Showing posts with label Klip vedio terbaru. Show all posts
Showing posts with label Klip vedio terbaru. Show all posts



Wahhh, best dan makin bersemangat pula saya bila terlihat klip vedio raya dari penyanyi baru yang mana mereka kesemuanya di bawah 1 lable yang berasal dari sebuah daerah kecil iaitu "KINABATANGAN".

Sebuah studio rakaman yang treletak di daerah Kinabatangan tidak pernah berputus asa dalam melahirkan bakat bakat baru seni suara.Hasilnya amat memberangsangkan bila mana lable ini sudah mempunyai hampir 10 orang anak anak muda yang berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Penyanyi penyanyi ini masih lagi baru dan ternyata perlukan bimbingan yang teliti dalam melangkah kedalam industri muzik khususnya di sabah.Al maklumlah, scene muzik kita di sabah ni terlalu kecil dan amat sukar nak naik ke peringkat mainstream (keluar TV & Radio popular)


Mereka bertigalah antara tulang belakang yang mencari dan cuba membimbing anak anak muda kinabatangan yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.Walaupun mereka ini tidak di kenali, tetapi mereka mempunyai pengalaman dalam bidang seni suara.niat mereka boleh di jadikan contoh pada sesiapa sahaja di luar sana yang ingin berbakti pada tempat kelahiran.

Apa pun, saya tumpang gembira dengan ujudnya lable tempatan yang membawa sedikit perubahan dalam muzik scene kita disabah.Cuma, lable label yang sedia ada ini, cuba mencari peluang dan mencari cara bagaimana hendak mempromosikan bakat bakat baru ini secara konsisten.Rasanya tidak semestinya mengharapkan media mainstream, kerana zaman ini lebih cenderung pada "MEDIA SOSIAL, LAMAN WEB" dan macam macam lagi.Cara promosi di internet rasanya lebih cepat, dan sesuai (bagi sayalah).

Akan tetapi, bakat bakat baru ini kena juga turun padang dan membuat persembahan di tempat tempat terbuka yang mana boleh di lihat oleh orang awam.secara tak langsung, mereka terdedah kepada crowd yang ada disekeliling sebagai penilai hasil dan kualiti nyanyain mereka.



Dari itu, sama sama lah kita berganding bahu membantu menyokong usaha murni pengiat seni tempatan khususnya di sabah ini.Walaupun kita jauh dari bandaraya kota kinabalu atau jauh dari kawasan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, kita tetap dapat di hubungkan dengan rangkaian internet yang tampa sempadan.

Saksikanlah hasil terbaru dari GENERASI STUDIO iaitu klip vedio hari raya dari artis di bawah naungan mereka.Dengan judul lagunya JALINAN SYAWAL.Hasil ciptaan KAMAL & ANA LIANA.

Teruskan menyokong artis artis tempatan, kerana  "Kalau bukan Kita,siapa lagi"

p/s
cuma saya tertanya tanya, adakah penyanyi penyanyi baru ini sudah bersedia menjadi penyanyi? dan bersedia menjadi artis?
Lama juga band ini menyepi dari aktif dari bermain gigs,tapi kelibat line up mereka sentiasa ada kelihatan di  area KK juga la.Baru baru ini volakis band ini telah berkongsikan satu klip vedio terbaru dari single terbaru mereka iaitu HALUSINASI.
Jadi,dalam erti kata lain,mereka ini berdiam diri tapi berisi.Mereka telah menyiapkan klip vedio untuk santapan peminat kumpulan ORANG-PLANET.So,korang boleh lihat,komen dan teliti klip vedio yang rasanya dihasilkan oleh mereka sendiri ini.



We proud to be Orang Semporna itulah kata kata semangat yang terbuku dihati empat sekawan ini yang dikenali sebagai Memory Of Natache a.k.a MON.Mereka tidak pernah lupa akan asal usul mereka,tanah tumpah mereka serta tempat kelahiran merema berempat.Sememangnya mereka telah mencetus satu fenomena di daerah Semporna kerana mereka adalah kumpulan BAND pertama yang satu satunya berasal dari daerah tersebut.

Sebelum ini,kalau kata sahaja semporna,orang akan ingat REGATA LEPA dan beberapa orang penyanyi solo yang menyanyikan lagu lagu dalam bahasa bajau semporna.Kini,satu sejarah lagi tercipta dengan munculnya belia belia Semporna yang ingin melebarkan sayap mereka didalam industri muzik secara berkumpulan

Baru baru ini,saya mendapat tahu yang mereka baru sahaja meriliskan klip vedio pertama mereka yang di buat melalui konsep D.I.Y.Memang aku SALUTE lah dengan mereka ini dimana jalan penceritaannya memang sempoi dan boleh dibanggakan oleh pengiat industri muzik serta vedio shoot.

Tidak dinafikan,pada yang telah menyaksikan klip vedio "LOST" ini,dimana jalan ceritanya mengeisahkan seorang lelaki yang tiada hala tuju dan terjerumus kelembah najis dadah.Akan tetapi,jangan jadikan ini sebagai   batu pengukur akan daerah Semporna.Mereka iaitu Memory Of Natache cuba menyampaikan akan lagu yang dicipta oleh penyanyinya sendiri iaitu KAHAL.

