Pagi tadi sempat juga keluar with my family ke acara yang di gembar gemburkan di laman sosial sejak beberapa minggu lepas.Ternyata aku terlepas LIVE PERFOMANCE pada malam sabtu.Dimana terdapat persembahan pentas dari pemuzik OTAI dan juga pemuzik pelapis di masa kini.Mereka berganding sama dalam misi membangkitkan kegemilangan zaman dulu dulu.
So,pada pagi ini aku sempat melihat gambar gambar lama serta beberapa booth yang disediakan oleh penganjur.Walaubagaimanapun, program ini harus di jadikan acara tahunan dimana saya mencadangkan pihak penganjur mencari pengumpul koleksi koleksi lama seperti kereta,motorsikal,barangan antik serta yang dinanti nanti iaitu gambar gambar yang sudah tidak ternilai harganya
Antara gambar yang menarik perhatian aku dimana 98% gambar gambar tersebut berkaitan pemuzik pemuzik lama.Yang mana ada yang masih mengenakan pakaian dan alat muzik yang sudah tiada dipasaran di masa kini.Sememangnya pepatah moden ada mengatakan TIADA LAMA,bermakna TIADALAH YANG BARU.Rasanya kalau diberi peluang,nak juga tengok gandingan ORANG LAMA ft ORANG BARU di satu pentas yang hanya dikhaskan untuk pemuzik pemuzik ini.Kan..:)
Alhamdulillah,ada juga terselit CD salah sebuah kumpulan iaitu JIAJA untuk dijual kepada pengunjung.Disamping itu,secara tak langsung para pengunjung akan tahu tentang keujudan kumpulan muzik baru yang akan menyambung bakat dan semangat bermuzik sekitar Kota Kinabalu ini.But,kenapa CD JIAJA sahaja yang ada?Mana band band lain?
My Big Prince ft My Lil princes tak nak ketinggalan minta ambil gambar dimana kereta fav mereka iaitu HERBIE ada di sini.Inilah antara movie yang mereka tak pernah jemu menontonnya di rumah.Dan yang paling best dimana mereka tertanya tanya "papa,kenapa mata herbi tak sama dengan yang dalam TV tuh"?...budak budak lah katakan...
Macam kenal jak tu cewek baju hitam,tapi dimana ya? dialah BINTANG atau juga dikenali sebagai Julie the QUEEN OF BUSKER.Dimana dia telah membuat persembahan pada malam sabtu dan beliau telah dapat perhatian dari pengunjung yang menyaksikannya.Yup,dia memang berbakat dan kita harus mengetengahkan bakatnya.
Itulah serba sedikit gambar yang sempat aku ambil ketika berada di jalan gaya siang tadi.Actually,memang banyak pun,cuma lebih kepada gambar my anak anak yang penuh ragam.rasanya tak sesuai aku upload kat blog ni..:)
TAHNIAH kepada penganjur akan program ini.Dengan harapan,ianya akan menjadi acara tahunan yang dijalankan di Bandar Kota Kinabalu ini..