We Proud To Be Orang Semporna

by 10:10 AM 0 comments



We proud to be Orang Semporna itulah kata kata semangat yang terbuku dihati empat sekawan ini yang dikenali sebagai Memory Of Natache a.k.a MON.Mereka tidak pernah lupa akan asal usul mereka,tanah tumpah mereka serta tempat kelahiran merema berempat.Sememangnya mereka telah mencetus satu fenomena di daerah Semporna kerana mereka adalah kumpulan BAND pertama yang satu satunya berasal dari daerah tersebut.

Sebelum ini,kalau kata sahaja semporna,orang akan ingat REGATA LEPA dan beberapa orang penyanyi solo yang menyanyikan lagu lagu dalam bahasa bajau semporna.Kini,satu sejarah lagi tercipta dengan munculnya belia belia Semporna yang ingin melebarkan sayap mereka didalam industri muzik secara berkumpulan

Baru baru ini,saya mendapat tahu yang mereka baru sahaja meriliskan klip vedio pertama mereka yang di buat melalui konsep D.I.Y.Memang aku SALUTE lah dengan mereka ini dimana jalan penceritaannya memang sempoi dan boleh dibanggakan oleh pengiat industri muzik serta vedio shoot.

Tidak dinafikan,pada yang telah menyaksikan klip vedio "LOST" ini,dimana jalan ceritanya mengeisahkan seorang lelaki yang tiada hala tuju dan terjerumus kelembah najis dadah.Akan tetapi,jangan jadikan ini sebagai   batu pengukur akan daerah Semporna.Mereka iaitu Memory Of Natache cuba menyampaikan akan lagu yang dicipta oleh penyanyinya sendiri iaitu KAHAL.

Walaubagaimana pun,mereka ini telah layak untuk mengadiri sessi pemilihan untuk konsert RockFest Marathon III 2012 - "Concert For The Environment" yang akan berlangsung esok dan hari ahad.Saya mengharapkan agar mereka dapat membuat persembahan yang hebat dan gempak.Apa lagi sessi pemilihan ini diadakan di stage yang terbuka.Diharap penyokong dan followers mereka akan turut hadir memberikan support yang memberangsangkan.

Apa kata,korang saksikan sendiri klip vedio single pertama mereka yang berjudul LOST.Anda nilai sendiri cara persembahan mereka dan pembikinan klip vedio ini.Secara tak langsung,mereka dapat memperbaiki segala kekurangan dan mencuba menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..