebanyakkan lagu yang anda hasilkan mengambil masa 3 minit dam maybe hampir 4 minit.Apa kata anda hanya upload 40 saat sahaja untuk memberi tahu kepada publik yang lagu anda telah ADA dan sedia untuk di dengarkan.
Terpulanglah kepada anda,nak upload di Youtube kah,sooundcloud kah atau apa2 saja applikasi yang ujud di dunia internet ini.So,dalam applikasi tersebut,anda bagi tahu sekiranya nak dapatkan lagu tersebut,kena beli secara SAH dengan harga yang anda tetapkan.
Ada 2 cara nak beli lagu lagu ini dan rasanya sesuai atau tidak,anda lebih arif dan bijaksana nak menilainya.Pertama membeli menggunakan Emai iaitu bayaran harus dibuat melalui internet dan lagu akan dihantarkan dalam bentuk digital melalui email.Proses ini kena ada sikap percaya atas percaya.Almaklumlah,rambut sama hitam kan,hati lain lain...:)
Cara kedua pulak,Bluetooth dimana anda buat temu janji secara terbuka kepada yang ingin mendapatkan lagu ini.Setelah berjumpa,anda akan gunakan laptop untuk menghantar lagu anda kepada bakal pembeli.Itu pun selepas bayaran telah dilaksanakan kepada tuan punya lagu...:)
Mungkin kedua dua cara ini ada yang rasa OK dan ada juga rasa tidak sesuai.Saya rasa,dengan cara ini dapat mengelakkan lagu anda (Full Version) dapat dielakan di muat turun secara berleluasa.Akan tetapi,kita tidak boleh lari dari zaman teknologi ini,kerana ada juga perkara negatif yang bakal akan terjadi.
Dimana sekiranya pembeli itu telah mendapatkan lagu anda secara SAH melalui 2 cara di atas,tidak mustahil dia akan memuatnaik lagu tersebut ke laman youtube,souncloud serta applikasi applikasi yang lain kan.Jadi,berbalik kepada niat sajalah,kalau mereka (pembeli) ini benar benar nak band fav mereka berjaya dan dapat meneruskan berkarya,mereka TIDAK AKAN membuat perkara perkara yang tidak sepatutnya.
p/s
macam saya cakap tadi tu juga lah,...
Rambut Sama Hitam,Hati lain lain..