Walaubagaimana pun,mereka ini telah layak untuk mengadiri sessi pemilihan untuk konsert RockFest Marathon III 2012 - "Concert For The Environment" yang akan berlangsung esok dan hari ahad.Saya mengharapkan agar mereka dapat membuat persembahan yang hebat dan gempak.Apa lagi sessi pemilihan ini diadakan di stage yang terbuka.Diharap penyokong dan followers mereka akan turut hadir memberikan support yang memberangsangkan.

Apa kata,korang saksikan sendiri klip vedio single pertama mereka yang berjudul LOST.Anda nilai sendiri cara persembahan mereka dan pembikinan klip vedio ini.Secara tak langsung,mereka dapat memperbaiki segala kekurangan dan mencuba menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya


The Chihuahua yang sememangnya dikenali ramai terutamanya dari golongan band band underground telah memberanikan diri untuk menghasilkan vedio klip pertama mereka.Single terbaru mereka iaitu PISAU CUKUR telah dipilih untuk dijadikan lagu tema bagi penghasilan vedio klip mereka.Kali ini mereka menggunakan khidmat sorang pendatang baru yang dikenali sebagai Rezza a.k.a Yoza Prayuda Zimmer
sebagai jurukamera dan editing person dalam projek pertama mereka ini

Harga yang dikenakan bagi penghasilan vedio klip ini tak lah ahal sangat.Memang berbaloi jugak bagi kumpulan indie yang masih terkial kial mencari sumber kewangan dalam bermain muzik.Sebab tak ramai yang menghargai perjuangan band band ini.So,mereka terpaksa banyak berkorban bukan saja masa,malah wang ringgit sendiri (duit gaji) untuk menghasilkan lagu serta vedio klip ini

Kepada yang ingin melihat hasil dari newbies newbies ini,korang bleh klik kat link di bawah ini.Sila beri komen kat page The Chihuahua untuk mereka mengetahui kekurangan dan kelemahan mereka dalam penghasilan vedio klip ini.


p/s
nak tahu berapa kos penghasilan vedio klip ini???
Inilah yang dikatakan semangat kental dan azam yang gigih mengeluarkan satu produk yang boleh dibanggakan oleh sesiapa sahaja yang melihat hasilnya.Produk yang saya maksudkan adalah gabungan 4 suara pemuzik yang sangat sayangkan industri muzik tempatan.Empat suara tersebut hanyalah pengiat muzik yang tak pernah kenal erti BOSAN dan patah semangat.


Mereka terdiri dari Kumpulan Donatello,Jade sisters,Bring Back The Arcade dan solo verse (rapping) dari sorang komposer yang memang dikenali ramai iaitu Chris Pereira a.k.a Desipher.Ini adalah hasil kerja seorang pembuat klip vedio yang juga sedang giat mengukir nama di pentasnya sendiri iaitu Jason JB

Sememangnya menjadi ini suaru karya yang cukup hebat dan boleh dibanggakan di musim sekarang ini yang mana zaman dikejar oleh kecanggihan teknologi dan semestinya memerlukan kos yang tinggi.Tetapi,bak kata pepatah,hendak seribu daya,tak nak seribu dalih...

Tahniah atas kejayaan klip vedio & penghasilan lagu yang bertemakan PEMBAKAR SEMANGAT kepada belia belia sekarang ini.Teruskan usaha murni ini yang tidak akan ada penghujungnya kerna

kalau bukan KITA,SIAPA lagi
Frontman Company
Dah lama aku nampak promo klip vedio ini dari band yang memang dah dikenali ramai iaitu Frontman Company.Sejak promo ini tersebar di internet,ianya merupakan satu VIRUs yang berjangkit pada band band lain.Bukan apa,ianya merupakan satu inisiatif yang bagus dimana band band kita(Sabahan) dah berani tampil dan mengeluarkan kos untuk menghasilkan klip vedio mereka sendiri dengan bantuan rakan rakan sekeliling.


Seperti band band lain Frontman Company juga menggunakan kepakaran Jason J bullah sebagai tukang buat klip vedio ini.Anda boleh lihat sendiri akan vedio promo di atas,best kan.tu baru promo,belum yang fill version lagi...

Teruskan menyokong band ini dan band band lain kerana kita harus bangga dengan adanya yang amat berbakat dan juga harus diketengahkan di persada industeri muzik tempatan

Bak kata seorang pujangga kalau bukan KITA,SIAPA lagi


Jon Paradise
JON PARADISE yang sebelum ini dikenali dengan lagu BOOK OF SCARED  & UPSIDE DOWN telah pun meriliskan klip vedio mereka yang pertama yang mana ianya sekali dengan single mereka yang ketiga iaitu DARK STREET.





Mereka menggunakan khidmat orang yang tak asing agi dalam pembikinan klip vedio iaitu Jason J Bulah atau lebih ramai mengenalinya sebagai TEMPASAK.Sebelum ini memang ramai band band lain menggunakan perkhidmatan beliau dalam pembikinan klip vedio

Kalau nak story panjang pun pasal klip vedio ini pun susah jugak.Better korang tengok dan hayati iktibar atau pesanan mereka iaitu JON PARADISE ini mealui klip vedio ini.

p/s
Macam aku femiliar la mamat 2 orang yang nak kacau aweks tu tapi dimana ya...