Rasanya ramai juga yang tidak mengenali band The Marshmallow ini.Sebenarnya mereka agak lama dalam muzik scence sekitar KK ini.Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan mereka membuat live perfoming di sekitar KK.Almaklumlah,batasan karier dan juga family adalah antara faktor yang sering kali dialami oleh mereka yang bergerak secara berkumpulan ini.
Baru baru ini,saya diberi tahu yang EP mereka telah berada di pasaran dan sudah boleh dimiliki atau dibeli.Amat sukar nak dapatkan EP dari band band underground kita ini sebab CD mereka tidak di jual di kedai kedai kaset mahupun di tamu tamu.Hanya mereka sendiri yang menjualnya kepada yang ingin membeli.Cara terbaik untuk mendepatkannya adalah melalui laman sosial iaitu facebook.
Kepada yang berminat,anda boleh kunjungi FB mereka iaitu The Marshmallow dan tekan butang LIKE.lepas tu anda usulkan atau msg mereka bagaimana nak dapatkan EP tersebut serta harga yang ditawarkan.Saya yakin harga bagi EP tersebut amatlah berpatutan dan sesuai untuk dijadikan koleksi.
Alhamdulillah,EP kami dah siap
BRo Langau
Penulis BlogBlog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..