Mereka ke KK,semata mata hendak rakam lagu
The Fly Band adalah sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Sandakan, Sabah.Beberapa bulan lepas mereka ada menghantarkan demo pertama mereka ke onlinefm.tetapi,mereka telah memberitahu yang dalam masa terdekat ini mereka akan turun ke Kota Kinabalu untuk sessi merakamkan semula demo tersebut.
Tanggal 8 julai baru baru ini,selesailah sudah proses rakaman lagu mereka yang telah dilakukan di KKMP a.k.a Kota kinabalu Music Production.Sebelum ini mereka selalu bertanya studio studio yang ujud di KK dan menawarkan harga yang berpatutan dan sepertyi biasa,saya memberikan hampir 7 buah studio rakaman beserta kontek no tuan punya studio.Setelah meneliti,mereka iaitu The Fly Band telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan KKMP dimana Saudara Tajul yang memastikan lagu yang mereka rakamkan siap dan berkualiti.
Apa pun,semangat macam inilah yang kita harapkan dimana bukan sahaja 1 malah mereka mencuba pelbagai studio serta teknik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati setiap ahli kumpulan.Memang tidak dinafikan yang di Sandakan juga mempunya studio rakaman,cuma mereka hendak mencuba kelainan.
Semoga band ini dapat diterima ramai dan lagu lagu mereka akan dapat didengarkan di corong corong radio frekuensi selain radio atas talian
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..