sekadar gambar hiasan |
Aku tabik spring lah dengan beberapa pemuzik sekitar KK ini dimana mereka telah sedar dan dah mula serius dalam apa yang mereka jadikannya hobi kini menjadi sebahagian pendapatan sampingan mereka.Maksud saya adalah,baru baru ini saya ada membuat panggilan talifon kepada beberapa buah band untuk bertanyakan tentang slot kosong sekitar Kota Kinabalu.
Bro,ada slot kosong bah.kamu nak perfom kah? lebih kureng macam tu lah soalan aku pada mereka.Dan jawapan yang aku terima macam begini bunyinya "maaf bro,ada bayaran kah tu show dari penganjur"?
Persoalan inilah yang aku maksudkan pada ayat di atas tu.Bukan satu malah lebih dari 5 buah band telah memberi jawapan yang sama.Ini memang bagus dan aku sendiri mengharapkan jawapan ini akan keluar dari mulut mereka.
Bukan apa,kalau sebelum ini,kebanyakkan band terlalu OBSES nak buat persembahan.Mereka tak kisah sama ada kena bayar atau tidak,yang penting dapat perfom atas stage dan rockin with the crowd.Tapi,ada segelintir band telah sedar dan mula menetapkan syarat dan kemahuan untuk membuat sebarang persembahan.Ini tidak bermaksud mereka DEMAND atau TRIP ARTIS (bahasa yg diguna pakai oleh mereka mereka ini).Tetapi setiap apa yang bakal mereka persembahkan pada mana mana acara,memang memerlukan KOS sebagai persediaan.Antaranya KOS untuk JAMMING,TAMBANG, MINYAK kenderaan serta lain lain lagi.
Bagi penganjur,mereka TIDAK KISAH akan perkara perkara ini atau tak nak ambil peduli.TAPI,kalau pemuzik luar,pehhhh.No komen lah kan.korang sudah sedia maklum tentang isu ini.So,disini bukan nak menyalahkan sesiapa.Tapi,kena paham dan harus memahami konteks dimana penganjur memerlukan persembahan di acara mereka.Jadi,yang akan membuat persembahan HARUS di bayar.
Yang lagi aku salute dengan band band ini,MEREKA tak pernah menetapkan sebarang HARGA TETAP kerana mereka juga mengamalkan sistem WIN WIN STUATION.Yang penting ada bayaran atau lebih manis kita panggil SAGUHATI atas persembahan yang dipersembahkan di pentas mereka.
Rasanya ISU ini tidak akan selesai selagi ada penganjur yang seperti ini.Kepada PEMUZIK sekiranya anda ada jemputan dari pihak pihak luar,termasuk saya sendiri lah,sila ajukan soalan tentang bayaran.Tapi,tak boleh paksa juga pada BAND yang tetap nak buat FREE SHOW ini.Mungkin hati mereka belum terbuka atau mereka belum kearah SERIUS dalam perjalanan muzik mereka ini.
p/s
rasanya akana da pihak yang marah pada aku ni tau.Aku rasa perkara ini harus di persoalkan dan tidak boleh dibiarkan.Kalau nak tunjukkan tanda support pada muzik,MULAKAN DARI PEMUZIK DITEMPAT SENDIRI...
p/s
rasanya akana da pihak yang marah pada aku ni tau.Aku rasa perkara ini harus di persoalkan dan tidak boleh dibiarkan.Kalau nak tunjukkan tanda support pada muzik,MULAKAN DARI PEMUZIK DITEMPAT SENDIRI...